Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, August 04, 2005
A.T.U.K
Cerita ini aku kutip dari mulut atuk tersayang. Berdikit-dikit aku susun kronologinya. Walaupun ingatan atuk kuat tapi dia akan bercerita sesedap rasa, kadang-kadang kau akan pening dgn ceritanya yang chacha-merba. Kira lompat-lompat chapter gitu. Tapi demi untuk menghasilkan cerita atuk aku cuba ingat dan susun ceritanya satu-persatu. Kalau atuk kelentong aku kiranya aku kelentong korang jugalah keh keh.
.



Atuk anak tunggal dalam keluarga. Berasal dari Madura, kepulauan Indonesia. Tapi atuk beragama Islam bukan beragama Hindu yang byk dianuti oleh penduduk disitu. Budaya penduduk di sana terutama orang laut, bila saja kau mencecah remaja , untuk buktikan kejantanan kau ..kau harus merantau. Pergilah ke mana ceruk dunia pun asalkan kau dapat mencari rezeki. Atuk aku anak jantan. Semangat muda yang membara untuk buktikan kebolehannya membuatkan dia mengambil keputusan untuk merantau. Atuk merantau bila bapanya meninggal dunia. Meninggal dunia semasa bertanding silat. Lawannya menggunakan tipu muslihat. Ibu atuk bersumpah tak akan benarkan keturunannya bersilat lagi. Sampai sekarang anak cucu atuk tidak dibenarkan belajar bersilat. Pernah juga semasa salah seorang makcik melangsungkan perkahwinan, baru sahaja bunga silat pengantin bermula makcik pengsan di situ juga. Suratan? Kebetulan? Entahlah….

Belayarlah dia dari bumi Indonesia sehingga sampai ke bumi Temasik. Banyak juga dugaan sepanjang pelayarannya. Ribut taufan jangan dikira tapi sebagai anak jantan atuk hadapi semua dengan penuh rela. Macam-macam kerja yang dilakukan demi sesuap nasi. Di sini juga atuk bertemu jodoh dengan isteri tercinta, susah payah diharung bersama walau apa pun dugaan yang melanda. Nenek juga tabah orangnya. Walau pendapatan tidak seberapa tapi nenek harungi hidupan berumahtangga dengan penuh redha.

Bumi Temasik tidak aman lagi. Jepun mula merampas takhta. Atuk risau keselamatan isteri dan dua anaknya. Atuk ambil keputusan demi untuk meneruskan hidup yang lebih baik , kita harus ke Malaya. Namun atas tuntutan tugas atuk tidak dapat turut serta. Nenek dan anak-anak perlu pergi dahulu. Atuk menyusul kemudian. Pergilah nenek seorang diri berserta anak ke bumi Malaya. Naik keretapi tiada tempat duduk. Askar British yg sama-sama naik keretapi kasihan tengok nenek dgn dua anak kecil (seorang masih bayi) , ditawarkan duduk di atas beg-beg tenteranya sehingga sampai ke Kuala Lumpur. Begitulah susahnya kehidupan dahulu.

Di tanah Melayu (Kuala Lumpur) atuk perlu bermula semula. From scratch. Bermula dengan kerja-kerja buruh kemudian atuk kerja di kawasan lumba kuda (race course). Di sana atuk banyak bercampur dengan orang dari Indonesia juga tapi dari daerah Bawean . Atuk bukan orang Bawean tapi atuk pandai bawa diri. Atuk boleh bertutur bahasa daerah Bawean. Orang Bawean suka pada atuk. Sehingga atuk dilantik menjadi Pak Lurah (Tok Penghulu) di kalangan orang Bawean. Tugasnya bermula pada 4 pagi, sambil atuk bertugas menguruskan kuda-kuda ..nenek setia temankan atuk sama-sama bangun dinihari. Begitulah mereka setiap hari…

Kemudian atuk ambil keputusan , tidak mahu jaga kuda lagi… subahat judi katanya.

Atuk tanya kawan-kawan, ada kerja lain tak?

Kau boleh bawa kereta? tanya kawan…

Boleh belajar kata atuk…

Kawan-kawan ajar atuk..tapi bukan pakai kereta..tapi belajar bawa lori..orang kaya saja ada kereta …lori ini pun tokeh Ah Seng punya.. atuk belajar bawak kereta pakai lori (eh betul ke ayat aku ni). Kemudian atuk kerja dengan pegawai British..

Pegawai British tanya atuk Buleee kerjaa shamaa shaaiyaaaa?

Atuk kata Boleh tapi dengan syarat. Bagi saya masa untuk sembahyang..bila saya sembahyang tuan kena tunggu.”.

Begitulah tegasnya atuk…orang British pun ikut kata atuk. Bermulalah tugas atuk menjadi pemandu untuk pegawai British. Merata tempat atuk pergi..Melaka, Johor, Singapura..mana pegawai British arahkan, atuk pergi. Atuk baik dengan pegawai British..bila hari raya tiba..pegawai British pinjamkan atuk kereta.

Hesssenn ewekk bawee enekk ewekk jelenn-jelenn dengan ini keretaa..

Berbondong-bondonglah satu keluarga beraya sakan dengan kereta tuan British.
Lama juga atuk kerja dengan British, sehingga satu hari Ah Seng tanya atuk..

Lu tala mau kilija sendili kaa?

Kalau ada modal mau jugak aku

Haiyaa ini mcm gua bagi modal laa..kita kawan suda lama..sama-sama tolong maa…

Sekarang atuk mahu jadi usahawan..atuk mahu kerja sendiri..sendiri jadi kuli sendiri jadi boss..Atuk jual ikan dan sayuran. Pagi –pagi ke pasar borong kemudian ke kawasan race course (tempat atuk kerja kuda dahulu) dan menjual kepada pekerja – pekerja disitu yang ramainya kawan atuk juga. Atuk jual menggunakan motor. Di belakang ada peti dan di situlah atuk letak ikan, sayur, timbang, kayu tempat siang ikan dan pisau.

Perniagaan atuk semakin maju. Atuk kumpul modal atuk beli kereta. Atuk boleh letak jualan lebih banyak berbanding semasa menggunakan motor. Jualan makin banyak hasil jualan pun bertambah juga. Semasa belum bersekolah dulu aku rajin ikut atuk meniaga. Keluar pagi baliknya tengahari. Sambil menjual atuk berbual dengan penduduk di situ.

Kehidupan atuk dan keluarga bertambah baik. Atuk beli tanah, atuk dirikan rumah, Ah Seng tolong bina rumah bersama atuk. Sikit-sikit atuk tambah rumah dari kecil rumah atuk makin besar. Cukup untuk tampung keluarga yang semakin bertambah sekarang anak atuk sudah 8 orang. Senyum atuk makin lebar. Segala usahanya selama ini mula menampakkan hasil.

Tidak lama selepas itu, atuk ambil keputusan. Hasil jualan yang meningkat buat besarkan perniagaan lagi. Atuk mahu buka kedai runcit. Atuk ubahsuai rumah jadi rumah kedai. Keluarga bantu uruskan kedai. Pelanggan atuk terdiri daripada jiran sekeliling dan kuarters askar berdekatan. Untung tidak banyak tapi cukup untuk keluarga atuk hidup selesa. Begitulah atuk menampung kehidupan.

Anak-anak semakin membesar. Ada yang sudah berkahwin ada yang bujang ada yang masih belajar. Ada yang sudah beranak pinak. Atuk makin tua. Atuk mahu tumpukan pada ibadat. Atuk amat dikenali di Kampung DK (Kalau aku sebut bilal H di kampung DK pasti ada yang kenal ) orang kuat Kampung DK. Majlis kenduri , cukur jambul, korban, qiqah mesti ada atuk. Jika tidak majlis tidak lengkap. Begitulah pentingnya atuk.

TIdak lama kemudian atuk tutup kedai di rumah dan buka kedai kecil di pasar. Atuk sudah tidak mampu menguruskan kedai sendiri. Anak-anak sudah ada karier sendiri. Tidak mahu uruskan kedai atuk. Atuk buka kedai kecil sekadar untuk penuhkan jadual seharian. Kadang-kadang atuk beramal..orang minta beras secupak diberinya dua cupak . Memang tiada untung. Tapi atuk gembira. Dapat untung di akhirat katanya.

Tugas sebagai bilal masjid tetap atuk jalankan. Atuk juga dihormati di kalangan pendatang Indonesia (legal and illegal). Ada juga yang datang ziarah atuk berlutut di hadapannya sebagai tanda hormat. Atuk tidak suka. Atuk ajak duduk sembang bersama.Tiada darjat atau pangkat. Sedikit wang dan keperluan mereka turut dititip bersama. Sambil linang air mata mereka cium tangan atuk . Atuk tepuk bahu mereka. Atuk orang merantau. Atuk tahu susahnya mencari rezeki di bumi asing.

Sekarang atuk sudah tua. Sangat tua. Sudah sembilan pulun tiga. Cicit pun ada yang sudah remaja. Tapi semangat atuk tetap membara. Semangat anak jantan. Nah, sekarang sudah terbukti ...atuk anak jantan. Jerit perih merantau di bumi asing berbayar sudah dengan kesenangan generasinya.. Kadang-kadang atuk rindu pada kampung halaman.

Aku teringin nak balik kampung tapi aku sudah tidak punya apa di sana hatta saudara mara sekalipun kata atuk.

Tidak mengapa atuk . Di sinilah kampung halaman atuk. Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung......

Aku bangga jadi cucu atuk.....

posted by mama tinie @ 11:59 PM  
4 Comments:
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER