Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Wednesday, September 27, 2006
Abang Adik
Entah kenapa semasa menunggu untuk iftar aku tiba-tiba teringat kat seseorang.

Depan rumah atuk di keramat, tinggal seorang bujang sekarang umur 40-an gitu ada family ke atau sebatang kara itu aku tidak tahu , dari kecil aku memang kenal abang ni. Aku panggil dia “abang adik” jangan tanya aku kenapa aku panggil dia “abang adik” sebab aku pun tak tahu . Waktu kecil abang adik rajin bawa aku jalan-jalan. Mengalahkan abang aku je.. Aku terseliuh tangan masuk longkang pun masa main badminton dengan abang adik. Ada dalam album gambar zaman kekanak dulu aku duduk di riba abang adik . Rasanya umur aku 4-5 tahun.

Kemudian family aku pindah di tempat lain dan aku duduk di asrama. Jarang la nampak abang adik ni .. sibuk kerja agaknya ..lagi pun aku dah besar .. malu-malu lembu gitu .. anak dara sunti laa katakan. Ada juga bila Hari Raya aku dapatlah hadiah dari abang adik ..coklat ke .. apa ke..tu pon abah yang sampaikan. Tapi memang susah la nak jumpa abang adik ni .. kalau terserempak pon aku sengih-sengih aje.. entah dia ingat aku ke tidak.. ye laa.. beza rupa masa kecik dengan dah besar panjang ni ..

Yang aku hendak ceritakan sebenarnya ialah budi pekerti abang adik ni..satu hari mama cerita tentang abang adik..

Mama : Ingat lagi abang adik ..

Aku : ooooo yang duduk kat depan rumah atuk ?

Mama : haa yang tu la

Aku : Kenapa?

Mama : Abang adik ni baik betul budi pekerti . Mama pun baru tau pasal cerita ni .. sanggup dia berhenti kerja semata-mata nak tolong kawan.

Aku : Macamana tu ma..?

Mama : Kawan abang adik , campany tempat dia kerja gulung tikar.. dah menganggur tak ada kerja.. kawan abang adik susah hati .. apa nak bagi anak bini makan.. dah tu tgh sarat mengandung anak kedua pulak tu ..tau abang adik buat apa?

Aku : ?

Mama : Dia berhenti kerja ..recommendkan kawan tu ganti kan dia..

Aku : Habis tu abang adik macamana?

Mama : Abang adik cakap kat kawan dia .. aku ni bujang pandailah aku cari makan nanti .. yang panting anak isteri kau tu .. adalah rezeki aku nanti .. apa lagi menangis sakan laa kawan tu tak sangka ada sahabat baik hati macam ni .

Aku : Wow.. baiknya abang adik ..

Mama : Tapi itu la kan .. Allah maha penyayang.. cepat je abang adik dapat kerja baru .. gaji lagi tinggi lagi … murah betul rezeki dia .. sekarang dah pakai kereta .. alhamdulillah ..



Tak sangka kan .. zaman millennium ni ada jugak manusia yang baik hati sampai tahap begitu .. dan cepat je Allah balas perbuatan baik dia... di dunia lagi dah nampak

Ada juga orang bertanya ...kenapa abang adik tak kahwin-kahwin. Katanya ..dia takut sebab pada dia nak jadi suami ni tanggungjawab yang sangat besar dan bukan perkara main-main .. kalau boleh dia nak isteri nya tak terbeban dengan kesusahan dia .. dia nak berusaha nak sediakan yang selengkapnya dan yang terbaik untuk bakal isterinya .

Moga abang adik sentiasa di berkati Allah dan cepat dapat jodoh. Dengar cerita abang adik sudah ada buah hati …untung bakal isteri ada abang adik yang sangat baik hati.

Apa khabar abang adik sekarang ye ?
posted by mama tinie @ 6:53 PM  
5 Comments:
  • At 12:14 AM, Blogger Angah said…

    Menag susah nak jumpa orang yang budi pekertinya tinggi camtu. Sejuk perut ibu mengandung kan.

     
  • At 8:04 PM, Blogger RaFFLeSiA MeRaH said…

    untungnyer dpt lelaki camtu, takper laa...mesti jodoh dia pun baik cam abg adik gak...tuhan kan maha adil...

     
  • At 8:14 PM, Blogger ayobkelubi said…

    sob,sob,terharu beb.

    kat KL ada lagik org macam tu ek?.mmg syurga lah tempat dia tu nanti.

     
  • At 12:55 AM, Anonymous Anonymous said…

    baiknya dia..bukan senang nak cari kawan macam tu..

     
  • At 1:52 AM, Blogger mummy e-jump said…

    Ya Allah, bagusnya. ini la orang yang dijanjikan syurga. tapi tak kawin lagi.. sunnah nabi tuh...

     
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER