Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Wednesday, May 16, 2007
Terima Kasih Cikgu!
Terima kasih Puan Ramalingam (Darjah 1 Putih) , kerana memberi aku perhatian sewaktu kali pertama aku menjejak kaki ke sekolah …(gabra siut masuk Darjah 1) Terima kasih Cikgu Hasnah (Darjha 2 Putih) kerana melantik aku menjadi Penolong Ketua Kelas, Terima kasih Cikgu Aishah (Darjah 3 Putih) kerana mendisiplinkan saya (dulu aku sangat becok, apa khabar Azrul Zairi anak cikgu yang nakal sangat-sangat tu?) , Terima kasih Cikgu Mariam (Darjah 4 Putih) kerana mengajar aku menjadi gadis sejati. Terima kasih Cikgu Abdul Hamid (Darjah 5 Putih) kerana memberi kepercayaan melantik aku sebagai pengawas (aku nak jadi pustakawan sebenarnya, boleh pinjam buku banyak-banyak) Terima Kasih Cikgu Zaiton (6 Putih) kerana memberi aku keyakinan sewaktu UPSR, Terima kasih Cikgu Shaari , kerana sudi mengajarku di kelas tambahan lewat malam. Terima kaih Cikgu Borhanuddin kerana memberiku peluang bergiat dalam bidang seni. Terima kasih Cikgu Aliah kerana memberi peluang aku belajar tentang vocal (mcm AF daaa..) Terima kasih Mr. Tan yang tak jemu mengajarku subjek akaun yang aku benci (hate numbers tp dia hensem macam Andy Lau terpaksa minat Akaun jugak) . Terima kasih Cikgu Mat Noq kerana aku tak pernah tgk cikgu kreatif macam dia bila mengajar. Terima kasih Cikgu Sejarah (aku lupa nama dia) sebab dia aku SPM sejarah aku dapat A1 (waktu percubaan aku dapat F9). Terima kasih cikgu Chan Bee Young yang tak jemu-jemu ajar aku Maths (remember ..I hate numbers). Terima kasih tuang pengetua dan naib pengetua kerana sudi memberi layanan istimewa kepada bapa saya sewaktu abah melawat saya. Terima Kasih semua lecturer di UUM , nak sebut nama satu-satu mati aku (sebab mereka aku dapat menggulung ijazah).

Terima kasih kepada semua guru di dunia..

Selamat Hari Guru ..
posted by mama tinie @ 12:29 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER