Lagi seminggu nak raya . Dah tua-bangka nie tak da lah excited mcm masa kecik2 dulu. Byk task yg menanti utk persediaan hari raya. Tak cukup kakitangan dan RM dibuatnya. Budak-budak paling seronok berhari raya. Masa kecik-kecik dulu hari raya laaa yg paling mamatinie tunggu. Suasana sambut raya masa dulu lain sungguh. Memori yg berkaitan hari raya yg mamatinie ingat masa kecik-kecik dulu banyaklah juga. Mamatinie cuba ingat-ingat and listdown serba sikit :
1) Baju Raya Masa kecik till darjah 6, nenek mamatinie (belah bapa) akan hadiahkan pada cucunya sorang sepasang. So tiap thn akan ada 2 helai baju kurung. Satu mak beli and satu lg nenek hadiahkan. Tak masuk baju moden lg. Mostly skirts sbb mamatinie tak suka pakai seluar. Girlish gitu . (sebenarnya pakai seluar leceh, susah nak wee wee hahahhaa). Corak mesti sama dgn adik. Tiap thn kasut baru and stoking baru and tak lupa spentot baru. Mamatinie pon tak tau apa reason mesti ada spentot raya. And mak mamatinie akan sertakan sekali ‘handbag’ raya . Yg mcm purse ada tali panjang. Budak thn 80-an mmg wajib ada beg ni utk isi duit raya.
2) Kuih Raya Mak mamatinie selalunya akan buat kuih cornflakes, kek kecik dan biskut mazola. Memang wajibalghunnah ..tak bole tinggal. Time tu posa memang mencabar. Aroma kuih dr oven plus tgk kek kecik tu panas-panas. Aduh tak tahan sungguh. Mamatinie ingat lg , pernah kena sebat sebab terpenyekkan kuih raya yg mak mamatinie dah bentuk and tinggal tunggu nak masuk oven. Main bola punya pasal hehehe.. Kalau kuih yg nenek buat pula , mamatinie suka makan kerepek bayam. Mcm makan daun sekeping-sekeping. Nipis dan rangup. Kuih bahulu and kuih sepit pon mamatinie minat.
3) Kusyen, langsir, carpet raya Masa kecik mamatinie suka tgk magic. Mlm raya lepas main bunga api then tunggu org bertakbir and tido. Selalunya tak lena sgt sebab excited nak sambut raya. Besok nya pagi raya bangun tgk langsir, kusyen, carpet, alas meja semua dah bertukar! Magic sungguh (sebenarnya mlm raya mak dan abah hempas pulas tukar langsir bagai ehehhe)
4) Lauk Raya Nasi impit dan lontong memang wajib. Tiap tahun mesti ada rendang, ayam masak kicap rempah dan kuah kacang. Dulu mak mamatinie mesti masakkan ayam masak serai manis utk budak-budak. Cousins mamatinie memang tunggu lauk ni tiap kali raya. Tapi sejak one of the cousin meninggal. Mak dah tak buat dah sebab teringatkan arwah. Kadang-kadang bila teringin bila dah besar ni. Mamatinie masak sendiri. Lemang beli je. Tak dak tmpt nak masak lemang lah.
5) Duit Raya Wajib la kan. Selalunya dr sanak sedara and kawan-kawan mak abah je. Tapi penuh juga lah handbag cenonet mamatinie. Mamatinie tak lepas kandang nak round taman perumahan kutip duit raya. Mamatinie tak dak kampung. Dok kolompo. So tak dak geng nak kutip duit raya sebab kawan semua dah balik kampung. Mamatinie tak reti nak jajan duit raya tu. Ends up mak mamatinie deposit dlm bank. Kalau skarang bg je duit ada je benda nak beli hehehee.
6) Bermaaf-maafan Masa kecik Mamatinie tak suka part ni. Pagi raya pon nak nangis-nangis. Tak faham sungguh !
7) Mandi Sunat Hari Raya Kene bangun pagi lebih awal dr biasa. Selalunya mamatinie akan pening sikit sbb smlm tak dapat tido lena sbb excited sgtkan. And mak suruh mandi masah kepala. Aduh dah le sejuk pagi2 kena mandi kepala lg. Tp skarang dah tau dah reasonnya.
8) Sembahyang raya Masa dulu tak ramai yg beraya di KL so masa sembahyang raya akan full dgn indons and bangla or foreigners. Tau je lah bila dah mcm-mcm bangsa dalam masjid. Macam-macam gaya boleh tgk. Seronok.
9) Takbir Raya Memang mamatinie tunggu dgn mak . Kami sediakan kuih muih and air oren. Dulu komuniti di taman kami kuat. So ramai lah yg join takbir dr rumah ke rumah. Selalunya giliran rumah kami dalam kul 1 pg. Mamatinie and adik dah tidur dah time tu.
10)Bunga api Tiap malam lepas buka puasa mesti main bunga api kertas (ala yg batang merah tu) dgn bunga api besi. Mamatinie tak berani main mercun. Budak lelaki yg selalunya main mercun. Kadang-kadang kami patah-patahkan bunga api dan campak je jalan raya. Or tulis sumthing dgn bunga api atas jalan tar tu. Naik laa putih putih comot je jalan raya tu hehehe Kurang-kurang pun main mercun pop-pop and ular. Skema kan mamatinie hehehe.
11) Suasana KL during Hari Raya Pagi raya memang senyap , sunyi sepi and gelap sebab semua dah balik kg. Bole baring atas jalan raya. Memang tak ada kenderaan langsung. Pagi raya kami sekeluarga akan naik bas Srijaya ke rumah atuk. (Family kami tak ada kenderaan sendiri till mamatinie dah keje sendiri and beli kereta).But still no big deal to us sebab sedara mara kami semua ada je kat KL ni. Skarang dah ramai yg beraya kat KL . 12)Round –round raya. Oleh kerana adik beradik our parent mostly ada je kat lembah kelang ni. Lepas sembahyang raya off we go ke every rumah sedara mara. Settlekan hari tu juga. Next daynye tunggu pulak tetamu dtg rumah . Selalunya lepak tgk tv je sambil makan kuih raya and berehat sbb semalam dah pulun jalan.
13) Rancangan tv during raya Selalunya dulu tiap pagi raya akan ada rancangan sarkis and rasa sayang (utk kekanak). Memang di tunggu-tunggu!
Ada byk lg rasanya. Tapi inilah kenangan raya yg Mamatinie dpt list out. SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN SEMUA.
|
mamatinie cuma re-call raya masa kecik..kalau skarang ni dah jd mummy ni sambut raya biasa-biasa je..tak excited mcm dulu rb..btw mamatinie ucapkan selamat hari raya aidilfitri special for rb (sambil background lagu "Dendang Perantau")..tgk pula mcmana org sana sambut aidilfitri..mesti lain dr yg lain :)