Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Monday, March 19, 2007
Masak-Masak
Previous post ada mentioned yang niat nak cuba resepi baru tapi tak ada loyang bakar kan ? On the way ke rumah kakak ipar di Semenyih , sempat singgah pasaraya kat sana yang banyak sungguh barang murah-murah, sempat lah beli loyang kuih bagai tu. Berpatutan jugak lah harga nya . So ini lah projek aku .

Aku ni suka benor browse internet cari resepi yang mudah-mudah. So jumpa lah dalam forum .cari resepi ni. Kalau tak silap "Cracker Nisya" nama tokehnye Nisya if Im not mistaken. BIla cuba cari balik dah tak jumpa dah resepi nih tak tau kenapa. Oleh kerana oven cenonet yang pinjam dari mak aku ni dah rosak pulak "api atas" nya. So the cheese turned out to be not as expected. Patutnya jadi golden brown. Tapi nanti bakar banyak kali rentung pulak lah benda ni kan . Senang sangat membuatnya. Aku bagi resepi :

CRACKER NISYA (dari forum.cari)
Bahan :
Biskut lemak (4 segi tu laaa)
Susu Segar
Minced Meat
Bawang putih - 1 biji di mayang halus
Bawang Merah - 1 biji dimayang halus
Kentang - Optional
Carrot - Optional
Telur - 2 biji dipukul
Grated Cheese

Caranya :
Utk minced meat ada 2 cara . (Western style or Malaysian style)

Western Style
-Tumis bawang putih & bawang merah sampai wangi
-Masukkan minced meat dan kacau
- Masukkan air sedikit . Biar sampai daging empuk
-Dah empuk, masukkan sikit lada sulah or lada hitam (ikut suka) dan sayur (optional)
-Garam secukup rasa

Malaysian Style
- Buat mcm inti karipap (daging, kentang & rempah kari)

- Then, siapkan loyang bakar
- Susun biskut lemak pada loyang bakar, letak susu sedikit (setakat basahkan biskut tu
- Then lapiskan pula dgn daging yg dimasak tadi
-Selang selikan biskut dan daging sampai secukupnya, jgn penuh sgt nanti overflow pulak bila bakar
-Atas sekali (aku prefer atas sekali tu biskut , nmpk cantik), taburkan grated cheese secukupnya & telur yg telah dipukul
-Bakar 10 mins or sampai cheese jd golden brown.
-Siap, makan panas-panas..yummie....

Updates :
Terdapat juga version lain utk cracker ini. Boleh dirujuk pada resepidiana.blogspot.com .Resepi Murtabak Cracker. Selamat mencuba!




Cracker Nisya

Labels:

posted by mama tinie @ 6:07 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER