Jasmine/Melur
taken from :en.wikipedia.org
ylang-ylang/kenanga Scientific classification Kingdom:Plantae Division: Magnoliophyta Class: Magnoliopsida Order: Magnoliales Family: Annonaceae Genus: Cananga Species:C. odorata Ini adalah 2 species bunga yang paling memberi makna mendalam pada aku. Kalau orang lain sibuk dengan roses, garbera dan carnation tp pada aku bunga yang paling cantik dalam hidup aku adalah melur dan kenanga. Kenapa? kerana bila aku terpandang saja dua bunga ini aku akan teringat pada dua orang yang paling aku sayangi . Nenek (belah ibu ) dan nenek (belah abah). Bila aku tercium wangi melur, terus terbayang-bayang rambut panjang nenek (belah ibu) yang tak ada sehelai pun rambut putih di kepalanya walaupun sudah bercucu!. Rumah kedua-dua nenek aku berdekatan hatta selang selorong sahaja. Masa itu aku dalam umur 5-6 tahun. Tiap minggu aku melawat rumah nenek (belah abah) memandangkan aku memang tinggal di rumah nenek (belah ibu) pada waktu itu. Nenek (belah abah) memang tanam bunga melur dan kenanga. Dan setiap kali ke sana juga dia nenek (belah ibu) pasti tidak lupa memesan kutipkan bunga melur dan kenanga kegemarannya. Bunga melur nenek akan semat di rambut . Bunga kenanga nenek tabur di katil besinya. Biar sampai kering. Kadangkala nenek racik daun pandan dan di campur dgn kenanga dan di percik air mawar. Nah, sudah siap potpurri nenek!. Aku paling suka duduk di tepi katil sambil tengok jam burung hantu (mata burung hantu ke kiri ke kanan) tunggu nenek bersiap. Nenek (belah ibu) manusia paling cermat pernah aku tengok. Balik kenduri seliparnya terus di ketuk-ketuk utk mengeluarkan kotoran sebelum di simpan di bawah katil. Baju terus di basuh, di jemur dan dilipat pada hari itu juga!. Bilik nenek wangi dgn bau melur dan kenanga. Nenek (belah abah) suka mengait. Nenek sanggup kaitkan set cadar dan bantal utk setiap cucunya! "Kau pakai masa hari nikah, tambah manik kat cadar tu baru naik seri" pesan nenek. Masa itu aku tingkatan 3. Alhamdulillah hari nikah , aku pakai cadar kait yg nenek buatkan. Nenek (belah abah ) sentiasa ingatkan jgn lupa petik melur dan kenanga utk besannya. " Kau kutip kenanga yg kuning, barulah semerbak baunya" Rindunyaaa aku pada mereka! p/s nenek (belah ibu) meninggal waktu aku hendak mengambil UPSR, nenek (belah abah) meniggal waktu aku habis SPM. |
aku pun rindu kat tuk ngan toki aku yg dah lame meninggal, ingatan bersama mereka x kan pudar dari ingatan...al-fatihah untuk sumer umat islam yg dah pergi buat selama-lamanya...(salam perkenalan dari rafflesia merah)