Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, October 27, 2005
7 magic things


Mamatinie sudah kena tag dgn arena about 7 thingy ni. Adeyy sensitive betul mamatinie dgn no. 7 ni. Banyak sejarah yg membuatkan aku elerjik dgn no.7..nie..(you know the history la kan arena kan heheheh). Ok lah memandangkan kat office ni on dah mood raya.semua keje pon slow and ngantuk je so banyak masa senggang yg mamatinie boleh perabihkan here goes :

7 perkara penting “must be done” sebelum mati

1)Balas jasa mama & abah .
Tak terbalas jasa mereka sebenarnya tapi mamatinie akan cuba jadi anak yg devoted , tak lawan cakap, and
dikurniakan Allah kesabaran dan ketabahan melayan karenah mereka hingga akhir hayat mereka. Mamatinie seriau bila tgk drama tv melayu mostly cerita pasal anak yg selalu sibuk sampai lupa tanggung jawab pada parents. Mamatinie takut jd mcm mereka.

2) Perbaiki diri dan cukupkan ibadah utk saham akhirat
Mamatinie mengaku byk sgt kekurangan pd diri. Mamatinie harap sempat utk memperbaiki diri ini utk jadi Muslim yg sejati.

3)Isteri Solleh
Nak jadi the bestest wife in the world. Ingat lg masa baru lepas nikah. Abah pesan pd mamatinie. “Skarang tanggungjawab abah dah lepas, dosa mamatinie skarang suami yg tanggung bukan abah lg”. Oleh sebab besarnya tanggungjawab suami , so kita kenalah juga perbaiki diri kita sebagai isteri kan. Mamatinie cuba yg terdaya jaga makan , pakai and kebajikan suami and tak lawan cakap hubby. Boleh ke neraka woo if lawan ckp hubby..

4)The best mummy in the world
Nak jd ibu mithali, sporting yg boleh kongsi masalah dgn anak-anak. Harapan mamatinie agar anak or anak-anak-anak mamatinie nanti jd anak yg solleh dan tak lupa jaga kebajikan mak ayahnya. Being supermom when they need it.

5)Cukup reta benda
Mamatinie tak nak yg mewah. Cukup lah ada kereta 2 bijik (1 utk hubby 1 utk mamatinie (myvi dah le kekek) , rumah sendiri (teres setingkat),makan pakai yg sempurna (takyah branded pon takpe), bole bawak anak-anak gi holiday sethn sekali, mampu bg duit poket kat mama & abah or bila depa mintak (skarang ni kadang2 mak mamatinie yg cover isk) , tak rasa “tercekik” bila emergency happens (harap tak lah kan) in terms of money la kan e.g hospitalized, kete rosak, accident etc. and mampu bg derma for those yg tak mampu. Lastly, mampu sekolahkan anak-anak till graduates. Pada mamatinie lebih dr cukup dah tuuu..

6)Turunkan berat badan
Women’s dream heheh. Idak le kurus kering kontang. Tapi cukup sekadar berat badan ideal. Dah tak ideal dah ni mamatinie ni ehehehe.. Sedap mata hubby memandang dah le. Takkan nak biar sampai bodynie mcm peti ais dak? Hehehhe Takut kena darah tinggi, kencing manis , sakit jantung bagai

7)Hutang- piutang
Settlekan hutang kredit kad and segala bagai loan kete, umah , utang kawan2 (rasanya takdak) and hutang posa, semayang ...hutang segala hutang. Barulah bole RIP dgn tenang.

7 perkara yg mamatinie tak boleh buat

1)Sukan
Mamatinie tak minat bersukan. Dr kecik sampai skarang. Tak minat. Kaki bangku..pengkaq...Kalau kat skola jd tukang sorak je (kita dulu cheealeader tau hahhaha) ..Ada la dulu kejap minat main tenis. Main sendiri-sendiri je. Pernah amik swimming class. Half way je.

2)Hiding my feelings
Kalau mamatinie marah ke ..boring ke.. tak suka kat org tu ke mamatinie akan diamkan je.. tapi muka memang mcm cipan laa.. tu yg org bole detect tu.. kalau senyum pon org bole tau.. mau dak kalau senyum pon dah kelat je takkan tak perasan kot kan ?

3)Meniaga
Any sorts of perniagaan. mlm kaa jual kuih kaaa jual kain kaa.. memang fail. Sebab? Mamatinie cepat kesian. Diorang mintak discount mamatinie tak sampai hati nak tolak. Silap-silap mamatinie bg free sebab depa buat muka kesian. Cheh macamana nak untung..Lagi satu tak reti la nak approach org. Mamatinie nie peramah to selected people je org tegur baru kita tegur balik. Camne nak meniaga. Kene pulak moody. Datang moody malas nak bercakap satu sen tak guna eheh.

4)Kulit putih , mulus jerawatless
Faktor keturunan, kulit sensitive gile.. time muda dulu muka mamatinie penuh jerawat batu ..sedih tau masa stage tu .. tambah pula dulu budak lelaki suka ejek ..skarang alhamdulillah dah ok.. Cuma tak dapat la yg perfect mcm model iklan tv tu kan. Jeles je bila tgk kulit org lain cantik. Mcmana depa jaga ye..

5)Maths
I hate maths hehehe. Anything related with numbers memang laa mamatinie lambat pikap. Simple-simple dah le . takat buat costing etc. Dulu minat nak jd doktor tp tak jadi sebab nanti kena masuk science stream ada fizik, add maths uhhh byknye kira-kira. Masuk kelas commerce ada subject accounts pulak. Sokmo kena marah dgn cikgu. Lombap! Ehhehe

6)Bertekak dgn boss
That’s my weakness. Even rasa diri ni betul tp mamatinie tak reti la nak eksplain kata apa yg mamatinie buat tu betul. Cepat gemuruh/gagap etc . Tambah pulak boss cakap tengking-tengking. Mamatinie akan diam je. Or explain to boss kecik yg approachable. Kena pulak boss jenis yg nak dia menang je..ketegaq sungguh. Just follow the rythm . Yes kan je lahhh.. bila dah tau effectnya baru la smash dia.

7)Being fashionable
Mamatinie tak reti mekap. Tempah baju or beli baju yg latest. Tak ghetiiiiiiii…Potong rambut latest fashion. Bila nak beli baju ke kain ke pk mahal sgt la. Membazir laaa.. segan laa.. last-last pakai baju lamaaaa jugak .

7 perkara menarik pada lelaki

Kena jawab jugak ke? Apa laa kata hubby if baca benda ni hahahah..kantoi makcik

1)Muka ala-ala hindustan/mamak/Italian/Mexican ..strong features..yg ada bulu dada tuu..dont rub your eyes pls.. betullah tu apa yg korang baca tu heheh…tapi aku tak minat sgt citer hindustan biasa-biasa je..

2)Tinggi. Asalkan tinggi dr mamatinie dah le..

3)Rambut panjang. Nampak seksi le hee.. Hubby mamatinie dulu rambut takat pinggang tau. Tapi kemas and kutuless laa..well managed..guna jari pon boleee...hahhaha

4)Kurus. Sebab mamatinie ni chubby. Kena carik yg berlawanan la kan hehe

5)Suke yg keningnya lebat, matanya tajam awwww cairrrr makkkkk...

6)Pendiam. Pada mamatinie lambang macho, mysterious, lagi susah nak approach lg best. Cabaran beb hehehe.. Nggak suka yg pot pet pot pet. Aduhh bingit telingaa.. biar mamatinie je yg bercakap..eheh

7)Hormat org tua and suka budak-budak. Pada pendapat mamatinie, kalau benda ni takdak toksahla kahwin/kawan dgn org tu .

Merah muka aku jawab benda ni ceh hehehhe

7 perkara yg selalu cakap

1)Ye ke? Ishh Isshhh Ishhh
2)Asapal? (Apasal?)
3)Ampeh..
4)a’aahh ekk?
5)Insyaallah
6)Tauuu takpeeeeerrr
7)Bukan terlupa tp tak ingat (mamatinie memang pelupa)

7 celebrities crushes

1)Percaya tak masa kecik mamatinie minat DJ Dave (ala Hindustan kann) gelak laa gelak laaa

2) Dulu minat Awie Wings , sebab mata dia, rambut dia (sila baca ciri lelaki di atas)

3) Tarabas dlm “Cave of the Golden Roses” sebab? Memenuhi ciri-ciri lelaki seperti di atas juga)

4) Rahul Roy. Hindustan actor. tak naik sgt nama dia. femes satu cerita je.tp dia ensem laa different from other hindustand actors at that moment. bit Italian style kekeke

5) Budak-budak group rap melayu pertama di Malaysia- 4U2C ..biasalah masa tu rumajeee heheh..
6)One of the calon Hero Remaja. Muka Italian hensem habis. Siap buat paper cutting lg. ends up dgn malu gila babas tak hingat sebab rupanya that guy is my cousin’s best friend. Cousin aku gelak gila golek-golek when she'd found my paper cutting. Ampeh!

7)Antonio Banderas. Ayaaaaiyaaiiiiii..Suke slang Mexican dia.


7 org yg kene perah otak buat mcm ni
Tak ramai yg singgah blog mamatinie ni hmm...

1) Ayobkelubi
2) mek yam- Irmasya
3) mummy_ejump
4) rojakbuah (nak tag jugak even arena dah tag...7 tau bukan 2,3,4 )
5) pulutbakar (pb)
6) Zack
7) Everybody yg drop by kat my humble blog nie and read this entry...

haa this is my x-pakwe ,nama dia tarabas dia syok gila kat I tapi I tak nak sebab mummy I tak suka lelaki rambut pjg. Pity him. Dia bawak diri ubati hati yg dula lara ke Rusia.

posted by mama tinie @ 2:40 PM  
6 Comments:
  • At 12:06 AM, Anonymous Anonymous said…

    hehe..aku minat dj dave gak dulu..ensem wooo..sampai skang kalau tengok muka dia, sejuk jer rasa..

     
  • At 12:16 AM, Blogger mama tinie said…

    heheh jems , ingatkan aku sorang je yg minat dia...now biasa-biasa je ...childhood dream heeh..masa baru darjah satu rasanya tak padan dgn kecikkan ahaks

     
  • At 8:12 AM, Blogger Arena said…

    Tarabas..yesssss.. masa tu aku minat gak roumualdo tuh.. Tapi tarabas macho siotzz.. 4U2C..kekekkeke..aku pon..aku pon..Yey, thanks pasal menyambut tag ku..

     
  • At 10:37 PM, Anonymous Anonymous said…

    tarabassssssssssssss tarabasssssssss oh god, pensan 3 saat :P memang cayo laaa nenok tarabas. lama tak mendengari dia diperkatakan ek, hmmmm

     
  • At 11:00 PM, Blogger mama tinie said…

    muna,
    macho gile kan dia...dgn mata tajam dia tu aww cayaqqqq

     
  • At 7:14 PM, Blogger Zack said…

    errr, zack tu aku ke, mamatinie?
    tima kasih.
    nanti aku buat kalau ada masa lapang. sekarang ni sibuk giler. nak ke toilet pun tak dan, hehehhh..

     
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER