Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, July 20, 2006
Baru nak upload gambar - Berkelah di Kalumpang
Nie mamatinie baru nak upload gambar berkelah di Kalumpang. Cantik tak?




Berendam dalam air - sejuk gile

Astaka yg menjadi rebutan

Syokkk

Baby Irfan (tinie's cousin) yg terlena even dlm keadaan basah lencun

Gaya tinie berendam dlm air



Tinie lepas mandi , lepak dgn cousins & aunties sambil main puzzles,

tidak dilupa bantal antiknya

Sungai Kalumpang

posted by mama tinie @ 12:05 AM   3 comments
Tuesday, July 18, 2006
Eyuck ..
Aku sedang menghadapi masalah serius…

Antara hidup dan mati ..

Tolong....

Tolongg....

Tolong....

Suara itu ....

Terngiang –ngiang di telinga....

Terbayang-bayang dalam ingatan..

Aku cuba...

Lari...

Lari...

Pergi...

Jauh-jauh....

Tidakkk!

Jangan ganggu aku ..

Aku benci!

Benci!

....

.....

..........

.........................

........................................................





Syeeeeeeeemakin hari syeeeeeemakin syeeeerasyyyyiiii bagai pagi dengan syiiinar matahari

Bagai malam dengan kerdipan bintang yang bersyyeeeeri ...









Eeee bencinya aku dgn lagu syerasyi ni..cubalah sebut betul-betul... selenge betullaaa nyanyi pelat buat-buat ni.. yuck.. masalah nya selalunya lagu yg kita benci tu laa yg dok lekat kat dlm kepala otak ni .. benciiiiiikk ...
posted by mama tinie @ 6:45 PM   3 comments
Berkelah di Kalumpang
Minggu ini kami anak beranak balik kampung di Tanjung Malim. Ada acara makan-makan kumpul-kumpul dgn adik beradik suami. Rancangnya berkelah di tepi sungai di Kalumpang. Aku tak pernah lah dengar and pergi ke Kalumpang ni. Tapi masih di area Tjg Malim juga lah katanya. Teruja jugalah nak tgk macamana rupa sungai Kalumpang ni .

Cucu emak di belah Tanjung Malim ada 11 orang. Yang balik ada 8 orang. Semuanya dalam lingkungan 1 tahun hingga 7 tahun. Bayangkanlah dah la semuanya lasak macam Batman, Spiderman semuanya. Memang riuh rendah dibuatnya. Baby Tinie seronok . Selalunya bila dengan nenek atuk di Keramat dia keseorangan tiada kawan. Tapi yang peningnya Baby Tinie taknak berkongsi barang. Permainan, bantal peluk apatah lagi mak & ayahnya. Pantang dukung sepupunya. Menjerit cemburu senyaringnya.

Pagi ahad kami bersiap. Menu hari ini, mihun goreng, nasi lemak dan ayam goreng. Yummie!. Seawal 9 pagi kami dah bertolak. Budak-budak memang belum mandi pagi lg. Nak berebut tempat maklumlah hujung minggu. Takut susah nak perking kereta & kena jalan jauh. Tau je lah nak bawa budak kecik2 dgn barang-barang lg.

Perjalanan tak sampai 10 minit. Alhamdulillah baru 2 kereta yang dah sampai. Cepat-cepat kami cari astaka , letak barang-barang. Dapat lah tmpt yang strategik betul2 depan sungai. Senang nak tengok budak-budak. Ini lah first time Baby Tinie nak mandi sungai. Laut pun tak pernah pergi. Mak & ayah tak sempat bawak la sayang. Sungainya memang cantik. Kawasannya bersih, airnya jernih. Ada jeram, batu-batu sungai . Seronoknyaaa... .

Berkat petua ibu mertua baby Tinie tak takut air. Ada gayat sikit sebab dia tak pernah tengok air sebanyak ini. Tapi lepas cuci kaki sikit-sikit & basuh mukanya sambil baca selawat. Seronok dia main air. Airnya sejuk sungguh . Jernih dan ada juga kawasan yang agak dalam utk org dewasa. Baby Irfan (1 th lebih) sepupu tinie lg kelako sambil mandi boleh tido sbb selesa sgt dgn air sungai hahahha. Basah-basah lencun dia boleh tido. Sabo je la.

Terus teringat waktu zaman U dulu, pergi berkelah dgn kawan baik di Pahang.. Beriya treking last-last jumpa air takat lutut. Sebab kemarau. Belasah juga berkubang hahahaha..penat aku jalan …yg kelako bila meniarap dalam air nampak bontot. Hahhahah

Acara mandi-mandi-makan-makan-mandi-mandi- makan-makan-makan. Overall memang enjoy and pasang niat nak dtg lagi. Cuma satu je . Takde tmpt nak tukar baju . So pakat-pakat dgn kakak-kakak ipar pegang kain batik masa tukar baju. Memang kelakar juga lah . Gelak-gelak kitorang …tau je la badan masing2 bila dah beranak pinak ni. . But that’s the objective la kan. Bergurau senda rapatkan hubungan adik beradik. Dak gitu.

Gambar upload nantilah. Tak sempat daa..
posted by mama tinie @ 1:11 AM   2 comments
Wednesday, July 12, 2006
Mimpi Bodod
Ini ada satu pengakuan :

Semalam aku mimpi the most stupidest dream I ever had. Aku mimpi Anuar Zain syok kat akuuu...bwahahhahahahahahaahahahah...

Lepas tu aku terjaga..then tido balik

Aku mimpi lagi ..

Mimpi anak aku kencing dlm seluar...

Terjaga lagi ..pukul 2 pagi

Ooooooo pampers baby tinie belum tukar lagi ..


Hehehehhehehehehehehehhehehehehehehehehhe
posted by mama tinie @ 7:13 PM   2 comments
Tuesday, July 11, 2006
Luah....Jeluah...
Pernah tak kau rasa kadang-kadang kita tidak dilayan sama rata berbanding dengan adik – beradik yang lain? Macam aku , dulu masa zaman anak dara (blom kawen la) kalau terbangun lambat , malas masak atau balik lepas maghrib, wajib aku dimarah mama. Bukan setakat marah tau . Siap masam muka sehari suntuk. Kalau dulu aku hendak keluar dengan kawan-kawan. Aku harus sediakan alasan yang paling munasabah cth Jumpa kawan sekolah lama , pergi cari barang/buku sekolah/barang opis, buat tender? dan aku terpaksa tidur di rumah kawan aku yang paling mak dan ayah aku percaya kalau aku nak balik lambat sikit. (Thanks kawan ketat ku tersayang). Aku tak pergi ke mana cuma hang out dgn kawan-kawan di kedai mamak.

Tapi bila dengan adik bongsu tersayang. Pukul 12 tghari belum tentu bangun tidur lagi, nak masak ikut gerak rasa kalau rasa malas tak perlu masak , jumpa kawan pukul 7 ptg baru nak keluar rumah and balik sesuka hati ...3-4 pagi pon takpe.. tak pernah pula kena marah. Layanan biasa saja, masih boleh gelak-gelak gurau senda lagi dgn ma. Kalau aku harus kena tengking.

Kadang-kadang sedih juga, ma boleh masam muka dgn aku atas sebab-sebab yg bodoh & tak masuk akal. Kalau aku lambat hantar or fetch ½ jam kena marah sungguh-sungguh. Compared to adik yang kalau suruh di hantar ke mana-mana adik aku boleh buat alasan “malas” or “ngantuk” or “takde mood” ?? and ma boleh says “takpe la nak buat camne adik penat”. Aku hairan mcmana ma boleh berlembut dgn adik sampai begitu sekali. Aku hairan kenapa ma tegas sgt bila dgn aku ? Aku ni liar sgt ke? Or ma tak trust dgn aku . Every weekend adik balik pukul 5 pg pon takpe. Ma sedar ke adik bukannya pegi kerja tp pegi tgk wayang. Takkan tak perasan tiap jumaat malam adik balik pukul 4-5 pagi. “ oh adik overtime” Tak pe pulak. Lepas tu 24 jam memerap dlm bilik tgk DVD and keluar time makan je.

Aku ingat sampai sekarang masa tu aku 23 thn, ma pernah tengking aku depan kawan-kawan adik (masa tu pagi raya and kawan-kawan adik yg duduk jauh tumpang beraya di rumah kami )..aku kena marah gila-gila (turn out to hysterical ) mcm dapat tau aku hisap dadah . Sebab? Aku tertinggal kamera kat rumah. Masa tu aku rasa mcm nak keluar dari kereta lari dr rumah ke ape ke .. tp pikir sebab pagi raya, hari baik bulan baik . Aku terima je.. tadah muka. Betapa malunya aku kat kawan-kawan adik tuhan aje yg tahu. Sampai sekarang aku ingat benda tu and berbekas lagi dalam hati ni.

Kadang-kadang aku marah juga pada adik bila ma & abah dilayan dgn cara yang tak sepatutnya oleh adik tercinta. Bila ma marah adik, adik marah ma balik. Bila aku marah adik. Ma marah aku pulak. Sabo je la ..

Ma cakap dia layan anak dia sama rata. Tapi aku rasa ma tak cukup rata dlm melayan anak-anaknya. Mungkin sebab aku bukan jenis yang pandai ambil hati (melalui perkataan yg manis-manis) . Aku mengaku memang tak pandai nak ucapkan sayang ke show affection ke tp aku tunjukkan dgn cuba laksanakan tjawab aku sbg anak sebaik mungkin. And aku tak akan balas balik apa pun ckp ma.. even sometimes apa yg ma cakap tu tak betul or bercanggah dgn kehendak aku. Aku tak pandai defence diri aku sendiri. Aku tau ma sayang aku .. Cuma aku harap ma berlaku adil terhadap anak-anaknya.

Sorry lah ..Emo sket hari ni ..
posted by mama tinie @ 12:41 AM   1 comments
Thursday, July 06, 2006
Setahun Jagung
STORY OF ME..
JUST ORDINARY ME..

Blog ini sudah genap usia setahun. Sebaya dengan baby tinie. Yay!
posted by mama tinie @ 8:12 PM   0 comments
Mak Bapak oh Mak Bapak
Ini adalah kesinambungan dari cerita anak oh anak yang lepas. Berita terkini tentang baby and mak baby yg suruh org lain jaga tu .

Dari masa ke semasa aku akan singgah rumah kawan utk tgk ‘anak’ kawan aku tu. Alhamdulillah dah genap sebulan. Kesihatannya ok and dah nampak lasak budak tu. Kecik-kecik lagi dah pandai mengiring dan kuat menyusu.

Sambil-sambil tgk baby tu dapatlah serba sedikit aku tau tentang mak bapak budak tu. Mengikut mak kawan aku tu. Ibu baby ni asal dari keluarga yang berada juga. Anak pegawai Feld*. Tapi dek kerana mak bapaknya terlalu busy sampai hal anak-anak terbiar. Ibu baby ni tinggal menyewa dgn kawan-kawan bujang. Begitu juga dgn adik beradiknya yang lain.

Bila si kakak ni mengandung, loya-loya dan muntah-muntah. Si adik lelaki cuba ‘hinting’ pada ibunya. “Kakak ni sakit, cubalah ma tgk keadaan kakak”. Ye lah budak lelaki, maybe dia tak tahu macamana nak break the news to the parent. Tapi memandangkan the parent terrlalu sibuk tak dapatlah nak menjengok keadaan anaknya itu. Yang herannya bukannya jauh sgt pun the parent dgn anak-anaknya. Within KL juga. Cuba stay saperately je lah. Cthnye mak bapak kat area PJ dan anak-anak di area Puchong. Bila di beritahu keadaan kakak ni pada adik perempuannya. Jawapan si adik ni lagi bagus. “Pedulik hape aku”. That’s the answer bila suruh si adik tlg tgkkan si kakaknya. Nak bagi tahu the parent lagilah si kakak takut. Nak harapkan “penebuk tupai”? Jauh panggang dr api. Belum dapat janji bulan bintang. Bila dah dapat batang hidung tak nampak. Dan di sebabkan kedaan yang bercelaru ini lah baby tu diserahkan kepada kawan aku tu . Means family dia memang tak tahu menahu langsung pasal hal ni.

Bila cerita macam ni benar-benar berlaku depan mata aku. Aku terfikir betapa besarnya tanggungjawab ibu-bapa dalam mendidik anak-anak. Aku jadi takut. Mampukah aku membesarkan anak aku dan lindungi anak aku dari dugaan dan cabaran yang ada kat sekililing dia?. Mampukah dia menahan diri dr terlibat dari benda-benda begini. Betapa aku berdoa semoga anak aku tabah menghadapi segala cabaran dan menjaga diri dan maruah ibu-bapanya.

Pernah juga bila aku sembang sembang dgn hubby , terkeluar juga cerita dia masa belajar di negara orang. Menurut hubby di sana agak mudah untuk mendapatkan weeds/rumput/etc so students memang seronoklah melayan benda alah tu. Sambil layan rumput sambil buat perkara- perkara bodoh beramai-ramai. Bila ditanya pernah cuba? Kan jauh di negara orang tiada siapa yang melarang. Hubby kata dia tidak pernah cuba. Aku doubt juga. Ye ke? Hubby jawab. Senang je. Bila tengok benda begitu rasa ingin cuba memang ada. Tapi kuatkan iman dan ingat ibu di kampung. Terus bantut keinginan itu. Aku harap baby tinie tetap hati macam ayahnya juga. Insyaallah.
posted by mama tinie @ 8:00 PM   0 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER