Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, July 06, 2006
Mak Bapak oh Mak Bapak
Ini adalah kesinambungan dari cerita anak oh anak yang lepas. Berita terkini tentang baby and mak baby yg suruh org lain jaga tu .
Dari masa ke semasa aku akan singgah rumah kawan utk tgk ‘anak’ kawan aku tu. Alhamdulillah dah genap sebulan. Kesihatannya ok and dah nampak lasak budak tu. Kecik-kecik lagi dah pandai mengiring dan kuat menyusu.
Sambil-sambil tgk baby tu dapatlah serba sedikit aku tau tentang mak bapak budak tu. Mengikut mak kawan aku tu. Ibu baby ni asal dari keluarga yang berada juga. Anak pegawai Feld*. Tapi dek kerana mak bapaknya terlalu busy sampai hal anak-anak terbiar. Ibu baby ni tinggal menyewa dgn kawan-kawan bujang. Begitu juga dgn adik beradiknya yang lain.
Bila si kakak ni mengandung, loya-loya dan muntah-muntah. Si adik lelaki cuba ‘hinting’ pada ibunya. “Kakak ni sakit, cubalah ma tgk keadaan kakak”. Ye lah budak lelaki, maybe dia tak tahu macamana nak break the news to the parent. Tapi memandangkan the parent terrlalu sibuk tak dapatlah nak menjengok keadaan anaknya itu. Yang herannya bukannya jauh sgt pun the parent dgn anak-anaknya. Within KL juga. Cuba stay saperately je lah. Cthnye mak bapak kat area PJ dan anak-anak di area Puchong. Bila di beritahu keadaan kakak ni pada adik perempuannya. Jawapan si adik ni lagi bagus. “Pedulik hape aku”. That’s the answer bila suruh si adik tlg tgkkan si kakaknya. Nak bagi tahu the parent lagilah si kakak takut. Nak harapkan “penebuk tupai”? Jauh panggang dr api. Belum dapat janji bulan bintang. Bila dah dapat batang hidung tak nampak. Dan di sebabkan kedaan yang bercelaru ini lah baby tu diserahkan kepada kawan aku tu . Means family dia memang tak tahu menahu langsung pasal hal ni.
Bila cerita macam ni benar-benar berlaku depan mata aku. Aku terfikir betapa besarnya tanggungjawab ibu-bapa dalam mendidik anak-anak. Aku jadi takut. Mampukah aku membesarkan anak aku dan lindungi anak aku dari dugaan dan cabaran yang ada kat sekililing dia?. Mampukah dia menahan diri dr terlibat dari benda-benda begini. Betapa aku berdoa semoga anak aku tabah menghadapi segala cabaran dan menjaga diri dan maruah ibu-bapanya.
Pernah juga bila aku sembang sembang dgn hubby , terkeluar juga cerita dia masa belajar di negara orang. Menurut hubby di sana agak mudah untuk mendapatkan weeds/rumput/etc so students memang seronoklah melayan benda alah tu. Sambil layan rumput sambil buat perkara- perkara bodoh beramai-ramai. Bila ditanya pernah cuba? Kan jauh di negara orang tiada siapa yang melarang. Hubby kata dia tidak pernah cuba. Aku doubt juga. Ye ke? Hubby jawab. Senang je. Bila tengok benda begitu rasa ingin cuba memang ada. Tapi kuatkan iman dan ingat ibu di kampung. Terus bantut keinginan itu. Aku harap baby tinie tetap hati macam ayahnya juga. Insyaallah.
Name: mama tinie Home: kolompo, muslim, Malaysia About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!) See my complete profile