Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Monday, June 26, 2006
Anak oh anak
Pagi itu aku dapat panggilan yang pelik . Waktu itu aku tengah sibuk beli barang hadiah untuk abah sempena hari bapa. Aku dapat penggilan dari kawan yang seorang ini.
“ Kalau singgah di pasar raya belikan aku minyak telon, minyak rambut bayi, lampin pakai buang etc etc itu ..kalau kau sempat laa.” Sambil sibuk memegang tangan si tinie yang sibuk mencapai itu ini di pasaraya besar, fikiran aku ligat berfikir. Bila pulak kawan aku ni beranak ? tak perasan pun dia mengandung?

“Kau ni kenapa? Kau beranak ke apa? Bila pulak la kau beranak ? Bila pulak kau mengandung ?? mengarut betul la kau ni ” tanya aku bertalu-talu.

“Alaa nanti kau balik nanti aku cerita laaaa, aku dah ada anak tau” ceria je bunyinya mcm bukan lepas bersalin pun ? kepala aku makin pening. Lima minit lepas tu aku dapat panggilan lagi.

“Kau tak payah beli , semua tu adik aku dah beli dia baru balik tadi , kau belikan aku net yang macam tudung saji tu ..untuk elak baby kena gigit nyamuk” adoiiii pening kepala aku fikir.

Apa lagi dengan kadar segera aku dan hubby settlekan misi belikan hadiah abah dan beli benda yang kawan aku pesan tu . Hati dah berdebar-debar. Sampai saja di rumah kawan, aku nampak mak kawan sedang tersenyum lebar sambil pegang baby yang berbalut kain batik. Terkejut aku !

“Makcik dapat cucu sorang lagi” sambut makcik dgn ceria.

Mulut aku dah ternganga. Eh ??? Betul ..ada baby ? anak sapa pulak ni ?

Rupanya kawan aku ini dapat ‘anak instant’. Kawan sekerja yang bagi (bekas pekerja tmpt suaminya bekerja) Menurut ceritanya mak bapak pada anak itu ‘tidak mahu’ anak ini dgn alasan ‘TAK BERSEDIA’. Excuse me ?! tersedak aku sekejap . Tak bersedia ???? Aku pegang baby tu . Cantik sungguh ...hidung mancung putih melepak jari tirus. Lengkap sifatnya . Tak ada cacat celanya pun. Sambil aku dukung budak tu aku tahan air mata. Besar sangat ke kesalahan si kecil ini dilayan sebegitu rupa. Menurutnya lagi si ibu baru sedar dia mengandung masa kandungan berusia 6 bulan. Itu pun lepas dia jatuh pengsan di tempat kerja. Si bapa langsung tak mahu tgk si kecil apatah lagi nak ambil berat tentang emaknya . Kawan aku ni jugakla yang bawak ke hospital semua.

Berdasarkan cerita kawan aku ni aku doubt la budak 2 ekor (aku marah sebenarnya) ni dah menikah secara sah. Kalau dah kawin pun kalau tak nak bela paling cikai pon mesti hantar nenek jaga. Muda sangat pun umurnya 21-22 tahun dua-dua ekor tu . Aku paling marah kat bapaknya. Mak budak nie beranak sorang2 kat klinik (nasib baik bukan kat longkang ke toilet ke) . Dia goyang kaki lepas tanggungjawab gitu je.

“ Aku baru berkira-kira nak ambik ke tak budak ni masa dia dalam perut lagi. Mak budak ni merayu kat aku . Tapi tak sempat pikir habis dia dah terberanak. Kau tau la aku pun bukan sihat sangat pon. Tapi aku pikir lagi daripada mak dia meroyan campak kat longkang ke kat sungai ke baik aku bela budak ni”kata kawan aku .

“ Aku ambik cara sah, pakai proper documentation. Aku cover hospital fees budak tu . Buat surat sumpah bagai. Aku tak nak pisahkan ibunya. Dia nak dtg tgk anak dia datanglah . Aku pujuk dia pantang kat rumah. Tak nak pulak dia. Kesian jugak dia sapalah yang jaga dia masa pantang” sambung kawan aku lagi .

Aku balik rumah ..aku selongkar balik kotak baju baby tinie. Aku bagi barut , stokin, besen mandi pinjamkan pada kawan aku ni. Tapi rezeki baby murah. Heboh satu lorong kat area rumah pasal kedatangan orang baru. Melimpah ruah jiran-jiran aku belikan barang-barang kelengkapan dia. Brand new tau . Siap ada yang hantar baby cot .

Aku cium dia. Aku peluk dia. Aku bisik pada dia.....“Baby.. mak bapak baby tak sayang baby tapi kat sini ramaaaaiiiiiiii lagi yang sayangkan baby...baby ada ibu ..ada nenek..ada mama (pakcik) dan ada mami (makcik) ada sepupu ada kawan-kawan. Baby jangan risau ye.. sambil bisik sambil aku cuba tahan air mata aku dari tumpah. Baby padang aku .. macam faham je apa yang aku cakap.....

Allah kurniakan rezeki pada kita dengan bermacam-macam cara. Kawan aku ni memang ada masalah kesihatan yang memang mustahil untuk dia dapat baby. Tapi Tuhan maha besar dan penyayang. Allah kurniakan dia cahaya mata dengan cara yang lain pula. Sekarang baby tinie sudah ada kawan!
posted by mama tinie @ 2:34 AM  
4 Comments:
  • At 1:08 AM, Blogger Arena said…

    Ya Allah .. how cruel people can be kan.. kesiannya baby tuh.. alhamdulillah, ada orang yang nak jaga..hugs to the baby ya..

     
  • At 11:33 PM, Anonymous Anonymous said…

    mamatinie,

    kalo ada kesempatan post la pic baby tu kat sini. teringinnnnn sgt nk tgk (kite pun dok menghitung hari nk tunggu bb keluar ni). mmg takde perasaan hamba Allah tu dua org kan? hati kering je gaknya tingat anak yg dibagi kat org. jgn esok bila bb tu dah besar diorg buat muka kesian dtg menuntut udah. time tu bg penampo sorg sedas takpun pancit ngan air pili bomba br tau!!

     
  • At 1:24 AM, Blogger ayobkelubi said…

    tu ah,sib baik ari tu aku tak jumpa bapak dia kalau tak nahas dia kena taji ngan samseng pedas.

    bodo,tuhan dah bagik anak tak nak pulak,aku nie hah!, :(

     
  • At 11:29 PM, Blogger mama tinie said…

    arena,

    menag aku hugs-hugs baby tu sampai baby tinie jeles..camne nak bg dia adik nih ish ish kekek

    anony,

    tu la how cruel people can be.. memang sedih sgt bila tgk budak comel mcm mak bapak tak appreciate

    yob,

    dioarang time buat anak memang cepat je.. tp tang dah dapat anak ..lari dari t/jawab

     
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER