Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Sunday, July 29, 2007
Sana-sini
Jari-jari ligat memintal tali telefon ..sedang menunggu suara dari seberang sana. Yang beribu-ribu batu jauhnya.
“Hmmphhhh…lambat sungguh masa berlalu..bila lah kita boleh bertentang mata”
“Yup…bila kita tunggu sesuatu memang macam tu .. semuanya jadi lambat ” sambung suara yang jauh itu
Tali telefon di pintal –pintal lagi ..
“ Saya tak cantik …gemuk … banyak jerawat …tak apa ke?” saja menduga sinis
“Saya rambut panjang sampai pinggang ....selekeh..suka pakai selipar jepun OK?” jawab dia tak mahu kalah
“ Kita ni gila kan ? Mesra tapi belum bertentang mata..rapat tapi jauh”
“Hmmphhh” jawab dia.
Dia yang pendiam..selalunya di sini yang perlu memulakan kata.
“ Insyaallah, kalau jodoh kita ada..ada lah .. kalau rasa tak serasi kita kawan saja ..ok? Orang kata dari mata turun ke hati .. lepas berjumpa baru tahu rasa.. masa itu kita sama-sama buat keputusan” di sini memberi cadangan.
“OK” jawab di seberang sana macam biasa.
“Sayang awak“ di sini mengusik
“Sama jugak“ jawab sana lembut
Fast foward.
Fast forward lagi ..
Dan lagi ..
.......
......
Dalam LRT ..
Hati di sini berdebar-debar ..
Betulkah tindakan aku? Getus hati
Kalau tak suka? Tanya hati lagi
Kalau mata tak turun ke hati ? Tanya hati lagi sekali
Name: mama tinie Home: kolompo, muslim, Malaysia About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!) See my complete profile
Macam tahu jek citer ni?? Eheheh aku tak bleh nak imagine rambut Rul panjang la..dok nengok pendek jek. :D