Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Monday, November 28, 2005
Tipah Tertipu! Tertipu Tipah!
“ Helloo ...Pn. Limah ada?”

“Pn. Limah tak ada, pergi kenduri kahwin di Kedah..Siapa sana”

“Saya En. Arif wakil dari Telekom ni siapa ya anak dia ya?”


” Ya .. kenapa?”

“Saya nak maklumkan pada puan , Telekom Malaysia ada buat pernghargaan utk no telefon rumah (fix line) yg berusia lebih dr 10 thn, ada tawaran hadiah utk pihak puan ,sebelum ni kami ada maklumkan di satu event di Bukit Jalil, tp ibu puan tiada Puan ada terima surat jemputan utk ambil hadiah tak? Dikepilkan sekali dgn bil telefon.”

“Saya tak perasan pula, sebab semua bil suami saya yg uruskan, suami saya tak ada di rumah buat masa ini”

“Tak mengapa puan, memandangkan puan belum buat tuntutan hadiah tu yg kami telefon tu , puan boleh tuntut hadiah puan di syarikat XYZ, just dtg ambil hadiah saja. Puan ambil ID no ni, sertakan IC sekali ya”

(Rasa teruja)
“Ok saya dtg, bila boleh ambil ?Tak perlu bayar apa2 kan?tuntut hadiah saja kan?”Sambil jot down the ID numbers given.

“Tak perlu bayar apa-apa , just datang ambil hadiah saja. Alamatnya yada..yada..yada…

Next 3 days,

Berbondong-bondong lah mamatinie bersama ibu dan hubby ke opis yg dimaksudkan . Tak sabar nak ambil hadiah. Bukan senang TM nak appreciate customer. Dalam otak dah terbayang TV, DVD Player, habis cikai pun toys bebudak or mug koporat.

Di opis syarikat XYZ.

“Puan nak ambil hadiah ya .. sebentar puan .. duduk sini ya..apa no ID puan ?”

Kami pon duduk dan menunggu dgn gaya teruja.

“OK sini ada 5 kupon cabutan . Puan kena buat cabutan kerana kami ada 5 jenis hadiah y g di sponsor oleh syarikat ni (4 companies supply electiral goods, barang dapur etc”

Hadiah yg ditawarkan :
1) Termos Mug
2) Toys (Train)
3) Music Keyboard
4) Alat pengukur lemak (Cis bedebah)
5) Ceramic Mug

Mak mamatinie pun buat cabutan pada kupon tu . Dapat Termos Mug.

“Puan dapat termos mug, tahniah!”


Mamatinie and hubby dah sengih-sengih dah ingat dapat music keyboard boleh babytinie main.

Suddenly, one of the staff mumble sumthing to this “kakak”. Muka “kakak” berubah looks excited.

“Puan.. puan layak utk bukak lagi satu cabutan (bawah kupon yg mak mamatinie dapat mug tu ada lagi satu portion yg boleh dibuka) sebab sponsored company maklumkan sebab no puan naik masa event di Bukit Jalil.Puan layak buat another cabutan. Kita bukak ya..sebelum tu saya bgtau hadiahnya ya…

Hadiah yg ditawarkan :

a) 1000-10,0000 points – boleh ambil bawak balik hadiah yg sama value dgn point tu . Ala mcm Real Rewards tu ..1000 point dapat coffee maker ke gitulah. Dapat 1000 point. Kita bawak balik lah Coffee Maker tu .

b) 50,000 points – Silver cards – jadi ahli (register RM10, beli barang dia and boleh bawak balik any brg sevalue dgn 50,000 points

c) 100,000 points – Gold Cards sama mcm Silver Cards tp value boleh bawak balik brg lagi besar . Kat sini dia offer Massage Chair ala Osim Value RM5,000.00

Mak mamatinie pon bukak lahhh .. dgn muka cuak and smell sumthing fishy.

”Puan! Puan dapat 50, 0000! Tahniah jarang org dpt value banyak nie !

Tiba-tiba suasana jd kecoh kejap . Sebab “kakak” baru perasan ada tanda soal di sudut kupon means ada one more portion yg boleh di bukak lagi! Another cabutan! One of the staff sibuk call sponsored company nak confirmkan sah ke kupon tu.

Mak mamatinie bukak lagi. Lagi satu cabutan.

”Puan ! Tahniah ! Puan dapat first prize ! another 50,000 points! Total up 100,000 points. Tahniah puan ..puan org kedua selepas En. Mansur. En. Mansur dapat 50,000 points!Tapi puan dapat 1000,000 points! Wah bertuahnya!."Kakak" jadi over excited, hilarious!

Staff kat situ semua muka terkejut and terkujat sbb mak mamatinie dapat first prize!Wah!Bertuah sungguh kami!

Sekarang utk dapatkln massage chair tu mak mamatinie kena buat ini :

1) Register jd ahli – RM 10
2) Beli one of the barang yg ditawarkan – Minimum harga barang RM2,700
3) Baru boleh tuntut hadiah first prize (100,000 points) a.k.a massage chair

Huah! Nampak nau penipu! Mamatinie selalu dengar benda ni kat TV, 999, Edisi Siasat etc. Now kena kat btg hidung sendiri . Now kami tgh fikir mcmana nak lepas kan diri. All the staff memang nampak saaaangat meyakinkan. Pandai cakap , pujuk etc. Kalau makcik kat kampong-kampong yg tak berapa paham ttg system point ni sah-sah keluar duit ASB RM3,000.00 nak dapatkan hadiah first prize tu.

Mamatinie tgk barang yg dijual harga almost RM3k tu mcm tak berpatutan je. Kenapa perlu beli vaccum cleaaner pada harga 3k sedangkan kita boleh beli a quality and branded vaccumm cleaner pada harga less than 1k ? Kitchen utensil for RM3k?, Water filter for RM3k ? Nampak sgt tak reasonable.

Mamatinie tgk keadaan di situ , nampak sgt mobile office. Macam tak lama je kat situ. No computers. Cuma ada phone tables, chairs and fax machine. Plus brg-brg hadiah yg disusun. Within 1 night depa boleh pindah gitu je!


So kami dengan penuh sopan santun dan sengih kerang busuk bgtau :
“ Macam ni lah kak , kami tak niat nak beli brg pon. Infact brg rumah ni semua kami dah ada.. kitorang register jd ahli je lah kang rasa kami nak beli brg kami dtg lah sini (kot la opis kau ade lagi kat sini) “

Maka keluarlah modal kami RM10 for register fees jd ahli (kononnye lah). . Maka tak pasal-pasal kami “beli” botol air (yg dapat masa 1st cabutan tu kan) pada harga RM10.

Lepas tu we all pon balik rumah. Mamatinie belek resit slip syarikat XYZ baru perasan, slip yg mak mamatinie sign tu not meant for register fees tp order bill!

Vaccum Cleaner (bila tah dia letak kat dlm bil tu ) = 2,990.00
Massage Chair (100, 000 pts) = Akan dituntut
Deposit = 10.00
Balance amount purchased = 2,980.00


Means mak mamatinie dah terbeli vaccum cleaner! Kot sampai je kat rumah tak ke naya.Order bill dah sign! Nak mengena lagi tu!

Mamatinie and hubby rush back ke office XYZ , cancel the fees. Kelentong kata abah mamatinie mengamuk sebab tgk order bill sampai 3k. “Kakak” berusaha keras kata its not meant slips tu utk order brg. Mamatinie mintak takkan tak ada slip khas utk register fees . Resit bodoh je takkan kau tak ada. Tapi memang tak ada! Kata “kakak”.

Suruh cancel the original slip depan kami and the customer copy as well. RM10 tu kire derma je lah. Mmg tak boleh mintak balik pun. Dia insist nak pegang customer slip yg dah cancel tu. Means original and copy dua-dua dia nak!. Mamatinie berkeras nak simpan the customer copy bukti dia dah cancel. Licik betul lah diorang nie!

Balik dari opis mamatinie buat aduan pada Telekom Malaysia. Nak confirmkan betul ke ada rewards utk fix number yg more than 10 yrs. Report to them. Gave Syarikat XYZ address and phone number to Telekom. Telekom find out its not even a company’s official contact no. but registered under personal. Now mamatinie waiting feedback from Telekom. If diorang sayang customer, they should take appropriate action. Nama company jugak yg terjejas nanti.

Mamatinie wonder jugak ada ke yg dah jd mangsa.Mamatinie and family bersyukur sebab tak termakan dgn pujukan diorang. You guys out there berhati-hatilah dgn penipu yg sentiasa je carik peluang mcm ni .

posted by mama tinie @ 7:56 PM   5 comments
Wednesday, November 23, 2005
Baby Tinie Smiling
This smile. Brighten up my day. Even if I have the worst day , everything will dissolve just because of this smile. Melting dibuatnya. Like sunshine after rain. My favourite pic of Baby Tinie.
Sama ceria macam bear kat sebelah tu .
Fatini Aisyah - 7++ mths
posted by mama tinie @ 7:12 PM   3 comments
Thursday, November 17, 2005
Jom tengok wayang- Malay movies
Mamatinie nie dulu movie freaks. Masa zaman bercintan dulu masa dating ngan cik abe ( la ni hubby la eheheh) habis dgn tgk wayang. Marathon gitu. Pukul 10.30 pg dah terpacak kat panggung beli 3 tiket sekaligus. 3 shows for 1 day!. In between showtime berlari-lari lah kami berdua pegi makan, lepas hajat etc. Terukkan hehehhe.. Skarang je dah slow down. Ye lah macamana nak bawak baby masuk panggung. tapi sekal-sekala singgah juga ke kedai DVD. Tu pon kalau RM mengizinkan.
So far ini antara movie yg mamatinie suka tgk and rasa best. Ikut taste mamatinie lah. Dari kecik sampai dah beso gajah nih. Kita mulakan dengan wayang melayu lah ek.. Ada org dgn eksennya kata tak tgk cerita melayu. Mamatinie dgn bangganya bgtau mamatinie tengok cerita melayu. Tapi yg ada jalan ceritalah. Agak-agak tak faham mamatinie bantai tido je lah. Masa kecik dulu mana lah mampu nak pegi panggung wayang. So kalau kat tv ada tayangan filem best-best kita tengok je lah kan lepas tu mula lah berangan...hero ensem la heheh. And antara wayang melayu yg terkesan and dok ingat-ingat dlm kepala otak mamatinie ni :-

1950an-1960an
Apa lagi kalau bukan cerita-cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Siapa yang tak pernah tgk Bujang Lapuk Series. Memang tak jemu tengok sampai ke la ni. Dari beringuis sampai laaa dah beso gajah ni eheh. Even diorang bujang lapuk tp lawak mereka tak pernah lapuk. Tgk la beratus kali pon kita kan gelak bahak-bahak mcm first time tgk.
1980 - Adik Manja
Cikgu Azmi (Dharma Harun), Cikgu Sharina(Noorkumalasari) dan paling mamatinie ingat Cikgu Bedah (Adibah Amin).Siapa sangka pakar bahasa boleh berlakon kan? Biasalah cerita remaja gitu. Mamatinie membesar dgn cerita mcm ni. Masa ni mamatinie sekolah rendah lg. Kira top la cerita ni dulu.
1982 - Sikit Punya Gila
Ada orang kata filem ni mengarut. Tapi entah lah mamatinie suka tengok cerita mengarut ni. Dharma & Hamid Gurkha dok menyewa dgn Pak Brahim pendek (yg gatal merenyam) ada jugak anak dara yg sama menyewa (Norlia dan Noriah). Seksi sungguh Norlia Ghani dlm cerita ni. Yusni tertelan tongkol jagung. Kelako.
1981 - Toyol
" Baachukkkkk....mari baachukkkkk"
Siapa ingat tag line cerita ni? Seram kan? Tu yg melekat ingat sampai sekarang. Nak tengok cerita ni tp takut. Tengok sambil pekup kusyen. Ada satu lagi version "Toyol" Indonesian punya. Version lawak. Ada adegan toyol tu tgh nak mencurik terpelanting ke almari sebab kene kentut dek tuan rumah yg tgh tido. Lawak ekekeke
1984 - Azura
Tuanya la pelakon dlm ni. Masa ni mamatinie darjah 1!Tp filem ni memang glamer kan. Azura gadis suci murni sopan santun perfect tak hingat tp miskin bercinta dgn Zack yg kaya lg ensem tp nakal. Siapa tak ingat dgn lagu "sandarkan pada kenangan" yg glamer itteewww!Masa tu Syed Sobri kire femes dlm filem ni sbb kiut gitu.
1984 - Gila -gila Remaja
Cerita ni la yg memfamouskan Faizal Hussein (Roy). Rosyam Noor (Remy) baru je belajar berlakon dlm cerita nie. Dah tajuknya gitu off course la ttg budak muda yg gila-gila belajar kat college. Hero mestilah nakal, tapi ensem, tapi kaya, tapi romentik kan?
1985 - Ali Setan
"Dalam kehidupan ini yang terindah melalui usia remaja". Memang best cerita ni. Kehidupan di Universiti. Gila-gila. Risky. Ada Ogy (Asmidar), Azmil Mustapha (Ali) & Izi Yahya (Aku lupa nama dia dlm felem nie). Menaikkan semangat mamatinie untuk belajar sampai masuk U. Hehehhe Ali Setan II dah kureng best dah sbb tukar heroin.
1990 - Fenomena
Masa ni rock kangkang tgh top. Mamatinie masa tu pun rambut ala cobra (habis hairspray sebotol), kain skola singkat, lengan sengseng,diskang habesss hahahah. Amy Search top gila dgn lagu Isabela. Tapi yg kacak gila dlm ni ialah M. Nasir. Cairrrrrrrr beb hahah. Yg penting ada jalan cerita and tak la romentik bodod mcm another version of Isabela tu (Amy partner dgn awek Indon Nia Dicky zulkarnain tu laaa)
1992 - XX Ray
Rasanya ini lah the first ever filem melayu genre Science fiction ek? Ke ada ke yg sebelum ni? Best sebab jalan cerita lain dr yg lain. Tapi ada gak certain things yg mamatinie tak setuju. Spaceship pesen lama. Pusing-pusing mcm piring terbang cekelat mat Sentul and Alien lawa nau mcm putri bunian.
1993 - Perempuan, isteri dan .....
Filem melayu paling hot. Mamatinie suka sebab lakonannya lain dr yg lain. Tak dak cintan cintun. Bab panas ada jugak but not directly, dr lenggok Zaleha, lirikan mata dia, senyum dia. Sofea Jane memang kelllessssss!
1997 - Puteri Impian
Mamatinie suka Amy Mastura dlm filem ni. Natural je..gaya bahasa pun tak da bunga-bunga. Ok la kire cerita kiut-kiut gitu (ada ke cerita kiut aaa?) Cico can do lah ...tp kalau ganti ngan hero lain lg best kot theeeee. Hairi Osman (Tengku Faizal) ? hmmm kacakk kacakkk... kekekek Anak rajeee laaa katekaannn..
Itu cerita dolu-dolu . Filem era 2000-an yg skarang nie yg best pada mamatinie :-
-Soal Hati/ Soal Siapa - sbb ada chief kodok yg lawak gila babeng and heroin dlm tu tak lembek benyek.
-Buli - No need to say. Selamba kodok. Part paling lawak - AC Mizal karaoke
-Rabun/ Sepet - Unik!Filem yg jujur .
-Puteri Gunung Ledang - Cantik ..semua cantik , jln cerita bit slow tp tetap suka..
-Pontianak Harum Sundal Malam - Jalan cerita best. Meremang jee rasa urghhh
Errr...filem 70-an takdak yg berkenan di hati . Takleh re-call la byk citer sedih je ..hari esok-hari esok tu laa...
p/s all pictures taken from http://www.filemkita.com
posted by mama tinie @ 3:00 PM   7 comments
Tuesday, November 15, 2005
Mak dan ayah sayangkan Rita
Wah dah bersawang blog mamatinie ni. Hehhe Mood takdak la nak update. Ok Ok nak update ni.

Bila tiba Hari Raya mamatinie mesti teringatkan Pak Ngah mamatinie. Baik orangnya. Bila ziarah ke rumah mamatinie sempena Hari Raya Pak Ngah mesti peluk mamatinie dan belek-belek gambar mamatinie terima ijazah. Sambil menangis dia akan beritahu mamatinie betapa beruntungnya abah mamatinie sebab dapat anak yg baik etc etc (takkan nak puji diri sendiri kan). Mamatinie pun sebak tengok keadaan Pak Ngah. Kesian sungguh. Tujuan mamatinie ceritakan ini bukan untuk memburukkan keluarga tapi untuk jadi iktibar kita semua....

Rita (bukan nama sebenar) anak sulung Pak Ngah belah abah . 33 thn yg lepas lahirlah bayi perempuan yang sangat comel jadi kebanggaan mak dan ayah . Harapan mereka bila Rita besar boleh bantu mak ayah , jaga adik-adik , belajar rajin-rajin, kerja bagus-bagus, jadi orang berguna. Tinggi sungguh harapan Pak Ngah dan Mak Ngah.

Mak dan Ayah sayangkan Rita.

Rita gadis cantik, ramai org gila-gilakan Rita. Rita gadis lincah, bergaya, menarik. Gayanya terkini badannya langsing pakai baju apa pun semuanya cantik pada Rita. Rita peramah. Ramai sgt nak berkawan dgn Rita. Remy, Din, Ejam...sebut sahaja siapa semuanya berkenan pada Rita. Nak buat jadi girlfriend. Ramai sangat kawan Rita. Dari mana Rita kenal, Pak Ngah dan Mak Ngah pun tidak tahu.

Mak dan Ayah sayangkan Rita.

Tapi Pak Ngah dan Mak Ngah tak berkenan dgn kawan-kawan Rita. Sangsi dgn mereka. Kerja di mana? Tinggal di mana? Anak siapa? Mereka tidak tahu. Puas mereka nasihat tapi Rita tak peduli. Keluar malam balik pagi. Tak baik. Jadi contoh adik-adik. Tapi Rita tak peduli. Seronok. Lepas keluar result SPM pangkat sarjan. Rita tolong mak ayah di kedai roti canai. Tapi kejap je. Kerja main-main. Bosan. Yg penting enjoy. Makin lama Rita makin ligat. Keluar malam lepak dgn kawan-kawan sambil hisap rokok, ke disko, menari sampai pagi, sampai mabuk-mabuk muntah-muntah. Lagi seronok. Pak Ngah dan Mak Ngah geleng kepala. Tak tahu nak nasihat macam mana.

Mak dan Ayah sayangkan Rita.

Satu hari keluarga Pak Ngah gempar. Rita hilang lari dari rumah. Baju dlm almari habis diangkut. Pak Ngah susah hati mana Rita dah pergi. Memang malam tadi mereka gaduh besar . Mak ayah tak setuju Rita kawan dgn Azman. Kerja tiada. Enjoy sahaja. Mak Ngah yakin Rita lari ikut Azman. Sudah seminggu Rita hilang. Air mata pun dah kering risaukan Rita. Pak Ngah tak putus asa dengan kereta buruk hasil jual roti canai. Segala ceruk Kuala Lumpur mereka cari Rita. Siap berubat dgn bomoh.Akhirnya mereka dapat jejak Rita di Chow Kit. Itu pun atas bantuan kawan-kawan Rita. Rita mereka bawa pulang. Janji pada Rita mereka akan kahwinkan Rita dgn Azman. Rita dan Azman tidak boleh dipisah. Cinta mesti bersatu.

Mak dan Ayah sayangkan Rita

Lepas Rita kahwin mereka pun hidup sendiri. Mak dan ayah lega Rita sudah bersuami. Harap tidak buat hal lagi. Ayah dan mak juga gembira . Tak lama lagi mereka akan menimang cucu. Pak Ngah dan Mak Ngah tadah tangan doa pada tuhan tanda syukur. Moga Rita berbahagia hingga ke anak cucu.

Tapi tuhan penentu segala. Setahun kemudian keluarga Pak Ngah gempar lagi. Polis telefon rumah beritahu khabar buruk. Rita dan Azman ditangkap polis, mengedar dadah dan positif dadah. Pak Ngah urut dada. Mak Ngah meraung. Rita buat hal lagi. Masuklah Rita dan suami dalam penjara. Mujur Rita lepas dr tuduhan mengedar dadah. Tidak cukup bukti. Tapi tetap ke pusat Serenti. Anak sudah dua tapi Mak Ngah yg jaga. Rita dan Azman pun sudah bercerai. Tiada jodoh antara mereka. Pak Ngah dan Mak Ngah tidak kisah. Apa guna bersuami kalau ajak ke neraka.

Mak dan Ayah sayangkan Rita.

Lepas Rita bebas dr Serenti Rita duduk dgn mak dan ayah. Bosan tidak buat apa-apa Rita mohon kerja di Kuala Lumpur. Nak cari pengalaman katanya. Pak Ngah dan Mak Ngah berat hati lepaskan Rita. Tapi Pak Ngah dan Mak Ngah tahu hati Rita keras. Rita tidak boleh di larang. Nanti dia buat juga. Mereka lepaskan dgn syarat Rita duduk dgn nenek di Kuala Lumpur. Seronoklah Rita dapat bekerja di KL. Setahun di KL Rita berkenalan dgn Leman. Rita hanyut lagi.Tapi Pak Ngah tidak tahu. Rita pandai berahsia. Tabiat lama di ulang kembali.

Untuk kesekian kalinya, keluarga Pak Ngah gempar lagi. Rita larikan diri ikut Leman, barang kemas nenek juga habis di kebas. Pak Ngah dan Mak Ngah kecewa. Malu dengan keluarga dan sanak saudara. Apa lah nasib mereka dapat anak sebegini. Mereka tidak cari Rita lagi. Biarlah Rita dgn kehidupannya sendiri. Tapi dalam hati mereka ...

Mak dan Ayah tetap sayangkan Rita.

3 tahun sudah berlalu. Rita tiada khabar berita. Pak Ngah dan Mak Ngah tidak jual roti canai lagi. Mujur adik-adik Rita tidak ikut jejak kakak mereka. Semuanya baik belaka dan membalas jasa. Mak Ngah dah Pak Ngah sebak bila ingatkan Rita. Apa lah nasib anak mereka yg seorang ini. Khabarnya Rita sudah menikah dgn Leman di sempadan. Lantaklah.

Satu hari mereka dpt panggilan dari balai polis lg. Setelah lama tidak mendengar khabar berita tentang Rita mereka dikejutkan tentang Rita lagi. Pak Ngah dan Mak Ngah dapat tahu, mengikut polis mereka tangkap Rita ketika cuba menjual anaknya sendiri untuk membeli dadah. Nauzubillah !. Rupanya anak Rita sudah lima. Polis dapat selamatkan 4 orang. 2 org sudah dijual. Seorang dapat dikesan malangnya seorang anaknya lagi tidak dapat dijejak. Meraung lah Pak Ngah dan Mak Ngah. Apalah nak jadi dgn anak yg seorang ini. Sanggup menjual anak sendiri kerana dadah. Leman juga ditangkap kerana kesalahan yang sama.

Sekarang Rita di penjara. Tiap minggu Pak Ngah dan Mak Ngah ke Kajang melawat anak yang seorang ini. Cucu yang 4 orang Pak Ngah dan Mak Ngah yg jaga. Keadaan mereka sangat teruk sekali. Trauma yg mereka alami tuhan sahaja yg Maha Mengetahui. Tak tahulah apa yg mereka saksikan dgn mata sendiri. Mereka terpaksa melalui sessi terapi dan kaunseling. Membisu seribu bahasa takut dgn sesiapa yang ditemui. Harapan Pak Ngah dan Mak Ngah moga cucu mereka sembuh dan boleh bergaul dengan anak-anak yg lain.

Walau jahat mana sekalipun Rita. Rita tetap anak mak dan ayah. Anak yang mak dodoi masa kecil. Yang mak susukan. Yang mak tatang penuh kasih sayang. Mak doakan Rita bertaubat. Kembali ke pangkal jalan. Lupakan kisah-kisah yang lama, tinggalkanlah perkara-perkara yang keji itu. Mulakan hidup baru. Taubatlah nak. Tuhan masih sayangkan Rita.

Mak dan Ayah juga sayangkan Rita.
posted by mama tinie @ 9:46 AM   7 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER