Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, May 31, 2007
Ayah Bonda
I just received this email from my superior. Whilst I reading the article, my tears flew down on my cheek because it’s so true. I want to share with all of you guys how sometimes we likely to forget their sacrifice and their shower of love towards us.
I love you so much abah…mama…
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Dear son/daughter,
The day when you will find that I become very old, Try to have some patience to me And try to understand me
If I get dirty by eating… If I get some difficulty eating… Be patient! Remember the hours that I spent to teach you any sort of things when you were small
If I repeat the same things dozens of time, Does not interrupt me! Listen to me! When you were small, you kept asking me to read you the same story, even after evening, until you fall asleep And I made it!
If I do not wash myself anymore so often under the shower, do not reprimand and do not tell me it is a shame Remember how many excuses I had to invent to make you take a bath when you were small
By seeing my ignorance towards the new technologies, do not laugh of me but leave me rater the time to understand I taught you so many things indeed to eat well…dress well...to behave well...how to confront the problems of the life
If sometimes miss my memory or am not able to follow a conversation, leave me the necessary time to recollect and if I don not reach there, do not become a nervous and arrogant person because the most important for me...it is to be with you and to be able to speak with you
If I refuse to eat, do not force myself! I know very well when I am not hungry
When my poor legs will not allow me anymore to move as before Help me the same way as I held your hand to learn you make your first step
And when one day, I shall say to you that I do not want to live anymore...that I want to die, do not get angry...because one day you will understand Try to understand that at certain age, we do not really live anymore, we simply survive!
One day you will understand that in spite of my errors, I always wanted what was best for you I always wanted what best for you and that I prepared you the ground for when you grow up
You do not have to feel sad, unfortunate or incompetent in front of my old age and of my state You have to stay near me, try to understand what I live, to make best as I did at your birth
Help me to walk, help me to end my life with love and patience. The only way that I need to thank you for it, it is a smile and a lot of love from you
Kindly inform me (or other XXX staff) if you are on-leave (at least a day before) in order for me to arrange appropriate action if there’s any assignment given should be completed (by you).
Yesterday (29/05/07), I seek your kind assistance to burn another additional 20 pcs of CDs (requested by our MD) should be completed by (today) 31/05/07 and you said “Yes”.
I’ve only been informed by Puan XX that you are on leave today (31/05/07). This matter already happened twice, and I hope you could give me (or other staff) good cooperation regarding the matters.
Regards,
mamatinie c.c to boss kecik & boss beasr b.c.c to others (my dept) @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Mamatinie terpaksa buat appropriate action sbb dah banyak kali dah mamat ni buat ta*k kat mamatinie. Mamatinie paling tak suka nak create isu among collegue tapi dah terpaksa sangat. Dah banyak kali dia buat hal dgn mamatinie. Sebenarnya isu dia bukan lah susah sangat. Lets say bila mamatinie minta dia tolong buat something untuk certain project. (we are working as a team) kalau mamatinie buat sorang memang tak dayalah.
He will said. Ok-ok aku buat.. katakan benda tu mesti complete by besok. Rupanya besoknya dia dah apply cuti. Tak boleh ke bgtahu mamatinie yg esoknya dia cuti. Dah mamatinie kelam kabut tunggang langgang cari other staff to setllekan kerja yg sepatutnya dia buat. Kalau dia cakap dia cuti kan senang, so sempat mamatinie suruh org lain yg buatkan.
And mamatinie pernah mintak tolong stand-by at office because our major project dah nak dekat sgt dah . Tapi time tu lah dia cuti. Tak kisah lah dia cuti sbb boss dia yg approved tp tak boleh ke inform kat our team yang dia cuti? Nampak macam saja nak pekena orang kan? Our dept. memang dah lack of staff. So nak tak nak terpaksalah minta tolong pada dia. Tapi mcm ni pulak dia buat pada mamatinie. Its already happended few times so terpaksa lah mamatinie bg dia "teguran" sikit. I sent official e-mailed to him and explained to boss kecik and boss besar. Hopefully tindakan mamatinie tu betul.
Hari ini mamatinie bangun awal . Sebabnya si kecik Tinie bukak mata je terus jerit Tini! Tini! which meant dia suruh pasang cd Tom & Jerry . Si kecik ni bukak mata je terus nak tengok tv sabo je le. Nasib baik belum sekolah. Bila dah bangun tu banyak lah permintaan si kecik ni suruh tukar pampers lah .. nak susu lah .. so niat nak sambung tido terpaksa kensel lah .. tgk di dapur ade belen nasi semalam banyak lg.. goreng nasi .. dah tu tengok si Tinie dah tonggeng-tonggeng .. hm nak buang air besar lah tu .. sambil goreng nasik sambil siapkan air panas nak cebok si Tinie ...multitasking tu.. dah siap tuala bagai check pampers takder pa pe pon..ciss.. tak pe lah ..agaknya sakit perut nak ukk ukk tu dah ada tp belum lagi ..
Hidang nasi goreng untuk cik abang , mamatinie ke bilik utk kemas bilik pulak ... dalam sibuk berkemas cik abg peluk sambil bgtahu .. abang tak ada duit nak beli apa-apa .. tapi happy anniversary sayang.. sambil cium pp mamatinie. wow.. thats the most priceless gift mamatinie ever had. Mamatinie pon lupa rupanya hari ni ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3 ..pejam celik dah 3 tahun dah perkahwinan kami .. Mamatinie rasa beruntung dapat suami yang bertanggungjawab, memahami dan terima mamatinie seadanya. Moga perkahwinan kami berkekalan sehingga ke akhir hayat. Alhamdulillah.
Waktu itu aku, mama ,abah dan adik sedang menonton siaran langsung konsert akhir AF.
Sampai masa si Heliza yang cantik manis memulakan persembahan ..
Baby Tinie : ma.... cicak... cicak cantik....
Aku pandang syiling ..tiada cicak ...
Jari tinie tunding pada kaca tv
Kami sekeluarga tergelak besar.. ya betul...heliza memang cicak yang cantik
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Jumaat lepas mamatinie bercuti , menghabiskan cuti booked-off. Kalau mamatinie bercuti di rumah secara tidak automatis mama akan cuti jaga tinie dan adik akan cuti masak. Jadi setiap kali cuti mamatinie akan semakin penat berbanding hari kerja kerana memasak untuk keluarga dan menjaga/melayan karenah tinie sepanjang hari (Macam whinning je aku ni heh)
Mamatinie perlu cuti
Cuti yang betul-betul cuti
Jadi pada hari Jumaat itu mamatinie tidak beritahu mak yang mamatinie cuti ..rancangnya keluar dgn hubby pegi tgk wayang..tp keluar mcm gi office (bole?)so seawal pagi dah bersiap dan ikut hubby..kena pulak hubby ada short meeting kat office..so breakfast di office hubby dan menunggulah mamatinie dalam kereta sampai hubby habis meeting.
Pukul 10 pagi dah terpacak di shopping complex.. teringat pulak zaman kami bercintan-cintun dulu.. kat situlah kami melepak and tgk wayang..teringat balik zaman bujang-bujang dulu..sengih aje mamatinie sorang-sorang sampai hubby pon heran.
Jadinya kami tgk first show pada hari itu.. Spiderman 3. Mamatinie rasa best sangat -sangat sebab dapat tengok wayang dengan husband , berdua-duaan sambil jalan pegang tangan konsi pop-corn dan air macam dulu-dulu balik....so pada hari itu mamatinie memang betul-betul bercuti . Mission accomplished. Dapat tgk wayang (my fav dulu selain dr tgk teater tp sejak ada anak ni susah sikit nak pergi) Tapi lepas tu kami cepat-cepat balik sebab rindu pada si kecik pulak!
Dua tiga hari ni mamatinie broke.. dah nak penghujung bulan belanja pun cukup-cukup makan .. bulan ini banyak sangat perkara yang melibatkan duit yang perlu di settlekan..jadi poket kering sangat sangat sangat ...tinggal berapa hengget je lagi ni
tapi...
pagi ini ..
entah kenapa..
salah seorang boss mamatinie panggil masuk bilik ..n
boss: ah amik RMXX ni..
aku: aik kenapa pulak?
boss: hari tu I ada mintak balance duit yg u beli barang tu kan .. lepas tu u tak sure I bagi berapa.. tp u bagi je RMXX tu kan ...sebenarnya I pun tak sure berapa I bagi .. u ambik balik lah balance ni ..halal je lah silap I jugak I tak sure...
aku : tapi .. I pun tak sure berapa u bg sebenarnya ..kira cincai je lah ambik lah balik duit ni benda tu pun dah lepas dah
Bila sibuk bercerita tentang cikgu cikgu ..teringat pula zaman persekolahan. Zaman-zaman rock kapak .. tahun 90-an ..masa tu aku tingkatan satu.. zaman Ekamatra tengah baru nak naik .. zaman Search,Wings Battle of the band mengganas. Bila ingat-ingat balik boleh senyum sampai ke telinga.
Oh masa itu zaman aku dan kawan aku Kintan dan Sem tiga sekawan sedang mengganas. Walaupun kami sekolah berasrama penuh kami tidak mahu ketinggalan zaman. Kami pakai kasut high-cut, tali kasut lummiglow dan stokin warna warni, kain kurung kami sentengkan..orang panggil kain banjir atau steng...lengan kurung kami singsing sampai ke siku.. rambut jangan cerita tiap minggu beli spray rambut sebotol.. pagi-pagi spray macam spray nyamuk dengan ridsect nak buat rambut “cobra”. Tau rambut cobra ? Macam ular tedung ..tepi rambut kami kembangkan .. cun habiss! Masuk hari kedua rambut melekat macam kena gam.. berkeping-keping . Dengan beg penuh button..kadang-kadang buku kami galas guna tali saja (dulu popular) ala yang mcm tali beg siap ada buckle tu (tak reti nak eksplain). Wah jalan bertiga .. macho.. tapi tak boleh lupa kawan aku Jama’eyah (dah arwah) siap simpan ekor. Pandai betul dia sorok ..tak pernah kantoi tiap kali “inspection”. Rindu sama kau along..
Aktiviti tiap minggu? Keluar outing pergi kedai kaset ..dulu mana ada album compilation bagai.. kami list out lagu pilihan …hantar kat apek kedai kaset … apek dubbingkan lagu pilihan kami .. tak mahal RM10 saja ..dah dapat 20 lagu .. lagu best-best pulak tu …kadang-kadang bila keluar tanduk kami tukar baju di stesyen keretapi bukit mertajam buat “magik” kadang-kadang pakai jeans (sekolah asrama dulu jeans di haramkan) kadang-kadang pakai seluar tights senteng (yg budak sekarang sibuk pakai ..kitorang dah lama pakai taw) … besar mana sangat lah pekan bukit mertajam tu .. puas jalan kami buat acara lari-lari keliling pekan dengan warden pulak ….ye lah keluar outing tak pakai seragam.. .
lepas tu sibuk nak jadi rappers pulak .. group pujaan 4U2C dan KRU (tipulah kalau korang tak minat diorang dulu ) ..… dah tukar pakai labuh ..kain selabuh labuh alam .. habis sampah semua aku seret .. belajar menari dengan classmate lelaki (dulu aku kecik/kurus ok!) dalam kelas …meja kerusi tolak tepi…seludup radio kaset… buat grouping menari di tengah .. dan macam biasa ..kali ni kena kejar dengan ustad pulak he he he ..
Oh ada satu lagi zaman yang aku tak boleh lupa… zaman di uni … . aku dan kawan-kawan satu kepala tiap minggu ke bandar ... zaman itu.. t-shirt maui, billabong etc tgh hot..(banyak betul duit kami masa tu tiap minggu beli t-shirt maui ori!) itu lah baju aku seharian .. dengan beg selempang rambu ramba beli di Central Market dan selipar Jepun bulat-bulat pegi jamban .. seluar jeans berlubang di kaki .. ke hulu ke hilir kami ke bandar Alor Star kadang-kadang sampai di Sungai Petani ..buat apa? Lepas tension di arcade atau main bumper car ..pakwe ? sapa lah yang nak ..dressing tak seksi langsung har! har! student lain di uni sibuk berkepit aku dgn kawan sekepala sibuk rambu ramba nasib tak baik datang angin gila ..kami boleh sampai ke Genting Highlands ! Tak pon lepak cc sampai pagi ..takpe tak kisah ... brader cc sporting..pernah juga kereta kawan berasap tengah malam .. macam mana naik balik ni ? Nasib baik abg cc ada..
Sekarang tak ... aku dah jadi baik ... aku dah jadi mak orang .. mithali gitu ...hik
KUALA TERENGGANU: While teachers elsewhere were showered with gifts and gratitude, those at SMK Belara in Manir, near here, were pelted with stones and sticks. Two groups of about 50 students launched the attack on the teachers at about 8am, just as they were celebrating Teachers Day with 1,300 students. They fired stones using catapults and threw sticks and pieces of wood at several classrooms. Teachers and their students scurried for cover from the bombardment that lasted about half an hour. Several window panels of the classrooms were damaged but no one was injured. The first attack came from a gang of 20 students outside the main entrance and the second, from 30 students in the school field. School authorities believed that the culprits were facing disciplinary action and had combined forces to exact revenge against the teachers. One teacher contacted by The Star described the incident as the “Black 16” incident, stating that it was a war-like attack. The students fled on motorcycles when patrol cars arrived at the scene. State Education, Higher Learning, Science and Technology chairman Datuk Dr Abdul Latiff Awang ordered a probe into the attack. “Teachers should not keep silent if they have such wayward students. These boys should be expelled,” he said. State Public Order and Traffic Chief Supt Farid Mahmud said police would soon be making several arrests.
What wrong with u guys???Dah ada bakat nak jadi mafia sabotaj cikgu? Yonks ago I thought teaching is the easiest and most respective career. Ye lah Budak cuti kita cuti ..pukul 2 petang dah boleh balik rumah lepak-lepak and they'll respect us so much macamana kita respect our teachers... but Im totally wrong. Aku rasa nak layan soalan budak darjah 1 nowadays lagi pecah kepala...and kalau cuti pon there's lots of assignments, ko-k, kelas tambahan etc etc etc
The worst "denda" I ever had was this creative English teacher forced us to ate our test paper yang ada more than 10 (if im not mistaken) spelling mistakes.. siap sediakan peanut butter and chilli sauce you. Pilih la mana yang agak-agak memenuhi kehendak selera. And Im creative enough whilst teacher forced us to eat the kertas aku sempat selit selit dalam celah lubang kerusi (lucky enough aku duduk belakang) and yet sikit pon takdak simpan dendam kat cikgu ni tapi bengang jugak lah kan ..
And boys setakat kena lempang sampai senget kepala tu biasa...takder pulak nak buat riot ker apa..
Terima kasih Puan Ramalingam (Darjah 1 Putih) , kerana memberi aku perhatian sewaktu kali pertama aku menjejak kaki ke sekolah …(gabra siut masuk Darjah 1) Terima kasih Cikgu Hasnah (Darjha 2 Putih) kerana melantik aku menjadi Penolong Ketua Kelas, Terima kasih Cikgu Aishah (Darjah 3 Putih) kerana mendisiplinkan saya (dulu aku sangat becok, apa khabar Azrul Zairi anak cikgu yang nakal sangat-sangat tu?) , Terima kasih Cikgu Mariam (Darjah 4 Putih) kerana mengajar aku menjadi gadis sejati. Terima kasih Cikgu Abdul Hamid (Darjah 5 Putih) kerana memberi kepercayaan melantik aku sebagai pengawas (aku nak jadi pustakawan sebenarnya, boleh pinjam buku banyak-banyak) Terima Kasih Cikgu Zaiton (6 Putih) kerana memberi aku keyakinan sewaktu UPSR, Terima kasih Cikgu Shaari , kerana sudi mengajarku di kelas tambahan lewat malam. Terima kaih Cikgu Borhanuddin kerana memberiku peluang bergiat dalam bidang seni. Terima kasih Cikgu Aliah kerana memberi peluang aku belajar tentang vocal (mcm AF daaa..) Terima kasih Mr. Tan yang tak jemu mengajarku subjek akaun yang aku benci (hate numbers tp dia hensem macam Andy Lau terpaksa minat Akaun jugak) . Terima kasih Cikgu Mat Noq kerana aku tak pernah tgk cikgu kreatif macam dia bila mengajar. Terima kasih Cikgu Sejarah (aku lupa nama dia) sebab dia aku SPM sejarah aku dapat A1 (waktu percubaan aku dapat F9). Terima kasih cikgu Chan Bee Young yang tak jemu-jemu ajar aku Maths (remember ..I hate numbers). Terima kasih tuang pengetua dan naib pengetua kerana sudi memberi layanan istimewa kepada bapa saya sewaktu abah melawat saya. Terima Kasih semua lecturer di UUM , nak sebut nama satu-satu mati aku (sebab mereka aku dapat menggulung ijazah).
Mama adalah seorang yang perfectionist.. segalanya harus sempurna.. mama adalah seorang yang sensitif .. kadangkala harus berlembut dengannya.. mama juga tegas orang nya …tiap kali ujian dan peperiksaan tak lena tidur dibuatnya.. mama tak suka memasak.. tapi sebab dia lah aku rajin ke dapur berkat tunjuk ajarnya..mama sangat suka segalanya kemas dan sempurna.. berbanding anaknya yang suka sepah saja (heheh)..mama adalah seorang perancang yang bijak ..walau pendapatan tak seberapa tapi aku dapat segala-galanya..mama penyokong yang setia.. walau jauh mana aku menuntut ilmu dia sanggup datang semata-mata untuk ke mesyuarat ibu-bapa.. naik keretapi seawal pagi .. mama seorang yang kreatif baju anak patung aku mama buat sendiri..tapi malangnya anak mama tidak mewarisi kelembutan tangan mama.. mama adalah orang yang paling ikhlas dan lurus pernah aku jumpa.. masakan tidak masa belum bersara dialah pemegang “No MC Award” tiap tahun berturut-turut di tempat kerjanya. mama patuh pada undang-undang dan peraturan …tapi anak mama sebaliknya.. mama degil .. tapi anak mama lagi degil .. mama sayang sangat dengan cucu seorang .. kadangkala cemburu juga dibuatnya.... mama mudah simpati .. sampai ada yang mengambil kesempatan .. mama seorang pengkritik fesyen …ada saja benda yang aku pakai tidak kena di matanya..mama paling tidak berkira.. akulah anak paling beruntung di dunia.. apa –apa pun aku sayang mama lebih dari segalanya.. semoga Allah merahmati hidup mama . Semoga aku mampu membalas jasa mama. Selamat Hari Ibu Mama... Aku tidak jadi aku kalau tidak kerana mama...dan abah juga...Love both of you so much.
Lama sungguh mamatinie tak update cerita dalam blog kesayangan hamba ini. Masa terlalu cenburukan diriku ini. Banyak sungguh kerja yang perlu diselesaikan memandangkan ada 2 event yang perlu diuruskan dan tarikhnya sangatlah berdekatan. 2 minggu berkampung di Kuantan (MSAM 2007) dan kemudian seminggu berkampung di KL Convention Centre (MIHAS 2007).
Sekarang saya sudah expert bandar Kuantan. Terutama sekali bab makan (agenda utama beb..) Mungkin kena rujuk pada Arena kalau ada mana-mana tempat yang tertinggal. Apesal skema katak ayat aku ni ..fine tune balik muaahhahah.. Kali terakhir aku ke bandar Kuantan waktu menghadiri majlis perkahwinan kawan baik. Macan biasa tak sempat lah nak round mana-mana dan paling frust aku tak sempat nak singgah Teluk Cempedak walaupon dekat benar dah lokasinya ..nak cuci-cuci kaki golek-golek atas pasir kat sana.. time makan je laaa kalau nak round mana-mana dan destinasinya sah-sah le tempat makan ... sebut je la Tanjung Lumpur, Pramu, ikan bakar mana sedap tak sedap semua dah rasa.. oh di sini aku sempat rasa Singgang Ketam. Besttt... Boleh makan seafood sampai muntah hijau sebab harganya murah ye anak-anak.
Taken from hotel tempat kami menginap. Boleh nampak signage "Kuantan" from here. Macam Hollywood lah. Kalau tak silap tempat ni di panggil "benteng" ada deretan kedai makan (lauk-pauk) waktu siang. Hari-hari aku makan sini sampai tokey kedai kenal. Suka lepak sini sebab pemandangan cantik. Waktu malam boleh enjoy nasik lemak simple depan sikit dari kawasan ni. (hey.. aku boleh jadi pengacara jalan-jalan cari makan la macam ni)
My booth , opps sorry my company's booth. Jenuh jugak le agency nak melayan karenah aku suruh tambah itu ini.. btw "after sales service" diorang aku bagi A++ hehehhe
TV Interview. "Orang TV" tengah sibuk buat kerja. Live Telecast.
Tinie yang susut badan. Mama datang bawak Tinie sebab tak tahan tgk tinie "mengaruk". Selalu tido dengan ma dia.. 2 minggu pisah tido terus badan susut. Taknak makan taknak hisap susu..asik cari ma.. ends up nenek dia angkut ke Kuantan. Kesian anak mak sorang ni .
Dah bole senyum..
Tinie: Seronoknya saya dapat jumpa ma.. selalu tiap malam saya tido mesti peluk tangan ma .. gian le 2 minggu tak peluk tangan ma...
Breakfast di benteng. Tgk itu teh tarik. Seksikan. Mama kena order satu lg sebab ada lalat sudah bunuh diri dlm itu teh tarik. Baekkk punya landing. Teh tarik dia memang best. Benteng
Seronok dapat face to face dgn Sultan Pahang. Dalam banyak-banyak sultan yang aku pernah jumpa ( dlm event laa.. siapa lah aku nak jumpa diorang) .. Sultan Pahang paling sporting..
Sultanah. Anggun..bergaya...baju cantik.. handbag cantik.. rantai cantik.. subang cantik.. kasut cantik .. (Cannot help it.. biasa lah fomfuan ..tgk apa lagi )
Confetti Pop-up. Supposed during product launching with PM tp polis tak approved last minute. Last-last aku suruh pop-up bila dah abes event. Kitorang yg melompat-lompat kat tengah. Rugi tak letupkan.. dah bayor... macam dalam AF daaa...
Lepas event ni terus cuti seminggu ..sebab demam .. duduk rumah saja ..tinie pon tak berapa sihat.. and dia telah bertukar jadi beruang koala asek nak gayut kat ma dia je.. tido berdukung, makan berdukung sampai sakit pinggang dibuatnya. Masuk ofis trus buat arrangement for MIHAS pula..
Seronok sungguh di MIHAS sbb lots of lots of lots of foods. Any halal food. From Afrika ,Iran, UAE, Australia and aku sempat test makanan yg aku tak pernah cuba such as keropok daging, ostrich meat, halal wantan, mushroom crisps, sate kerbau (sedap siot), jus buah naga etc etc etc. Kopi tongkat ali, kacip fatimah, mas cotek, madu asli, air akar kayu berderet-deret gerainya. almost 400 booth and 80% food products. Memang kenyang le..asek muka aku aje makan sample diorang muahaha..
Name: mama tinie Home: kolompo, muslim, Malaysia About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!) See my complete profile