Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Monday, October 20, 2008
Pagi yang kelam
Isnin merupakan pagi yang paling mamatinie kurang gemar. Orang biasa panggil "monday blues". Penat ke rumah terbuka belum habis lagi. Lenguh kaki dan pinggang menempuh kesesakan lalu lintas selagi belum habis Syawal selagi itu lah jemputan tidak akan surut. Dah dijemput takkan tak pergi pula. Akibatnya mamatinie bangun lambat ke pejabat. Fatini juga lewat untuk bersiap . Mujur tak meragam.
Laju juga mamatinie bawa kereta sambil istighfar banyak-banyak moga selamat sampai ke rumah nenek tinie dan sempat punch in di pejabat.
Alhamdulillah mamatinie sempat sampai ke pejabat dan punch in dan terus ke tempat letak kereta. Elok saja mamatinie mengekori Chevvy Nabira di hadapan di tempat letak kereta . Laju masuk ke parking mamatinie ekor rapat . Nak jadi cerita dia boleh "reverse" balik untuk ke parking sebelah. Mamatinie pecut laju elak dilanggar tapi belakang Kancil antik mamatinie tak lepas pula. Berdentum terangkat mamatinie di dalam kereta dibuatnya. Kemek dan calar dibuatnya kereta antik mamatinie . Baru saja di cat. Menduga kesabaran sungguh.
Pendek kata hampir RM300 juga nilai kerosakan. Tapi Encik Menejer (Menejer ye yang langgar saya gajinya ribu-ribuan) berkeras tak mahu mengeluarkan wang tunai walaupon terang-terang salah dia. Katanya suruh saya report polis dan claim dari insuran beliau. Tapi dgn nilai kerosakan sekecil itu (walaupun besar nilainya utk kulilitif macam saya) pasti tidak akan dilayan oleh pihak polisi.
Encik Menejer kata cincai lah halal dunia akhirat. Sambil membebel tentang blind spot, gaji tak naik dan tidak ada bonus.Tapi hati saya tetap tidak ikhlas untuk menghalalkan segala perbuatan beliau.
Bak kata Encik Bengkel . "Saya dah lama kerja di bengkel ni. Sabar saja dik. Biar dia tak nak bayar Cepat saja Allah balas perbuatan . Banyak sangat kes yang jadi di depan mata saya. Selalunya lebih teruk.
Sesungguhnya. Pagi ini memang pagi yang kelam....
posted by mama tinie @ 4:58 AM  
1 Comments:
  • At 5:58 AM, Blogger Arena said…

    Poor you. Setengah2 orang memang cam tu.. selamba jek.. dah buat orang cam tu takde rasa bersalah pon.. hampesssss..

     
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER