Mama adalah seorang yang perfectionist.. segalanya harus sempurna.. mama adalah seorang yang sensitif .. kadangkala harus berlembut dengannya.. mama juga tegas orang nya …tiap kali ujian dan peperiksaan tak lena tidur dibuatnya.. mama tak suka memasak.. tapi sebab dia lah aku rajin ke dapur berkat tunjuk ajarnya..mama sangat suka segalanya kemas dan sempurna.. berbanding anaknya yang suka sepah saja (heheh)..mama adalah seorang perancang yang bijak ..walau pendapatan tak seberapa tapi aku dapat segala-galanya..mama penyokong yang setia.. walau jauh mana aku menuntut ilmu dia sanggup datang semata-mata untuk ke mesyuarat ibu-bapa.. naik keretapi seawal pagi .. mama seorang yang kreatif baju anak patung aku mama buat sendiri..tapi malangnya anak mama tidak mewarisi kelembutan tangan mama.. mama adalah orang yang paling ikhlas dan lurus pernah aku jumpa.. masakan tidak masa belum bersara dialah pemegang “No MC Award” tiap tahun berturut-turut di tempat kerjanya. mama patuh pada undang-undang dan peraturan …tapi anak mama sebaliknya.. mama degil .. tapi anak mama lagi degil .. mama sayang sangat dengan cucu seorang .. kadangkala cemburu juga dibuatnya.... mama mudah simpati .. sampai ada yang mengambil kesempatan .. mama seorang pengkritik fesyen …ada saja benda yang aku pakai tidak kena di matanya..mama paling tidak berkira.. akulah anak paling beruntung di dunia.. apa –apa pun aku sayang mama lebih dari segalanya.. semoga Allah merahmati hidup mama . Semoga aku mampu membalas jasa mama. Selamat Hari Ibu Mama... Aku tidak jadi aku kalau tidak kerana mama...dan abah juga...Love both of you so much.
|