Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Tuesday, October 18, 2005
Aduuuuuuuuuuiiiiiiiii.....
Aduhhh...
Niat mamatinie nak berpuasa penuh tahun ni berkecai (due to breastfeed mamatinie boleh puasa penuh) . Weekend baru ni mamatinie kena food poisoning. Which food yg mamatinie makan pun mamatinie tak tau. Biasalah bile dah berbelanja di pasar ramadhan. Beli itu sikit beli ini sikit jadinya macam-macam laa yang terhidang di atas meja.
Mula-mula kuatkan semangat juga tak mahu berbuka. Tapi bila dah 7-8 kali masuk ke toilet. By the time pukul 11.00 pagi mamatinie nak berjalan pun tak terdaya. Apatah lg nak mendukung babytinie ke hulu ke hilir. Mujurlah hubby ada. Kerja shift petang on that day. Boleh lah layan babytinie. Berbukalah mamatinie dengan bubur nasi segera maggie pukul 11.00 pg. Makan ubat sakit perut dr klinik (yg lepas). Dan ubat air garam perisa oren. Barulah lega sikit. Niat di hati malas nak ke klinik.
Petang mamatinie ke rumah datuk utk "berbuka" di sana. Perut meragam kembali. Ulang-alik lg ke pejabat kecik di rumah datuk pula. Siksanya! Lauk-pauk buka penuh meja mamatinie pandang begitu sahaja. Tak ada selera. Babytinie meragam pula tak betah di rumah atuk sementelahan memang waktu tidur malam dia ..apa lagi meraung laa budak tu..aduhh sakit perut + babytinie meragam. Sabar je la..Niat nak sembang-sembang dgn atuk dan urut kakinya lepas buka tak kesampaian. Kena pulang secepat mungkin. Babytinie nak tidur.
Sampai rumah sakit perut kurang. Babytinie tidur lena. Wah legaa..
Esoknya sakit perut masih ada. Mencucuk-cucuk. Memulas-mulas. Tapi sudah tak ke toilet. Tak boleh jd nampak gayanya ke klinik juga. Hubby bawa ke klinik. Balik klinik terus makan ubat. Mamatinie tak tahan perut senak semacam. tak puasa lagi. Tapi alhamdulillah. Menjelang petang sakit perut sudah tiada lg. Sampai ke hari ini rasa senak tu masih ada juga sekali sekala. Apalah yg mamatinie makan ye.. mungkin tak tahan dek penangan cili ikan bakar gamaknya. Tapi mamatinie tak pernah serik . Niat di hati nak pergi ke pasar ramadhan lagi. Hehehe
Weis dah ok ke sakit perut tu? Aku alhamdulillah, tak kena lagi memulas-mulas tuh..Maybe sebab tak pernah beli kat pasar ramadhan. Hmmm fuiyyoh, dah nak hujung ramadhan tak pernah pegi? Rekod nih. Anyway, aku memang watch I eat sebab perut sensitip kan. Hopefully sumer ok.
Name: mama tinie Home: kolompo, muslim, Malaysia About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!) See my complete profile
Mamatin
Weis dah ok ke sakit perut tu? Aku alhamdulillah, tak kena lagi memulas-mulas tuh..Maybe sebab tak pernah beli kat pasar ramadhan. Hmmm fuiyyoh, dah nak hujung ramadhan tak pernah pegi? Rekod nih. Anyway, aku memang watch I eat sebab perut sensitip kan. Hopefully sumer ok.