Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Wednesday, January 25, 2006
Renjis-renjis di pilis












Picture taken from Pengantin.com.my

Keluarga aku pergi menghadiri majlis bertandang sepupu minggu lepas. Majlis belah pihak kami alhamdulillah, berjalan dengan lancar biarpun serba sederhana. Kini giliran belah pihak kami pula menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pihak yang lagi satu.
Seperti yang dijanjikan jam 12 tengahari sampailah kami walau jenuh mencari rumah berdasarkan alamat yang diberikan. Almaklumlah, kawasan kampung walaupun daerahnya masik lagi dalam KL. Jejak saja kaki ke sana terkejut kami kerana ramai sungguh yang hadir ke majlis perkahwinan sepupu kami ini. Mengalahkan karnival beli -belah atau karnival anjuran stesen tv terkenal di Malaysia. Bayangkanlah hendak mengambil makanan pun kami gerun memandangkan orang yang berbaris menjangkau sehingga ke jalan besar di kampung!
Hendak tahu sebabnya? rupa-rupanya bapa pengantin merupakan salah seorang ahli pertubuhan silat terkenal. Orang kuat pertubuhan agaknya kerana boleh dikatakan hampir seluruh zon, kawasan, wilayah pertubuhan silat itu hadir ke majlis perkahwinan ini. Bayangkan kalau satu pertubuhan ada 30 anak murid. Kalau 100 zon/daerah/kawasan/mukim?
Akibatnya kami tidak disambut seperti yang sepatutnya. Sebaliknya mereka lebih mendahulukan mahaguru-mahaguru silat utk mendapatkan hidangan yg istimewa, di beri keistimewaan utk menepung tawar lebih dari ibu& bapa pengantin dan sekadar beramah mesra sesama sendiri di kalangan ahli pertubuhan. Kami pihak keluarga pengantin terkontang-kanting di majlis. Makan pun berebut dgn anak murid pertubuhan silat yang hampir ribuan jumlahnya. Yang paling sadis, nasi pengantin pun lesap disambar orang! apatah lagi hendak menyediakan hidangan khas untuk pihak keluarga pengantin yang bertandang.
Paling aku kesian dengan si pengantin. Mahaguru silat utk setiap daerah hampir puluhan jumlahnya. Ahli keluarga ditambah dgn kawan silat yang lain. Yang hendak menepung tawar pun beratur seperti hendak mengambil makanan! Demonstrasi silat juga silih berganti. Hampir menangis sepupu kami dibuatnya di atas pelamin. Kami yang datang ni berebut makanan dgn jemputan yang lain. Majlis perkahwinan sudah bertukar menjadi majlis karnival silat kebangsaan/antarabangsa etc etc.
Aku harap perkara seperti ini tidak berlaku pada yang lain. Utamakan mana yang penting. Bukan tidak boleh menjemput kawan-kawan "sekelab" tapi berpada-padalah. Jemputlah yang paling rapat sahaja. Akibatnya yang hadir diluar jangkaan sehingga tidak terlayan dek tuan rumah. Ini merupakan peristiwa yang kedua dialami keluarga kami. Sebelum ini juga "terkena" dgn pertubuhan silat juga. Wahai mereka yang berkenaan. Bertimbang rasalah. Jangan di lupa keluarga juga penting.
Mengikut sepupu majlis berakhir selepas pukul 7. Maksudnya dia bersongket pengantin dari tengahari hingga ke lewat petang. Kesian sungguh!
posted by mama tinie @ 4:16 AM  
2 Comments:
  • At 1:15 AM, Blogger Arena said…

    Kes naya tu babe.. isk tak sanggup aku.. kalau bapak aku dah cabut dah tuh.. tak kose dia nak berebut-rebut dengan orang lain.muakakakka.

     
  • At 8:53 PM, Blogger Angah said…

    setuju sangat.. sama jugak dengan keadaan kenduri kawin di hotel yang orang2 VIP datang. Bukannya meraikan pengantin tapi meraikan mereka2 ni plak... mak ayah sendiri pun terketepi..sampai sekarang I still say no to those weddings.. tak kuasa

     
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER