Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, December 29, 2005
Kisah ibu-ibu
Entry ini khusus untuk wanita sahaja especially ibuk-ibuk. Kalau bukan wanita kalau nak baca pon boleh juga : )

Saya mulakan ye..

Sambil duduk di situ dia memandangku dengan penuh selera. Bukan aku tapi bibirku. Kecur air liur melihat aku mengunyah roti canai. Dia depangkan tangan minta didukung. Aku pura-pura tidak melihat. Cuba menumpukan perhatian pada roti canaiku. Cubit sedikit dan cicah dengan kuah kari mamak (harap bukan yang semalam punya). Dia guna taktik baru pula. Mengendeng padaku sambil memegang kakiku. Aku buat tidak peduli lagi. Pura-pura mengunyah sambil pandang teh panas yang ada di depan mata. Dia guna taktik yang lagi satu. Merengek manja yang makin lama berubah menjadi merengek marah. Makin lama makin kuat. Kalau di biar boleh jadi tangis yang berpanjangan.

Aku angkat dia. Dudukkan dipangku. Aku cubit roti canai aku kunyah sedikit dan aku sua dimulutnya. Dia makan dengan penuh selera. Sekejap saja sudah memandangku lagi. Tandanya dia mahu lagi. Tak sempat aku cubit untuk diriku, kuberi padanya lagi. Sambil mengunyah dia goyang badannya tanda seronok. Lucu sekali. Terhibur sungguh melihat telatahnya. Lama-lama hampir suku roti canaiku dia habiskan. Cukup. Nanti perut meragam emak juga yang susah. Bukan setakat roti canai. Nasi, biskut, keropok, air milo, kordial sarsi semua dia ingin rasa. Masam, manis, masin semua sudah dirasa. Pelik sungguh rasa. Pengalaman pertama paling seronok yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Mungkin itulah yang difikirkan olehnya.

Pukul 7 petang. Mata yang besar galak sudah kecil lesu tidak bermaya. Puas bermain seharian. Gurau senda bersama ayah, ketawa bersama nenek, menyanyi bersama atuk. Aduh penatnya! Masa untuk tidur. Seperti biasa kusuakan badan ku padanya. Ingat lagi pesan doktor . Susu ibu adalah susu yang terbaik. Aku pegang kata doktor ku beri susu ibu selagi berkesempatan. Alhamdulillah susu masih ada. Dia sedut. Sekali...dua kali..tiga kali.. lepas. Musykil. Selalunya dia penuh selera tetapi tidak hari ini. Kenapa ya ? Mainan yang diletakkan ditepi dicapainya. Digoyang-goyang dan dibeleknya. Kemudian dia merengek lagi. Tanda bosan. Aku pangkukannya dan sua lagi. Dia mengelak lagi. Kenapa ya ? aku fikir lagi. Aku guna cara lain. Aku bancuh susu suam-suam. Dia hisap penuh selera. Ohhh ...susu ibu tidak enak lagi. Lepas makan roti canai , biskut, air milo dan lain-lain susu ibu sudah tidak seperti dulu lagi. Tawar agaknya. 3 jam kemudian dia minta susu lagi. Sekarang emak kena bancuh susu pada jam 7 ptg, 10 malam, 1 pagi dan 4 pagi. Selalunya siang sahaja susu perlu dibancuh. Malam kuberi susu badan.

Akibatnya susu badanku menjadi banyak. Sakitnya bukan kepalang. Kurasa sakit lepas mati, beranak dan sakit gigi. Inilah penyakit seterusnya yang paling sakit di dunia ini. Berdenyut-denyut dibuatnya. Sakit di dada merebak ke kepala, leher, bahu dan belakang. Bila mula sakit belakang itu tanda tidak baik. Boleh menjadi demam jika dibiar melarat. Tanda aku benar-benar sakit. Mendukung si cilik aku tak mampu lagi. Sedih aku lihat dia mengendeng-ngendeng padaku minta di dukung. Minta maaf, emak tidak sihat. Mujur ada nenek. Ibu beri petua. “Cuba kau letak kobis, sayur itu dapat mengurang bisa di badanmu”. Aku turutkan. Kurang sedikit sahaja. Kemudian sakitnya berdenyut kembali. Semuanya serba tidak kena. Baranku datang kembali. Semuanya tidak kena pada mataku. Ini tidak boleh jadi. Aku harus ke klinik.

