Last week mamatinie ke Johor menyertai rombongan peminangan adik ipar yg bongsu. Alhamdulillah perjalanan sangat lah smooth sampai kami sampai terlalu awal daripada yang dijangka. Masa kami datang pihak perempuan baru nak tumis gulai . Kelam kabut dibuatnya heheh tapi dlm perbincangan pihak perempuan kata tak kisah pukul berapa pun nak datang...haa ambik ko .. sebelum subuh kitorang sampai .ahaks (tak lah we all sampai dkt tghari gitu acah je ) .
Barulah aku tau banyak noooo parit kt Johor ni ye.. macam nama jalan gitu .. parit bengkok parit lurus segala macam parit lah . Tak bawak baby tinie sebab kami plan nak balik hari je.. takut kepenatan dan meragam so bab tinie kena tinggal dgn nenek. So enjoy the pics.
Sebahagian daripada hantaran. Coklat ni hadiah utk adik ipar.. mak mamatinie yg buat ..kalau aku yg buat alamatnya coklat masuk dlm perut har har
Buah -buahan , selebihnya kakak ipar yg buatkan. Ibu mertua tak berapa sihat so kakak ipar tunggal yg uruskan hantaran. Konsep pihak lelaki , biru dan silver.
Kek fondane (betul ke?) sebab perjalanan jauh , tu pon dah saspen sebab renda pada kek tu krim biasa.. dah cair dah tu sebenarnya. Teringat peristiwa mamatinie bertunang dulu. Sadis sungguh, kek tunang dr pihak lelaki jatuh kelepek betul-betul depan rumah mamatinie. Masa tu tengah bersalaman dgn pihak mamatinie. Langsung mak metua takdak mood. Tapi lepas tu dapat kek ganti. Bila rombongan utk adik yg sorang ni semua orang berebut TAK NAK bawak kek. takut peristiwa lama berulang kembali hehee..
Ini anak buah mamatinie, Fahmie. Cik abang kita ni kena tinggal sebab kena chicken pox, tp sebenarnya adik beradiknya yg lain pun kena tinggal juga sebab nanti tak adil . Mak budak ni je ikut rombongan.
Sementara menunggu pihak perempuan bersiap sedia. Lama jugalah menunggu nye sampai dah tahap julur kaki bersenang lenang mengalahkan rumah sendiri hehehe..
Sesi perbincangan tentang hantaran, tempoh pertunangan etc. Susah jugak ye jadi jurucakap ni. Along (abg ipar sulung) dipertanggungjawabkan utk menjadi org tengah. Sebahagian hantaran pihak perempuan. Yang ini unik sikit. Kuih cakar ayam dibentuk mcm sarang burung. Tulur puyuh rebus di tengah. First time tengok hantaran sebegini. Orang johor biasa buat macam ni eh? Mamatinie dan kakak ipar berbisik sesama sendiri. Apsal pak su dapat duit hantaran ni? Rupanya kain pelikat dlm kotak. Ku ingatkan album duit har har har
Bunga rampai. Semua hantaran disediakan oleh bakal pengantin perempuan sendiri. Ok lah tu banding dgn mamatinie yang keras tangan ihihihihih...
Labels: Nikah kahwin |