Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Sunday, July 29, 2007
Sana-sini
Jari-jari ligat memintal tali telefon ..sedang menunggu suara dari seberang sana. Yang beribu-ribu batu jauhnya.

Hmmphhhh…lambat sungguh masa berlalu..bila lah kita boleh bertentang mata

Yup…bila kita tunggu sesuatu memang macam tu .. semuanya jadi lambat ” sambung suara yang jauh itu

Tali telefon di pintal –pintal lagi ..

Saya tak cantik …gemuk … banyak jerawat …tak apa ke?” saja menduga sinis

Saya rambut panjang sampai pinggang ....selekeh..suka pakai selipar jepun OK?” jawab dia tak mahu kalah

Kita ni gila kan ? Mesra tapi belum bertentang mata..rapat tapi jauh

Hmmphhh” jawab dia.

Dia yang pendiam..selalunya di sini yang perlu memulakan kata.

Insyaallah, kalau jodoh kita ada..ada lah .. kalau rasa tak serasi kita kawan saja ..ok? Orang kata dari mata turun ke hati .. lepas berjumpa baru tahu rasa.. masa itu kita sama-sama buat keputusan” di sini memberi cadangan.

OK” jawab di seberang sana macam biasa.

Sayang awak“ di sini mengusik

Sama jugak“ jawab sana lembut



Fast foward.

Fast forward lagi ..

Dan lagi ..

.......

......


Dalam LRT ..

Hati di sini berdebar-debar ..

Betulkah tindakan aku? Getus hati

Kalau tak suka? Tanya hati lagi

Kalau mata tak turun ke hati ? Tanya hati lagi sekali

Diamlah hati !

Dup..dup..dup..debar jantung ganti senyap hati





Ramainya manusia..

Yang mana satu ni..

Kaki melangkah lagi ... dan lagi .. dan lagi ..

Dup...

Dup....

Dup...

D

u

p

.
.

Eh..

Di sana..

Sana tu ..

Itu ..


Si rambut panjang sampai pinggang..

Di sana yang ku dengar suaranya ...

Beribu-ribu batu di balik dunia...

Di depan mata..

Dia pandang dari jauh ..

Menguntum senyuman...

Yang di sini pun senyum juga..

Kemudian..

Yang lain-lain menjadi sejarah..


Saya sayang awak..kata di sini

Sayang awak juga... kata di sana
posted by mama tinie @ 9:45 PM   3 comments
Friday, July 27, 2007
Budak kecik biru yang cheeky




After months of searching..akhirnya jumpa jugak mamatinie dengan budak kecik nie..


Susah sangat nak carik budak kecik ni .. jenuh mencarinya.. dari satu tempat ke satu tempat ..


Typical answer would be ...tak ada


Or worst .. apekenamanya kak??


Dia lah penawar hati duka lara si kecik Tinie..


Nasib tak baik in between sobbing sebab merajuk etc dia akan jerit out loud...




Nak tengok POCOOOYOOOOOOO....







If Im lucky enough ...Pocoyo is on air at that moment..


If not.. apa lagi sambung nangis lah ...


So mamatinie verrryyy veerryyy happyyy one .. because at last mamatinie managed to find Pocoyo Series. New arrival kot. And I bought the whole series (total 4 CDs 6 series each) . Plus harganya sangat lah berpatutan . Siapa yang senasib dengan mamatinie boleh cuba cari di Speedy , Juso W. Maju or Speedy berdekatan. Masa mamatinie beli pun dah tak banyak yang available.


So last night ..si kecik Tinie tidur lambat sebab tengok Pocoyo hehhehe..


Seronok tengok Pocoyo bergurau dan bermain dengan Pato (si itik yg moody ), Ula (anjing yang manja), Elly (gajah pink yang mesra), sleepy bird (bird yang manjang tido) dan anak nya baby bird (anak burung yang sangat cargas) . Si kecik Tinie hafal character-character dalam series ni!


From Wiki..


Pocoyo is a pre-school animated cartoon series about a young boy who dresses in blue and who is full of curiosity. Viewers are encouraged to recognize situations that Pocoyo is in, and things that are going on with or around him. The series is made by Zinkia Entertainment, and distributed by Granada International.


Excerpt from Pocoyo official blog ..pocoyo pun ada blog!


Pocoyo Series telah memenangi banyak award. Antaranya :


Best episode in a series International Animation Animacore 2005

Best Television Programme Festival International De Animacion Animadrid 2005

TV Series for Infants Cartoons & Best European Programme on the bay Pulcinella Awards 2006, Festival Internazional Dell' Animazion Televisa

Most voted cartoon Cartoons on the bay Rai Ragazzi 2006 Festival Internazional Dell' Animazion Televisa



Semoga Tinie sentiasa ceria dan bijak macam Pocoyo.

posted by mama tinie @ 1:14 AM   0 comments
Tuesday, July 24, 2007
Definition of "China Bone"
Excerpt from email i received regarding of "china bone".

Untuk renungan bersama. Inilah salah satu penerangan yang lebih lagi tentang Bone ChinaKepada Semua Saudara Islam,Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudaraSemua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnyaFine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar Dan dihancurkan menjadi serbuk Dan diadun menjadi 'clay?. Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma IA Menggunakan 'bahan? Telarang untuk mengantikan tanah liat.
Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbagsa Cina. Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia meminta kami merujuk perkataan 'bone? Di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman Dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud 'bone China?. China ? Maksudnya adalah pinggan mangkuk.

Menurut beliau, perkataan 'China? Dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermulaSewaktu zaman kapal dagangan di mana Negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-magkuk mereka. Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala 'bone China? ? Maksudnya adalah cups,plates,Etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind ofPorcelain. Jadi yang perlu diteliti disini adalah perkataan 'bone? Itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya.
Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnyalebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih Dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan 'babi? Sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka.Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut.
Walaubagaimana pun, pinggan-mangkuk dari sumber inidijual agak mahal berbanding porcelain biasa, mungkin bahan Dan prosesnya lebih rumit.Ia biasanya akan dipamerkan di atas rak-rak yang eksklusif. JadiKepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan-mangkuk untuk kegunaan kita seharian. Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada Kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian? Sebagai umat Islam saya rasa terancam Dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan stamp halal.
Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada Kita untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Gunakan lah tisu, untuk memengang pinggan tersebut sekiranya anda was-was Dan periksa labelnya terlebih dahulu. Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat.
p.s. - Untuk keterangan lanjut bagi perkataan "Bone China", sila lihat definasinya;
Bone China The ingredients of bone china are china clay, china stone, silica, alumina, alkalies, lime and bone ash. It is fired at high temperatures of 2300 to 2500 degrees Fahrenheit. In the best grades of English bone china 50% or more of the bodyconsists of refined bone ash prepared from specially selected animal bones which are reduced to a fine powder by heat. The bone is mixed with the finest china clays and highest quality Cornish stone. Specially skilled workers are needed in the manufacture of bone china and the best and most highly skilled in the world are found in the pottery district of England
************************************************************************************************
Thats the reason mamatinie cari dinner set selain dari "china bone" tu . Nak kena belek balik pinggan mangkuk kat rumah ni ..
posted by mama tinie @ 2:08 AM   0 comments
Monday, July 23, 2007
Jalan-kerja-jalan?
Sekarang ni Mamatinie tengah settlekan one of my favourite kerja in the office…

Window Shopping!

Percayalah ..its parts of kerja. Betul.. hehhehe

My company will organize our yearly golf tournament which will be held this early September.

As a committee. On of the assignment is looking for prizes. As per last year, the theme of the prizes is “FOR LADIES” which mean all the prizes adalah untuk wife-wife kat rumah yang bengang sbb hubby ada kat golf course during weekend heheheh.


So Im looking for the potential prizes for the VIPs, Medal A & Medal B. Total up almost 40 prizes mamatinie kena cari. Tu tak masuk novelties & lucky daw . The propose prizes by the committee are dinner set, tea set, barang kemas, branded handbags & purse, handphones, ladies watch, digital camera, voucher Habib Jewel, Sogo, JJ etc.

Since last Friday mamatinie bershopping tingkap sakan, taking
photos & request for quotations/price list and their payment term as well ..biasalah bila purchase under company banyaklah procedurnya. Sambil-sambil tu taking opportunities masuk high-class boutique yg aku tak mampu beli such as Gucci Boutique and drooling over their handbags. Mind you the cheapest price for a handbags is around 2k. Tu pun lepas offer!(last season punya handbag lah) So mamatinie tak dapat bayangkan macamana so called socialites spending their money for latest baju & handbags. Keychain dia pun dah RM700 heheheh.

Niat di hati nak masuk butik LV yang baru bukak tp sebab mamatinie punya attire that day punyalah “cantik” terpaksalah kensel niat tu. Mamatinie pakai selipar Jepun. Hahahhaha.. Tapi even though mamatinie pakai macam tu pun the sales girl kat so called designer labels layan mamatinie baik. Tak ada lah double standard. Cuma kat kedai Sony kat KLCC tu depa prefer layan mat Salleh & pak arab. Nak kena komplen ni ; )

As for dinner set & tea set we are having difficulties to find the suitable one (based on budget of course) sebab mostly pinggan mangkuk ni from china bone. Baru-baru ni mamatinie ada dapat e-mail tentang pinggan ada china bone ni diragui halal ke tidak sebab takut ada tulang khinzir. So to play safe, mamatinie cari lah yang tak da china bone. Hopefully the committee happy. 80% pinggan mangkuk yg brand terkenal ni ada china bone la pulak. Jenuh jugak nak mencari.



So dah 2-3 hari lah mamatinie habiskan masa jalan-jalan, shopping tingkap & cari makan kat departmental store. So this is our "side job" heheheh..

Secret Recepi Raspberry Cheese Cake

Secret Recepi Apple Kasturi Juice & Ice Lemon Tea

Cashew Nut Chicken & White Rice at Octopus

Milano Pan Cake & Ice Cream


I love my job : )

posted by mama tinie @ 8:19 PM   0 comments
Wednesday, July 18, 2007
Abah Updates
Abah mamatinie alhamdulillah dah discharge from hospital (dah dekat seminggu dah sebenarnya) . Tapi mamatinie nak jugak cerita pengalaman di hospital.

Frankly speaking this time abah lebih lemah compared to previous time dia hospitalised masa bulan 6 dulu. Mamatinie dan adik kena bergilir teman abah bermalam di hospital. Sebab takut abah jatuh kalau dia pergi bilik air sorang-sorang.


Seawal abah masuk bahagian kecemasan sebenarnya dah kena kuat semangat hehehe..Jenuh mamatinie berdoa masa teman abah duduk di bahagian kecemasan. Janganlah ada kes accident masa tu . Mau aku pengsan tengok darah masa tu juga. Tapi sempat jugalah tengok org mengaduh menjerit semua tu dan bagaimana the nurses. MA dan doctor laksanakan tugas. Nak gelak pun ada. Ada la sorang one girl ni rasanya form 4, form 5 gitu . Nangis2 pegang perut. So dah doktor check semua nak masuk ubat. Punyalah kuat menangis. Ingatkan kenapa . Rupanya takut jarum. Jenuh misi pujuk. Dalam hati mamatinie terdetik juga.. takpe dik yg ni sakit sikit je.. nanti dah kahwin beranak 100 kali sakitnya.

Abah mcm sebelum ni di masukkan di wad kelas 3 (transit wad) sebelum masuk ke wad sepatutnya dan lagi sekali layanan di sini sangat baik sampaikan abah tak nak tukar wad and in fact ada jugak for yang layak kelas 1 nak stay kat kelas 3 sebab layanan doktor dan nurse di HKL ni even kelas 3 baik sangat. Mesra, sabar cuma kadang-kadang patient je yg mengada dok wad kelas 3 nak dapat layanan mcm kelas 1. Aku pulak yg marah heheheh

Bayangkan lah 6 nurse nak kena jaga 30 patient sekaligus dan satu section tu (10 beds ) utk yg patient kritikal. Lepas tu dgn patient (pakcik-pakcik) yg degilnya. Ada yg panjat kerusi nak tukar channel tv lah , ada yg berborak tak nak tidur, ada atuk yg dah nyanyuk nak jd superman tanggal semua baju tinggal "pampers" je, ada yg dok sibuk cabut wayar sampai habis keluar ubat, ada yg sibuk tanya bila nak makan (masa tu 12.30 tgh mlm ok : ) memang respek ah dgn nurse seluruh dunia : )

Lagi satu hal .. bila bermalam di hospital memang kena kuat semangat. Memandangkan katil abah bersebelahan dengan section kritikal . Tiap malam ada je kematian. Malam yg mamatinie jaga abah ada 2 kematian (1 chinese , 1 melayu) . this old chinese koma dah lama . lepas tu baik (dah tanggal wayar bagai) so petang tu baru dia dapat mandi dan makan dgn anak-anak even di hospital. Malam tu dia "pergi". Sedih kan? So mamatinie pun kuat2 kan lah semangat. Tang dia angkat si mati tu yg tak tahan . Dibungkusnya kat deret katil abah mamatinie. Dlm tak tgk TER tengok juga hehehe.

Pada pakcik melayu yg meninggal, mamatinie sedekah al Fatihah. Bila beep machine pernafasan tu meriah semacam mamatinie dan patient yg lain pun berdebar sebab selalunya masa tu mesti ada patient tgh nazak. So memang malam mamatinie tak tidur langsung lah menjaga abah. Sebab meriah sungguh wad tu . Asal nak tido ada je patient ajak sembang . Ngalahkan murse pulak mamatinie ni. Patient kat sini "world" Myanmar ada, Filipino ada dan semua mesra belaka manjang ajak bersembang. Boring dok spital agaknya.

Bila mamatinie dapat pengalaman mcm ni . Bertambah lagi lah mamatinie tanam azam nak jaga abah dan mak sebaik yg mampu. Selagi mereka masih ada.
posted by mama tinie @ 8:16 PM   0 comments
Office Matters & Book I read
50% confirm that I will be transferd to Corporate Communication Dept. errr bukan ke thats the most "glamorous" department in the company.


If thats rumours turn out to be true , its a new exposure for me.


Need to brush up my communication skills.


Need to improve my Phua Chu Kang English. dont prayy prayy


Need to change my slobby selekeh outfit bilieve me


Need to diet ? - optional muahahahahahha


Whatever it is ...wish me luck.


Pindah mana-mana pun tak kisah . Nak cari rezeki ; )



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Other story ....


Mamatinie baru habis baca ni ...


Tak pandai nak buat comment kaaa.. ulasan kaaa..


Senang cerita .. something different ...tak boring ..and sometimes buat mamatinie sengih-sengih .. and yet buat kita termenung dan berfikir..




posted by mama tinie @ 7:53 PM   0 comments
Tuesday, July 10, 2007
Jangan seronok sangat
Itulah....

Orang tua-tua cakap ..

Jangan seronok-seronok sangat..

Nanti bersedih pulak...

So ..

Sekarang mamatinie tengah sedih...

Abah mamatinie warded balik ...

So Im in busy schedule ..

Be rite back ...
posted by mama tinie @ 5:51 PM   3 comments
Friday, July 06, 2007
Happy me..happy kancil
Sang kancil datang beramai -ramai mengadap duli yang maha mulia sultan firaun....

Mana firaun pakai sultan...

Cheh ....


In happy mood rite now ... yay!




No sweetie .. im not "bela" this kancil ..its illegal heh..
Indeed this kancil tua finally totally mine.. its not yours anymore maibank .. hah!





Feels like jumping-jumping rite now.. tutup satu lubang.. (hutang laaa)
(nope ..thats not me ..perut je mcm aku hahahahahha)

Labels:

posted by mama tinie @ 12:39 AM   0 comments
Sunday, July 01, 2007
Balik Kampung
This weekend mamatinie balik kampung Tanjung Malim bersempena schedule hubby pada weekend. Susah dapat hubby kerja shift , nak susun cuti punya lah payah. Tambahan pula si kecik Tinie asyik tersyayul panggil neneknya opah. Mean memang dah sampai masa nak balik kampung lah tu ..si kecik Tinie dah rindu pada opah.

Di kampung mamatinie berpeluang belajar masak dgn mak metua. Selalunya macam tu lah bila mamatinie menolong mak mertua kat dapur masa tu lah pun nak mamatinie dapat resepi istimewa dari mak mertua. So untuk kali ini mamatinie belajar masak Rendang tanpa santan. Memang berbeza rasa dan rupa. Mak mertua cekak pinggang dari belakang je .. sambil mak order .. ha tumis bawang .. ok bawang dah kuning tu.. masuk serai tu pulak .. haa rasakan garam gulanya.. berpeluh ketiak den hehehhehe... so balik kampung ni mamatinie happy sangat sebab bertambah resepi baru .

Tinie mcm biasa bila balik kampung bergayut lah dgn atuknya. Perangai golek-golek guling-guling masih ada. Bwak bersabar je lah .

Petang nya kami ke pasar lambak (pasar malam) cari getah rambut & hair accessories tinie. Rambut baby Tinie dah panjang lebih paras bahu so kenalah standby bekalan hair accessories sebab si Tinie kalau pakai kelip rabut ke apa pakai buang gitu. Lepas pakai campak ke mana-mana. Mamatinie selalu beli di tanjung malim ni esp di kedai RM2 lah RM5lah .. barangan di sini murah-murah dan banyak choice berbanding rate di KL . Tapi kali ini banyak yg tak cantik so hubby beli kelip rambut kosong, lekat sendiri bunga, pearl, manik pada sepit rambut tu . Nah! lebih murah dan tak dijual di kedai . Kreatif jugak laki aku hehehe ..

Selain dari itu aktiviti mamatinie di kampung belek-belek bunga mak mertua, jenguk-jenguk pokok sayuran mak mertua, lepak-lepak , golek-golek rehatkan badan dan otak . Best!
posted by mama tinie @ 9:12 PM   0 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER