Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Tuesday, November 15, 2005
Mak dan ayah sayangkan Rita
Wah dah bersawang blog mamatinie ni. Hehhe Mood takdak la nak update. Ok Ok nak update ni.

Bila tiba Hari Raya mamatinie mesti teringatkan Pak Ngah mamatinie. Baik orangnya. Bila ziarah ke rumah mamatinie sempena Hari Raya Pak Ngah mesti peluk mamatinie dan belek-belek gambar mamatinie terima ijazah. Sambil menangis dia akan beritahu mamatinie betapa beruntungnya abah mamatinie sebab dapat anak yg baik etc etc (takkan nak puji diri sendiri kan). Mamatinie pun sebak tengok keadaan Pak Ngah. Kesian sungguh. Tujuan mamatinie ceritakan ini bukan untuk memburukkan keluarga tapi untuk jadi iktibar kita semua....

Rita (bukan nama sebenar) anak sulung Pak Ngah belah abah . 33 thn yg lepas lahirlah bayi perempuan yang sangat comel jadi kebanggaan mak dan ayah . Harapan mereka bila Rita besar boleh bantu mak ayah , jaga adik-adik , belajar rajin-rajin, kerja bagus-bagus, jadi orang berguna. Tinggi sungguh harapan Pak Ngah dan Mak Ngah.

Mak dan Ayah sayangkan Rita.

Rita gadis cantik, ramai org gila-gilakan Rita. Rita gadis lincah, bergaya, menarik. Gayanya terkini badannya langsing pakai baju apa pun semuanya cantik pada Rita. Rita peramah. Ramai sgt nak berkawan dgn Rita. Remy, Din, Ejam...sebut sahaja siapa semuanya berkenan pada Rita. Nak buat jadi girlfriend. Ramai sangat kawan Rita. Dari mana Rita kenal, Pak Ngah dan Mak Ngah pun tidak tahu.

Mak dan Ayah sayangkan Rita.

Tapi Pak Ngah dan Mak Ngah tak berkenan dgn kawan-kawan Rita. Sangsi dgn mereka. Kerja di mana? Tinggal di mana? Anak siapa? Mereka tidak tahu. Puas mereka nasihat tapi Rita tak peduli. Keluar malam balik pagi. Tak baik. Jadi contoh adik-adik. Tapi Rita tak peduli. Seronok. Lepas keluar result SPM pangkat sarjan. Rita tolong mak ayah di kedai roti canai. Tapi kejap je. Kerja main-main. Bosan. Yg penting enjoy. Makin lama Rita makin ligat. Keluar malam lepak dgn kawan-kawan sambil hisap rokok, ke disko, menari sampai pagi, sampai mabuk-mabuk muntah-muntah. Lagi seronok. Pak Ngah dan Mak Ngah geleng kepala. Tak tahu nak nasihat macam mana.

Mak dan Ayah sayangkan Rita.

Satu hari keluarga Pak Ngah gempar. Rita hilang lari dari rumah. Baju dlm almari habis diangkut. Pak Ngah susah hati mana Rita dah pergi. Memang malam tadi mereka gaduh besar . Mak ayah tak setuju Rita kawan dgn Azman. Kerja tiada. Enjoy sahaja. Mak Ngah yakin Rita lari ikut Azman. Sudah seminggu Rita hilang. Air mata pun dah kering risaukan Rita. Pak Ngah tak putus asa dengan kereta buruk hasil jual roti canai. Segala ceruk Kuala Lumpur mereka cari Rita. Siap berubat dgn bomoh.Akhirnya mereka dapat jejak Rita di Chow Kit. Itu pun atas bantuan kawan-kawan Rita. Rita mereka bawa pulang. Janji pada Rita mereka akan kahwinkan Rita dgn Azman. Rita dan Azman tidak boleh dipisah. Cinta mesti bersatu.

Mak dan Ayah sayangkan Rita

Lepas Rita kahwin mereka pun hidup sendiri. Mak dan ayah lega Rita sudah bersuami. Harap tidak buat hal lagi. Ayah dan mak juga gembira . Tak lama lagi mereka akan menimang cucu. Pak Ngah dan Mak Ngah tadah tangan doa pada tuhan tanda syukur. Moga Rita berbahagia hingga ke anak cucu.

Tapi tuhan penentu segala. Setahun kemudian keluarga Pak Ngah gempar lagi. Polis telefon rumah beritahu khabar buruk. Rita dan Azman ditangkap polis, mengedar dadah dan positif dadah. Pak Ngah urut dada. Mak Ngah meraung. Rita buat hal lagi. Masuklah Rita dan suami dalam penjara. Mujur Rita lepas dr tuduhan mengedar dadah. Tidak cukup bukti. Tapi tetap ke pusat Serenti. Anak sudah dua tapi Mak Ngah yg jaga. Rita dan Azman pun sudah bercerai. Tiada jodoh antara mereka. Pak Ngah dan Mak Ngah tidak kisah. Apa guna bersuami kalau ajak ke neraka.

Mak dan Ayah sayangkan Rita.

Lepas Rita bebas dr Serenti Rita duduk dgn mak dan ayah. Bosan tidak buat apa-apa Rita mohon kerja di Kuala Lumpur. Nak cari pengalaman katanya. Pak Ngah dan Mak Ngah berat hati lepaskan Rita. Tapi Pak Ngah dan Mak Ngah tahu hati Rita keras. Rita tidak boleh di larang. Nanti dia buat juga. Mereka lepaskan dgn syarat Rita duduk dgn nenek di Kuala Lumpur. Seronoklah Rita dapat bekerja di KL. Setahun di KL Rita berkenalan dgn Leman. Rita hanyut lagi.Tapi Pak Ngah tidak tahu. Rita pandai berahsia. Tabiat lama di ulang kembali.

Untuk kesekian kalinya, keluarga Pak Ngah gempar lagi. Rita larikan diri ikut Leman, barang kemas nenek juga habis di kebas. Pak Ngah dan Mak Ngah kecewa. Malu dengan keluarga dan sanak saudara. Apa lah nasib mereka dapat anak sebegini. Mereka tidak cari Rita lagi. Biarlah Rita dgn kehidupannya sendiri. Tapi dalam hati mereka ...

Mak dan Ayah tetap sayangkan Rita.

3 tahun sudah berlalu. Rita tiada khabar berita. Pak Ngah dan Mak Ngah tidak jual roti canai lagi. Mujur adik-adik Rita tidak ikut jejak kakak mereka. Semuanya baik belaka dan membalas jasa. Mak Ngah dah Pak Ngah sebak bila ingatkan Rita. Apa lah nasib anak mereka yg seorang ini. Khabarnya Rita sudah menikah dgn Leman di sempadan. Lantaklah.

Satu hari mereka dpt panggilan dari balai polis lg. Setelah lama tidak mendengar khabar berita tentang Rita mereka dikejutkan tentang Rita lagi. Pak Ngah dan Mak Ngah dapat tahu, mengikut polis mereka tangkap Rita ketika cuba menjual anaknya sendiri untuk membeli dadah. Nauzubillah !. Rupanya anak Rita sudah lima. Polis dapat selamatkan 4 orang. 2 org sudah dijual. Seorang dapat dikesan malangnya seorang anaknya lagi tidak dapat dijejak. Meraung lah Pak Ngah dan Mak Ngah. Apalah nak jadi dgn anak yg seorang ini. Sanggup menjual anak sendiri kerana dadah. Leman juga ditangkap kerana kesalahan yang sama.

Sekarang Rita di penjara. Tiap minggu Pak Ngah dan Mak Ngah ke Kajang melawat anak yang seorang ini. Cucu yang 4 orang Pak Ngah dan Mak Ngah yg jaga. Keadaan mereka sangat teruk sekali. Trauma yg mereka alami tuhan sahaja yg Maha Mengetahui. Tak tahulah apa yg mereka saksikan dgn mata sendiri. Mereka terpaksa melalui sessi terapi dan kaunseling. Membisu seribu bahasa takut dgn sesiapa yang ditemui. Harapan Pak Ngah dan Mak Ngah moga cucu mereka sembuh dan boleh bergaul dengan anak-anak yg lain.

Walau jahat mana sekalipun Rita. Rita tetap anak mak dan ayah. Anak yang mak dodoi masa kecil. Yang mak susukan. Yang mak tatang penuh kasih sayang. Mak doakan Rita bertaubat. Kembali ke pangkal jalan. Lupakan kisah-kisah yang lama, tinggalkanlah perkara-perkara yang keji itu. Mulakan hidup baru. Taubatlah nak. Tuhan masih sayangkan Rita.

Mak dan Ayah juga sayangkan Rita.
posted by mama tinie @ 9:46 AM  
7 Comments:
  • At 8:36 PM, Blogger ayobkelubi said…

    iskhh.

    tu lah dia.

    semoga jadi pengajaran

    semoga tinie dan bakal anak aku jadi terbaik utk ibu bapa mereka
    walaupun bapak mereka ini kadang-kadang biol gak.

    hehehehe.

     
  • At 10:31 PM, Blogger Unsunghero said…

    ...masih ramai yang sayangkan Rita, tapi kasih sayang mereka tidak cukup apatah lagi membantu Rita kalau Rita tetap tidak sayangkan dirinya. moga Rita kembali menyayangi dirinya sepertimana sayangnya mereka pada Rita...

     
  • At 8:38 PM, Blogger Arena said…

    Touched.. Beutifully written..

     
  • At 10:48 PM, Blogger mama tinie said…

    ayobkelubi,
    Insyaallah. Risau le tgk keadaan skrg. byk sgt anasir kurang sihat. Harap anak kita jd anak yg soleh.

    unsunghero,
    Itulah kesiankan diri sendiri dulu kan...mamatinie pun harap sepupu yg sorang ni jd "manusia" semula. Insyaallah

    arena,
    tenkiu bebeh.

     
  • At 11:01 PM, Anonymous Anonymous said…

    kesian dengan budak-budak tu..tak pasal2 jadik mangsa..

     
  • At 8:00 PM, Blogger mummy e-jump said…

    first nak tahniah kat mamatinie.. beautiful story...

    second.. Ya Allah.. nie la yangpaling menakutkan..doa bebanyak anak anak kita takkan terjebak..

    Ya Allah.. insafkan la rita..

    wehh.. takutnya.. 'BELIA BENCI DADAH"

     
  • At 6:48 PM, Blogger mama tinie said…

    jem,
    Kalau diri sendiri tak terjaga baik jgn beranak kan?

    rb,
    Thanks rb. Tulis suka-suka utk diri sendiri je. Nak publish belum sampai ke tahap itu lg. Tak konpiden lah : )

    mummy-e-jump,
    memang dadah la punca segala benda. Nauzubillah. Jadikanlah sempadan.

     
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER