Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Wednesday, June 13, 2007
Abah-updated
Abah semakin OK . Alhamdulillah . Tapi semalam mamatinie EL lagi . Mama galaskan tanggungjawab untuk jumpa doktor dan tanya condition abah . Kena jumpa sebelum jam 12. Petang kena hantar mama lagi . Baik aku EL . Kalau kerja pun nanti boss pandang sebelah mata. Punch in tp orgnya tak ada.

Jantung ? OK

Paru-paru ? OK

Perut ? Kena kurang makan. Abah overweight.

Kaki ? Ada infection (due to diabetis) so kena jaga wound.. Doktor nak bersihkan sel kulit mati pada luka abah. Sedang tunggu giliran.

Tulang? OK

Buah Pinggang ? Ada sedikit kerosakan due to infection pada kaki and diabetis. So kena jaga makan.

Kenapa abah semput? Abah overweight. Sebab tu dia semput. Kena jaga makan. Bukan sebab paru-paru. Paru-paru abah ok tak berair. Kata doktor. Alhamdulillah. Tapi abah suka mandi malam. So sekarang kena pantau abah jgn bagi dia mandi malam kerap sgt.

Kesimpulan : Abah kena jaga makan . jaga makan dan jaga makan . Luka pada kaki kena sentiasa bersih. Hari ini adik ketip kuku abah . Mamatinie sapu ubat pada luka abah. Harap cepat lah kering.

Petang mamatinie balik sekejap untuk fetch mama, doktor sudah hantar abah ke OT untuk bersihkan luka kaki abah. Kaki abah berbalut.

Petang sapu ubat pada infection abah lagi. Cepatlah sembuh ! cepatlah sembuh !Tinie macam biasa lari-lari pusing keliling wad. Ayah tinie kejar tinie kesana ke mari. Macam rumah sendiri.

GH sekarang tak macam dulu. Kalau dulu silap sikit kena tengking. Kena marah. Sekarang tidak lagi. Abah boleh gurau senda dengan doktor, nurse dan ketua jururawat. Nurse sekarang muda-muda, comel –comel. Siapa yg bujang tu kalau sakit boleh cepat sembuh ehe.

Sebelum ke kelas 2 abah ditempatkan di kelas 3. Tapi nurse dan doktor di sana sangat prihatin . Bila abah ke kelas 2 diorang siap sedih-sedih lagi. Sebab diorang dah tak dapat jaga abah. Kontra betul daripada persepsi layanan kelas 3 dulu. Sister di wad kelas 2 siap pesan pada abah. Kalau nurse buat hal tak mahu layan abah report pada dia. Tau lah apa dia nak buat. Tapi diorang OK . Masa abah check jantung, abah tertidur di kerusi . Diorang tak kejut abah . Sorong terus kerusi abah duduk sampai masuk wad. Bagus betul lah staff wad N25 ni. Sabar jugak diorang layan karenah abah. Abah sejak sakit ni barannya makin menjadi. Jadi memang kena sabar banyak-banyak. Asyik nak marah saja. Mungkin sebab abah tak dapat terima hakikat dia diabetic.

Apa-apa pun semoga abah cepat sembuh.

Labels:

posted by mama tinie @ 7:28 PM  
2 Comments:
  • At 1:10 AM, Blogger Arena said…

    Babe, bapak aku diabetic, dan hyper tension plus ada heart condition sikit. Tapi he is in good shape, makan ubat, exercise dan yang penting jaga makan. Nasi sekali sehari jek, air manis, almost never dah. Eliminate air manis, memang banyak kesannya pada sugar level. Yelah diorang ni mesti nak makan nasik gak kan.. so makan jelah nasik tapi no air manis.. kalau rajen beli beras yang herba pony tu less starchy.. tapi bapak aku tak suke.. dia rather makan nasi sekali sehari jek daripada makan nasi beras herba pony tu.. anyway kena banyak2 sabar jaga orang tua ni.. jangan sampai dia rasa diaorang membebankan nanti dia kecik hati.. u take care too ok.. aku mc ni kat rumah asthma sket..

     
  • At 1:59 AM, Blogger mama tinie said…

    itu lah memang kena jaga makan . bila tgk schedule makanan bapak aku ..fuh almost semua tak boleh .. kalau kita yg tak diabetic ni ikut pon boleh kurus. so far everything under control and abah aku pun dah discaj . Alhamdulillah.

     
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER