Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Monday, May 22, 2006
Mari singgah Ganu - Vol 1
Dalam entry kali ini mamatinie menggunakan ganti nama “saya”. Kenapa? Sukati aku lah blog aku muahahhaa...
Wah lamanya saya tidak meletakkan entry di dalam blog … sibuk sungguh saya ini , lebih sibuk dari perdana menteri lebih sibuk dari menteri jalan raya kita .. sebenrnya saya sibuk sangat dengan tugasan di terengganu .. tarikh acara tersebut pertengahan bulan april tapi persiapannya berbulan-bulan lamanya sebab melibatkan corporate event, press release, program susulan dan sebagainya sementelahan pula tempatnya jauh dari kuala lumpur maka banya perkara perlu diambil kira. ..memang pecah kepala dan demam-demam dibuatnya mengejarkan “garis mati” dan tugasan yang tak sudah .
Julung-julung kalinya pada tahun ini ketua saya menyerahkan bulat-bulat tugasan ini kepada saya. Maka saya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan 150% untuk memastikan tugasan selesai dan dapat mengkagumkan boss saya itu. Sebenarnya saya risau juga dengan tanggungjawab yang diberikan jika apa-apa yang terjadik bont** saya juga yang menerima padahnya maka saya berharap tiadalah kesilapan besar yang berlaku sepanjang tugasan ini di bawah tanggungjawab saya.
PRA – ACARA
Banyak perkara yang saya perlu selesaikan. Seawal tahun lepas (2005) saya sudah memulakan persediaan seperti tempahan penginapan, konsep booth dan sebagainya. Mana yang boleh diselesaikan saya usahakan kerana banyak tugasan yang akan menanti. Sebaik sahaja selesai taklimat rasmi daripada syarikat penaung, saya dan rakan sekerja akan selesaikan segala “requirement” yg diminta oleh “parent company”. Antara yang perlu diselesaikan ialah :
Menentukan MD, Chairman, CEO atau COO yang manakah yang patut menghadiri program yang disediakan oleh “parent company”. Memandangkan mereka berjawatan besar maka dengan rendah hati terpaksalah saya menyusun atur berdasarkan jadual mereka. Jika ikutkan hati saya hendak saja saya kerahkan mereka semua ke setiap acara , tak perlu saya rujuk setiap jadual mereka tapi apakan daya siapalah saya.
Menyediakan artikel yang berkaitan dan “press release” untuk produk yang bakal dilancarkan. Disamping itu saya juga perlu menyusun atur jadual wartawan dan krew TV untuk menemuramah boss besar di syarikat saya. Rupanya ada juga wartawan yang eksen dan tidak mengikut protokol pejabat. Temuramah big boss saya dengan baju tidak berbutang sehingga menampakkan dada. Sungguh tidak koporat mereka itu. Tapi kebanyakan yang saya jumpa baik-baik belaka. Saya juga perlu menyediakan “corporate kit” kepada parent company untuk digunakan di bahagian media.
Membuat persediaan untuk rekabentuk booth dan pentas pelancaran produk. Menentukan konsep dan menyediakan spesifikasi berdasarkan permintaan anak syarikat. Memandangkan produk kami canggih belaka maka saya terpaksa mengambil kira pelbagai sudut seperti lokasi “work station”, pengkabelan dan sebagainya. Memandangkan saya ini buta IT maka pening lalat juga saya dibuatnya. Terdapat juga persediaan sampingan yang lain seperti poster, brochure produk, souvenirs dan macam-macam lagi yang saya tak larat nak fikir dan tulis dlm ni ehhehhe.
Maka berhempas pulas saya dan rakan sepasukan menyelesaikan tugasan serta memenuhi “garis mati” yang ditetapkan sebelum kami berbondong-bondong berangkat ke terengganu.
Name: mama tinie Home: kolompo, muslim, Malaysia About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!) See my complete profile