Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Tuesday, August 02, 2005
Kisah aku dirampok - Kes 2
Masih tentang kisah peragut. Kes ke-2 ini lebih dramatik kerana melibatkan my mama, pihak polis and penjahat itself.


Kes 2

Situasi : Di bangunan PNB and Tabung Haji Jalan Ampang. Me and my mom went there to take out some money for my wedding preparation . Ada la dlm 3k , mama siap masuk dlm paper bag buruk lagi taknak org perasan. (Mak aku pun dah banyak kali kena ragut kat area depan rumah )

Lepas segala urusan selesai di PNB , me and my mom pon menujulah ke bangunan Tabung Haji for lunch (kat Tabung Haji kan ada café so we decided having lunch there).

In between bangunan Tabung Haji and PNB kan ada lorong kecik ..dekat dgn parking lot tu kan kat underground tu … Suddenly dua orang bermotor (penunggang and pembonceng and modus operandi yg sama mcm kes 1 . One of the mamat turun and grabbed paper bag buruk mama aku (mana diorang tau nie?) . I was so stunned and went freezed mcm tu je .. mamat tu tarik paper bag tu but mama aku semangat mcm aku tak akan menyerah kalah..tak lepaskan paper bag tu but mamat tu tarik lagi sampai tergolek mak aku atas jalan (cilake lahanat punya mamat ).

Aku dah tak pandang mamat tu dah yang aku fikir is my mama whether she’s ok or not. Mak aku jerit minta tolong sekuat hati lebih kuat dari suara aku jerit minta tolong masa kes 1. Aku peluk mak aku and check dia cedera ke tak and with my high heels and baju kurung angkat kain and cuba kejar penjahat tu.

Luckily, masa diorang speed off with the money ..a group of PNB security guard baru je off duty and nak keluar minum.. tepat-tepat masa motor penjahat tu lalu kat group of guard tu.. apa lagi .. dengan gaya ala kung –fu one of the guard tu sepak motor tu maka tergolek jatuh lah dua-dua penjahat tu . PADAN MUKA!!

Aku pon berkejar juga kat tempat tu and carik paper bag with the money tu..alhamdulillah ada kat bawah motor yg jatuh tu ada rejeki kawen aku .. and suddenly aku tgk tak sempat both of them bangun…group of guard and entah datang dari mana staff PNB and Tabung Haji and orang-orang keliling yang berdekatan pakat ramai-ramai belasah one of the guy. Sampai lembik kau …tapi aku saaangat puas hati sebab dia dah buat mama aku jatuh tergolek. You deserve it.. .nak jugak aku join sepak masa tu tapi aku pakai baju kurung ..malu nak angkat kain kang nampak spentot.

Another guy managed to escape … lari menuju ke stesyen minyak Shell (jalan besar) … but dapat ditangkap juga..(I’ve been informed by PNB staff mamat tu lari ke sana selepas dikejar oleh Security Guard but unlucky him ..kat stesyen minyak Shell tu ada a group of mamat motor besar tgh isi minyak pakat kepung dia. And di belasah beramai-ramai jugak di situ juga . So kena ikat lah dua0dua penjahat tu .. memang kecoh sangat kat PNB masa tu .. glamer aku and mama aku kejap.. I’ve learnt that both of them are Indonesian tak tau la legal ke tak .

Then, me and my mom di bawa oleh PNB staff ke balai polis Dang Wangi for report. Masa report di balai polis.. me and my mom di bawa berjumpa dgn DSP Ch** untuk pengecaman. Lepas 2 penjahat tu di bawa masuk mengadap kami to confirm memang dioranglah the culprit. Me and my mom menggigil juga sebab trauma tadi masih ada lagi ..

Sambil keluarkan rotan panjang and besar. DSP rotan dua-dua tu kat kaki gertak both of them.

Berani awak kacau kawasan saya hah !!

Ampun pak! Ampunnnn…


After buat statement and confirm memang betul depa punya angkara so both of us di bawa keluar .. sebab mak aku pon mcm nak pengsan pulak tgk DSP gertak mamat dua org tu (sbb tak kuat semangat kan) . DSP kata bukan 2 orang punya kerja mesti ada komplot lagi .. kene belasah lagi lah nampak gayanya diorang nie..

Kami diberitahu maybe akan dipanggil ke mahkamah if diorang mengaku tak bersalah .. but sampai sekarang tak sampai pon surat dari mahkamah so memang mengaku bersalah lah agaknya tu ..

So me and my mom pon balik rumah lepas buat report tu.

Next week we dropped by at PNB again .. bila lalu kawasan tmpt kena rampok tu mcm seram sejuk je ..trauma siot..jumpa all the PNB security guard to say thanks and bagi token of appreciation tiap sorang. Memang tak terbalas budi aku pada diorang.

Fhewww what an experience. ….

posted by mama tinie @ 9:05 PM  
3 Comments:
  • At 10:04 PM, Blogger hana_kirana said…

    Salaam.

    Nice blog. :) Keep on writing ye? :)

     
  • At 3:25 AM, Blogger Arena said…

    emm, lepas aku dengar citer ko nih, dulu.. aku hati2 giler tahap paranoid siot..kekeekeke..kalau bawak duit..

     
  • At 6:11 PM, Blogger mama tinie said…

    hana_kirana - Thanks...baru nak berjinak-jinak ni : )

    arena - berhati-hati ...but sometimes dah berhati-hati pon kena jugak ..

     
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER