Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, June 29, 2006
Ulangtahun ke-2
Entry dah lama nak buat tapi manjang nye lupa. Dah tua dah gayanya aku ni nie manjang tak ingat ishh..

29 May 2004 - Tarikh keramat aku tukar status from “Cik” kepada “Puan”. Genap 2 tahun usia perkahwinan. Syukur ke hadrat Ilahi perkahwinan kami diserikan lagi dengan kehadiran Fatini Aisyah. Alhamdulillah. Celebrate anak beranak je thn ni . Pegi Jusco . Makan kat Delifrance sambil tengok baby tinie lompat-lompat, lepas tu tumpahkan air, lepas tu ramas-ramas muffin yg aku beli. Ok apa .. meriah heheheh.

Cuba nak recall balik apa yang aku ingat during the wedding day ye…


- Tumbuh 3 bijik kelenjar kat leher a month before the “day”. Sakit gile. Doktor cakap it will take months to heal. Adoi makkk risau gile. Nasib baik laa bengkak tu surut juga akhirnya. But still aku nampak chubby (Read: alasan je tu)

- First time laa aku pegi facial macial ni tu pon sbb naik jerawat teruk due to stress. First sekali dia cabut segala roma-roma rambut di seluruh muka. Yang paling tak tahan kat anak rambut kat tepi telinga tu. Adoi mak.. syok nye dia wax satu muka. Kejang badan pinggang urat when they did the facial treatment 3 hrs non stop. Mandi rempah ke bunga ke susu ke tak sempat pegi. Tu pon dah habis beratus (sebab amoi kate jerawat byk sgt hahaha)

- Aku buat kad , aku buat map, aku hantar print aku jugak le menjempot. Nak buek camno den la sorang supir masa tu. Adik kesayangan tak dapat lesen lagi.

- Turun naik tangga SSF dengan mama carik bunga telur, bunga pahar dan hantaran bagai.Kami reka sendiri bunga pahar tu buat satu sample and suruh org SSF buat. Lepas tu jadi ikutan. Ramai plak yg tempah sebijik mcm yg aku ngan mama reka Rugi tak buat copy right patent hahah. Ada la sekali tu gi SSF tak dapat nak balik sbb jalan tutup ada Le Tour De Langkawi. Tak pasal2 kene tgk race tu sampai habih hahah. La ni bunga pahar bagai banyak yg ready made cantik2 and murah2.

- Baju nikah grand gile. Ikut pesen Erra Pazira (Tangan labuh tu)Dulu kire up to date habis dah tu . Sekarang nak sarung pon tak muat. Rugi rugi ..

- Releks sakan a day before the wedding day. Siap tengok Sin Chan bagai. Mak andam pelik. Tak gabra ke? Awat aku nak gabra. Cik abe yg kena akad kan?

- Kompang bunyi sebelum akad nikah. Sepatutnya masa berinai la berarak kompang bagai. Tapi sebab budak kompang ada satu lagi wedding depa bantai pukul time hubby jejak kaki kat rumah. Cian hubby. Dah la gabra nak akad. Ada kezutan kompang plak. Kekkekeke

- Joget2 dgn member gila (dah siap pakai baju nikah bagai) kat dlm bilik pengantin masa kompang bunyi. Best betul bebudak kompang tu goreng. Siap ada drum dgn gong. Layannnnn....seb baik mak aku tak nampak.

- One of kawan baik nangis-nangis sbb baju dia tak siap and tak sempat tgk aku nikah. Everything went wrong on that day. Kecian kawan aku sorang ni.

- During nikah session, cik abe tak keluar suara due to tercekik tulang ikan a day
before (and maybe terkejut pasal kompang kot) .Cian hubby. But alhamdulillah everything went smoothly. Lepas tu cik abe makan nasik tak hingat. (lapa noooo)

- Bunga manggar kene “ambush” masa kami berarak. Apa tak nye mama letak coklat Fererro Rocher kat bunga manggar. Aku tak jalan lagi bunga manggar dah botak hahaha.

- Makcik mulut laser yang kutuk bilik pengantin. Tak meriah laa tak ceria laa..bunga ni gubah bodoh-bodoh laa.. kononnya bilik aku ni konsep English kaler semua pastel laa . Takkan nak pakai kale floresen kot. Tak paham konsep la makcik ni Huh.

- Aku kurus gile and nampak mengancam masa bersanding. Thanks for the corset! (u know who u r! ngeh ngeh ngeh) gileeeee nak bernapas pon tak bole. Nak makan nasik pon sikittttt je…. Thanks Kak Satri for the superb make-up. Gile punya shading nak kasik muka aku nampak kurus hahaha.

- Dapat mcm-mcm hadiah dari kekawan dan sedara mara . Seronott. Paling aku ingat, beg tangan Christian Dior kaler merah. Why red? Whyyyy???

- Besoknya kami bertandang ke rumah pakcik makcik ( my side) dgn bawak kuih muih. Kira nak perkenalkan ahli baru laa..sambil tu kena tarbi pasal kehidupan berumahtanggan barang seminit dua.

So far itu je yang terlintas and teringat sekarang ni.Btw syukur sbb dapat hubby yang world!
posted by mama tinie @ 1:44 AM   3 comments
Monday, June 26, 2006
Anak oh anak
Pagi itu aku dapat panggilan yang pelik . Waktu itu aku tengah sibuk beli barang hadiah untuk abah sempena hari bapa. Aku dapat penggilan dari kawan yang seorang ini.
“ Kalau singgah di pasar raya belikan aku minyak telon, minyak rambut bayi, lampin pakai buang etc etc itu ..kalau kau sempat laa.” Sambil sibuk memegang tangan si tinie yang sibuk mencapai itu ini di pasaraya besar, fikiran aku ligat berfikir. Bila pulak kawan aku ni beranak ? tak perasan pun dia mengandung?

“Kau ni kenapa? Kau beranak ke apa? Bila pulak la kau beranak ? Bila pulak kau mengandung ?? mengarut betul la kau ni ” tanya aku bertalu-talu.

“Alaa nanti kau balik nanti aku cerita laaaa, aku dah ada anak tau” ceria je bunyinya mcm bukan lepas bersalin pun ? kepala aku makin pening. Lima minit lepas tu aku dapat panggilan lagi.

“Kau tak payah beli , semua tu adik aku dah beli dia baru balik tadi , kau belikan aku net yang macam tudung saji tu ..untuk elak baby kena gigit nyamuk” adoiiii pening kepala aku fikir.

Apa lagi dengan kadar segera aku dan hubby settlekan misi belikan hadiah abah dan beli benda yang kawan aku pesan tu . Hati dah berdebar-debar. Sampai saja di rumah kawan, aku nampak mak kawan sedang tersenyum lebar sambil pegang baby yang berbalut kain batik. Terkejut aku !

“Makcik dapat cucu sorang lagi” sambut makcik dgn ceria.

Mulut aku dah ternganga. Eh ??? Betul ..ada baby ? anak sapa pulak ni ?

Rupanya kawan aku ini dapat ‘anak instant’. Kawan sekerja yang bagi (bekas pekerja tmpt suaminya bekerja) Menurut ceritanya mak bapak pada anak itu ‘tidak mahu’ anak ini dgn alasan ‘TAK BERSEDIA’. Excuse me ?! tersedak aku sekejap . Tak bersedia ???? Aku pegang baby tu . Cantik sungguh ...hidung mancung putih melepak jari tirus. Lengkap sifatnya . Tak ada cacat celanya pun. Sambil aku dukung budak tu aku tahan air mata. Besar sangat ke kesalahan si kecil ini dilayan sebegitu rupa. Menurutnya lagi si ibu baru sedar dia mengandung masa kandungan berusia 6 bulan. Itu pun lepas dia jatuh pengsan di tempat kerja. Si bapa langsung tak mahu tgk si kecil apatah lagi nak ambil berat tentang emaknya . Kawan aku ni jugakla yang bawak ke hospital semua.

Berdasarkan cerita kawan aku ni aku doubt la budak 2 ekor (aku marah sebenarnya) ni dah menikah secara sah. Kalau dah kawin pun kalau tak nak bela paling cikai pon mesti hantar nenek jaga. Muda sangat pun umurnya 21-22 tahun dua-dua ekor tu . Aku paling marah kat bapaknya. Mak budak nie beranak sorang2 kat klinik (nasib baik bukan kat longkang ke toilet ke) . Dia goyang kaki lepas tanggungjawab gitu je.

“ Aku baru berkira-kira nak ambik ke tak budak ni masa dia dalam perut lagi. Mak budak ni merayu kat aku . Tapi tak sempat pikir habis dia dah terberanak. Kau tau la aku pun bukan sihat sangat pon. Tapi aku pikir lagi daripada mak dia meroyan campak kat longkang ke kat sungai ke baik aku bela budak ni”kata kawan aku .

“ Aku ambik cara sah, pakai proper documentation. Aku cover hospital fees budak tu . Buat surat sumpah bagai. Aku tak nak pisahkan ibunya. Dia nak dtg tgk anak dia datanglah . Aku pujuk dia pantang kat rumah. Tak nak pulak dia. Kesian jugak dia sapalah yang jaga dia masa pantang” sambung kawan aku lagi .

Aku balik rumah ..aku selongkar balik kotak baju baby tinie. Aku bagi barut , stokin, besen mandi pinjamkan pada kawan aku ni. Tapi rezeki baby murah. Heboh satu lorong kat area rumah pasal kedatangan orang baru. Melimpah ruah jiran-jiran aku belikan barang-barang kelengkapan dia. Brand new tau . Siap ada yang hantar baby cot .

Aku cium dia. Aku peluk dia. Aku bisik pada dia.....“Baby.. mak bapak baby tak sayang baby tapi kat sini ramaaaaiiiiiiii lagi yang sayangkan baby...baby ada ibu ..ada nenek..ada mama (pakcik) dan ada mami (makcik) ada sepupu ada kawan-kawan. Baby jangan risau ye.. sambil bisik sambil aku cuba tahan air mata aku dari tumpah. Baby padang aku .. macam faham je apa yang aku cakap.....

Allah kurniakan rezeki pada kita dengan bermacam-macam cara. Kawan aku ni memang ada masalah kesihatan yang memang mustahil untuk dia dapat baby. Tapi Tuhan maha besar dan penyayang. Allah kurniakan dia cahaya mata dengan cara yang lain pula. Sekarang baby tinie sudah ada kawan!
posted by mama tinie @ 2:34 AM   4 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER