Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, October 27, 2005
7 magic things


Mamatinie sudah kena tag dgn arena about 7 thingy ni. Adeyy sensitive betul mamatinie dgn no. 7 ni. Banyak sejarah yg membuatkan aku elerjik dgn no.7..nie..(you know the history la kan arena kan heheheh). Ok lah memandangkan kat office ni on dah mood raya.semua keje pon slow and ngantuk je so banyak masa senggang yg mamatinie boleh perabihkan here goes :

7 perkara penting “must be done” sebelum mati

1)Balas jasa mama & abah .
Tak terbalas jasa mereka sebenarnya tapi mamatinie akan cuba jadi anak yg devoted , tak lawan cakap, and
dikurniakan Allah kesabaran dan ketabahan melayan karenah mereka hingga akhir hayat mereka. Mamatinie seriau bila tgk drama tv melayu mostly cerita pasal anak yg selalu sibuk sampai lupa tanggung jawab pada parents. Mamatinie takut jd mcm mereka.

2) Perbaiki diri dan cukupkan ibadah utk saham akhirat
Mamatinie mengaku byk sgt kekurangan pd diri. Mamatinie harap sempat utk memperbaiki diri ini utk jadi Muslim yg sejati.

3)Isteri Solleh
Nak jadi the bestest wife in the world. Ingat lg masa baru lepas nikah. Abah pesan pd mamatinie. “Skarang tanggungjawab abah dah lepas, dosa mamatinie skarang suami yg tanggung bukan abah lg”. Oleh sebab besarnya tanggungjawab suami , so kita kenalah juga perbaiki diri kita sebagai isteri kan. Mamatinie cuba yg terdaya jaga makan , pakai and kebajikan suami and tak lawan cakap hubby. Boleh ke neraka woo if lawan ckp hubby..

4)The best mummy in the world
Nak jd ibu mithali, sporting yg boleh kongsi masalah dgn anak-anak. Harapan mamatinie agar anak or anak-anak-anak mamatinie nanti jd anak yg solleh dan tak lupa jaga kebajikan mak ayahnya. Being supermom when they need it.

5)Cukup reta benda
Mamatinie tak nak yg mewah. Cukup lah ada kereta 2 bijik (1 utk hubby 1 utk mamatinie (myvi dah le kekek) , rumah sendiri (teres setingkat),makan pakai yg sempurna (takyah branded pon takpe), bole bawak anak-anak gi holiday sethn sekali, mampu bg duit poket kat mama & abah or bila depa mintak (skarang ni kadang2 mak mamatinie yg cover isk) , tak rasa “tercekik” bila emergency happens (harap tak lah kan) in terms of money la kan e.g hospitalized, kete rosak, accident etc. and mampu bg derma for those yg tak mampu. Lastly, mampu sekolahkan anak-anak till graduates. Pada mamatinie lebih dr cukup dah tuuu..

6)Turunkan berat badan
Women’s dream heheh. Idak le kurus kering kontang. Tapi cukup sekadar berat badan ideal. Dah tak ideal dah ni mamatinie ni ehehehe.. Sedap mata hubby memandang dah le. Takkan nak biar sampai bodynie mcm peti ais dak? Hehehhe Takut kena darah tinggi, kencing manis , sakit jantung bagai

7)Hutang- piutang
Settlekan hutang kredit kad and segala bagai loan kete, umah , utang kawan2 (rasanya takdak) and hutang posa, semayang ...hutang segala hutang. Barulah bole RIP dgn tenang.

7 perkara yg mamatinie tak boleh buat

1)Sukan
Mamatinie tak minat bersukan. Dr kecik sampai skarang. Tak minat. Kaki bangku..pengkaq...Kalau kat skola jd tukang sorak je (kita dulu cheealeader tau hahhaha) ..Ada la dulu kejap minat main tenis. Main sendiri-sendiri je. Pernah amik swimming class. Half way je.

2)Hiding my feelings
Kalau mamatinie marah ke ..boring ke.. tak suka kat org tu ke mamatinie akan diamkan je.. tapi muka memang mcm cipan laa.. tu yg org bole detect tu.. kalau senyum pon org bole tau.. mau dak kalau senyum pon dah kelat je takkan tak perasan kot kan ?

3)Meniaga
Any sorts of perniagaan. mlm kaa jual kuih kaaa jual kain kaa.. memang fail. Sebab? Mamatinie cepat kesian. Diorang mintak discount mamatinie tak sampai hati nak tolak. Silap-silap mamatinie bg free sebab depa buat muka kesian. Cheh macamana nak untung..Lagi satu tak reti la nak approach org. Mamatinie nie peramah to selected people je org tegur baru kita tegur balik. Camne nak meniaga. Kene pulak moody. Datang moody malas nak bercakap satu sen tak guna eheh.

4)Kulit putih , mulus jerawatless
Faktor keturunan, kulit sensitive gile.. time muda dulu muka mamatinie penuh jerawat batu ..sedih tau masa stage tu .. tambah pula dulu budak lelaki suka ejek ..skarang alhamdulillah dah ok.. Cuma tak dapat la yg perfect mcm model iklan tv tu kan. Jeles je bila tgk kulit org lain cantik. Mcmana depa jaga ye..

5)Maths
I hate maths hehehe. Anything related with numbers memang laa mamatinie lambat pikap. Simple-simple dah le . takat buat costing etc. Dulu minat nak jd doktor tp tak jadi sebab nanti kena masuk science stream ada fizik, add maths uhhh byknye kira-kira. Masuk kelas commerce ada subject accounts pulak. Sokmo kena marah dgn cikgu. Lombap! Ehhehe

6)Bertekak dgn boss
That’s my weakness. Even rasa diri ni betul tp mamatinie tak reti la nak eksplain kata apa yg mamatinie buat tu betul. Cepat gemuruh/gagap etc . Tambah pulak boss cakap tengking-tengking. Mamatinie akan diam je. Or explain to boss kecik yg approachable. Kena pulak boss jenis yg nak dia menang je..ketegaq sungguh. Just follow the rythm . Yes kan je lahhh.. bila dah tau effectnya baru la smash dia.

7)Being fashionable
Mamatinie tak reti mekap. Tempah baju or beli baju yg latest. Tak ghetiiiiiiii…Potong rambut latest fashion. Bila nak beli baju ke kain ke pk mahal sgt la. Membazir laaa.. segan laa.. last-last pakai baju lamaaaa jugak .

7 perkara menarik pada lelaki

Kena jawab jugak ke? Apa laa kata hubby if baca benda ni hahahah..kantoi makcik

1)Muka ala-ala hindustan/mamak/Italian/Mexican ..strong features..yg ada bulu dada tuu..dont rub your eyes pls.. betullah tu apa yg korang baca tu heheh…tapi aku tak minat sgt citer hindustan biasa-biasa je..

2)Tinggi. Asalkan tinggi dr mamatinie dah le..

3)Rambut panjang. Nampak seksi le hee.. Hubby mamatinie dulu rambut takat pinggang tau. Tapi kemas and kutuless laa..well managed..guna jari pon boleee...hahhaha

4)Kurus. Sebab mamatinie ni chubby. Kena carik yg berlawanan la kan hehe

5)Suke yg keningnya lebat, matanya tajam awwww cairrrr makkkkk...

6)Pendiam. Pada mamatinie lambang macho, mysterious, lagi susah nak approach lg best. Cabaran beb hehehe.. Nggak suka yg pot pet pot pet. Aduhh bingit telingaa.. biar mamatinie je yg bercakap..eheh

7)Hormat org tua and suka budak-budak. Pada pendapat mamatinie, kalau benda ni takdak toksahla kahwin/kawan dgn org tu .

Merah muka aku jawab benda ni ceh hehehhe

7 perkara yg selalu cakap

1)Ye ke? Ishh Isshhh Ishhh
2)Asapal? (Apasal?)
3)Ampeh..
4)a’aahh ekk?
5)Insyaallah
6)Tauuu takpeeeeerrr
7)Bukan terlupa tp tak ingat (mamatinie memang pelupa)

7 celebrities crushes

1)Percaya tak masa kecik mamatinie minat DJ Dave (ala Hindustan kann) gelak laa gelak laaa

2) Dulu minat Awie Wings , sebab mata dia, rambut dia (sila baca ciri lelaki di atas)

3) Tarabas dlm “Cave of the Golden Roses” sebab? Memenuhi ciri-ciri lelaki seperti di atas juga)

4) Rahul Roy. Hindustan actor. tak naik sgt nama dia. femes satu cerita je.tp dia ensem laa different from other hindustand actors at that moment. bit Italian style kekeke

5) Budak-budak group rap melayu pertama di Malaysia- 4U2C ..biasalah masa tu rumajeee heheh..
6)One of the calon Hero Remaja. Muka Italian hensem habis. Siap buat paper cutting lg. ends up dgn malu gila babas tak hingat sebab rupanya that guy is my cousin’s best friend. Cousin aku gelak gila golek-golek when she'd found my paper cutting. Ampeh!

7)Antonio Banderas. Ayaaaaiyaaiiiiii..Suke slang Mexican dia.


7 org yg kene perah otak buat mcm ni
Tak ramai yg singgah blog mamatinie ni hmm...

1) Ayobkelubi
2) mek yam- Irmasya
3) mummy_ejump
4) rojakbuah (nak tag jugak even arena dah tag...7 tau bukan 2,3,4 )
5) pulutbakar (pb)
6) Zack
7) Everybody yg drop by kat my humble blog nie and read this entry...

haa this is my x-pakwe ,nama dia tarabas dia syok gila kat I tapi I tak nak sebab mummy I tak suka lelaki rambut pjg. Pity him. Dia bawak diri ubati hati yg dula lara ke Rusia.

posted by mama tinie @ 2:40 PM   6 comments
Wednesday, October 26, 2005
Kenangan berhari raya
Lagi seminggu nak raya . Dah tua-bangka nie tak da lah excited mcm masa kecik2 dulu. Byk task yg menanti utk persediaan hari raya. Tak cukup kakitangan dan RM dibuatnya. Budak-budak paling seronok berhari raya. Masa kecik-kecik dulu hari raya laaa yg paling mamatinie tunggu. Suasana sambut raya masa dulu lain sungguh. Memori yg berkaitan hari raya yg mamatinie ingat masa kecik-kecik dulu banyaklah juga. Mamatinie cuba ingat-ingat and listdown serba sikit :

1) Baju Raya
Masa kecik till darjah 6, nenek mamatinie (belah bapa) akan hadiahkan pada cucunya sorang sepasang. So tiap thn akan ada 2 helai baju kurung. Satu mak beli and satu lg nenek hadiahkan. Tak masuk baju moden lg. Mostly skirts sbb mamatinie tak suka pakai seluar. Girlish gitu . (sebenarnya pakai seluar leceh, susah nak wee wee hahahhaa). Corak mesti sama dgn adik. Tiap thn kasut baru and stoking baru and tak lupa spentot baru. Mamatinie pon tak tau apa reason mesti ada spentot raya. And mak mamatinie akan sertakan sekali ‘handbag’ raya . Yg mcm purse ada tali panjang. Budak thn 80-an mmg wajib ada beg ni utk isi duit raya.

2) Kuih Raya
Mak mamatinie selalunya akan buat kuih cornflakes, kek kecik dan biskut mazola. Memang wajibalghunnah ..tak bole tinggal. Time tu posa memang mencabar. Aroma kuih dr oven plus tgk kek kecik tu panas-panas. Aduh tak tahan sungguh. Mamatinie ingat lg , pernah kena sebat sebab terpenyekkan kuih raya yg mak mamatinie dah bentuk and tinggal tunggu nak masuk oven. Main bola punya pasal hehehe.. Kalau kuih yg nenek buat pula , mamatinie suka makan kerepek bayam. Mcm makan daun sekeping-sekeping. Nipis dan rangup. Kuih bahulu and kuih sepit pon mamatinie minat.

3) Kusyen, langsir, carpet raya
Masa kecik mamatinie suka tgk magic. Mlm raya lepas main bunga api then tunggu org bertakbir and tido. Selalunya tak lena sgt sebab excited nak sambut raya. Besok nya pagi raya bangun tgk langsir, kusyen, carpet, alas meja semua dah bertukar! Magic sungguh (sebenarnya mlm raya mak dan abah hempas pulas tukar langsir bagai ehehhe)

4) Lauk Raya
Nasi impit dan lontong memang wajib. Tiap tahun mesti ada rendang, ayam masak kicap rempah dan kuah kacang. Dulu mak mamatinie mesti masakkan ayam masak serai manis utk budak-budak. Cousins mamatinie memang tunggu lauk ni tiap kali raya. Tapi sejak one of the cousin meninggal. Mak dah tak buat dah sebab teringatkan arwah. Kadang-kadang bila teringin bila dah besar ni. Mamatinie masak sendiri. Lemang beli je. Tak dak tmpt nak masak lemang lah.

5) Duit Raya
Wajib la kan. Selalunya dr sanak sedara and kawan-kawan mak abah je. Tapi penuh juga lah handbag cenonet mamatinie. Mamatinie tak lepas kandang nak round taman perumahan kutip duit raya. Mamatinie tak dak kampung. Dok kolompo. So tak dak geng nak kutip duit raya sebab kawan semua dah balik kampung. Mamatinie tak reti nak jajan duit raya tu. Ends up mak mamatinie deposit dlm bank. Kalau skarang bg je duit ada je benda nak beli hehehee.

6) Bermaaf-maafan
Masa kecik Mamatinie tak suka part ni. Pagi raya pon nak nangis-nangis. Tak faham sungguh !

7) Mandi Sunat Hari Raya
Kene bangun pagi lebih awal dr biasa. Selalunya mamatinie akan pening sikit sbb smlm tak dapat tido lena sbb excited sgtkan. And mak suruh mandi masah kepala. Aduh dah le sejuk pagi2 kena mandi kepala lg. Tp skarang dah tau dah reasonnya.

8) Sembahyang raya
Masa dulu tak ramai yg beraya di KL so masa sembahyang raya akan full dgn indons and bangla or foreigners. Tau je lah bila dah mcm-mcm bangsa dalam masjid. Macam-macam gaya boleh tgk. Seronok.

9) Takbir Raya
Memang mamatinie tunggu dgn mak . Kami sediakan kuih muih and air oren. Dulu komuniti di taman kami kuat. So ramai lah yg join takbir dr rumah ke rumah. Selalunya giliran rumah kami dalam kul 1 pg. Mamatinie and adik dah tidur dah time tu.

10)Bunga api
Tiap malam lepas buka puasa mesti main bunga api kertas (ala yg batang merah tu) dgn bunga api besi. Mamatinie tak berani main mercun. Budak lelaki yg selalunya main mercun. Kadang-kadang kami patah-patahkan bunga api dan campak je jalan raya. Or tulis sumthing dgn bunga api atas jalan tar tu. Naik laa putih putih comot je jalan raya tu hehehe Kurang-kurang pun main mercun pop-pop and ular. Skema kan mamatinie hehehe.

11) Suasana KL during Hari Raya
Pagi raya memang senyap , sunyi sepi and gelap sebab semua dah balik kg. Bole baring atas jalan raya. Memang tak ada kenderaan langsung. Pagi raya kami sekeluarga akan naik bas Srijaya ke rumah atuk. (Family kami tak ada kenderaan sendiri till mamatinie dah keje sendiri and beli kereta).But still no big deal to us sebab sedara mara kami semua ada je kat KL ni. Skarang dah ramai yg beraya kat KL .

12)Round –round raya.
Oleh kerana adik beradik our parent mostly ada je kat lembah kelang ni. Lepas sembahyang raya off we go ke every rumah sedara mara. Settlekan hari tu juga. Next daynye tunggu pulak tetamu dtg rumah . Selalunya lepak tgk tv je sambil makan kuih raya and berehat sbb semalam dah pulun jalan.

13) Rancangan tv during raya
Selalunya dulu tiap pagi raya akan ada rancangan sarkis and rasa sayang (utk kekanak). Memang di tunggu-tunggu!

Ada byk lg rasanya. Tapi inilah kenangan raya yg Mamatinie dpt list out. SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN SEMUA.


posted by mama tinie @ 11:00 AM   1 comments
Tuesday, October 18, 2005
Aduuuuuuuuuuiiiiiiiii.....

Aduhhh...

Niat mamatinie nak berpuasa penuh tahun ni berkecai (due to breastfeed mamatinie boleh puasa penuh) . Weekend baru ni mamatinie kena food poisoning. Which food yg mamatinie makan pun mamatinie tak tau. Biasalah bile dah berbelanja di pasar ramadhan. Beli itu sikit beli ini sikit jadinya macam-macam laa yang terhidang di atas meja.

Mula-mula kuatkan semangat juga tak mahu berbuka. Tapi bila dah 7-8 kali masuk ke toilet. By the time pukul 11.00 pagi mamatinie nak berjalan pun tak terdaya. Apatah lg nak mendukung babytinie ke hulu ke hilir. Mujurlah hubby ada. Kerja shift petang on that day. Boleh lah layan babytinie. Berbukalah mamatinie dengan bubur nasi segera maggie pukul 11.00 pg. Makan ubat sakit perut dr klinik (yg lepas). Dan ubat air garam perisa oren. Barulah lega sikit. Niat di hati malas nak ke klinik.

Petang mamatinie ke rumah datuk utk "berbuka" di sana. Perut meragam kembali. Ulang-alik lg ke pejabat kecik di rumah datuk pula. Siksanya! Lauk-pauk buka penuh meja mamatinie pandang begitu sahaja. Tak ada selera. Babytinie meragam pula tak betah di rumah atuk sementelahan memang waktu tidur malam dia ..apa lagi meraung laa budak tu..aduhh sakit perut + babytinie meragam. Sabar je la..Niat nak sembang-sembang dgn atuk dan urut kakinya lepas buka tak kesampaian. Kena pulang secepat mungkin. Babytinie nak tidur.

Sampai rumah sakit perut kurang. Babytinie tidur lena. Wah legaa..

Esoknya sakit perut masih ada. Mencucuk-cucuk. Memulas-mulas. Tapi sudah tak ke toilet. Tak boleh jd nampak gayanya ke klinik juga. Hubby bawa ke klinik. Balik klinik terus makan ubat. Mamatinie tak tahan perut senak semacam. tak puasa lagi. Tapi alhamdulillah. Menjelang petang sakit perut sudah tiada lg. Sampai ke hari ini rasa senak tu masih ada juga sekali sekala. Apalah yg mamatinie makan ye.. mungkin tak tahan dek penangan cili ikan bakar gamaknya. Tapi mamatinie tak pernah serik . Niat di hati nak pergi ke pasar ramadhan lagi. Hehehe

Sekian cerita mamatinie yg boring ini.
posted by mama tinie @ 9:09 AM   1 comments
Friday, October 14, 2005
Ramadhan Fever

Mamatinie : Assalamualaikum mama, sihat ?

Mama : Alhamdulillah mama dgn abah sihat. Macamana puasa kat sana ?


Mamatinie : OK lah .. tapi tadikan ma...org beratur kan kantin.. ramai orang..org beratur
panjang....tapi kita nak makan tembikai..beratur jugak –jugak...tapi kan...
sampai je giliran kita...isk isk tembikai.. habis

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Mama : erk.........................

Itulah kisah mamatinie di tingkatan 1, pertama kali berpuasa di asrama. Kenangan bulan ramadhan. Masa tu kepingan benar nak makan buah tembikai/semangka. Kecur air liur sejak dari lepas prep petang teringatkan buah tembikai merah. Punyalah beriya beratur sampai giliran kita. Buah tembikai pon habis. Alahai sedihnya. Mak mamatinie tak berselera berbuka puasa on that day sebab teringat mamatinie mengidam nak makan buah tembikai pada hari tu. Tak tertelan katanya. Tapi sekarang cerita tu dah jd bahan lawak family. Homesick tidak.. apa pun tidak tuptup time bulan posa bole meraung sebab tak dapat makan tembikai..hahahha…tu laa ayat mak bila cerita kat uncle & auntie mamatinie. Ish kantoi ..malu siot.

Mamatinie start belaja posa masa tadika. Bila darjah satu dah posa penuh dah. Terkepek mcm kain buruk. Tapi bila nenek suruh bukak posa mati-mati mamatinie tak mahu. Kira tabah jugak mamatinie nie hehhe.. paling tak tahan bila mak mamatinie start masak kuih raya ..bau semerbak ya amat.. menduga iman sungguh. Tak terlintas pulak dalam kepala nak curi-curi makan or minum air paip ke. Kira jujurlah posa. Baik sungguh mamatinie nooo...

Tapi pada mamatinie lah waktu paling best bulan posa masa mamatinie sekolah asrama dulu. Suasananya lain sungguh. Even makan tak sedap dgn daging springnya...sayur layunya + additional dish a.k.a ulat sayur… bila makan dgn kawan hilang rasa sedih tak dapat masakan mak. Sembahyang terawih dgn kawan-kawan, sahur dgn kawan-kawan,tadarus dgn kawan-kawan..seronok . Bila nak bukak posa tu mulalah pasang lagu-lagu nasyid bertemakan puasa dan raya. Entahlah terasa seronok sungguh. Mungkin sebab ramai kawan agaknya.

Bila dapat balik weekend ke rumah family. Nikmatnya tak dapat bygkan . Mulalah order kat mak nak makan itu ini. Makan sampai keras perut. Bab tabiat buruk makan sampai keras perut ni bawak sampai ke remaja. Uni mamatinie di utara, makanan memang sangat murah. Pada pendapat mamatinie air tebu paling sedap area utara lah .Tak tau kenepa....beza rasanya bandingkan air tebu di KL ni nasib tak baik bercampur gula. Mamatinie dan geng akan beli makanan di pasar ramadhan banyak-banyak dan makan puas-puas. Siap makan byk round lg. Bukak posa..makan ..makan.. berenti sembahyang...makan makan makan rehat kejap sebab full...then sambung makan makan makan..sembahyang isyak..makan makan makan ...terawih pon lepas ..lepas tu dah tak bole nak bgn dah terbungkang je ha buruk benar rupanya anak dara hehehe...Sekarang tak buat dah perangai buruk tu mau mati keras kalau buat jugak hhahah..

Sekarang giliran mamatinie pulak sediakan makanan utk buka posa mama dan abah dan suami. Hmmmm seronoknya bulan ramadhan.
posted by mama tinie @ 8:00 AM   4 comments
Thursday, October 13, 2005
Friendship forever
Beberapa hari yg lepas kawan mamatinie singgah ke rumah, kIta panggil dia HA je lah ye. Dtg melawat. Sebab kami lama tak berjumpa. Datang bersama hubbynya. Kalau tunggu mamatinie dtg melawat kawan-kawan susah sikit sebab kereta adik pegang sekarang and kalau nak tunggu hubby kene la ikut schedule keje dia yg tak tentu tu .. plus sekarang ni berbaby pulak tak boleh la sukati keluar ..kene ikut schedule dia pulak kan. Dalam entry yg lepas ada mamatinie ceritakan pasal chatting. So kawan yg sorang nie pon mamatinie dapat hasil dari "titik peluh" chatting juga. Tapi mamatinie tak sangka persahabatan kami akan kekal lama (harap kekal sampai bila-bila) sehingga sekarang.

Mamatinie masih ingat lagi ..masa mamatinie ke gathering chatters sambil duduk semeja dgn kawan chat yg mamatinie kenal a.k.a kawan uni satu kepala, mamatinie dikenalkan pulak dgn 2-3 org kawan lg yg baru. Yg mamatinie ingat cantik and sopan santun je kawan sorang ni banding dgn mamatinie yg agak kasar and over peramah ..dulu terlebih hormon kot, popular jugak la dgn kawan baik mamatinie tu in chat ramai kawan/peminat (perasan sikit).Just say hi -hi mcm tu je lah...but then in laman cyber we turned out to be geng satu kepala pula..sembang and kamcing gitu and mamatinie tak ingat macamana kami boleh mula keluar sama-sama tgk wayang, pegi gath sama-sama, lepak tido rumah dia (sebab mak mamatinie curfew strict so pakai nama dia laa kalau nak beraktiviti , mak tgk mamatinie kawan dgn HA trus approve hehehe, org sopan santun sure mak-mak suka) . Kalau ikutkan character memang berbeza sungguh , HA ni lemah lembut and pendiam banding dgn mamatinie ni.

Last-last org nampak kami ni mcm adik beradik pulak... kalau nak cari mamatinie org cari HA dan begitulah sebaliknya. Mamatinie kenal keluarga HA dan begitulah sebaliknya. Tapi yg paling susah nak bgtau mak pak kami ialah macamana boleh kenal . Mesti error je muka if kami explain kami kenal dr chatting. Takkan chatting boleh rapat mcm ni kot. Last-last give up kami bgtau kenal thru kawan-kawan uni je lah.

Kalau mamatinie susah hati dialah tmpt luahkan and dia pun mcm tu juga. Suka duka sama-sama gitu. Kalau HA ada masalah seboleh-bolehnya mamatinie tolong takat yg mampu. Lagi satu HA telah mengubah perception sempit mamatinie bahawa kerabat raja ni selalunya sombong and pilih kawan. Tapi mamatinie salah ...lama juga mamatinie kawan dgn dia baru mamatinie tau title yg dia ada. Itupon sedaya upaya dia rahsiakan.

Rasanya dah hampir 8 thn kami kawan. Masing-masing dah berkeluarga. Mamatinie doakan HA sembuh cepat dari pembedahan buang ketumbuhan (Kami sama-sama ceaser mamatinie dpt baby dia dapat lain isk ) and dimurahkan rezeki Allah dan dikurniakan cahayamata. Tersentuh hati mamatinie bila tgk HA suami isteri belek-belek excitedly baju babytinie di ampaian.Sibuk bertanya tentang babytinie and tak puas-puas belek and cium babytinie dr dulu hingga sekarang. Nampak cahaya dlm mata diorang bila dukung babytinie yg berharap sgt nak dapat baby. Mamatinie kenal mereka bukan baru. Mamatinie tau sgt betapa besar harapan HA dan suami. Bukan pada HA sahaja tapi pada kawan-kawan yg lain yg masih belum ada rezeki juga. Mamatinie doakan kesejahteraan mereka.

To HA dan suami moga persahabatan kita kekal abadi.

To my other kawans esp kawan seuni yg kepala tak betul mcm mamatinie juga (most gila-gila creatures kat uni. foyafoya je kejenye). Really appreciates the gila-gila moments. Bila sekali sekala berkumpul cerita gila-gila ni laaa yg kita dok recall and gelak bahak-bahak. Later nak buat special entry pasal kawan kat uni pulak . Love u all.
posted by mama tinie @ 4:48 PM   4 comments
Fuhhh...
Fuhhh...mamatinie just back from kg hubby. Kelamkabut balik sampai kene amik emergency leave lah .. hubby ditawarkan kerja di company baru (permanent at last ) tapi date masuk hari isnin ni! Memandangkan dgn company lama hubby belum renew contract (Saja on hold lama sikit) Maka boleh terus masuk ke company baru without notice. Tak tau laaa tahun ni hubby dapat beraya bersama ke idak . Biasalah kan kalau keje shift nie .. kene pulak baru je masuk. Mesti yg senior booking cuti dulu dak gitu. Hmm trasa tak dak mood pulak nak beraya. Kami balik kg sebab takut lepas nie tak berkesempatan nak berbuka puasa and beraya di kg sebab hubby akan terima tugas baru ni.

Balik lah kami anak beranak ke kg di tjg malim (Nasib baik dekat..sejam perjalanan je ) Penat juga sbb kelamkabut balik. Cabut dr opis after lunch. Packing and off we go...sampai ibu metua dah tunggu nak ngadap babytinie. Tapi babytinie belum betah dgn suasana baru. Meraung laa jugak tak nak didokong dek opah. Kesian opah rindu dgn babytinie. Nasib baik esoknya dah ok dah .. "lambat panas" org kata.

Tapi bila balik kg mamatinie goyang kaki . Kalau dirumah sendiri sibuk siapkan makanan dan kemas itu ini tp di kg semuanya ibu mertua buat. Mamatinie tolong sikit-sikit je. Mak (panggilan ibu mertua) buat kerja semuanya cepat. Kita baru plan tolong mak masak tup-tup dah siap dah. So dapat juga lah mamatinie lunjur kaki dan hilangkan sengal-sengal pinggang (sejak beranak ceaser ni tak fit dah body ni..cepat noo penatnya mengalahkan org tua... nak makan ubat tak berani sbb still breastfeed)

Hari kami balik ni pulak memang giliran rumah serve moreh utk surau . So mak plan buat laksa goreng. Laksa goreng nie mcm mee goreng laa dr pakai mee kita tukar jadi laksa. Kreative gitu mak metua aku heheheh.. Memang sedap ..plan balik rumah nak buat lah laksa goreng ni utk bukak posa.. so dapat lah hubby spend time dgn familynya. Bila hubby seronok....mamatinie pon seronok. Lapang dada gitu. So hari nie pagi2 lepas sahur kami bertolak balik ke KL semula. Memangdangkan babytinie tiap hari bgn kul 4 pagi , sibuk nak bersahur juga .. so baik balik time sahur ..lepas hantar ke rumah nenek trus kami pegi keje. Mujurlah babaytinie ni asal naik kete tak byk ragam. Manjang tidur. Alhamdulillah.

Sekian saja cerita mamatinie yg boring ni.
posted by mama tinie @ 8:10 AM   5 comments
Friday, October 07, 2005
Tini & Ayobkelubi
This entry dedicated to my handsomest buddy ...Ayobkelubi a.k.a baby tinie's godfather . Ayobkelubi if you visit my blog...kau nak tak air tebu .. I'll post it to you .. kesian benor rasenye.. eheh



Baby Tinie : Walaupon rupa mu tidak ku kenal tetapi lobang edongmu tetap menjadi pujaan hatiku

Ayobkelubi : Nasib baik ekau kocik laie...ish



Baby Tinie : Uncle ayob...tinie nak doraemon besar rumah ye...

Ayobkelubi : Kopak aku...

posted by mama tinie @ 4:54 PM   3 comments
Thursday, October 06, 2005
Resepi bukak posa 2nd Day
Ikan siakap mamatinie dah beli kat carrefour (offer, seko 5 hengget) . Bukak -bukak peti ais hmm nak masak apa ye.. so dr baham yg available dlm peti ais. wallah ..jadilah ikan siakap sweet & sour ala- ala mamatinie . No pics lah ..digicam tak beli lg ..ehe

Siakap sweet sour

Bahan
Ikan siakap off course , bole ganti ikan lain sukati laa ikan apa pon jgn ikan masin sudah
serbuk kunyit
garam
Sos tomato
Sos cili
Cili boh
Bawang besar , mayang bulat
Timun , potong dadu and buang bijinye ye
Nenas potong dadu (optional)
Salad utk hiasan

Bahan blend
Bawang merah -1 -2 biji
Bawang putih -2-3 ulas
Halia - 1/2 ibu jari

Cara
- Ikan lumur garam kunyit and goreng and ketepikan
- Tumis bahan blend
- Masukkan cili boh
- Tunggu pecah minyak /cili masak
- Masukkan 3-4 sudu besar tomato sos
- Masukkan 1-2 sudu cili sos
-Masukkan bawang besar potong bulat, timun and nenas
- Kacau sampai mesree , and timun dan nenas lembut
- Susun ikan td, with salad ikut sukati
- Tuang kuah yg dimasak tu
- Selamat makan ye anak -anak

Bulan posa ni kompim berat badan naik ..selera double gitu haaa....
posted by mama tinie @ 3:43 PM   1 comments
Wednesday, October 05, 2005
Resepi Bukak Posa- 1st Day
Tahun ini first time mamatinie berpuasa bertiga ..sebagai isteri dan ibu. Even masih duduk dgn family tanggungjawab masak memang pada mamatinie laa sebab nak masak ikut selera hubby. Kalau family sendiri ..takat ikan goreng ngan kicap cili pon dah kira settle. Hubby mamatinie gemarkan makanan yg berkuah. Contrass dgn family mamatinie.

First day puasa mamatinie decide nak masak ayam kicap berempah. Resepi dari mak . Ala-ala rendang cuma tambah kicap je. Selalunya lauk ni kami buat masa raya. Makan dgn nasi impit. Sehdhappppp! Resepinya.

Ciken (potong kecik, kalau tak buang kulit lg best , ig the colestrol eheheh) , goreng dgn garam kunyit ..jgn kering sgt ..

1)Bawang putih - 2-3 ulas
2)Bawang merah - seulas cukup
3)Halia- agak2 besar ibu jari
4)Serai -1-2 btg
5)lengkuas-optional
Bahan 1 hingga 5 kita blend ye anak-anak

Kicap biasa (bukan kicap cair tau ..yg tu masin sgt)
Kicap pekat - 1 sudu
Asam Keping - 2
Cili boh - Ikut rasa kot nak pedas bubuh byk
Lada hitam - kisar halus -agak dalam 1 1/2 sudu besar
Ketumbar Kisar - 2 sudu
Jintan Manis Kisar- 2 sudu
Kerisik - Sepeket cukup dah
Kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang

Cara :- Tumis bahan blend sampai naik bau then campak sekali kayu manis, bunga cengkih adn bunga lawang. Lepa tu masukkan cili boh , tunggu pecah minyak a.k.a cili masak ..kang sakit perut pulak ...then masukkan kicap biasa, kicap pekat , kacau then campak asam keping, lada hitam, ketumbar dan jintan manis dan tak lupa kerisik. Kacau sampai mesra (bukan mesreee bob af2 ye) , buh garam & gula secukup rasa. Kemudian masukkanlah ciken yg kita dah goreng tadi. Kacau sebati.

Sedap dimakan bersama nasi putih or nasi impit.

p/s Plan 2nd day posa nak masak ikan siakap sweet & sour
posted by mama tinie @ 11:42 PM   5 comments
RAMADHAN

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan .
Bulan penuh hikmah dan keberkatan.
posted by mama tinie @ 9:49 PM   0 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER