Photo from sultanmuzaffar.blogspot.com
Fatini Aisyah sudah pandai beri komen. Waktu itu aku, mama ,abah dan adik sedang menonton siaran langsung konsert akhir AF. Sampai masa si Heliza yang cantik manis memulakan persembahan .. Baby Tinie : ma.... cicak... cicak cantik.... Aku pandang syiling ..tiada cicak ... Jari tinie tunding pada kaca tv Kami sekeluarga tergelak besar.. ya betul...heliza memang cicak yang cantik @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ Jumaat lepas mamatinie bercuti , menghabiskan cuti booked-off. Kalau mamatinie bercuti di rumah secara tidak automatis mama akan cuti jaga tinie dan adik akan cuti masak. Jadi setiap kali cuti mamatinie akan semakin penat berbanding hari kerja kerana memasak untuk keluarga dan menjaga/melayan karenah tinie sepanjang hari (Macam whinning je aku ni heh) Mamatinie perlu cuti Cuti yang betul-betul cuti Jadi pada hari Jumaat itu mamatinie tidak beritahu mak yang mamatinie cuti ..rancangnya keluar dgn hubby pegi tgk wayang..tp keluar mcm gi office (bole?)so seawal pagi dah bersiap dan ikut hubby..kena pulak hubby ada short meeting kat office..so breakfast di office hubby dan menunggulah mamatinie dalam kereta sampai hubby habis meeting. Pukul 10 pagi dah terpacak di shopping complex.. teringat pulak zaman kami bercintan-cintun dulu.. kat situlah kami melepak and tgk wayang..teringat balik zaman bujang-bujang dulu..sengih aje mamatinie sorang-sorang sampai hubby pon heran. Jadinya kami tgk first show pada hari itu.. Spiderman 3. Mamatinie rasa best sangat -sangat sebab dapat tengok wayang dengan husband , berdua-duaan sambil jalan pegang tangan konsi pop-corn dan air macam dulu-dulu balik....so pada hari itu mamatinie memang betul-betul bercuti . Mission accomplished. Dapat tgk wayang (my fav dulu selain dr tgk teater tp sejak ada anak ni susah sikit nak pergi) Tapi lepas tu kami cepat-cepat balik sebab rindu pada si kecik pulak! |