Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Tuesday, July 11, 2006
Luah....Jeluah...
Pernah tak kau rasa kadang-kadang kita tidak dilayan sama rata berbanding dengan adik – beradik yang lain? Macam aku , dulu masa zaman anak dara (blom kawen la) kalau terbangun lambat , malas masak atau balik lepas maghrib, wajib aku dimarah mama. Bukan setakat marah tau . Siap masam muka sehari suntuk. Kalau dulu aku hendak keluar dengan kawan-kawan. Aku harus sediakan alasan yang paling munasabah cth Jumpa kawan sekolah lama , pergi cari barang/buku sekolah/barang opis, buat tender? dan aku terpaksa tidur di rumah kawan aku yang paling mak dan ayah aku percaya kalau aku nak balik lambat sikit. (Thanks kawan ketat ku tersayang). Aku tak pergi ke mana cuma hang out dgn kawan-kawan di kedai mamak.
Tapi bila dengan adik bongsu tersayang. Pukul 12 tghari belum tentu bangun tidur lagi, nak masak ikut gerak rasa kalau rasa malas tak perlu masak , jumpa kawan pukul 7 ptg baru nak keluar rumah and balik sesuka hati ...3-4 pagi pon takpe.. tak pernah pula kena marah. Layanan biasa saja, masih boleh gelak-gelak gurau senda lagi dgn ma. Kalau aku harus kena tengking.
Kadang-kadang sedih juga, ma boleh masam muka dgn aku atas sebab-sebab yg bodoh & tak masuk akal. Kalau aku lambat hantar or fetch ½ jam kena marah sungguh-sungguh. Compared to adik yang kalau suruh di hantar ke mana-mana adik aku boleh buat alasan “malas” or “ngantuk” or “takde mood” ?? and ma boleh says “takpe la nak buat camne adik penat”. Aku hairan mcmana ma boleh berlembut dgn adik sampai begitu sekali. Aku hairan kenapa ma tegas sgt bila dgn aku ? Aku ni liar sgt ke? Or ma tak trust dgn aku . Every weekend adik balik pukul 5 pg pon takpe. Ma sedar ke adik bukannya pegi kerja tp pegi tgk wayang. Takkan tak perasan tiap jumaat malam adik balik pukul 4-5 pagi. “ oh adik overtime” Tak pe pulak. Lepas tu 24 jam memerap dlm bilik tgk DVD and keluar time makan je.
Aku ingat sampai sekarang masa tu aku 23 thn, ma pernah tengking aku depan kawan-kawan adik (masa tu pagi raya and kawan-kawan adik yg duduk jauh tumpang beraya di rumah kami )..aku kena marah gila-gila (turn out to hysterical ) mcm dapat tau aku hisap dadah . Sebab? Aku tertinggal kamera kat rumah. Masa tu aku rasa mcm nak keluar dari kereta lari dr rumah ke ape ke .. tp pikir sebab pagi raya, hari baik bulan baik . Aku terima je.. tadah muka. Betapa malunya aku kat kawan-kawan adik tuhan aje yg tahu. Sampai sekarang aku ingat benda tu and berbekas lagi dalam hati ni.
Kadang-kadang aku marah juga pada adik bila ma & abah dilayan dgn cara yang tak sepatutnya oleh adik tercinta. Bila ma marah adik, adik marah ma balik. Bila aku marah adik. Ma marah aku pulak. Sabo je la ..
Ma cakap dia layan anak dia sama rata. Tapi aku rasa ma tak cukup rata dlm melayan anak-anaknya. Mungkin sebab aku bukan jenis yang pandai ambil hati (melalui perkataan yg manis-manis) . Aku mengaku memang tak pandai nak ucapkan sayang ke show affection ke tp aku tunjukkan dgn cuba laksanakan tjawab aku sbg anak sebaik mungkin. And aku tak akan balas balik apa pun ckp ma.. even sometimes apa yg ma cakap tu tak betul or bercanggah dgn kehendak aku. Aku tak pandai defence diri aku sendiri. Aku tau ma sayang aku .. Cuma aku harap ma berlaku adil terhadap anak-anaknya.
Sometimes parents have differents way of loving their children.. they love us equally but differently..bila differently tuh yang kekadang kita as anak, rasa seolah2 dipinggirkan.. kelakar... abang aku rasa, aku kesayangan baba, aku rasa abang aku kesayangan mama.. while both me and along rasa adek aku paling disayang dan dimanja oleh mama dan baba.. hahaha persepsi masing2 kan..
Name: mama tinie Home: kolompo, muslim, Malaysia About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!) See my complete profile
Sometimes parents have differents way of loving their children.. they love us equally but differently..bila differently tuh yang kekadang kita as anak, rasa seolah2 dipinggirkan.. kelakar... abang aku rasa, aku kesayangan baba, aku rasa abang aku kesayangan mama.. while both me and along rasa adek aku paling disayang dan dimanja oleh mama dan baba.. hahaha persepsi masing2 kan..