Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Monday, November 27, 2006
Rumahtangga
1. Saya ada pakcik, pakcik saya sayang sangat dengan makcik saya. Mereka ni memang susah nak dipisahkan . Kalau seorang tidak bekerja seorang lagi pun begitu juga (Mereka ni meniaga makanan ) . Boleh di katakan dari muda sampailah sekarang macam belangkas lah . TIdak lama kemudian makcik saya sakit. Dipendekkan cerita lepas lama sakit , makcik saya pun pulang ke rahmatullah. Pakcik saya sedih . Tak sampai enam bulan makcik saya meninggal dunia dengar pula cerita pakcik saya sudah ada kekasih! Wah cepatnya. Malangnya kekasihnya adalah warga Indonesia yg tidak ada passport (PATI). Belum apa-apa sudah minta itu ini . Minta renovate rumahlah nak buat kedai (cik kak ni kerjanya menjahit) , bulan-bulan kena hantar duit ke kg lah (sebab katanya anaknya ada di Seberang) . Yang musykilnya bila anak-anak pakcik tanya anak ada berapa. Sekejap dua-sekejap tiga. Cakap belit-belit. Anak -anak tidak melarang kahwin lain tapi biarlah calonnya yang bersesuaian. Tapi yang paling saya sedih bila saya lawat kubur arwah makcik , kuburnya tidak berkepung, lalang tinggi pinggang. Mana pergi pakcik saya yang romantik dan bertanggungjawab itu ?
2. Saya ada kawan. Kawan saya baik. Tapi suami dia tidak baik. Anak sudah 3 tapi sampai sekarang tidak bekerja. Perah kedarat isteri saja. Keluar malam, balik pagi joget-joget. Lepas itu buat hal lagi . Kahwin seorang lagi . Tapi sebab tiada kerja bawak No.2 tinggal rumah No. 1 . Padahal air, api, sewa, susu anak etc. semua No. 1 yang bayar. Gilakan? Kerjanya bagi nafkah batin sahaja. Nasib tak baik kaki dan tangan naik di kepala. Tapi isteri sabar saja. Minta dilepaskan tak mahu pula. Ya lah duduk rumah makan pakai tanggung. Isteri terlewat hidang makan tengahari, di katakan si isteri tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab engkau macamana pula?
3. Saya ada sepupu. Sepupu saya kahwin dengans eorang tentera. Pilihan sendiri. Dulu mereka susah. Anak ramai . Susah senang bersama. Sekejap sepupu jual nasi lemak. Petang pula meniaga kuih. Lama-lama hidup semakin selesa. Suami banyak kerja di luar. Sekarang sudah ada kereta. Kereta import. Second hand sahaja. Tapi dengar cerita bercinta dgn pramugari. Mampu ke kau ? Belanja make-up dah cukup sebulan gaji . Mana isteri tak sakit hati?
4. Saya ada makcik. Makcik saya career woman. Suka sangat bisnes itu ini. Sekejap MLM itu sekejap MLM ini. Suatu hari makcik hendak buka bisnes baru. Dia paksa pakcik saya keluarkan duit EPF RM100k. Nak buat modal katanya. Kalau tidak dia histeria. Siap ugut lagi. Pakcik susah hati . Hendak tak hendak bagi juga. Sekejap lah dia berlagak. Mana tidaknya dalam name card tertera jawatan "Director". Director taik kucing. Lepas 6 bulan duit lesap ke mana. Bisnes ke mana. Mana tidaknya . Orang nak meniaga kursus sana sini tuntut ilmu dulu. Ini meniaga membati buta. Kawan joli katak pun kau tak sedar. Habis duit usaha pakcik sejak dari muda. Lepas tu senyap sekejap. Sekarang ni bising lg. Nak meniaga lagi. Pakcik susah hati lagi. Mana nak cari duit lagi. Rumah ada 4. Anak ada 4. Pakcik rancang rumah utk anak-anak. Supaya senang kemudian hari. Dia boleh jawab macam ni. " Alah kita dulu pun susah , harta semua carik sendiri . Biarlah diorang carik sendiri. Rumah tu jual je" Kecik hati pakcik. Sampai hati buat anak sendiri macam ni. Anak-anak pon dah menjauhkan diri. Buat hal masing-masing. Sebab mak sibuk ke sana ke mari. Hasilnya tak nampak. Kesian pakcik susah hati.
itu laaaa...urut dada dibuatnya..kena pula dgn org terdekat .. tu yg doa byk-byk harap rumahtangga aman bahagia.. kalau gaduh sikit2 tu biasa la kan ..
Apa pun, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Mama Tinie sekeluarga, dan selamat melangkah ke tahun 2007. Semoga tahun ni lebih baik drp yang lepas2!
Name: mama tinie Home: kolompo, muslim, Malaysia About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!) See my complete profile
adoi,
sedih dan geram baca kisah kehidupan orang.. makes us appreciate what we got kan..