Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Monday, November 28, 2005
Tipah Tertipu! Tertipu Tipah!
“ Helloo ...Pn. Limah ada?”

“Pn. Limah tak ada, pergi kenduri kahwin di Kedah..Siapa sana”

“Saya En. Arif wakil dari Telekom ni siapa ya anak dia ya?”


” Ya .. kenapa?”

“Saya nak maklumkan pada puan , Telekom Malaysia ada buat pernghargaan utk no telefon rumah (fix line) yg berusia lebih dr 10 thn, ada tawaran hadiah utk pihak puan ,sebelum ni kami ada maklumkan di satu event di Bukit Jalil, tp ibu puan tiada Puan ada terima surat jemputan utk ambil hadiah tak? Dikepilkan sekali dgn bil telefon.”

“Saya tak perasan pula, sebab semua bil suami saya yg uruskan, suami saya tak ada di rumah buat masa ini”

“Tak mengapa puan, memandangkan puan belum buat tuntutan hadiah tu yg kami telefon tu , puan boleh tuntut hadiah puan di syarikat XYZ, just dtg ambil hadiah saja. Puan ambil ID no ni, sertakan IC sekali ya”

(Rasa teruja)
“Ok saya dtg, bila boleh ambil ?Tak perlu bayar apa2 kan?tuntut hadiah saja kan?”Sambil jot down the ID numbers given.

“Tak perlu bayar apa-apa , just datang ambil hadiah saja. Alamatnya yada..yada..yada…

Next 3 days,

Berbondong-bondong lah mamatinie bersama ibu dan hubby ke opis yg dimaksudkan . Tak sabar nak ambil hadiah. Bukan senang TM nak appreciate customer. Dalam otak dah terbayang TV, DVD Player, habis cikai pun toys bebudak or mug koporat.

Di opis syarikat XYZ.

“Puan nak ambil hadiah ya .. sebentar puan .. duduk sini ya..apa no ID puan ?”

Kami pon duduk dan menunggu dgn gaya teruja.

“OK sini ada 5 kupon cabutan . Puan kena buat cabutan kerana kami ada 5 jenis hadiah y g di sponsor oleh syarikat ni (4 companies supply electiral goods, barang dapur etc”

Hadiah yg ditawarkan :
1) Termos Mug
2) Toys (Train)
3) Music Keyboard
4) Alat pengukur lemak (Cis bedebah)
5) Ceramic Mug

Mak mamatinie pun buat cabutan pada kupon tu . Dapat Termos Mug.

“Puan dapat termos mug, tahniah!”


Mamatinie and hubby dah sengih-sengih dah ingat dapat music keyboard boleh babytinie main.

Suddenly, one of the staff mumble sumthing to this “kakak”. Muka “kakak” berubah looks excited.

“Puan.. puan layak utk bukak lagi satu cabutan (bawah kupon yg mak mamatinie dapat mug tu ada lagi satu portion yg boleh dibuka) sebab sponsored company maklumkan sebab no puan naik masa event di Bukit Jalil.Puan layak buat another cabutan. Kita bukak ya..sebelum tu saya bgtau hadiahnya ya…

Hadiah yg ditawarkan :

a) 1000-10,0000 points – boleh ambil bawak balik hadiah yg sama value dgn point tu . Ala mcm Real Rewards tu ..1000 point dapat coffee maker ke gitulah. Dapat 1000 point. Kita bawak balik lah Coffee Maker tu .

b) 50,000 points – Silver cards – jadi ahli (register RM10, beli barang dia and boleh bawak balik any brg sevalue dgn 50,000 points

c) 100,000 points – Gold Cards sama mcm Silver Cards tp value boleh bawak balik brg lagi besar . Kat sini dia offer Massage Chair ala Osim Value RM5,000.00

Mak mamatinie pon bukak lahhh .. dgn muka cuak and smell sumthing fishy.

”Puan! Puan dapat 50, 0000! Tahniah jarang org dpt value banyak nie !

Tiba-tiba suasana jd kecoh kejap . Sebab “kakak” baru perasan ada tanda soal di sudut kupon means ada one more portion yg boleh di bukak lagi! Another cabutan! One of the staff sibuk call sponsored company nak confirmkan sah ke kupon tu.

Mak mamatinie bukak lagi. Lagi satu cabutan.

”Puan ! Tahniah ! Puan dapat first prize ! another 50,000 points! Total up 100,000 points. Tahniah puan ..puan org kedua selepas En. Mansur. En. Mansur dapat 50,000 points!Tapi puan dapat 1000,000 points! Wah bertuahnya!."Kakak" jadi over excited, hilarious!

Staff kat situ semua muka terkejut and terkujat sbb mak mamatinie dapat first prize!Wah!Bertuah sungguh kami!

Sekarang utk dapatkln massage chair tu mak mamatinie kena buat ini :

1) Register jd ahli – RM 10
2) Beli one of the barang yg ditawarkan – Minimum harga barang RM2,700
3) Baru boleh tuntut hadiah first prize (100,000 points) a.k.a massage chair

Huah! Nampak nau penipu! Mamatinie selalu dengar benda ni kat TV, 999, Edisi Siasat etc. Now kena kat btg hidung sendiri . Now kami tgh fikir mcmana nak lepas kan diri. All the staff memang nampak saaaangat meyakinkan. Pandai cakap , pujuk etc. Kalau makcik kat kampong-kampong yg tak berapa paham ttg system point ni sah-sah keluar duit ASB RM3,000.00 nak dapatkan hadiah first prize tu.

Mamatinie tgk barang yg dijual harga almost RM3k tu mcm tak berpatutan je. Kenapa perlu beli vaccum cleaaner pada harga 3k sedangkan kita boleh beli a quality and branded vaccumm cleaner pada harga less than 1k ? Kitchen utensil for RM3k?, Water filter for RM3k ? Nampak sgt tak reasonable.

Mamatinie tgk keadaan di situ , nampak sgt mobile office. Macam tak lama je kat situ. No computers. Cuma ada phone tables, chairs and fax machine. Plus brg-brg hadiah yg disusun. Within 1 night depa boleh pindah gitu je!


So kami dengan penuh sopan santun dan sengih kerang busuk bgtau :
“ Macam ni lah kak , kami tak niat nak beli brg pon. Infact brg rumah ni semua kami dah ada.. kitorang register jd ahli je lah kang rasa kami nak beli brg kami dtg lah sini (kot la opis kau ade lagi kat sini) “

Maka keluarlah modal kami RM10 for register fees jd ahli (kononnye lah). . Maka tak pasal-pasal kami “beli” botol air (yg dapat masa 1st cabutan tu kan) pada harga RM10.

Lepas tu we all pon balik rumah. Mamatinie belek resit slip syarikat XYZ baru perasan, slip yg mak mamatinie sign tu not meant for register fees tp order bill!

Vaccum Cleaner (bila tah dia letak kat dlm bil tu ) = 2,990.00
Massage Chair (100, 000 pts) = Akan dituntut
Deposit = 10.00
Balance amount purchased = 2,980.00


Means mak mamatinie dah terbeli vaccum cleaner! Kot sampai je kat rumah tak ke naya.Order bill dah sign! Nak mengena lagi tu!

Mamatinie and hubby rush back ke office XYZ , cancel the fees. Kelentong kata abah mamatinie mengamuk sebab tgk order bill sampai 3k. “Kakak” berusaha keras kata its not meant slips tu utk order brg. Mamatinie mintak takkan tak ada slip khas utk register fees . Resit bodoh je takkan kau tak ada. Tapi memang tak ada! Kata “kakak”.

Suruh cancel the original slip depan kami and the customer copy as well. RM10 tu kire derma je lah. Mmg tak boleh mintak balik pun. Dia insist nak pegang customer slip yg dah cancel tu. Means original and copy dua-dua dia nak!. Mamatinie berkeras nak simpan the customer copy bukti dia dah cancel. Licik betul lah diorang nie!

Balik dari opis mamatinie buat aduan pada Telekom Malaysia. Nak confirmkan betul ke ada rewards utk fix number yg more than 10 yrs. Report to them. Gave Syarikat XYZ address and phone number to Telekom. Telekom find out its not even a company’s official contact no. but registered under personal. Now mamatinie waiting feedback from Telekom. If diorang sayang customer, they should take appropriate action. Nama company jugak yg terjejas nanti.

Mamatinie wonder jugak ada ke yg dah jd mangsa.Mamatinie and family bersyukur sebab tak termakan dgn pujukan diorang. You guys out there berhati-hatilah dgn penipu yg sentiasa je carik peluang mcm ni .

posted by mama tinie @ 7:56 PM  
5 Comments:
  • At 10:20 PM, Anonymous Anonymous said…

    mak oiii..dah terang-terang kantoi, lagi diorang tanak mengaku..tak patut betul..nasib baik korang pegi ramai2..

     
  • At 11:07 PM, Blogger anak pak usop said…

    geng2 macam ni mmg mlambak kat mesia skrg ni.. mmg tahap kurang ajar tak igt punye nak kaut untung pakai tipu2 orang.. mmg geram habis ni sbb kat rumah pon dah penah tekena kes vacuum ni la.

     
  • At 6:05 PM, Blogger ayobkelubi said…

    hawau mc donald betul ler.

    apsal ko tak bakau jek opis dia tu long!.

    kalau aku ader.
    hishh..mau kenaaaaaaaaaa!

    yearghhh!!

    company melayu ker?.

    bangsattt!

     
  • At 6:59 PM, Blogger Zack said…

    Hampeh.
    Aku tak pernah percaya benda2 gini. Mana ada benda free dalam dunia ni sekarang? Nak kencing pun kena bayar 30 sen.

     
  • At 7:17 AM, Blogger Arena said…

    Hummph..

    too much scamming dah kat Mesia nih I must say.. dulu hampir terkena, in fact dah terkena jugaklah.. melayang rm50, duit aku..cam cipan jek..tapi masa tu bodoh lagi so, I forgave my kebodohan..jahatla diorang nih..

     
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER