Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Wednesday, June 13, 2007
Abah-updated
Abah semakin OK . Alhamdulillah . Tapi semalam mamatinie EL lagi . Mama galaskan tanggungjawab untuk jumpa doktor dan tanya condition abah . Kena jumpa sebelum jam 12. Petang kena hantar mama lagi . Baik aku EL . Kalau kerja pun nanti boss pandang sebelah mata. Punch in tp orgnya tak ada.

Jantung ? OK

Paru-paru ? OK

Perut ? Kena kurang makan. Abah overweight.

Kaki ? Ada infection (due to diabetis) so kena jaga wound.. Doktor nak bersihkan sel kulit mati pada luka abah. Sedang tunggu giliran.

Tulang? OK

Buah Pinggang ? Ada sedikit kerosakan due to infection pada kaki and diabetis. So kena jaga makan.

Kenapa abah semput? Abah overweight. Sebab tu dia semput. Kena jaga makan. Bukan sebab paru-paru. Paru-paru abah ok tak berair. Kata doktor. Alhamdulillah. Tapi abah suka mandi malam. So sekarang kena pantau abah jgn bagi dia mandi malam kerap sgt.

Kesimpulan : Abah kena jaga makan . jaga makan dan jaga makan . Luka pada kaki kena sentiasa bersih. Hari ini adik ketip kuku abah . Mamatinie sapu ubat pada luka abah. Harap cepat lah kering.

Petang mamatinie balik sekejap untuk fetch mama, doktor sudah hantar abah ke OT untuk bersihkan luka kaki abah. Kaki abah berbalut.

Petang sapu ubat pada infection abah lagi. Cepatlah sembuh ! cepatlah sembuh !Tinie macam biasa lari-lari pusing keliling wad. Ayah tinie kejar tinie kesana ke mari. Macam rumah sendiri.

GH sekarang tak macam dulu. Kalau dulu silap sikit kena tengking. Kena marah. Sekarang tidak lagi. Abah boleh gurau senda dengan doktor, nurse dan ketua jururawat. Nurse sekarang muda-muda, comel –comel. Siapa yg bujang tu kalau sakit boleh cepat sembuh ehe.

Sebelum ke kelas 2 abah ditempatkan di kelas 3. Tapi nurse dan doktor di sana sangat prihatin . Bila abah ke kelas 2 diorang siap sedih-sedih lagi. Sebab diorang dah tak dapat jaga abah. Kontra betul daripada persepsi layanan kelas 3 dulu. Sister di wad kelas 2 siap pesan pada abah. Kalau nurse buat hal tak mahu layan abah report pada dia. Tau lah apa dia nak buat. Tapi diorang OK . Masa abah check jantung, abah tertidur di kerusi . Diorang tak kejut abah . Sorong terus kerusi abah duduk sampai masuk wad. Bagus betul lah staff wad N25 ni. Sabar jugak diorang layan karenah abah. Abah sejak sakit ni barannya makin menjadi. Jadi memang kena sabar banyak-banyak. Asyik nak marah saja. Mungkin sebab abah tak dapat terima hakikat dia diabetic.

Apa-apa pun semoga abah cepat sembuh.

Labels:

posted by mama tinie @ 7:28 PM   2 comments
Sunday, June 10, 2007
Minggu yg macam-macam
Minggu lepas macam –macam jadi pada mamatinie..

Hari Isnin mamatinie memang bercuti sebab adik ipar bertunang.. meriah sungguh ..(nanti upload gambar)

Hari Selasa pula ambil EL sebab cousin mamatinie meninggal. Sedih sebab dia meninggal bersalin , tinggal 3 anak 11 tahun, 9 tahun dan baby (baby tu selamat). And dia harapan keluarga, Dr Ir. And HOD of company. Tp itu lah Allah lebih menyayangi dia.

Hari Rabu , mamatinie pergi office macam biasa . So settlekan apa-apa yg patut.

Hari Khamis , mamatinie cirit –birit . Ambik MC. Siksa sungguh .

Hari Jumaat , ambik EL lagi ..abah mamatinie masuk hospital . Abah memang ada diabetic tp abah masuk ni sebab semput. Bila doktor periksa jantung abah lemah .. tp allhamdulillah sekarang abah dah stabil . tp masih di wad untuk rawatan lanjut.

So minggu ni mamatinie akan berkejar ke sana ke mari sebab nak ikutkan jadual lawatan abah . Baby tinie kan nenek yg jaga so bila nenek nak pergi hospital terpaksa lah mamatinie berkejar balik rumah jaga Tinie . Nasib baik office dekat dgn rumah . And mamatinie dah jumpa dgn boss explain dalam seminggu ni mamatinie akan hilang sekejap sekejap untuk balik rumah . Nasib baik boss understanding. So hopefully abah cepat sembuh dan keluar hospital.

Labels:

posted by mama tinie @ 6:55 PM   2 comments
Thursday, January 04, 2007
HAKU HAKHIT HIHI
First sekali aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2007. Azam baru? Biarlah aku simpan utk diri aku sendiri . Terlalu peribadi utk aku ceritakan . Cewah . Azam aku sangat simple tp sgt susah utk di capai .. kira life time punya azam lah ... bawak sampai ke mati eheh (clue lagi kekekek). Azam yg lain yg aku boleh bgtahu .. aku nak belajar kraf tangan ke masak ke buat cupacakes ke (teruja tgk cupcakes yg arena beli) yg boleh aku jual kat kawan-kawan boleh tambah pendapatan. Konon laaaa.. but wish me luck muehhehe.. lg satu nak kuruskan badan .. tp ni dah banyak tahun dah gagal muahahha...

Tahun Baru kali ini aku sambut dengan penuh kepayahan dan kesakitan. Nak tahu kenapa? Aku sakit GIGI. Huwaaaaa... I really hate it. Sebab … AKU TAKUT PERGI DENTIST !.. cakap lah aku pengecut ke apa ke … aku tak kisah but aku paaaaaaallliinngggggg tak suka pegi dentist.. aku sanggup sakit beranak dari pergi dentist.. huwah (till to that extend..haa hambik ko) …

First day sakit gigi – malam raya … sanggup tahan lagi tu .. nak gi dentist pon tak boleh ..dah tutup … aku sakit sebelah malam .. tak pe boleh tahan lagi 3-4 hari sampai klinik bukak ni .. too bz helping mama pergi pasar beli ayam, sayur bla-bla –bla… nak raya laaa katekan …so tidak le terasa sangat denyutan gigi ku itu..

Second day sakit gigi – Mula berdenyut kat pipi .. getting worse ..mula selongkar kotak ubat (my “compilation” of ubat-ubatan ) – jumpa ubat tahan sakit (actually for my period pain – blasahhh je labu..sebijik? tak cukup …2 bijik baru legaa..Makan? blasah jugak .. tapi aku makan tanpa perasaan..kira-kanan –kiri-kanan masuk gol…sedap ke? (makcik aku tanya) …ntah ..blasah makan je hahhahah

Third Day – Lagi teruk …berdenyut sampai bahu aku sengal..kepala aku sakit .. telinga aku bengang … mula nak marah semua orang.. gi dentist..tak bukak lagi … cepat laa bukak klinik ni … pleaseeee (eh bukan aku takut gi dentist ke ?) …gi farmasi cakap kat budak farmasi .. carikkan akak ubat tahan sakit gigi yg paling kawww sekali … … makan sabijik lega terus.. . kalau aku tau awal-awal lagi aku dah carik ubat ni ..

Fourth day – klinik bukak … mak oi berdebar betul lah .. seumur hidup tak pernah cabut gigi lagi ni (gigi susu takyah kira lah ) ..dulu masa kecik2 pakcik aku ikat gigi aku dgn tali then dia sentap je .. terel tak ) . Gi ngan hubby … nyampes betullah hubby nie.. org dah le berdebor-debor nie.. dia gi takut-takutkan aku .. debik baru tawwww.. tunggu punya tunggu sampai jugak giliran aku .. check sana check sini ..ketuk2 gigi aku ... kak ... gigi akak nie kuat lg ( tak ada lubang sebenarnya.. tapi sebab tampalan tu dah terlalu lama.. kita makan makanan panas-sejuk-panas-sejuk so effect kat saraf.. so megikut explaination doktor aku ada 2 options :-

i) Cabut gigi – kos RM 60.00 – pro. : murah cons : oleh sebab susunan gigi aku atas bawah rapat .. kalau cabut geraham besar aku ni gigi geraham atas yg partner dgn gigi aku yg hilang tu akan turun sedikit (coz takda penahan) .. so makanan akan berkumpul di situ .. lama-lama boleh berlubang ..utk elakkan benda tu terjadi kena buat breech which is gigi bersebelahan dgn yg dicabut tu akan dipotong sikit sebelah kiri sikit sebelah kanan sikit jadilah satu gigi ...lekat lah in between dua gigi tu .. sebelah potong dah RM700, 2 gigi dah RM1,400.00 mahal beb.. lagi satu aku memang TAKUT cabut gigi (admit je lah)

ii) Buat root canal (which is tampalan lama dia bukak , letak/cucuk ubat kat saraf bg mati .. gigi tu mati then tampal dgn special simen so tak da lah rasa sakit tu ) – kos RM500.00 (3 sesi rawatan)- pro : gigi tu dapatlah di selamatkan . gigi tu akan remain kt situ takyah cabut ,tak de lah lohong kat situ and tak effect gigi atas. Cons : mahal, mahal, mahal ...gigi tu tak akan sekuat gigi yg hidup so kena hati-hati if terserpih kena buat crowning (atas gigi di tampal dgn benda yg keras ) duiiitttt laaagiii..and even tak cabut still sakit jugak buat root canal tu ( aku tanya org yg pernah buat laa) .. aku bleh tanya kt doktor tu .. dik , I have stoopid question ...sakit tak buat root canal ni .. dengan sengih-sengih dia kata alaa kak dah cucuk bius dia buat apa pun tak rasa pa pe kak .. yolahhh ekau doktor mestilah ekau cakap mcm tu.


So pikiaq punya pikiaq aku try second option, mahal sikit lah tp aku sayang gigi aku lagipun mcm tak syok je nak ngunyah kalau tak ada geraham besar tu ..aku kan kuat makan muahahhahaa.. insyaallah bila dah dapat bonus bln 6 (KALAU ada laaa) aku buat crowning terus.. boh warna emas ke silver fuhh bersinar-sinar. So wish me good luck. Hopefully aku tak sepak doktor tu masa dia buat kerja … uhhh berdebor nak tunggu Selasa ni . Btw aku bukak wiki so mcm ni lah depa akan buat kat gigi aku tu ...

Btw.. u all cabut tak wisdom tooth (gigi bongsu) ? Kalau dia tumbuh vertical kena cabut kan? Adoiiii lah ..



Root canal (Rawatan akar gigi)

Crowning

Labels:

posted by mama tinie @ 11:46 PM   3 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER