Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Sunday, March 04, 2007
Weekend
Nothing special this weekend. Bangun awal sebab hubby off hari sabtu . Siapkan sarapan. Today mau masak nasi lemak. Tenggek nasi. Sekali tengok cili kering dah habis. Aiseyyy potong stim betul. Udah mamatinie kena bersiap pergi ke pasar tani. Hubby dan baby tinie pon dah jaga. Udahnya si tinie dah bertenggek kat kaki nak ikut juga. Angkut dgn hubby dgn baby tinie ke pasar tani. Suruh hubby tunggu dlm kereta dgn tinie. Mamatinie berlari beli cili kering. Ye lah tu cili kering. Last-last terbeli udang, sayur, ikan etc. alang-alang baik beli utk lunch and besok punya breakfast and lunch hari ahad. Biasalah perempuan pikir ke hadapan gitu hehehe..
Bergegas masak nasik lemak sbb hari ni ada appointment dgn tukang rumah nak gantung gambar dan cermin kat rumah baru. Sementara tunggu cili utk sambal masak sambil mandikan tinie dan bacuh susu dan kemas beg . Ha ni baru multitasking. Cepat-cepat makan dan breakfast dan terus ke rumah baru. Jam, tempat kunci, cermin bilik air, door stopper, gambar hiasan, tmpt letak remote kipas suruh pak tukang pasang terus. Senang. Pukul 12.30 baru settle. Lunch nasi lemak pagi tadi masih byk lebih. Sambil tu masak utk dinner terus. Hari ini mamatinie masak ayam sambal siam. Resepi next entry.
Lepas tu layan si tinie tgk kartun sbb hubby dah selamat tido. Org kerja shift memang pantang cuti , kada' tidolah jawabnya.
Hari Ahad, hubby kerja. Siapkan breakfast. Hari ini masak kueh teow goreng. Tinie tak suka sebab lembik kot. Makan sikit sahaja. Niat nak masak resepi baru. Loyang bakar tak ada pulak. Kensel. Lunch tema seafood. Masak Sambal Udang dan kerang rebus. Dan hari ini marathon sepah-kemas-sepah kemas dgn tinie. Telur rebus tinie sudah sepah atas karpet nenek . Adeyy sabor je lah...kemas karpet dia bantai main beras pulak dalam bilik... isk lepas tu main badminton dgn tinie. Set mini je. yg mainan plastik tu ..umur tak sampai dua thn dah pandai main badminton gitu.. heheheh Gitu lah weekend saya.
Name: mama tinie Home: kolompo, muslim, Malaysia About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!) See my complete profile
Tak yah keje shift, keje normal pun asyik nak qada' tido jek kejenya, Ayen. Heeehhe