Di sana aku dimarah doktor.

“Kenapa awak tak perah?”

“Mak saya kata kalau perah susu datang lagi”

“Habis awak nak dada awak meletup?”

“ Jangan lah doktor. Kesian suami saya keh keh” (ini ayat dalam hati)

“Kalau awak biarkan boleh jadi bisul awak tau. Sakitnya berkali ganda”

Syukur , setelah diperiksa doktor bisul belum ada. Susu masih lancar. Doktor beri ubat tahan sakit, kurang bengkak dan keringkan susu. Pulang rumah aku segera lakukan arahan doktor. Alhamdulillah sakit pun hilang. Aku pun boleh tidur lena.

Yang penting aku dapat MC dua hari. Dalam kepala sudah terbayang K4, Giant, Jusco dan yang seangkatan dengannya. Hehehehhe..

Sekian sahaja cerita saya yg boring ini.
posted by mama tinie @ 4:00 AM   6 comments
Takoyaki yg yummie...


Takoyaki
Pictures taken from Bob & Angie

Ini pantun dua kerat ..

Gendang gandut tali kecapi
Kenyang perut senang hati
Karam Singh Walia melaporkan hehehe

Erppp…
Sedapnya Takoyaki ni…

What is Takoyaki?

Takoyaki, the latest and hottest snack food in. recent years. Takoyaki is shaped like a golf ball, a very popular snack food which originated from Japan, has finally arrived at our shores. Takoyaki is made from special mixed flour with delicious fillings such as octopus, prawn & cheese. It is then covered in a special brown sauce and topped off with Japanese fish flakes, mayonnaise and seaweed. Most of the ingredients of Tako Tao’s Takoyaki are specially imported from Japan in order to provide the original taste of Japan. Takoyaki is crispy on the outside while its mouth-watering fillings are covered in a soft and sticky paste. This snack is best served hot off the grill.Takoyaki has a long history in Japan, dating back almost 60 years. It was started by Japanese in Osaka as a fast food snack selling on roadside stalls and snack kiosks. As its popularity grew due its appeal to almost all ages be it hip youngsters or working adults, Takoyaki soon spread to its neighboring countries such as Hong Kong, China, Taiwan and Singapore and it has been a big hit ever since. Now we also having a Kiosk at Mid Vally near

Information taken from www.myves.com

Siapa suka tgk Sin Chan? Ada one of the series yg tunjuk diorang masak snack ni.Sotong baakarrr…sotong bakarrrr…Beriya-iya ayah Sin Chan kuis-kuis dgn lidi nak jadikan takoyaki tu bulat . Last-last Sin Chan yg terer buat takoyaki ni sampai buncit perut mak ayah dia makan. Heheheh



Mari kita makan takoyaki..yay!

posted by mama tinie @ 3:42 AM   5 comments
Tuesday, December 27, 2005
Sindrom Malas

Kita kan kita kan.. lamee sangatttt tak hapdet belogg..tak tau lah kenapeeee...agaknye sebab opis nie dengki kat kite lahhhh banyak URL yang kene block sampai kite tak ada seleree nak hapdet belogggg... menccccciiiiiii...kita tido laaaaaaagikkkkk baikkkkkkkk. Arenaa jgn marah kite lagiii..nie kita tukar tajuk entry ..tak payah lagik tengok entry "first timer" yg dah berabuk tu hik hik hik. Kita tido duluk yekkkk huarghhh yawnnnnnnnnnn...zZZZZZZZZZZZZZZZZZzzz
posted by mama tinie @ 1:56 AM   0 comments
Tuesday, December 06, 2005
First timer
Everybody have their own first time experience. First time naik basikal. First time masak. First time masuk sekolah. Selalunya kita mesti ingatlah kita punya first time experience. Mamatinie nak list out apa yg mamatinie ingat as a first timer.

1) First time ke sekolah tadika
Mamatinie ke sekolah tadika private Tadika Manja di Keramat. Cikgu Chinese and Serani. Memang speaking London lah. Mamatinie hentam je la . Setiap org akan dpt pinggan mangkuk and saputangan tapi saputangan tu mamatinie dah hilangkan. So mamatinie sudah kelentong sama teacher pasal saputgn tu (during makan time pinggan mangkuk and saputgn kena lengkap disiplin kononnye). Ma and abah kat luar tingkap gelak rabak tgk mamatinie kelentong teacher. Lebih kurang mcm nie la bunyiknya: Teacher, saputgn hilang sbb yesterday my mama cuci and sidai kat pagar then wwwooshh! Angin tiup, saputgn terbang pegi rumah sebelah but saputgn tu jiran tak nak bg. Tak tau kenapa.

2) First time masuk sekolah rendah (darjah 1)
Abah hantar. Beg sekolah kaler merah. Seronok sungguh. Name tag sebesar alam. Pegi mana pun kena beratur. Masih balik tu abah hilang! Panik. Siap nangis-nangis carik abah. Rupa abah lepak kat kantin. Cis!

3) First time main badminton
Ni mak mamatinie cerita. Umur 3-4 thn. Pakai reket badminton adult. Tak padan tinggi sama dgn pjg reket badminton tu. Main dgn abg depan rumah. Sekali terpeleot. Terseliuh. Kene urut dgn makcik tepi bukit. Berbandage.

4) First time naik basikal
Time tu drjah 1 . Naik. Terus kayuh. Tak reti break. Mamatinie masuk longkang. Basikal pon masuk longkang. Tgn terseliuh (tgn yg sama terpeleot masa main badminton) . Kene pegi urut dgn makcik tepi bukit. Berbandage lg.

5) First time pegi rombongan sekolah
Cameron Highlands. Mak mamatinie belikan sweater kaler kuning floresen! Silau siot. Tp sbb mak belikan pakai je lah. Bekal mcm nak pegi sebulan. Mamatinie belikan stroberi utk mak. Tapi by the time sampai rumah dah benyek penyek dah stroberi tu.

6) First crush!
Darjah 2. Cikgu pelatih ngajar Bahasa Malaysia. Cikgu Ishak nama dia. Ensem! Tp takat mana sgt leeee budak darjah 2 punya syok. Lebih pada suke kot .Bahasa Malaysia lulus with flying colours time tu hahahah. Apa kabor le Cikgu Ishak skarang ek.

7) First time ada bestfriend
Kawan since darjah 1. Lin , now married with kids. Engineer kat TNB. Ita. Now migrate ke S’pore ikut hubby. Faz, now keje ngan daddy dia (bapak dia kaya). Adlina, ulat buku anak doktor tak tau skarang dia keje apa. Ingat dulu pakat curi-curi baca buku doktor abah dia . Tau je laa lots of ehem pics dlm tu hahahahah


8 ) First time ada secret admire.
Darjah 6. Ita one of my bestfriend pass surat. One of the boys sekolah sesi ptg
(mamatinie sesi pg) . Shahriman nama dia (ingat lg wooo hahah) . Dlm surat kata selalu peratik mamatinie kat bus stop. Mamatinie tak kenal dia. Tak ambik kesah sgt. Alaaa masa tu darjah 6 mana laa reti apa . (Bukan mcm budak skarang) .


8) First time masuk asrama.
Form 1. Ye lah nak dok jauh dr KL to Penang. Satu kampong ngantor. Culture shock. Ye lah dari cakap keyyyy ellll kene tukar ke hang-aku. Dulu budak2 penang anti budak KL. Kata budak KL jahat. Ta pa pe tah mcm laaaa korang baik sgt. Boys kene jadi macho beriman. Girls kena sopan santun , soft spoken tak hingat. Jalan kene tunduk and tersusun. Tak bole tgk abg-abg senior. Makan kena suap kecik-kecik. Ta pa pe tah senior-senior aku ni. Join Sis Nasliza Ngasri yg gila babeng tu (Senior sistah yg best) . Typical KL girl. Gila-gila. Baru best hehehe.

9) Penampilan pertama dlm magazine (lepas tu tak tampil lg dohh) .
Mingguan kanak-kanak. Masa tu darjah 6. Glamer time skolah rendah dulu magazine tu . Interviewed pasal cara-cara belajar. Tips belajar la kununnye. Siap amik gambar. Ada jugak tuuuuuu sampai surat nak berkenalan. Kah kah kah

10) First time pegi konsert
Masa tu form 2-3 kalau tak silap. Konsert Bon Jovi kat stadium Shah Alam.
Dulu artist luar jarang masuk buat konsert. Kira havoc la time tu . Pegi ngan cousin. Cousin kena tarbiah ½ jam dgn mak baru dapat bawak mamatinie. Thanks Kak ila ! Enjoy gilasss !Lepas tu baru melibatkan diri tgk giggs heeheh.

11) First date !
Lepas SPM . Tgh tunggu result. Berkenalan dgn one of the Ujang’s cartoonist. (Member punye keje la nie) . Skema gilak time tu. Tak reti nak buat apa. Sengeeehhhh je . Makan . Tgk wayang. Teman brader tu gunting rambut (ta pa pe tah) then balik. Skarang dia sudah ada 3 anaks. Hehehehhe

12) First time masuk U
Nun di ujung donia. First day dtg dah kenal dgn Jie then jd one of my gilak bestfriends. Orientasi bangang. Semua kena berlari. Pegi semayang lari. Makan lari. Pegi hall lari. Nak gi briefing kat hall lari. Kurus kejap . Sisters garang tak tentu pasal. Ta pa pe tah.

13) First time keje..
Trainee kat company ni. Semua benda nak belajar. Ikut je bontot manager (supervisor mamatinie time tu) . Benda yg tak relate pon blasah je tebal muka masuk meeting. Manager best mana dia pegi dia ajak. Jumpa customers. Events. Signing ceremony. Launching. Seronot. Then manager recommend absorb masuk company tros. Keje sampai la ni. Alhamdulillah.

14) First time jumpa hubby
Kenal dah lama. Tak pernah jumpa. Janji jumpa di Puduraya (romentik dak) . Masa pegi jantung mcm nak terkeluor. What tu du. First time jumpa? Sengeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......

15) First time kawen (first and last insyaallah)
Penatttt! Lagi 2 minggu nak kawen 3 bijik kelenjar tumbuh kat leher due to stress. Dah bengkak herot petot leher. Sakit jgn ckp. Sehari sebelum wedding. Releks sgt la pulak. Sambil org pasang pelamin, mamatinie bantai tgk Sin Chan. Mak andam carik pengantin tak jumpa. Padahal mamatinie ngadap tv depan dia hahha.

16) First time dpt baby
First time jugak mamatinie masuk spital. Gabrakkkk. Sakittttt sgt tp bila dah tgk baby ilang le rasa sakit tu. New experience. Rasanya sakit beranak boleh tahan lg. Sakit kena seluk tu yg rasa mcm nak sepakkk je doktor tu.

Macamana pulak korang punya first time experience?
posted by mama tinie @ 6:21 PM   13 comments
Thursday, December 01, 2005
Rindu ah...

Mamatinie kemas kini folder dlm pc yg dah bersawang ..(mcm kemas lemari la pulak) terjumpa pulak gambar masa kat uni. hmmm tiba-tiba rindu pulak dgn suasana ni. Zaman "apa rasa kau nak buat.. buatlah" Tiap kali tgk gambar ni mesti sengeh manjang.. rasa happy je.. rindunyaaa kat korang (jiwa haluih sket). Tgk gambar ni je cukup ..bengong seko-seko hahaha


posted by mama tinie @ 6:34 PM   5 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER