Mamatinie nie dulu movie freaks. Masa zaman bercintan dulu masa dating ngan cik abe ( la ni hubby la eheheh) habis dgn tgk wayang. Marathon gitu. Pukul 10.30 pg dah terpacak kat panggung beli 3 tiket sekaligus. 3 shows for 1 day!. In between showtime berlari-lari lah kami berdua pegi makan, lepas hajat etc. Terukkan hehehhe.. Skarang je dah slow down. Ye lah macamana nak bawak baby masuk panggung. tapi sekal-sekala singgah juga ke kedai DVD. Tu pon kalau RM mengizinkan.
So far ini antara movie yg mamatinie suka tgk and rasa best. Ikut taste mamatinie lah. Dari kecik sampai dah beso gajah nih. Kita mulakan dengan wayang melayu lah ek.. Ada org dgn eksennya kata tak tgk cerita melayu. Mamatinie dgn bangganya bgtau mamatinie tengok cerita melayu. Tapi yg ada jalan ceritalah. Agak-agak tak faham mamatinie bantai tido je lah. Masa kecik dulu mana lah mampu nak pegi panggung wayang. So kalau kat tv ada tayangan filem best-best kita tengok je lah kan lepas tu mula lah berangan...hero ensem la heheh. And antara wayang melayu yg terkesan and dok ingat-ingat dlm kepala otak mamatinie ni :-
1950an-1960an
Apa lagi kalau bukan cerita-cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Siapa yang tak pernah tgk Bujang Lapuk Series. Memang tak jemu tengok sampai ke la ni. Dari beringuis sampai laaa dah beso gajah ni eheh. Even diorang bujang lapuk tp lawak mereka tak pernah lapuk. Tgk la beratus kali pon kita kan gelak bahak-bahak mcm first time tgk.
1980 - Adik Manja Cikgu Azmi (Dharma Harun), Cikgu Sharina(Noorkumalasari) dan paling mamatinie ingat Cikgu Bedah (Adibah Amin).Siapa sangka pakar bahasa boleh berlakon kan? Biasalah cerita remaja gitu. Mamatinie membesar dgn cerita mcm ni. Masa ni mamatinie sekolah rendah lg. Kira top la cerita ni dulu.
1982 - Sikit Punya Gila Ada orang kata filem ni mengarut. Tapi entah lah mamatinie suka tengok cerita mengarut ni. Dharma & Hamid Gurkha dok menyewa dgn Pak Brahim pendek (yg gatal merenyam) ada jugak anak dara yg sama menyewa (Norlia dan Noriah). Seksi sungguh Norlia Ghani dlm cerita ni. Yusni tertelan tongkol jagung. Kelako.
1981 - Toyol " Baachukkkkk....mari baachukkkkk" Siapa ingat tag line cerita ni? Seram kan? Tu yg melekat ingat sampai sekarang. Nak tengok cerita ni tp takut. Tengok sambil pekup kusyen. Ada satu lagi version "Toyol" Indonesian punya. Version lawak. Ada adegan toyol tu tgh nak mencurik terpelanting ke almari sebab kene kentut dek tuan rumah yg tgh tido. Lawak ekekeke
1984 - Azura Tuanya la pelakon dlm ni. Masa ni mamatinie darjah 1!Tp filem ni memang glamer kan. Azura gadis suci murni sopan santun perfect tak hingat tp miskin bercinta dgn Zack yg kaya lg ensem tp nakal. Siapa tak ingat dgn lagu "sandarkan pada kenangan" yg glamer itteewww!Masa tu Syed Sobri kire femes dlm filem ni sbb kiut gitu.
1984 - Gila -gila Remaja Cerita ni la yg memfamouskan Faizal Hussein (Roy). Rosyam Noor (Remy) baru je belajar berlakon dlm cerita nie. Dah tajuknya gitu off course la ttg budak muda yg gila-gila belajar kat college. Hero mestilah nakal, tapi ensem, tapi kaya, tapi romentik kan?
1985 - Ali Setan "Dalam kehidupan ini yang terindah melalui usia remaja". Memang best cerita ni. Kehidupan di Universiti. Gila-gila. Risky. Ada Ogy (Asmidar), Azmil Mustapha (Ali) & Izi Yahya (Aku lupa nama dia dlm felem nie). Menaikkan semangat mamatinie untuk belajar sampai masuk U. Hehehhe Ali Setan II dah kureng best dah sbb tukar heroin.
1990 - Fenomena Masa ni rock kangkang tgh top. Mamatinie masa tu pun rambut ala cobra (habis hairspray sebotol), kain skola singkat, lengan sengseng,diskang habesss hahahah. Amy Search top gila dgn lagu Isabela. Tapi yg kacak gila dlm ni ialah M. Nasir. Cairrrrrrrr beb hahah. Yg penting ada jalan cerita and tak la romentik bodod mcm another version of Isabela tu (Amy partner dgn awek Indon Nia Dicky zulkarnain tu laaa)
1992 - XX Ray Rasanya ini lah the first ever filem melayu genre Science fiction ek? Ke ada ke yg sebelum ni? Best sebab jalan cerita lain dr yg lain. Tapi ada gak certain things yg mamatinie tak setuju. Spaceship pesen lama. Pusing-pusing mcm piring terbang cekelat mat Sentul and Alien lawa nau mcm putri bunian.
1993 - Perempuan, isteri dan ..... Filem melayu paling hot. Mamatinie suka sebab lakonannya lain dr yg lain. Tak dak cintan cintun. Bab panas ada jugak but not directly, dr lenggok Zaleha, lirikan mata dia, senyum dia. Sofea Jane memang kelllessssss!
1997 - Puteri Impian Mamatinie suka Amy Mastura dlm filem ni. Natural je..gaya bahasa pun tak da bunga-bunga. Ok la kire cerita kiut-kiut gitu (ada ke cerita kiut aaa?) Cico can do lah ...tp kalau ganti ngan hero lain lg best kot theeeee. Hairi Osman (Tengku Faizal) ? hmmm kacakk kacakkk... kekekek Anak rajeee laaa katekaannn..
Itu cerita dolu-dolu . Filem era 2000-an yg skarang nie yg best pada mamatinie :-
-Soal Hati/ Soal Siapa - sbb ada chief kodok yg lawak gila babeng and heroin dlm tu tak lembek benyek. -Buli - No need to say. Selamba kodok. Part paling lawak - AC Mizal karaoke -Rabun/ Sepet - Unik!Filem yg jujur . -Puteri Gunung Ledang - Cantik ..semua cantik , jln cerita bit slow tp tetap suka.. -Pontianak Harum Sundal Malam - Jalan cerita best. Meremang jee rasa urghhh
Errr...filem 70-an takdak yg berkenan di hati . Takleh re-call la byk citer sedih je ..hari esok-hari esok tu laa...
|
aku first time tengok citer melayu kat wayang..citer puteri impian..time tu aku rasa tka berbaloi jer duit aku..
cerita melayu yg baru aku tak tengok sgt..aku lagi suka tengok cerita melayu lama2..zaman kekecik dulu..yg nyatanya labu labi ngan adik manja, lebih seploh kali aku tengok..