Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, August 25, 2005
Cikgu yg korang ingat
Masa sekolah dulu-dulu ada tak mana-mana cikgu yg korang ingat sampai sekarang? Mesti ada punya..either cikgu tu ajar best sgt…or korang buat kes…or cikgu tu selalu bg denda mengaruts kat korang. Nie aku cerita antara cikgu-cikgi yang aku ingat sampai sekarang even dah jadi mak budak nie.
Masa sekolah rendah aku byk involved dengan aktiviti kesenian sbb aku tak minat sukan .. menari,menyanyi, nasyid, kau bg jelah kat aku .. pantang ada contest or event ..hari penyampaian hadiah, hari guru , juara bintang kecil .. muka aku je laaa yg naik meja nyanyi ..bukan sedap pon nyanyi..yg penting kau berani . So cikgu yg byk ajar aku ialah Cikgu Borhan. Dia rajin nau carik peluang kat RTM (rancangan kekanak), pertandingan nyanyi, hari keluarga syarikat corporate…kire bz lah aku dibuatnya.. mak aku risau je tgk aku .. takut jd artis hahahaha..
Lagi cikgu time sekolah rendah, Cikgu Aishah (masa tu aku darjah 3) sebab dia garang nak mampus. Suara dia kalau tak menjerit sampai dengar satu sekolah tak sah. Anak dia nama azrul …nakal sangat –sangat even mak dia jd cikgu kelas kitorang.. mak dia tak kira even anak sendiri kalau dah nakal sgt dia belasah rotan je..cikgu dulu-dulu garang wooo..
Masuk sekolah menengah yang paling aku ingat cikgu English tingkatan 2 aku .. nama dia Cikgu Mohd Nor kami panggil Mat Noq Kong (sekolah aku kan blah utara). Kong means King Kong sebab dia besar tinggi and jalan macam King Kong. Dia ajar English memang best . Lawak. Lebih kepada practical daripada theory yg bosan-bosan. Memang tak ngantuk lah . Antara yg aku ingat dia akan bawak bahan masak such as roti , telur, susu, toaster , kopi etc. and suruh kitorang volunteer depan class and explain cara buat kopi or toasted bread in English . Ala mcm rancangan masak-masak tu. Lepas tu kitorang makan ramai-ramai. Lagi satu bile main robot-robot. Dia akan pretend jd robot and kau bg lah instructions kat dia suruh jalan ke depan la tepi laa tgh laa garuk ketiak laa. Mmg best. Kelas form 2 dah mcm kelas standard 2. Yg penting pada dia kitorang ada guts nak speak English in public even grammar bertabor. Tapi paling aku tak tahan dia punya denda lah . Denda dia memang kreatif dan berkesan gitu. Sapa lupa bawak buku ke…buat mistakes byk sgt ke dendanya ialah kene kepit celah ketiak dia ..Bukan takat kepit tau.. muka mesti ngadap kat ketiak dia Eyuuckk . Ala-ala mcm kene wrestling gitu. Kene pulak time tghari. Selalunya budak lelaki la yg kena betul-betul. Student perempuan dia acah-acah je tapi lari keliling kelas jugak la dibuatnya. Member kelas yg kena memang skip makan laaa lepas tu sebab tak abes pening kene kepit kekekek..
Then, lagi yg aku ingat ustaz bahasa arab form 4 .. kecik je dia ..tp suara ya rabbi nyaring tak hingat..kalau dengar pelawak mamak mydin punya sora ..aaaa mcm tu laaa sora dia..ustaz ni baik hati .. budak –budak yg duduk jauh yg tak dapat balik cuti boleh stay kat rumah dia ..paling best time bulan posa...kejenye maaakaaaaann je lah kat rumah dia.. ustaz ni pon denda dia lain dr yg lain .. lelaki dgn perempuan denda lain-lain.Kena pulak kalau denda sebab tido dlm kelas..sapa tidoq aku ludah telinga dia! ..jgn tak percaya ..memang itu lah denda dia..ada jugak tu makhluk yg tak makan saman tido jugak.. last-last kena hakk tuih keh keh .. kalau perempuan ...dia luku belakang badan pakai cincin batu akek dia.. besar tu cincin dia .. kene pulak tepat kat tulang belakang..memang best eheehe..aku pernah kena sebab aku buat karangan bahasa arab ...sapa belajar bahasa arab memang wajib belajar buat karangan nie “Melawat Taman Haiwan” taman haiwan tu zoo laa . Aku karang (in Arabic laaa)antara binatang yg saya lihat di taman haiwan ialah harimau, unta, kutu ....apaaaa nie? Kutu pon kamu tengok? Nah hambikk.. ...adeh birat belakang aku ..Utk pengetahuan korang aku F9 dlm bahasa Arab. Hehehehe
Lagi satu...warden kat hostel aku.. garang tak tentu pasal .. bias.. sebab dia kamcing dgn batch sebelum aku ... so batch aku kena teruk la dgn dia .. kene hasut dek senior-senior yg anti dgn kitorang..Pernah kena tangkap dgn dia sebab panjat pokok mangga beramai-ramai pukul 10 mlm (ponteng prep). Lari masuk toilet. Lama jugak laa kitorang nyuruk dlm toilet ..rupanya dia standby kat luar toilet. Kene sergah. Pastu kena denda beratur kat tangga. Makan mangga yg kitorang kutip tu . Terkulat-kulat makan .Masam nak mampos..kot ada cili kicap ke sedap la jugak. Padan muka kitorang heheheh..
Kalau kat uni ..antara lecturers yg aku ingat.. Lecturer subject translation. Gile psycho. Andartu ..tak kahwin lg umur dah dekat 50 kot...kalau kau tgk mcm witch dlm cerita snow white .. scary gile.. brutal pulak tu .. suka nau beliakkan mata dia.. pastu bila dia masuk tutup pintu dia tolak dgn kaki je ... gedeganggg ..kitorang ni sunyi sepi je dlm kelas takut punya pasal .. ganasss..ganasss...
Lagi satu lecturer, subject Math... Basic Math pulak tu .. masa form 5 dah banyak dah belajo… patut kau boleh score lah kan bila kat uni .. ajar ikut sukati je ..mengarut je banyak.. lepas tu buat remarks.. awak tau …saya ni kan ..pada saya A tu hanya untuk Allah. Sebab kene hipnosis (mcm arnab Hana) dgn statement mcm tu aku dapat karipap (D) utk subject tu . Kira cemerlang lah aku .. sebab 70% fail dlm kelas aku tu .. memang byk student drop subject kalau kene masuk kelas dia sbab dia mark paper tah mcmana tah . Aku degil konon yakin boleh score . Hambik kau karipap. Menci.
Ramai lg sbnrnya yg aku ingat tapi tak larat aku nak cerita satu-satu eheh.
boringla blog skang nih... asyik kene spam jek.. aku malas nak restrict hanya blogger jek leh komen..kekadang nak gak dengar komen dr non-blogger.. hmmmm..
Name: mama tinie Home: kolompo, muslim, Malaysia About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!) See my complete profile
Haiyyoh.. Mamatin, ko kene spam lah weisss.