Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Sunday, July 01, 2007
Balik Kampung
This weekend mamatinie balik kampung Tanjung Malim bersempena schedule hubby pada weekend. Susah dapat hubby kerja shift , nak susun cuti punya lah payah. Tambahan pula si kecik Tinie asyik tersyayul panggil neneknya opah. Mean memang dah sampai masa nak balik kampung lah tu ..si kecik Tinie dah rindu pada opah.
Di kampung mamatinie berpeluang belajar masak dgn mak metua. Selalunya macam tu lah bila mamatinie menolong mak mertua kat dapur masa tu lah pun nak mamatinie dapat resepi istimewa dari mak mertua. So untuk kali ini mamatinie belajar masak Rendang tanpa santan. Memang berbeza rasa dan rupa. Mak mertua cekak pinggang dari belakang je .. sambil mak order .. ha tumis bawang .. ok bawang dah kuning tu.. masuk serai tu pulak .. haa rasakan garam gulanya.. berpeluh ketiak den hehehhehe... so balik kampung ni mamatinie happy sangat sebab bertambah resepi baru .
Tinie mcm biasa bila balik kampung bergayut lah dgn atuknya. Perangai golek-golek guling-guling masih ada. Bwak bersabar je lah .
Petang nya kami ke pasar lambak (pasar malam) cari getah rambut & hair accessories tinie. Rambut baby Tinie dah panjang lebih paras bahu so kenalah standby bekalan hair accessories sebab si Tinie kalau pakai kelip rabut ke apa pakai buang gitu. Lepas pakai campak ke mana-mana. Mamatinie selalu beli di tanjung malim ni esp di kedai RM2 lah RM5lah .. barangan di sini murah-murah dan banyak choice berbanding rate di KL . Tapi kali ini banyak yg tak cantik so hubby beli kelip rambut kosong, lekat sendiri bunga, pearl, manik pada sepit rambut tu . Nah! lebih murah dan tak dijual di kedai . Kreatif jugak laki aku hehehe ..
Selain dari itu aktiviti mamatinie di kampung belek-belek bunga mak mertua, jenguk-jenguk pokok sayuran mak mertua, lepak-lepak , golek-golek rehatkan badan dan otak . Best!
Name: mama tinie Home: kolompo, muslim, Malaysia About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!) See my complete profile