HARI KELIMA
Duti mengikut shift yang disediakan . Bahagi kepada 2 kumpulan . Memandangkan tempoh waktu pameran sangat panjang. 10 pagi sehingga 10 malam. Takut ada yang mati keras kena berdiri 12 jam. Shift pagi . Layan warga Terengganu yang datang. Ramai juga memandangkan hari ini hari Jumaat. Di sini cuti hujung minggu pada hari jumaat dan sabtu. VIP yang datang hari ini SUK Terengganu. Ada lagi satu pelancaran produk tapi tidaklah sesibuk semalam. Lancarkan di booth sahaja. Sangat puas hati . Everything went smoothly. Sambil layan pengunjung sambil kenen-kenen dan bermesra dgn wartawan yang ada. Bukan apa senang bila saya nak buat event yg lain. Tak perlu susah-susah cari contact untuk buat coverage.
Saya berkesempatan bersarapan nasi dagang di kedai RM45 ( yang heboh fasal kepala ikan tongkol tu..sekarang memang orang panggil kedai tu KEDAI RM45 ) sebenranya ada hikmah kontroversi kepala tongkol . Kedai makcik ni sangat penuh. Kena beratur tunggu seat untuk makan di situ. Laku sungguh! Dan nasi dagangnya memang sedap . Dengan bau daun pisangnya. RM2 sebungkus.
Pemandangan pantai lagi (Photo courtesy of Azah)
Main entrance HARI KEENAM
Jalankan tugas seperti biasa . Tiada VIP yang hadir. Saya shift petang. Jadi paginya saya lepak sahaja di hotel. Nak ke mana-mana transport tak ada . Nak jalan sendiri takut pulak tak tahu nak naik teksi di mana, bas di mana . Sebab tak familiar dengan area sana. Kalau dulu saya buat event di Kelantan sangat seronok. Pasar KB sepelaung sahaja dari tapak pameran. Tiap petang saya akan berjalan kaki ke Pasar KB. Masa itu “tudung bawal” baru popular. Setiap hari saya borong tudung sampai bangkrap hahaha..
Ramai bebudak sekolah yang datang
HARI KETUJUH
Shift pagi. Saya suka shift pagi sebab petangnya saya boleh melencong ke Pasar Payang (typical women hehehe) . Hari ini Wakil Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi datang melawat. Siapkan apa yang patut. Settle tugasan. Off we went to Pasar Payang. Borong lagi. Bangkrap lagi. Malamnya kami makan di Kuala Ibai berdekatan dengan Masjid Terapung. Saya paling suka makan keropok goreng di sini dan tempat ini sangat terkenal dengan jus durian belanda. Memang sedap!
HARI KELAPAN
Bertugas seperti biasa. Tiada apa yang menarik berlaku. Sekadar membeli produk jualan booth lain sebab selalunya masa ni harganya murah sedikit berbanding di kedai biasa. Hari –hari juga saya singgah di gerai yang tawarkan minuman free hehhehe. Layang -layang ( Photo courtesy of Azah)
HARI KESEMBILAN
Hari ini Sultan Terengganu datang melawat. Kena buat persiapan kerana protokolnya berbeza. Perlu dapatkan persetujuan seketariat sebelum nak buat apa-apa. Di mana perlu di letak kain kuning. Apa yang patut apa yang tak patut. Perlu tahu. Yang lelaki bersongkok yang perempuan berbaju kurung. Bila persembah “souvenir” bila sultan sentuh sedikit sahaja maksudnya “diterima”. Ada pula ayat yang perlu di gunakan . Aduh banyaknya protokol. Sultan Terengganu sultan paling kacak pernah saya jumpa hehheheh..
Petang melepak di swimming pool. Tengok anak rakan sekerja main air. Rindunya pada baby tinie. Makin hari makin rindu. Saya bekalkan baju kaftan yang dah dipakai untuk baby tinie. Nenek tinie balutkan pada bantal peluk. Inilah pertama kali sejak lahirkan baby tinie berpisah lama begini. Rindunya!Last-last saya terjun juga dalam swimming pool. Lama tak berlatih berenang kekok di buatnya. Banyak kali juga saya “tenggelam” : ) Sultan yang hensem
HARI KESEPULUH
Menteri Besar Terangganu datang melawat. Seperti biasa saya perlu standby . Dato’ Seri rupanya kuat bergurau. Saya ambil gambar boss besar dgn MB tapi bergoyang-goyang sebab keras perut tahan gelak dgn gaya selamba dia. Sporting!
Hari ini bawa boss besar ke konti radio. Ada temuramah tentang syarikat di sana.
Eh sambung lagi lah nanti ... |