Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, August 18, 2005
Geram...
Kelmarin,
Aku bawa baby tinie ke klinik. Ijenction triple agent (3 in 1) . Kali ke-4 sejak dia lahir. Baby tinie kuat. Doktor tiarapkan dia. Cucuk. Dia tak nangis. Senyum mcm biasa. Aku bangga. Bawa pulang. Tuam dan beri ubat demam. Aku pergi kerja semula.
Petang aku pulang. Dia sudah lena. Buat kerja rumah seperti biasa. Jam 11 dia bangun semula. Suhu badan tinggi .Baby Tinie tidak nangis. Dia tak suka nangis. Sebab itu mak sayang sangat dgn Tinie. Tapi Tinie mengerang. Ubat injection mula tunjuk bisa. Kesian baby. Jadi sepanjang malam dia tidak boleh tidur. Pusing kanan pusing kiri. Tidak selesa. Aku ngantuk. Tapi tidak mahu tidur. Temankan dia. Mak nak tumpang derita dgn Tinie. Kalau aku boleh pindahkan rasa sakitnya pada aku. Aku rela.
Pagi muncul semula. Dia senyum macam biasa. Aku rasa dunia ini aku yang punya. Tapi demam masih ada. Hari ini mak ambil cuti . Mak nak temankan Tinie. Kesian anak mak ini. Anak mak ngantuk. Anak mak tak sihat. Mak tidurkan anak mak ini. Sepanjang malam dia tidak tidur. Baru anak mak hendak lelap mata....
Preeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeenggggggggggg!!! Preeeengggggggggggggggggg! Debom! Tiga kali
Mak dah peluk . Tapi suara itu kuat sangat. Dia nangis. Terkejut dgn suara itu. Geram betul aku . Ini kan kawasan perumahan. Tak ada akal . Mana pergi perasaan timbangrasa.
Cilake punya mat rempit.
Bodo.
Akibatnya. si kecil kerap terperanjat. Sepanjang malam hendak berteman.
Kalau aku sumpah si rempit eksiden. Kejam kah aku?
Name: mama tinie Home: kolompo, muslim, Malaysia About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!) See my complete profile
Sumpah jek.. kekekekkeke