Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Wednesday, August 24, 2005
Untuk along
Langit tak selalunya cerah

Tahun 1983, kami sekeluarga pindah ke rumah baru dari rumah nenek. Pada masa itu , aku bersekolah tadika (Tadika Manja youuuu...) dan adikku masih kecil. Abah dan mama bekerja sepenuh masa so mereka ambil keputusan hantar kami kepada jiran sebelah pada hari berkerja (masa tu mana ada nursery bagai). Aku ke sekolah tadika dan adik akan dijaga oleh makcik.Bila aku pulang dari tadika aku akan ke rumah sebelah lepak di sana sampai abah dan mama pulang. Tidak hairanlah jika kami adik beradik amat rapat dengan jiran sebelah. Aku bebas keluar masuk rumah makcik seperti rumah sendiri sampailah sekarang.

Makcik ada 4 orang anak. 3 lelaki seorang perempuan. Aku paling rapat dengan anak perempuan makcik. Adik aku kamcing dgn adik lelaki bongsu dia. Sampai sekarang makcik tak puas hati tak dapat amik adik aku jd menantu. Adik aku bercinta ngan mamat Tganu 5 thn pastu clash and anak dia baru je kahwin masa tu .

Kalau tau adik clash dgn mamat tu makcik suruh M pinang kau. Bedebah punya mamat T’ganu” kata Makcik

M pun terkilan jugak sebab adik aku clash kalau tak sure dia masuk jarum .Pecah dinding je kitorang nanti mcm cerita P Ramlee masam-masam manis. Apa yg aku merapu ni heeheh.Ok ok on track balik.

Walaupun usia antara aku dan Along jauh berbeza (lebih 10 thn) tapi aku memang “kamcing” dgn dia. Rahsia dia ada pada aku. Rahsia aku ada pada dia. Aku rasa aku lebih rapat dgn dia banding dgn mama aku sendiri. Along (panggilan anak ppuan makcik) lebih tau siapa aku banding dgn mama. Mama aku very strict and tradisional type. Bukan boleh anak dia adventurous sikit takut kang jd mcm itu takut kang jd mcm nie. Jadi Along lah tempat aku luahkan rasa tak puas hati ke apa. Aktiviti serakah aku selalunya aku bgtau Along je.Kadang-kadang kitorang buat sama-sama curi-curi tgk wayang ke..intai org bujang blakang rumah ke (masa tu abg-abg ensem kat blakang umah ramai.. ada kete sorang sebijik perghhh)

Selain dari aku dan adik , makcik turut menjaga anak jiran yg lain. Kira mcm nursery lah juga jadinya rumah makcik sebelah aku ni .Riuh. Along turut ditugaskan menjaga kami. Tapi selalunya aku mendapat keistimewaan banding dgn yg lain cthnya. tak payah tidur petang dan sama-sama sakat anak jiran lain sampai menangis hehehe...(Sorry Munirah akak buat kau nangis...tu la kecik2 lg dah nak pakai lipstik tiap-tiap hari apedaa ekkeke sekarang Munirah sudah jd guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah ternama di KL mati-mati aku ingat dia akan jadi model bila besar nanti hehehe ) .

Aku juga seronok mendengar cerita-cerita daripada dia. Dari cerita tentang koleksi pakwenya (byk gile pakwe dia), minatnya pada bidang sastera (bacaan puisi and karangan cerpen siap masuk majalah and join grup puisi ) juga cerita hal org dewasa (aku byk belajar dari dia) memang ternganga-nganga aku kalau dengar dia bercerita ..betul ke org dah kahwin kena buat mcm tu ? ewwwwww yuck ..kata aku dgn skemanya keekek

Along suka kumpul majalah remaja dan gila-gila dan aku memang seronok sgt dapat tumpang baca. Koleksi majalah dia aku baca entah kali ke berapa pon aku tak ingat tapi memang tak jemulah . Ye lah masa tu kecik lagi mana mampu nak beli sendiri lagipon mama memang tak suka aku beli buku mcm tu lain lah majalah bintang kecil, kuntum atau bambino. (Sapa yg tak kenal majalah ni memang korang muda lagi lah)

Masuk sekolah menengah aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh di utara. Even aku jauh tapi aku tetap berhubungan dgn dia. Still keep in touch. Balik je dr asrama aku akan melepak ke rumah sebelah sampai kene marah dgn mama. Kawan-kawan aku jd kawan dia vice versa. Dia memang peramah. Pandai bercerita. Semua org suka. Tu yg ramai kawan tu . Kuat kelentong pon iye hahahha Lagi satu dia suka kenenkan aku dgn kawan-kawan dia . Yg syoknya kawan-kawan dia mcm-mcm jenis. Penyanyi ada, pelakon ada, kartunis ada..macam-macam adaaaa and hemsen-hensem belaka. Buat abg angkat lah abg angkut lah heheh..aku pon tak tau apa fungsi abg angkat ni…tp sebab depa glamer aku pun nak tumpang keglameran diorang ehhehe..

Then, aku masuk ke universiti di utara juga. Hubungan kami masih rapat. Then aku kantoi dgn dia pasal chatting (pls baca my previous entry pasal chatting) . So bertambah seronok lah aku dgn along beraktiviti bagai.sampai lah aku berkerja. Kahwin. Ada baby. Hubungan kami tetap mesra.

Tapi…

Last week Along jatuh sakit. Dia selalu sakit and masuk wad sbnrnya. Tapi dia degil ..makan tak nak pantang. Tapi aku rasa yg kali ini yg paling teruk. Masuk ICU tidak sedarkan diri. Jangkitan di paru-paru dan jantung. Aku lawat Along. Wayar selirat sana-sini. Tebuk sana sini. Aku speechless tgk keadaan Along. Sedih. Kesiankan Along. Kesiankan makcik. Tahun lepas pakcik baru je meninggal dunia. Kali ini makcik di uji lagi. Aku cuba menangis tapi air mata aku tak keluar. Sebab kat depan aku .. terbayang-bayang kenangan aku dgn Along dari kecik sampai lah aku jd mak budak. Aku tak percaya yg terbaring kat depan aku ni Along. Rasanya baru semalam aku sembang dgn dia pasal baby Tini. Along janji nak bg baby Tini hadiah sebab tak sempat nak bg masa aku kat hospital haritu.Tapi sekarang aku dah tak kisah pasal hadiah tu. Aku cuma nak Along sedar kembali. Aku harap Along sembuh.Aku harap Along kenal aku bila dia sedar nanti..dan kami boleh sembang, gelak ketawa, bergurau mcm dulu. Aku tawakal padaMu tuhan.

Ya Allah , selamatkanlah sahabatku ini. Penolongku ialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaNya jua aku berserah dan Dialah yang memelihara ‘Arasy yg besar. Amin Ya rabbal Alamin.


p/s - Everyone around us does play an important role in teaching us something about life, we should be thankful for that even if what they taught us is somewhat hurting.

posted by mama tinie @ 1:50 AM  
4 Comments:
  • At 8:48 PM, Blogger hana_kirana said…

    Mudah-mudahan Along cepat sembuh... Ameen... she sounds so special to you

     
  • At 11:35 PM, Blogger Arena said…

    Mamatin,

    Weis kak Long Peace tak sedar lagi ke? Apa doctor kata? Ya Allah, kesiannya dia, she's such a colourful personality.

     
  • At 1:31 AM, Blogger mama tinie said…

    Hana - me pon harap mcm tu lah ..harap dia sembuh mcm biasa

    arena - dah sedar tp still unstable..dr still continue treatments...byk treatment nak kena buat..masih dok terbaring gitu juga tp sekali sekala dia akan buka mata tp tu pon kejap je..

     
  • At 7:49 PM, Blogger ayobkelubi said…

    errkk?.

    dia sakit apa weh?.

    aku rasa cam kenal gak lah.

     
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER