Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, August 25, 2005
Cikgu yg korang ingat
Masa sekolah dulu-dulu ada tak mana-mana cikgu yg korang ingat sampai sekarang? Mesti ada punya..either cikgu tu ajar best sgt…or korang buat kes…or cikgu tu selalu bg denda mengaruts kat korang. Nie aku cerita antara cikgu-cikgi yang aku ingat sampai sekarang even dah jadi mak budak nie.
Masa sekolah rendah aku byk involved dengan aktiviti kesenian sbb aku tak minat sukan .. menari,menyanyi, nasyid, kau bg jelah kat aku .. pantang ada contest or event ..hari penyampaian hadiah, hari guru , juara bintang kecil .. muka aku je laaa yg naik meja nyanyi ..bukan sedap pon nyanyi..yg penting kau berani . So cikgu yg byk ajar aku ialah Cikgu Borhan. Dia rajin nau carik peluang kat RTM (rancangan kekanak), pertandingan nyanyi, hari keluarga syarikat corporate…kire bz lah aku dibuatnya.. mak aku risau je tgk aku .. takut jd artis hahahaha..
Lagi cikgu time sekolah rendah, Cikgu Aishah (masa tu aku darjah 3) sebab dia garang nak mampus. Suara dia kalau tak menjerit sampai dengar satu sekolah tak sah. Anak dia nama azrul …nakal sangat –sangat even mak dia jd cikgu kelas kitorang.. mak dia tak kira even anak sendiri kalau dah nakal sgt dia belasah rotan je..cikgu dulu-dulu garang wooo..
Masuk sekolah menengah yang paling aku ingat cikgu English tingkatan 2 aku .. nama dia Cikgu Mohd Nor kami panggil Mat Noq Kong (sekolah aku kan blah utara). Kong means King Kong sebab dia besar tinggi and jalan macam King Kong. Dia ajar English memang best . Lawak. Lebih kepada practical daripada theory yg bosan-bosan. Memang tak ngantuk lah . Antara yg aku ingat dia akan bawak bahan masak such as roti , telur, susu, toaster , kopi etc. and suruh kitorang volunteer depan class and explain cara buat kopi or toasted bread in English . Ala mcm rancangan masak-masak tu. Lepas tu kitorang makan ramai-ramai. Lagi satu bile main robot-robot. Dia akan pretend jd robot and kau bg lah instructions kat dia suruh jalan ke depan la tepi laa tgh laa garuk ketiak laa. Mmg best. Kelas form 2 dah mcm kelas standard 2. Yg penting pada dia kitorang ada guts nak speak English in public even grammar bertabor. Tapi paling aku tak tahan dia punya denda lah . Denda dia memang kreatif dan berkesan gitu. Sapa lupa bawak buku ke…buat mistakes byk sgt ke dendanya ialah kene kepit celah ketiak dia ..Bukan takat kepit tau.. muka mesti ngadap kat ketiak dia Eyuuckk . Ala-ala mcm kene wrestling gitu. Kene pulak time tghari. Selalunya budak lelaki la yg kena betul-betul. Student perempuan dia acah-acah je tapi lari keliling kelas jugak la dibuatnya. Member kelas yg kena memang skip makan laaa lepas tu sebab tak abes pening kene kepit kekekek..
Then, lagi yg aku ingat ustaz bahasa arab form 4 .. kecik je dia ..tp suara ya rabbi nyaring tak hingat..kalau dengar pelawak mamak mydin punya sora ..aaaa mcm tu laaa sora dia..ustaz ni baik hati .. budak –budak yg duduk jauh yg tak dapat balik cuti boleh stay kat rumah dia ..paling best time bulan posa...kejenye maaakaaaaann je lah kat rumah dia.. ustaz ni pon denda dia lain dr yg lain .. lelaki dgn perempuan denda lain-lain.Kena pulak kalau denda sebab tido dlm kelas..sapa tidoq aku ludah telinga dia! ..jgn tak percaya ..memang itu lah denda dia..ada jugak tu makhluk yg tak makan saman tido jugak.. last-last kena hakk tuih keh keh .. kalau perempuan ...dia luku belakang badan pakai cincin batu akek dia.. besar tu cincin dia .. kene pulak tepat kat tulang belakang..memang best eheehe..aku pernah kena sebab aku buat karangan bahasa arab ...sapa belajar bahasa arab memang wajib belajar buat karangan nie “Melawat Taman Haiwan” taman haiwan tu zoo laa . Aku karang (in Arabic laaa)antara binatang yg saya lihat di taman haiwan ialah harimau, unta, kutu ....apaaaa nie? Kutu pon kamu tengok? Nah hambikk.. ...adeh birat belakang aku ..Utk pengetahuan korang aku F9 dlm bahasa Arab. Hehehehe
Lagi satu...warden kat hostel aku.. garang tak tentu pasal .. bias.. sebab dia kamcing dgn batch sebelum aku ... so batch aku kena teruk la dgn dia .. kene hasut dek senior-senior yg anti dgn kitorang..Pernah kena tangkap dgn dia sebab panjat pokok mangga beramai-ramai pukul 10 mlm (ponteng prep). Lari masuk toilet. Lama jugak laa kitorang nyuruk dlm toilet ..rupanya dia standby kat luar toilet. Kene sergah. Pastu kena denda beratur kat tangga. Makan mangga yg kitorang kutip tu . Terkulat-kulat makan .Masam nak mampos..kot ada cili kicap ke sedap la jugak. Padan muka kitorang heheheh..
Kalau kat uni ..antara lecturers yg aku ingat.. Lecturer subject translation. Gile psycho. Andartu ..tak kahwin lg umur dah dekat 50 kot...kalau kau tgk mcm witch dlm cerita snow white .. scary gile.. brutal pulak tu .. suka nau beliakkan mata dia.. pastu bila dia masuk tutup pintu dia tolak dgn kaki je ... gedeganggg ..kitorang ni sunyi sepi je dlm kelas takut punya pasal .. ganasss..ganasss...
Lagi satu lecturer, subject Math... Basic Math pulak tu .. masa form 5 dah banyak dah belajo… patut kau boleh score lah kan bila kat uni .. ajar ikut sukati je ..mengarut je banyak.. lepas tu buat remarks.. awak tau …saya ni kan ..pada saya A tu hanya untuk Allah. Sebab kene hipnosis (mcm arnab Hana) dgn statement mcm tu aku dapat karipap (D) utk subject tu . Kira cemerlang lah aku .. sebab 70% fail dlm kelas aku tu .. memang byk student drop subject kalau kene masuk kelas dia sbab dia mark paper tah mcmana tah . Aku degil konon yakin boleh score . Hambik kau karipap. Menci.
Ramai lg sbnrnya yg aku ingat tapi tak larat aku nak cerita satu-satu eheh.
Langit tak selalunya cerah Tahun 1983, kami sekeluarga pindah ke rumah baru dari rumah nenek. Pada masa itu , aku bersekolah tadika (Tadika Manja youuuu...) dan adikku masih kecil. Abah dan mama bekerja sepenuh masa so mereka ambil keputusan hantar kami kepada jiran sebelah pada hari berkerja (masa tu mana ada nursery bagai). Aku ke sekolah tadika dan adik akan dijaga oleh makcik.Bila aku pulang dari tadika aku akan ke rumah sebelah lepak di sana sampai abah dan mama pulang. Tidak hairanlah jika kami adik beradik amat rapat dengan jiran sebelah. Aku bebas keluar masuk rumah makcik seperti rumah sendiri sampailah sekarang.
Makcik ada 4 orang anak. 3 lelaki seorang perempuan. Aku paling rapat dengan anak perempuan makcik. Adik aku kamcing dgn adik lelaki bongsu dia. Sampai sekarang makcik tak puas hati tak dapat amik adik aku jd menantu. Adik aku bercinta ngan mamat Tganu 5 thn pastu clash and anak dia baru je kahwin masa tu .
“Kalau tau adik clash dgn mamat tu makcik suruh M pinang kau. Bedebah punya mamat T’ganu” kata Makcik
M pun terkilan jugak sebab adik aku clash kalau tak sure dia masuk jarum .Pecah dinding je kitorang nanti mcm cerita P Ramlee masam-masam manis. Apa yg aku merapu ni heeheh.Ok ok on track balik.
Walaupun usia antara aku dan Along jauh berbeza (lebih 10 thn) tapi aku memang “kamcing” dgn dia. Rahsia dia ada pada aku. Rahsia aku ada pada dia. Aku rasa aku lebih rapat dgn dia banding dgn mama aku sendiri. Along (panggilan anak ppuan makcik) lebih tau siapa aku banding dgn mama. Mama aku very strict and tradisional type. Bukan boleh anak dia adventurous sikit takut kang jd mcm itu takut kang jd mcm nie. Jadi Along lah tempat aku luahkan rasa tak puas hati ke apa. Aktiviti serakah aku selalunya aku bgtau Along je.Kadang-kadang kitorang buat sama-sama curi-curi tgk wayang ke..intai org bujang blakang rumah ke (masa tu abg-abg ensem kat blakang umah ramai.. ada kete sorang sebijik perghhh)
Selain dari aku dan adik , makcik turut menjaga anak jiran yg lain. Kira mcm nursery lah juga jadinya rumah makcik sebelah aku ni .Riuh. Along turut ditugaskan menjaga kami. Tapi selalunya aku mendapat keistimewaan banding dgn yg lain cthnya. tak payah tidur petang dan sama-sama sakat anak jiran lain sampai menangis hehehe...(Sorry Munirah akak buat kau nangis...tu la kecik2 lg dah nak pakai lipstik tiap-tiap hari apedaa ekkeke sekarang Munirah sudah jd guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah ternama di KL mati-mati aku ingat dia akan jadi model bila besar nanti hehehe ) .
Aku juga seronok mendengar cerita-cerita daripada dia. Dari cerita tentang koleksi pakwenya (byk gile pakwe dia), minatnya pada bidang sastera (bacaan puisi and karangan cerpen siap masuk majalah and join grup puisi ) juga cerita hal org dewasa (aku byk belajar dari dia) memang ternganga-nganga aku kalau dengar dia bercerita ..betul ke org dah kahwin kena buat mcm tu ? ewwwwww yuck ..kata aku dgn skemanya keekek
Along suka kumpul majalah remaja dan gila-gila dan aku memang seronok sgt dapat tumpang baca. Koleksi majalah dia aku baca entah kali ke berapa pon aku tak ingat tapi memang tak jemulah . Ye lah masa tu kecik lagi mana mampu nak beli sendiri lagipon mama memang tak suka aku beli buku mcm tu lain lah majalah bintang kecil, kuntum atau bambino. (Sapa yg tak kenal majalah ni memang korang muda lagi lah)
Masuk sekolah menengah aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh di utara. Even aku jauh tapi aku tetap berhubungan dgn dia. Still keep in touch. Balik je dr asrama aku akan melepak ke rumah sebelah sampai kene marah dgn mama. Kawan-kawan aku jd kawan dia vice versa. Dia memang peramah. Pandai bercerita. Semua org suka. Tu yg ramai kawan tu . Kuat kelentong pon iye hahahha Lagi satu dia suka kenenkan aku dgn kawan-kawan dia . Yg syoknya kawan-kawan dia mcm-mcm jenis. Penyanyi ada, pelakon ada, kartunis ada..macam-macam adaaaa and hemsen-hensem belaka. Buat abg angkat lah abg angkut lah heheh..aku pon tak tau apa fungsi abg angkat ni…tp sebab depa glamer aku pun nak tumpang keglameran diorang ehhehe..
Then, aku masuk ke universiti di utara juga. Hubungan kami masih rapat. Then aku kantoi dgn dia pasal chatting (pls baca my previous entry pasal chatting) . So bertambah seronok lah aku dgn along beraktiviti bagai.sampai lah aku berkerja. Kahwin. Ada baby. Hubungan kami tetap mesra.
Tapi…
Last week Along jatuh sakit. Dia selalu sakit and masuk wad sbnrnya. Tapi dia degil ..makan tak nak pantang. Tapi aku rasa yg kali ini yg paling teruk. Masuk ICU tidak sedarkan diri. Jangkitan di paru-paru dan jantung. Aku lawat Along. Wayar selirat sana-sini. Tebuk sana sini. Aku speechless tgk keadaan Along. Sedih. Kesiankan Along. Kesiankan makcik. Tahun lepas pakcik baru je meninggal dunia. Kali ini makcik di uji lagi. Aku cuba menangis tapi air mata aku tak keluar. Sebab kat depan aku .. terbayang-bayang kenangan aku dgn Along dari kecik sampai lah aku jd mak budak. Aku tak percaya yg terbaring kat depan aku ni Along. Rasanya baru semalam aku sembang dgn dia pasal baby Tini. Along janji nak bg baby Tini hadiah sebab tak sempat nak bg masa aku kat hospital haritu.Tapi sekarang aku dah tak kisah pasal hadiah tu. Aku cuma nak Along sedar kembali. Aku harap Along sembuh.Aku harap Along kenal aku bila dia sedar nanti..dan kami boleh sembang, gelak ketawa, bergurau mcm dulu. Aku tawakal padaMu tuhan.
Ya Allah , selamatkanlah sahabatku ini. Penolongku ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaNya jua aku berserah dan Dialah yang memelihara ‘Arasy yg besar. Amin Ya rabbal Alamin.
p/s - Everyone around us does play an important role in teaching us something about life, we should be thankful for that even if what they taught us is somewhat hurting.
Aku bawa baby tinie ke klinik. Ijenction triple agent (3 in 1) . Kali ke-4 sejak dia lahir. Baby tinie kuat. Doktor tiarapkan dia. Cucuk. Dia tak nangis. Senyum mcm biasa. Aku bangga. Bawa pulang. Tuam dan beri ubat demam. Aku pergi kerja semula.
Petang aku pulang. Dia sudah lena. Buat kerja rumah seperti biasa. Jam 11 dia bangun semula. Suhu badan tinggi .Baby Tinie tidak nangis. Dia tak suka nangis. Sebab itu mak sayang sangat dgn Tinie. Tapi Tinie mengerang. Ubat injection mula tunjuk bisa. Kesian baby. Jadi sepanjang malam dia tidak boleh tidur. Pusing kanan pusing kiri. Tidak selesa. Aku ngantuk. Tapi tidak mahu tidur. Temankan dia. Mak nak tumpang derita dgn Tinie. Kalau aku boleh pindahkan rasa sakitnya pada aku. Aku rela.
Pagi muncul semula. Dia senyum macam biasa. Aku rasa dunia ini aku yang punya. Tapi demam masih ada. Hari ini mak ambil cuti . Mak nak temankan Tinie. Kesian anak mak ini. Anak mak ngantuk. Anak mak tak sihat. Mak tidurkan anak mak ini. Sepanjang malam dia tidak tidur. Baru anak mak hendak lelap mata....
Preeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeenggggggggggg!!! Preeeengggggggggggggggggg! Debom! Tiga kali
Mak dah peluk . Tapi suara itu kuat sangat. Dia nangis. Terkejut dgn suara itu. Geram betul aku . Ini kan kawasan perumahan. Tak ada akal . Mana pergi perasaan timbangrasa.
Cilake punya mat rempit.
Bodo.
Akibatnya. si kecil kerap terperanjat. Sepanjang malam hendak berteman.
Kalau aku sumpah si rempit eksiden. Kejam kah aku?
AL: Lama jugak lah.Kau buat apa time cenggini kat Mesia kan time tido ..
BungaS: Biasala aku hehehhe. Abes kau tak blaja ke hapa 24 jam kat sini
AL: Aku blaja la ni blaja chat ehe
BungaS : Aku rasa aku tau la kenapa aku tak bole tido
AL : Kenapa ?
BungaS : Aku asyik teringat kat kau je.Tak tau lahhh kenapa eheh..
Di satu malam yang lainyang agak hening juga ....
AZ : Lama nye kita sembang hari ni
BungaS : Ha ah mcm best je sembang dgn kau Mcm serasi gitu : )
AZ: Ye ke kita serasi ?
BungaS: ye lah bukan senang tau nak chat lama-lama mcm nie. Sembang mcm-mcm cerita....mlam nie aku tido lena la .Sebab dapat sembang lama dgn kau kira mimpi pun mimpi kau lah. Ok lah aku nak tido. Mimpi kau . Bye
Hari lain..hari yang bertuah ... tak berapa hening...
BungaS: Seronok juga ye geng dgn kau
KH: Ye ke seronok?
BungaS : Yup seronok. Bole jadi pakwe makwe gitu . Aku pun rasa ada unsur-unsur nak suka sgt dgn kau .
KH : Ye lah tu heheheheh
Tiba-tiba..
AL: Woi bungaS apa kau buat tu haa ? Kau ngorat kawan aku si KH tu ye...ooo curang
BungaS : Eh macamana kau tau aku tgh chat dgn KH ni ?
AZ : Haa haa ada org kantoi heheheh. Haaa buat apa tu dgn KH dgn AL tu hehehe..
BungaS (dlm hati) : aikk tiga-tiga gundik aku ada dalam ni
BungaS: Kejap aku nak tanya ni korang nie kenal each other ke? Bukan korang dok kat obersee ke ?
KH : Memang la dok obersee tp kau tak perasan ke semuanya dok at UK
BungaS : aaa abes tu?
AL : oooo pandai kau ye ngorat tiga sekali..ampeh ..tu laa ngorat tak agak-agak kitorang memang dok kat UK ,uni yg sama , kawan baik , roomate lagi, makan sama-sama kentut sama-sama ...haaa hambik kau
BungaS : oHHHHHH tidakKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!
BungaS: /quit
Log out
mode : Malu tahap cipan
Kepada AL, KH dan AZ aku minta maaf banyak-banyak. Aku mengaku aku saaaaaangat nakal pada masa itu ( muda rumaja lah katakan). Memang layan ngorat tak hingat heheeh. Ye lah masa muda-muda ni la nak bereksperimen bagai heheh . Tidak lama selepas itu aku mendapat panggilan telefon dr jauh (UK) and memang kantoi besar-besaran lah aku. Macam cerita madu tiga gitu tapi kes ni perempuan yang nakal theeeheee.
Selepas itu kami jadi kawan baik. Masing-masing pun sudah berumahtangga and ada karier masing-masing. Tapi kisah tentang aku kantoi ni memang aku ingat sampai bila-bila. Padan muka aku hhehehehe.
Aku tak tau nak cerita apa hari nie ...aku cerita pasal anak aku lah. Perkembangan terkini anak aku.
Umur : 4 mths
- Selalu kentutkan ayah dia. Bau tahap dewa sbb anak aku berak 4 hari sekali. So bygkanlah kalau dlm perut tu peram 4 hari.
- Dah ada favourite toys. Musical Star Tollyjoy yg fluffy. Star tu pakai topi ada poncot kat atas so baby tinie akan kemam poncot bulat tu. Habis meleces air liur. Lagi satu mainan baby keping2 yg colurful tu ..so bile pegang baby tinie akan goyang sekuat hati sampai tercampak sana sini. Lasak betul budak nie.
- Dah pandai tegur orang. Auuuu..auuu....auuuuu (sound trademark). And once she start the Auuuu..auuuu kau kena tgk dia..kalau tak dia akan tegur kau guna kaki hheheheh...
- Kalau dia belum nak tidur lg and kalau kita paksa dia akan pakai trick C terbalik (tegangkan/liukkan badan so kau akan susah nak pegang dia). Trick ini selalunya menjadi.
-Dah pandai mengiring in fact tidur pun nak mengereng. Sedang berusaha keras utk meniarap so far belum berjaya lagi.
- Sudah pandai merajuk
Banyak lg sebenarnya. Kalau nak cerita detail memang tak habis..aku boh gambar je lah ...
Cerita ini aku kutip dari mulut atuk tersayang. Berdikit-dikit aku susun kronologinya. Walaupun ingatan atuk kuat tapi dia akan bercerita sesedap rasa, kadang-kadang kau akan pening dgn ceritanya yang chacha-merba. Kira lompat-lompat chapter gitu. Tapi demi untuk menghasilkan cerita atuk aku cuba ingat dan susun ceritanya satu-persatu. Kalau atuk kelentong aku kiranya aku kelentong korang jugalah keh keh. .
Atuk anak tunggal dalam keluarga. Berasal dari Madura, kepulauan Indonesia. Tapi atuk beragama Islam bukan beragama Hindu yang byk dianuti oleh penduduk disitu. Budaya penduduk di sana terutama orang laut, bila saja kau mencecah remaja , untuk buktikan kejantanan kau ..kau harus merantau. Pergilah ke mana ceruk dunia pun asalkan kau dapat mencari rezeki. Atuk aku anak jantan. Semangat muda yang membara untuk buktikan kebolehannya membuatkan dia mengambil keputusan untuk merantau. Atuk merantau bila bapanya meninggal dunia. Meninggal dunia semasa bertanding silat. Lawannya menggunakan tipu muslihat. Ibu atuk bersumpah tak akan benarkan keturunannya bersilat lagi. Sampai sekarang anak cucu atuk tidak dibenarkan belajar bersilat. Pernah juga semasa salah seorang makcik melangsungkan perkahwinan, baru sahaja bunga silat pengantin bermula makcik pengsan di situ juga. Suratan? Kebetulan? Entahlah….
Belayarlah dia dari bumi Indonesia sehingga sampai ke bumi Temasik. Banyak juga dugaan sepanjang pelayarannya. Ribut taufan jangan dikira tapi sebagai anak jantan atuk hadapi semua dengan penuh rela. Macam-macam kerja yang dilakukan demi sesuap nasi. Di sini juga atuk bertemu jodoh dengan isteri tercinta, susah payah diharung bersama walau apa pun dugaan yang melanda. Nenek juga tabah orangnya. Walau pendapatan tidak seberapa tapi nenek harungi hidupan berumahtangga dengan penuh redha.
Bumi Temasik tidak aman lagi. Jepun mula merampas takhta. Atuk risau keselamatan isteri dan dua anaknya. Atuk ambil keputusan demi untuk meneruskan hidup yang lebih baik , kita harus ke Malaya. Namun atas tuntutan tugas atuk tidak dapat turut serta. Nenek dan anak-anak perlu pergi dahulu. Atuk menyusul kemudian. Pergilah nenek seorang diri berserta anak ke bumi Malaya. Naik keretapi tiada tempat duduk. Askar British yg sama-sama naik keretapi kasihan tengok nenek dgn dua anak kecil (seorang masih bayi) , ditawarkan duduk di atas beg-beg tenteranya sehingga sampai ke Kuala Lumpur. Begitulah susahnya kehidupan dahulu.
Di tanah Melayu (Kuala Lumpur) atuk perlu bermula semula. From scratch. Bermula dengan kerja-kerja buruh kemudian atuk kerja di kawasan lumba kuda (race course). Di sana atuk banyak bercampur dengan orang dari Indonesia juga tapi dari daerah Bawean . Atuk bukan orang Bawean tapi atuk pandai bawa diri. Atuk boleh bertutur bahasa daerah Bawean. Orang Bawean suka pada atuk. Sehingga atuk dilantik menjadi Pak Lurah (Tok Penghulu) di kalangan orang Bawean. Tugasnya bermula pada 4 pagi, sambil atuk bertugas menguruskan kuda-kuda ..nenek setia temankan atuk sama-sama bangun dinihari. Begitulah mereka setiap hari…
Kemudian atuk ambil keputusan , tidak mahu jaga kuda lagi… subahat judi katanya.
Atuk tanya kawan-kawan, ada kerja lain tak?
Kau boleh bawa kereta? tanya kawan…
Boleh belajar kata atuk…
Kawan-kawan ajar atuk..tapi bukan pakai kereta..tapi belajar bawa lori..orang kaya saja ada kereta …lori ini pun tokeh Ah Seng punya.. atuk belajar bawak kereta pakai lori (eh betul ke ayat aku ni). Kemudian atuk kerja dengan pegawai British..
Pegawai British tanya atuk Buleee kerjaa shamaa shaaiyaaaa?
Atuk kata Boleh tapi dengan syarat. Bagi saya masa untuk sembahyang..bila saya sembahyang tuan kena tunggu.”.
Begitulah tegasnya atuk…orang British pun ikut kata atuk. Bermulalah tugas atuk menjadi pemandu untuk pegawai British. Merata tempat atuk pergi..Melaka, Johor, Singapura..mana pegawai British arahkan, atuk pergi. Atuk baik dengan pegawai British..bila hari raya tiba..pegawai British pinjamkan atuk kereta.
Hesssenn ewekk bawee enekk ewekk jelenn-jelenn dengan ini keretaa..
Berbondong-bondonglah satu keluarga beraya sakan dengan kereta tuan British. Lama juga atuk kerja dengan British, sehingga satu hari Ah Seng tanya atuk..
Lu tala mau kilija sendili kaa?
Kalau ada modal mau jugak aku
Haiyaa ini mcm gua bagi modal laa..kita kawan suda lama..sama-sama tolong maa…
Sekarang atuk mahu jadi usahawan..atuk mahu kerja sendiri..sendiri jadi kuli sendiri jadi boss..Atuk jual ikan dan sayuran. Pagi –pagi ke pasar borong kemudian ke kawasan race course (tempat atuk kerja kuda dahulu) dan menjual kepada pekerja – pekerja disitu yang ramainya kawan atuk juga. Atuk jual menggunakan motor. Di belakang ada peti dan di situlah atuk letak ikan, sayur, timbang, kayu tempat siang ikan dan pisau.
Perniagaan atuk semakin maju. Atuk kumpul modal atuk beli kereta. Atuk boleh letak jualan lebih banyak berbanding semasa menggunakan motor. Jualan makin banyak hasil jualan pun bertambah juga. Semasa belum bersekolah dulu aku rajin ikut atuk meniaga. Keluar pagi baliknya tengahari. Sambil menjual atuk berbual dengan penduduk di situ.
Kehidupan atuk dan keluarga bertambah baik. Atuk beli tanah, atuk dirikan rumah, Ah Seng tolong bina rumah bersama atuk. Sikit-sikit atuk tambah rumah dari kecil rumah atuk makin besar. Cukup untuk tampung keluarga yang semakin bertambah sekarang anak atuk sudah 8 orang. Senyum atuk makin lebar. Segala usahanya selama ini mula menampakkan hasil.
Tidak lama selepas itu, atuk ambil keputusan. Hasil jualan yang meningkat buat besarkan perniagaan lagi. Atuk mahu buka kedai runcit. Atuk ubahsuai rumah jadi rumah kedai. Keluarga bantu uruskan kedai. Pelanggan atuk terdiri daripada jiran sekeliling dan kuarters askar berdekatan. Untung tidak banyak tapi cukup untuk keluarga atuk hidup selesa. Begitulah atuk menampung kehidupan.
Anak-anak semakin membesar. Ada yang sudah berkahwin ada yang bujang ada yang masih belajar. Ada yang sudah beranak pinak. Atuk makin tua. Atuk mahu tumpukan pada ibadat. Atuk amat dikenali di Kampung DK (Kalau aku sebut bilal H di kampung DK pasti ada yang kenal ) orang kuat Kampung DK. Majlis kenduri , cukur jambul, korban, qiqah mesti ada atuk. Jika tidak majlis tidak lengkap. Begitulah pentingnya atuk.
TIdak lama kemudian atuk tutup kedai di rumah dan buka kedai kecil di pasar. Atuk sudah tidak mampu menguruskan kedai sendiri. Anak-anak sudah ada karier sendiri. Tidak mahu uruskan kedai atuk. Atuk buka kedai kecil sekadar untuk penuhkan jadual seharian. Kadang-kadang atuk beramal..orang minta beras secupak diberinya dua cupak . Memang tiada untung. Tapi atuk gembira. Dapat untung di akhirat katanya.
Tugas sebagai bilal masjid tetap atuk jalankan. Atuk juga dihormati di kalangan pendatang Indonesia (legal and illegal). Ada juga yang datang ziarah atuk berlutut di hadapannya sebagai tanda hormat. Atuk tidak suka. Atuk ajak duduk sembang bersama.Tiada darjat atau pangkat. Sedikit wang dan keperluan mereka turut dititip bersama. Sambil linang air mata mereka cium tangan atuk . Atuk tepuk bahu mereka. Atuk orang merantau. Atuk tahu susahnya mencari rezeki di bumi asing.
Sekarang atuk sudah tua. Sangat tua. Sudah sembilan pulun tiga. Cicit pun ada yang sudah remaja. Tapi semangat atuk tetap membara. Semangat anak jantan. Nah, sekarang sudah terbukti ...atuk anak jantan. Jerit perih merantau di bumi asing berbayar sudah dengan kesenangan generasinya.. Kadang-kadang atuk rindu pada kampung halaman.
Aku teringin nak balik kampung tapi aku sudah tidak punya apa di sana hatta saudara marasekalipun kata atuk.
Tidak mengapa atuk . Di sinilah kampung halaman atuk. Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung......
Masih tentang kisah peragut. Kes ke-2 ini lebih dramatik kerana melibatkan my mama, pihak polis and penjahat itself.
Kes 2
Situasi : Di bangunan PNB and Tabung Haji Jalan Ampang. Me and my mom went there to take out some money for my wedding preparation . Ada la dlm 3k , mama siap masuk dlm paper bag buruk lagi taknak org perasan. (Mak aku pun dah banyak kali kena ragut kat area depan rumah )
Lepas segala urusan selesai di PNB , me and my mom pon menujulah ke bangunan Tabung Haji for lunch (kat Tabung Haji kan ada café so we decided having lunch there).
In between bangunan Tabung Haji and PNB kan ada lorong kecik ..dekat dgn parking lot tu kan kat underground tu … Suddenly dua orang bermotor (penunggang and pembonceng and modus operandi yg sama mcm kes 1 . One of the mamat turun and grabbed paper bag buruk mama aku (mana diorang tau nie?) . I was so stunned and went freezed mcm tu je .. mamat tu tarik paper bag tu but mama aku semangat mcm aku tak akan menyerah kalah..tak lepaskan paper bag tu but mamat tu tarik lagi sampai tergolek mak aku atas jalan (cilake lahanat punya mamat ).
Aku dah tak pandang mamat tu dah yang aku fikir is my mama whether she’s ok or not. Mak aku jerit minta tolong sekuat hati lebih kuat dari suara aku jerit minta tolong masa kes 1. Aku peluk mak aku and check dia cedera ke tak and with my high heels and baju kurung angkat kain and cuba kejar penjahat tu.
Luckily, masa diorang speed off with the money ..a group of PNB security guard baru je off duty and nak keluar minum.. tepat-tepat masa motor penjahat tu lalu kat group of guard tu.. apa lagi .. dengan gaya ala kung –fu one of the guard tu sepak motor tu maka tergolek jatuh lah dua-dua penjahat tu . PADAN MUKA!!
Aku pon berkejar juga kat tempat tu and carik paper bag with the money tu..alhamdulillah ada kat bawah motor yg jatuh tu ada rejeki kawen aku .. and suddenly aku tgk tak sempat both of them bangun…group of guard and entah datang dari mana staff PNB and Tabung Haji and orang-orang keliling yang berdekatan pakat ramai-ramai belasah one of the guy. Sampai lembik kau …tapi aku saaangat puas hati sebab dia dah buat mama aku jatuh tergolek. You deserve it.. .nak jugak aku join sepak masa tu tapi aku pakai baju kurung ..malu nak angkat kain kang nampak spentot.
Another guy managed to escape … lari menuju ke stesyen minyak Shell (jalan besar) … but dapat ditangkap juga..(I’ve been informed by PNB staff mamat tu lari ke sana selepas dikejar oleh Security Guard but unlucky him ..kat stesyen minyak Shell tu ada a group of mamat motor besar tgh isi minyak pakat kepung dia. And di belasah beramai-ramai jugak di situ juga . So kena ikat lah dua0dua penjahat tu .. memang kecoh sangat kat PNB masa tu .. glamer aku and mama aku kejap.. I’ve learnt that both of them are Indonesian tak tau la legal ke tak .
Then, me and my mom di bawa oleh PNB staff ke balai polis Dang Wangi for report. Masa report di balai polis.. me and my mom di bawa berjumpa dgn DSP Ch** untuk pengecaman. Lepas 2 penjahat tu di bawa masuk mengadap kami to confirm memang dioranglah the culprit. Me and my mom menggigil juga sebab trauma tadi masih ada lagi ..
Sambil keluarkan rotan panjang and besar. DSP rotan dua-dua tu kat kaki gertak both of them.
Berani awak kacau kawasan saya hah !!
Ampun pak! Ampunnnn…
After buat statement and confirm memang betul depa punya angkara so both of us di bawa keluar .. sebab mak aku pon mcm nak pengsan pulak tgk DSP gertak mamat dua org tu (sbb tak kuat semangat kan) . DSP kata bukan 2 orang punya kerja mesti ada komplot lagi .. kene belasah lagi lah nampak gayanya diorang nie..
Kami diberitahu maybe akan dipanggil ke mahkamah if diorang mengaku tak bersalah .. but sampai sekarang tak sampai pon surat dari mahkamah so memang mengaku bersalah lah agaknya tu ..
So me and my mom pon balik rumah lepas buat report tu.
Next week we dropped by at PNB again .. bila lalu kawasan tmpt kena rampok tu mcm seram sejuk je ..trauma siot..jumpa all the PNB security guard to say thanks and bagi token of appreciation tiap sorang. Memang tak terbalas budi aku pada diorang.
Satu waktu dahulu kecoh sekejap tentang kes-kes peragut. Aku pernah mengalami pengalaman di ragut 2 kali! And both of them full with actions, suspen and thriller sebijik mcm cerita-cerita dalam filem usop selam hehhehe…I hate to recall pasal kisah ni but I hope akan dijadikan pengajaran pada semua especially ladies.
Kes 1
Waktu : 8.30 malam
Situasi : On the way dari rumah nak ke kedai runcit serbanika 24 jam untuk beli barang keperluan wanita. Mode of transport : jalan kaki, sorang –sorang. Duit RM10 dlm wallet and a handphone. On the way ada kawan called so aku berborak along the journey (my mistakes…sembang makes us less alert with surrounding..we didn’t realize somebody watching and follow us at that particular moment ) .
Lagi sepelaung nak sampai kedai (ada lorong kecik at that kedai, bit dark but dekat sgt dah dgn kedai tu . I can see budak-budak lepak main gitar tak jauh dr situ ..memang bebudak tuh pon nampak aku jalan kaki lah kat situ ) aku kena tahan dgn 1 guy nie..he’s wearing a helmet and ada kawan bawak moto stand by atas motor, approach me dgn selamba and said
Jangan jerit ….bg aku beg duit ngan handphone kau ..aku ada pisau…
What I was thinking at that moment. Tapi yang aku ingat dalam hati aku Jerit je! Kau bukan nampak pon pisau tu and aku pon
Toooooolooongggggggggggggggggg!
Tooooooooolloooonnnnnngggggggggg!
Suddenly that guy grab aku and tarik aku ke tempat gelap and grabbed my wallet and handphone and tros naik atas motor . Punyalah geram aku masa tu …maraahhhhhh sangat ..I know I know its only RM10 in my wallet…TAPI aku marah sangat bila hak aku dirampas mcm tu .. u know what I did?.. aku lompat macam dalam cerita Hindustan tu ..tarik t-shirt mamat yg rampas barang aku tu ..aku tarik dia kuat-kuat dgn harapan dia jatuh dr motor…then mybe bcos of drugs mamat tu tak kuat tara mana pon dia tumbuk tumbuk bahu aku nak lepaskan diri (tumbuk cam pompuan) everything went so fast and in millisecond I’ve found myself tertiarap dekat atas jalan sebab both of them managed to escaped (mamat tu dpt pecut moto dia) .
At that moment dah ramai orang berkejar ke tempat aku and tolong aku bangun dari atas jalan…budak-budak yang main gitar pon datang jugak and asked what happened.
Apasal tak tolong akak? Kau nampak akak dok terkapai-kapai panggil korang..
(Masa mamat tu grab aku ..aku terkapai-kapai panggil budak-budak gitar tu ..suara tak keluar sebab kena grab kat leher kan )
Laaaaaaaa saya ingat akak gaduh ngan boyfriend saya biarkan je lah
Aku : &^&%%$$^$&*(^)*^
Adalah hamba Allah yg hantarkan aku balik and lepas aku bgtau parent we all pon pegi buat report kat balai.
Bila aku cerita details kat mama, mama says ..
Syukurlah tak de pa pe..let go je lah wallet tu ..ic semua boleh ganti .. kalau betul diorang bawa pisau macamana ?
Baru lah aku terpikir..the possibility is there..kot mamat tu betul bawak pisau?...and if diorang grabbed aku tarik masuk semak and do something worst? ..Baru lah menggigil tangan aku nie..bile pikir-pikir balik .
Syukurlah aku tak ada apa-apa..tapi aku menyesal jugak apesala aku tak campak je handphone and wallet aku kat dalam longkang besar betul-betul kat tepi lorong tu masa diorang ugut aku tu ..baru pueh ati …tapi silap-silap kang dengan aku skeali depa tolak ke dalam longkang tu kang …the possibility is there rite?
Every mother has their own birth experience. Susah atau senang terletak pada rezeki masing-masing. And every single birth takkan sama means pengalaman melahirkan anak pertama tak akan sama dengan pengalaman melahirkan anak yg kedua dan seterusnya.
I still remember bila my period lewat 1 day (masa tu just back from honeymoon hehehhe) and aku gatal-gatal pegi beli pregnancy kit kat farmacy ..sajala wonder macamanalah ropa menatang nie.. after read the instructions and aku cuba …the result is positive ! 2 strips! Betul ke aku ni? Baru lewat sehari!
Tapi orang tua-tua lagi cepat sense anything. A week before my beloved atuk ada tanya dgn my mama
“Kau ada menang loteri ke?, dapat bonus ke? Dapat hadiah apa-apa ke?”
mama aku jawab tak ada ..sambil tu musykil jugak kenapa la atuk tanya that kindda questions.
“Aku mimpilah ..nanti ada lah sampai berita gembira nanti"
Bila aku khaborkan aku pregnant barulah mama aku sedar ..atuk aku dah mimpi dulu laaa rupanya mama aku dah nak jadi nenek . Kira menang loteri lah tu heheh..Mama and abah memang excited nak dapat cucu sulung, abah aku sampai level timang kucing kurap kat belakang rumah konon timang cucu lah tu , that’s one of the reason aku nak dpt baby asap!
Sepanjang kehamilan aku, aku tak alami any complications or anything . Cuma at early stage rasa mual-mual and mabuk sikit-sikit and aku atasi semua tu dgn eat lots of fruits especially limau , oren , mangga (yg masak tau) and drink lots of ribena (rasa dia masam kan so hilanglah rasa mual tu ) I tried my best not to eat asam kecut, jeruk etc sbb org kata byk chemicals gitu and it will harm your baby. I read lots of books about pregnancy and keep track on how my body change (selalunya thru website babycenter.com ..very useful!) … kaki makin beso, badan makin berisi, perut makin buncit…dada beso ngeh ngeh (I like! I like! ) and lots of rest.. cepat sgt rasa letih .. cuaca panas sikit mula lah pening kepala ..
Yang aku ingat sepanjang mengandung aku mengidam nak makan persimmon (pisang kaki) mcm nak rak carik kat pasaraya tak ada pulak tp rejeki agaknya last-last dah nak dekat due date tu my boss balik dr business trip kat Uzbekistan balik bawak 2 biji ..alhamdulillah kalu tak meleleh air lior anak aku..jauhnyee laaaa nak beli pisang kaki. Yang lain-lain tu tiap-tiap hari ngidam lain-lain (hari nie nak makan nasik ayam besok nak makan kentaki (sebenarnya nak manja-manja dgn hubby saje nyusahkan dia ehe)
Ikut kiraan doctor my due date is on 10/4 tapi by 6/4 mama aku dah sound
“kau pegi je lah spital …mama takut la kot kang ko rasa nak terberanak mama tak tau nak handle”
Mak aku nie jenis cepat terpanik . Aku pk ok jugak lepak kat wad memandangkan hubby pon shift malam 2 hari kot kang rasa nak beranak tak ada sapa pulak nak bawak gi spital and that day memang hari check –up aku . So pegi lah kami laki bini ke spital nak mintak masuk wad even aku belum rasa apa-apa lg pon masa tu. Lepas check –up dgn doktor and bgtau nak minta masuk ke wad aku tros di bawa ke bilik bersalin. Aik? Aku belum rasa nak bersalin lg bukan masuk wad dulu ke? Bukan kene tunggu contraction dulu ke? Macam-macam aku fikir masa tu. Tapi dalam fikir-fikir tu ikut je lah instructions misi . Ye la dah la first time beranak , this is the first time aku masuk spital. Sepanjang 27 thn idup tak pernah masuk wad lg. Tukar baju pakai gown spital and masuk ke bilik bersalin. Bilik bersalin tu kecik je. Actually bilik sementara nak tunggu bersalin kot. Ada banyak small room, tiap room tu ada 1 katil je muat-muat utk 3 org dlm 1 bilik. So menunggulah aku sorang-sorang kat situ. Then sorang misi tu datang bg ubat berak (masuk kat bontot, sebotol ubat tu ha .. selalu tiap kali org nak operation mmg depa bg this kind of ubat kan? Nak kosongkan perut ) So memerutlah aku kat toilet kat situ ..Lepas tu misi tu suruh baring and buka kaki ..aik? nak buat apa nie? Rupanya misi nak cek bukaan dah berapa cm. Aku belum contraction lg oi aku nak lepak wad je . huwaa..dlm takut takut tu bukak kaki jugak takut punya pasal .. nurse pon seluk lah .. adeyyyyyy mak-mak je tau camana rasa.
Oooo baru 2 cm ..lambat lg nie
Memang laaa lambat lg...aku tak rasa sakit lg.. kalau tau procedure nye mcm nie tobat aku tak dtg sini lg kot dah nak meneran baru aku dtg. So lepas tu kejenye melepak je lah aku kat situ lg tunggu –tunggu and tunggu . Sambil tunggu tu dengar jugak lah bilik depan and sebelah dok tgh layan contraction mcm-mcm bunyik dengar nasib baik lah member bilik sebelah tabah semuanya so depa tak da lah jerit kuat-kuat kalau tak mau aku lari dr situ takut punya pasal. 2 jam lepas tu doktor pon dtg Dr. D (actually aku mintak doktor ppuan but dr tu je yg on duty so terima je lah tak nak byk songel) Dr check bukaan lg . (aii kene seluk lagi iskk)
Hmmmm lambat lg ni.. awak nak beranak hari ni tak ? tp saya check dulu tgk dah ada tanda ke belum ye ...
Sambil menyeluk dengan bestnye
Eh dah ada tanda … aaa kita masuk ubat ye ..
Aku nak tgk apa tandanya doctor tak bg katanya tanda darah dah ada..then dia pon masukkan lah ubat mcm pill rupanya kat tut-tut. (Menurutkawan aku ubat tu adalah utk melembutkan pintu rahim and secara tak langsung mempercepatkan proses bukaan pintu rahim)
By the time pukul 1.00 pm aku dah rasa perut lain mcm …err actually bukan perut.. pinggang rasa mcm lenguh sangat-sangat ini lah agaknya contraction lenguhhh… pastu ilang ½ jam tu dtg balik rasa tu … then ilang.. perut pulak ala-ala period pain .. discomfort gitu… tp aku masih boleh jalan-jalan, pegi toilet, baca paper, intai-intai member senasib kat sebelah ehehe..
3.00 p.m – Dr datang cek bukaan lagi.
Sempat lagi aku sound doktor...
Doktor jangan le seluk kuat sangat...sakit leeeee
Eyy awak nie... ni baru sikit tau..nanti beranak laaagiiiiii sakit... (sambil tu dia tepuk kaki aku ..mcm aw-aw pulak ehe)
Dr decide nak pecahkan ketuban.. aku nak tgk (again heheh) mcmana ropa air ketuban tu ..doktor tak bg ..doktor seluk and mcm ada alat masuk kat tuutt….then debushhhhh keluar air ketuban tu..tak rasa sakit pon masa pecahtu ..sakit lg kene seluk
6.00 p.m rasa tak best tu makin kerap .. nurse dtg seluk lagi (arghh) bukaan masih 3 cm nurse kata by kul 12.00 tgh mlm awak beranak la rasanya nie.. aaaaa lama lagi lee.. nurse tanya nak makan mlm tak, if dah makan mlm tu kena tahan sakit lah sebab lepas makan tak bole mintak ubat tahan sakit kene tunggu 2 jam baru boleh.. lapar punya pasal ok lah nak makan ( even sakit selera makan aku tetap tip-top hehe)
8.00 p.m – Kene seluk lg , bukaan tetap 3 cm .. awat lambat sgt nie..sakit makin kerap , nurse letak machine yg detect baby heart beat and contraction jd aku bole agak bila contraction tu nak dtg based on graph yg keluar.
Wooosshhhh…wossshhhh…wooossshhhhh…woossshhhhhh
Gitulah yg aku dengar bunyi heart beat baby. Rasa tak selesa sungguh , dah lah sakit kat perut penuh dgn wayar nak gerak tak boleh ..nanti heart beat tu ilang.. tertekan sungguh aku.. dlm pada tu sempat jugak aku garuk2 perut aku yg miang tu ..lantak lah.. Dalam pada tu dengar kecoh-kecoh bilik sebelah.. oooo cik kak sebelah dah nak beranak .. aku pon pasang telinga ..byk nurse temankan ..
Ok dikkkkk tarik nafas.. teran..lagi..lagi… teran lagi.. kepala angkat sikit..betulkan position…tarik nafas lagi …terannnnn......terannnnn....good girl ..lagi dik ...sikit lagi.....
Uwekkkkkkkkkkkk
Alhamdulillahhhh…syukur..pandai adik akak nie... dah jadi ibu dah ...
Sambil tu dengar tepukan nurse kat situ..wah bagus betul lah ..pandai sungguh depa bg semangat and suddenly air mata aku pon meleleh jugak tumpang gembira sebab cik kak kat sebelah dah jalankan tugas paling genting as mummy and aku nie tgh tak tau untung nasibnya lg.
2.00 a.m – last-last tinggal aku sorang je kat bilik bersalin…yang lain semua dah selamat bersalin dan dipindahkan ke wad biasa.. mintak ubat tahan sakit dah 2 kali ...tak tahan aku rasa mcm nak patah pinggang... Cek bukaan 4 cm … hmmmm lambatnya... dr decide induce nak cepatkan bukaan …(ubat dimasukkan thru drip , ½ jam kemudian rasa cam nak terkencing..nak gi toilet tak bole.. nurse masukkan tiub kat tut-tut then tros rasa mcm air keluar kat situ , tak rasa nak kencing pun but suddenly kau rasa lega) rasa mcm batang paip je aku ni..masuk air keluar air masuk air keluar air ituuuu jelah aku kira ada dekat 4 botol .. masa ni aku dah tak kisah dah nak seluk ke masuk kan apa ke cucuk jarum ke lantaklah .. cepatlah beranak cepatlah beranak ..tak tahan dah rasanya..percaya tak in between contraction aku baca majalah mangga .. 1 hour per page .. sebab aku dah tak daya semua ayat kursi,fatihah, doa aku dah baca …utk ilangkan bosan ..sambil aduih ..adehhh..oucchh..sambil selak baca gossip artis...konon nak lupakan rasa sakit tu keh keh
6.30 a.m – bukaan masih 4 cm , nurse pon musykil apesal lambat sgt bukaan .. dia urut-urut perut aku .. bg baby turun bawah .. but tak jalan jugak ...contraction selang seminit.. aku dah makin lembik .. hubby nangis tgk aku .mama pon nangis tgk aku .. .aku nangis jugak sebab sakit sgt pinggang sangat-sangat . aku nangis sebab aku letih sangat …nak rest tak bole baru nak ambik nafas contraction dtg lg.. sakit sampai kat kepala wooo…aku nangis sebab aku tgk mak & hubby aku nangis, ish tak tau le nak eksplen .. rasa nak hantuk kepala kat dinding pon ada jugak… masa tu jugak aku pikir wahhhh susahnye nak jd mak … respectnya kat ibu-ibu yg beranak sampai 10 org-15 org …
Late progress ….Your baby dah stress ni..and u pon dah stress ni I think kita operate je lah ..
Dr operate je lah saye dah tak tahan nie.. kalau doktor suruh saya teran pon saya dah tak daya dah nak teran
Memang aku dah lembik sgt time tu mcm kain buruk dah rupanya..nak angkat tgn pon dah tak larat dah tp entahlah kenapa aku mcm konfiden je nak kena bedah …first time masuk wad terus nak kena bedah.. tp alhamdulillah aku tak rasa panik ..rasa tenang je ..sebab aku tak tahan dah rasa sakit tu kot..cepat lah settle…
Before masuk operation theater (OT) nurse pasangkan carterer (betul ke eja nie?...org operate mana bole bangun gi toilet kan)..cukur mana-mana yg patut and bersihkan mana-mana yg patut..maka aku pon di sorong ke bilik OT (mcm dlm cerita tv..aku pandang lampu kat syiling). Kat dalam OT dah bersedia..Dr. D..sorang dr. bius (ppuan), 2 nurse ppuan and sorang nurse lelaki..(hubby tak dapat masuk OT sebab aku dikira emergency operation )..lepas tukar katil …duduk bawah lampu operate tu .. sempat jugak tanya doctor bius kat sebelah aku
Doktor saya nie kene operate nie tidur ke separuh sedar?
Taklah awak akan sedar sepenuhnya sepanjang operation. Pakai bius epidural je..(Bius setempat)...
Mak aii ..kalau aku berani boleh lah aku tgk tali perut aku sendiri kan.Ishh ngeri
Then aku pon disuruh baring mengiring and kerekotkan badan..(ala mcm baby dlm perut ) utk epidural kat tulang belakang.. tak rasa apa-apa pon (based on kawan aku yg beranak depa kata sakit suntik epidural nie) tp agaknya sakit contraction aku still ada lg kira coverlah rasa sakit kene epidural tu . 2 minit lepas tu aku rasa weng ..pening nak muntah..nurse lelaki tu dah stand by dgn besen .. memang pening kot kene bius nie... aku muntah sikit.. lepas tu tak sampai 10 minit doktor tanya
Saya cucuk nie awak rasa sakit tak? Sambil cucuk perut aku ..rasa kene cucuk macam kau rasa kene cucuk dgn pensel ..tapi tak sakit..
Tak ..
OK..kita bole operate sekarang..
So dia pon buat lah keje dia …memang rasa ..tp tak sakit ..rasa mcm org godek-godek perut kau .. tolak sana tolak sini….ada kain halang pandangan aku ke perut.. nak mintak turunkan pon bole..tp aku takut terpengsan pulak kang tgk isi perut sendiri.. so aku pejam mata sambil layan lagu… nak rest sebab aku dah tak rasa contraction lg ..(depa pasang lagu dlm OT nak bg rasa tenang kot) Sambil operate ..doktor nie dok bergossip pasal artis (ceh) aku pasang telinga jugak.
Tiba-tiba aku dengar bunyi
Uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk…
Nampak ada makhluk yg paling comel aku nampak spjg hidup aku kat depan aku ..no blood, putih and bersih (tak mcm yg aku tgk dlm buku)
Boy or girl?
Eh perempuan… aku jawab ..sbb sepanjang pregnant aku rasa mcm nak dapat baby boy .
Maka tepat pukul 6.57 pagi , 7 April 2005 dengan rasminya aku dah jadi mommy..syukur alhamdulillahh .Lepas tu doktor teruskan dengan duti dia ..nak jahit balik operation wound …tolak sana tolak sini perut aku nie…aku rasa sakit .. sakit mcm kene henyak gitu …bukan pedih ..sakit sebab dia tolak aku kuat sgt .. sempat aku soud doktor ..
Doktor jgn le tolak perut saya kuat-kuat sakit leee..
Kejap ye…saya tgh nak susun and masukkan USUS awak nie …..
Mak aii ..diam terus aku …ishhhh kang aku cakap lebih-lebih tak betul pulak dia susun kang …
20 mins lepas tu aku pon disorong keluar ..sempat jugak cium anak aku lg sekali lepas di bersihkan ...and aku pon di masukkan ke wad biasa.. so tidur lah aku tak sedar apa pon lepas tu … then 4 days after aku keluar spital and balik rumah troskan confinement period and menjalankan tugas baru aku...as a mother .
Aku rasa bangga sebab dah merasai pengalaman melahirkan yang selama ni aku dok pikir-pikir sejak dr aku remaja dulu-dulu and it was a tremendous experience cannot describe with words and aku rasa bertuah sbb tuhan bg aku kesempatan utk rasa nikmat melahirlan dan bg aku zuriat yg sempurna and comel. Syukur padamu Ya-Allah. And to hubby , this is your birthday present ~ our daughter Fatini Aisyah
Name: mama tinie Home: kolompo, muslim, Malaysia About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!) See my complete profile