Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, December 29, 2005
Kisah ibu-ibu
Entry ini khusus untuk wanita sahaja especially ibuk-ibuk. Kalau bukan wanita kalau nak baca pon boleh juga : )

Saya mulakan ye..

Sambil duduk di situ dia memandangku dengan penuh selera. Bukan aku tapi bibirku. Kecur air liur melihat aku mengunyah roti canai. Dia depangkan tangan minta didukung. Aku pura-pura tidak melihat. Cuba menumpukan perhatian pada roti canaiku. Cubit sedikit dan cicah dengan kuah kari mamak (harap bukan yang semalam punya). Dia guna taktik baru pula. Mengendeng padaku sambil memegang kakiku. Aku buat tidak peduli lagi. Pura-pura mengunyah sambil pandang teh panas yang ada di depan mata. Dia guna taktik yang lagi satu. Merengek manja yang makin lama berubah menjadi merengek marah. Makin lama makin kuat. Kalau di biar boleh jadi tangis yang berpanjangan.

Aku angkat dia. Dudukkan dipangku. Aku cubit roti canai aku kunyah sedikit dan aku sua dimulutnya. Dia makan dengan penuh selera. Sekejap saja sudah memandangku lagi. Tandanya dia mahu lagi. Tak sempat aku cubit untuk diriku, kuberi padanya lagi. Sambil mengunyah dia goyang badannya tanda seronok. Lucu sekali. Terhibur sungguh melihat telatahnya. Lama-lama hampir suku roti canaiku dia habiskan. Cukup. Nanti perut meragam emak juga yang susah. Bukan setakat roti canai. Nasi, biskut, keropok, air milo, kordial sarsi semua dia ingin rasa. Masam, manis, masin semua sudah dirasa. Pelik sungguh rasa. Pengalaman pertama paling seronok yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Mungkin itulah yang difikirkan olehnya.

Pukul 7 petang. Mata yang besar galak sudah kecil lesu tidak bermaya. Puas bermain seharian. Gurau senda bersama ayah, ketawa bersama nenek, menyanyi bersama atuk. Aduh penatnya! Masa untuk tidur. Seperti biasa kusuakan badan ku padanya. Ingat lagi pesan doktor . Susu ibu adalah susu yang terbaik. Aku pegang kata doktor ku beri susu ibu selagi berkesempatan. Alhamdulillah susu masih ada. Dia sedut. Sekali...dua kali..tiga kali.. lepas. Musykil. Selalunya dia penuh selera tetapi tidak hari ini. Kenapa ya ? Mainan yang diletakkan ditepi dicapainya. Digoyang-goyang dan dibeleknya. Kemudian dia merengek lagi. Tanda bosan. Aku pangkukannya dan sua lagi. Dia mengelak lagi. Kenapa ya ? aku fikir lagi. Aku guna cara lain. Aku bancuh susu suam-suam. Dia hisap penuh selera. Ohhh ...susu ibu tidak enak lagi. Lepas makan roti canai , biskut, air milo dan lain-lain susu ibu sudah tidak seperti dulu lagi. Tawar agaknya. 3 jam kemudian dia minta susu lagi. Sekarang emak kena bancuh susu pada jam 7 ptg, 10 malam, 1 pagi dan 4 pagi. Selalunya siang sahaja susu perlu dibancuh. Malam kuberi susu badan.

Akibatnya susu badanku menjadi banyak. Sakitnya bukan kepalang. Kurasa sakit lepas mati, beranak dan sakit gigi. Inilah penyakit seterusnya yang paling sakit di dunia ini. Berdenyut-denyut dibuatnya. Sakit di dada merebak ke kepala, leher, bahu dan belakang. Bila mula sakit belakang itu tanda tidak baik. Boleh menjadi demam jika dibiar melarat. Tanda aku benar-benar sakit. Mendukung si cilik aku tak mampu lagi. Sedih aku lihat dia mengendeng-ngendeng padaku minta di dukung. Minta maaf, emak tidak sihat. Mujur ada nenek. Ibu beri petua. “Cuba kau letak kobis, sayur itu dapat mengurang bisa di badanmu”. Aku turutkan. Kurang sedikit sahaja. Kemudian sakitnya berdenyut kembali. Semuanya serba tidak kena. Baranku datang kembali. Semuanya tidak kena pada mataku. Ini tidak boleh jadi. Aku harus ke klinik.

Di sana aku dimarah doktor.

“Kenapa awak tak perah?”

“Mak saya kata kalau perah susu datang lagi”

“Habis awak nak dada awak meletup?”

“ Jangan lah doktor. Kesian suami saya keh keh” (ini ayat dalam hati)

“Kalau awak biarkan boleh jadi bisul awak tau. Sakitnya berkali ganda”

Syukur , setelah diperiksa doktor bisul belum ada. Susu masih lancar. Doktor beri ubat tahan sakit, kurang bengkak dan keringkan susu. Pulang rumah aku segera lakukan arahan doktor. Alhamdulillah sakit pun hilang. Aku pun boleh tidur lena.

Yang penting aku dapat MC dua hari. Dalam kepala sudah terbayang K4, Giant, Jusco dan yang seangkatan dengannya. Hehehehhe..

Sekian sahaja cerita saya yg boring ini.
posted by mama tinie @ 4:00 AM  
6 Comments:
  • At 5:42 PM, Blogger Arena said…

    Tinie, dah stop breastfeed ke? Takpelah ko dah bagi selama dia nak..abisla sure dia lagi selera nak makan macam2 kuakuakua..

     
  • At 6:36 PM, Blogger mummy e-jump said…

    mamatinie, woo.. mummyejump paham yang mamatinie kena bengkak susu yerkk.. masa pantang pun mummyejump pernah kena sekali.. so dia nyerr petua(kampung punya) amik gabus botol dan buat rantai.. insyaAllah bengkak akan surut. i till now dont know what is the relationship between that gabus and breast, but insyaAllah.. hasilnya memuaskan.

    try yerkk...

     
  • At 9:11 PM, Blogger mama tinie said…

    arena,

    ha ah dah tak sedap agaknya pada dia..sayang sbb susu aku byk lg. bila dah perah tu sedih je bila nak buang tu dapat sebotol penuh tiap kali perah ...

    mummy e-jump,

    buat rantai ke.. ingatkan gabus tu sumbat kat tuttt hehhe..mcm tutup botol dibuatnye hehehe...

     
  • At 6:59 PM, Blogger ayobkelubi said…

    camner lah rupa along aku kalau ko sakit buah dada tu ek?.

    hahahaha.

     
  • At 7:39 PM, Anonymous Anonymous said…

    A'kum...

    Nak share petua sket...Kalau bengkak susu, tepekkan ngan hot towel..insyaallah bengkak kurang n air susu akan keluar..Why not u perah n store in fridge @ freezer. Can use that frozen @ cold susu to feed baby.. Saya sampai anak dah nak setahun buat camtu during kerja.. Susu tak membazir n anak will get nutrients yang tak kurang dr susu ibu. Try it! Insyaallah

     
  • At 4:25 AM, Blogger mama tinie said…

    pb,

    Thanks for the tips. Nak cubalah kot berkesan.

    rb,
    Cissssss...

    ayobkelubi,
    Cissssss ampeh

    W'salam anonymous,
    Unfortunately my baby tak nak susu yang dah diperah. Memang sayang sgt bila terpaksa buang je susu yang dah diperah tu.

     
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER