Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Wednesday, June 27, 2007
Seribu rasa
Aku benci bila perang dingin berlaku …

Aku pandang dia ..rasa janggal ..

Dia pandang aku ..rasa janggal ..

Semuanya rasa janggal ..

Tapi aku tak akan minta maaf .. mahupun memaafkan ..

Biar lah ...

*******************************************************

Si kecil Tinie kebelakangan ini asyik nak mengamuk saja ...

Panas hati ...

Tak dapat ikut ayah .. mengamuk

Tak dapat ikut ma.. mengamuk ..

Tak dapat apa yang dia hendak.. mengamuk

Tidur malam ..tiba-tiba.. mengamuk ..

Sampai tahap meronta..tendang-tendang..golek-golek ..

Petang ini..

Perlu jumpa umi..

Biar umi belai-belai rambut tinie sambil lafaz ayat suci ..cium dahi ..cium pipi

Selalunya berkesan ..moga lembut hati

Insyaallah ...

************************************************************

Semalam si kecik Tinie teman mamatinie di dapur

Mamatinie hendak masak nasi ..

Tonggeng-tonggeng mamatinie ambil beras bawah meja freezer kecik

Dia nampak beras ..minta mamatinie beras untuk main

Mamatinie tak bagi

Apalagi ..

Meronta-ronta, golek-golek, tendang-tendang..

Nenek tinie keluar bilik tanya kenapa ?

Mamatinie cakap si kecik Tinie nak main dengan beras

Nenek Tinie kata .. biarlah .. bagi dia sikit..

Mamatinie keliru ..

Beras itu kan makanan .. kena hormat .. bukan untuk permainan?

Mamatinie biar si kecik Tinie ronta-ronta, golek-golek, tendang-tendang

Biar si kecik Tinie belajar sesuatu ..

Tegas sangat kah mamatinie ?
posted by mama tinie @ 12:52 AM   4 comments
Wednesday, June 20, 2007
Risik , Meminang dan Tunang
Hari ini mamatinie uploadkan gambar pertunangan adik ipar mamatinie. Kalau yang sebelum ini adik ipar yg bongsu , yang ini atas pada yang bongsu lah. Actually di buat minggu sebelum abah mamatinie masuk hospital Sekarang baru lah berkesempatan nak upload gambarnya. Meriah . Mengalahkan masa mamatinie bertunang dulu : )



Adik yang seorang ini lain sikit. Walaupun lelaki tapi sebab dia duduk dengan mak so tak naklah menyusahkan mak mertua mamatinie ni. Jadi dia dan tunangnya buat persediaan rapi dari beli barang hantaran sampailah ke alas dulang. Bunga-bunga, bakul, riben dan hiasan yang kecik cenonet semua mereka dah belikan so mak mertua mamatinie tak perlu susah payah sangat. Malahan dia yang menyiapkan keras tangan buat hantaran bagai . Salute betul dengan adik ipar mamatinie sorang ni. Ini sebahagian dari hantarannya .
Tema pink putih untuk pihak perempuan. Alat solek and handbag.

Towel. Comel sangat. Katil dan bantal .

Jelli. Dari kakak ipar mamatinie untuk adiknya.

Wang hantaran

Hadiah mamatinie untuk adik ipar. Mamatinie beli coklat ni di MIHAS Exhibition

Perfume dan bahan penjagaan kulit

Rombongan pihak lelaki. Tinie buat spoil betul. Perjalanan ke rumah pihak perempuan 10 mins saja tapi sampai je tinie bantai tidur . Mamatinie kena tunggu dalam kereta sampai majlis selesai. Sabo je le.

Bakal bapa mertua (if im not mistaken)

Bakal ibu mertua sarung cincin pada bakal "mak teh"

Cium tangan bakal ibu mertua. Ketaq woo..

Acara makan-makan. Khemah disediakan. Lauk kampung. Ada sambal petai lagi. Sedap banget

Hantaran dari pihak lelaki

Deretan hantaran dari pihak perempuan. Tema merah putih. Ada lah dekat 20++ balasan hantarannya. Jenuh menyusun dalam kereta :)

Semoga pertunangan kekal sampai perkahwinan. Apa lagi ...time to kumpul duit sakan untuk kenduri kahwin pulak :)

Labels:

posted by mama tinie @ 12:44 AM   0 comments
Tuesday, June 19, 2007
Macam-macam entry
Abah dah discharge from ward. Alhamdulillah.

Hari Jumaat lepas . After office macam biasa mamatinie angkut mama and tinie ke wad N25. Bila kami naik ke tingkat 5, tengok abah dah siap berkemas. Rupanya dah boleh keluar pada hari itu juga. Bersalaman lah kami dgn “ward mate” abah. Dan balik rumah dengan gumbiranya.

So malam tu mama dan mamatinie sibuk mengatur tempat tidur abah. Kami ubah tempat tidur abah, instead of di bilik kami letak katil di area makan . Sebab dekat dengan bilik air dan kami senang nak tengok abah. Takut abah jatuh je..hipo ke..

Abah seronok sangat sebab dapat balik rumah. So mamatinie macam biasa teruskan rutin bersihkan kudis/luka dan sapu ubat. Alhamdulillah infectionnya dah makin baik. Ubat punyalah banyak. Macam-macam bentuk ada. Mamatinie siapkan 3 bekas kecik tulis pada penutup pagi, tghri,malam. .So tiap-tiap malam mamatinie siapkan ubat (ada yg kena kerat pil tu ikut sukatan) dan masukkan siap-siap. Maklumlah mak mamatinie pun dah kurang nampak. Nanti salah pulak bagi ubat pada abah.

Niat di hati nak masak nasi ayam nak celebrate abah keluar wad dan fathers day tapi mama ingatkan abah kena pantang makan. .Kesian lah pulak. Kalau mamatinie masak pun abah tengok je kitorang makan. Kensel.

Hari Isnin adik hantar abah ke klinik berdekatan untuk cuci ulcer diabetic tu and mamatinie dapat lah ke normail routine.. Kerja macam biasa.

Hari ini mamatinie bawa abah berjumpa pakar kulit di klinik dermatologis, GH. Punyalah ramai orang. Jenuh juga tolak abah dgn kerusi roda sebab kawasan hospital tu turun naik berbukit and mamatinie tak familiar dgn kawasan hospital. Dekat ½ hari juga menunggu. Alhamdulillah infection pada betis abah dah berkurangan. Tapi doktor explained infection tu masih ada. So next week on the same date kena datang lagi.

Other updates .

Tempat kerja mamatinie tengah sibuk nak restructure. So ada staff yang akan tukar department, boss, superior etc. Mamatinie tak sure akan di tukarkan ke department mana.. Mamatinie cuma harapkan dapat boss yg ok, staff yg satu kepala and takde perasaan hasad dengki. Itu dah cukup pada mamatinie untuk selesa berkerja. Mungkin end of August baru semua list tu settle. So mamatinie just wait and see.

Mamatinie dah dapat balik kereta kancil cenonet sebab adik mamatinie dah beli kereta baru so panjanglah sikit kaki nak kemana-mana tak ada lah harapkan orang saja. Cik abang pun dah mula fikir nak “bikin” itu ini kat Kancil tu. Tapi bila kewangan mengizinkanlah. Mamatinie sayang sangat kereta buruk nan satu ni sebab banyak sangat jasanya pada keluarga kami. First car lah katakan. Walaupun rupanya kurang tp masih power gitu. Nanti bila dah cat baru nanti hensem lah balik kereta mamatinie tu hik hik. Kalau tak ada aral nak settlekan terus balance loan kereta ni. Harap cukup lah budget mamatinie. Insyaallah.

Thanks to Arena and Dr. Abizar (my ex-classmate) atas tips penjagaan utk penyakit diabetic and diabetic wound. And thanks to all readers yang wish dan doakan abah mamatinie agar cepat sembuh. Really appreciate it.

Labels: , ,

posted by mama tinie @ 2:31 AM   0 comments
Wednesday, June 13, 2007
Abah-updated
Abah semakin OK . Alhamdulillah . Tapi semalam mamatinie EL lagi . Mama galaskan tanggungjawab untuk jumpa doktor dan tanya condition abah . Kena jumpa sebelum jam 12. Petang kena hantar mama lagi . Baik aku EL . Kalau kerja pun nanti boss pandang sebelah mata. Punch in tp orgnya tak ada.

Jantung ? OK

Paru-paru ? OK

Perut ? Kena kurang makan. Abah overweight.

Kaki ? Ada infection (due to diabetis) so kena jaga wound.. Doktor nak bersihkan sel kulit mati pada luka abah. Sedang tunggu giliran.

Tulang? OK

Buah Pinggang ? Ada sedikit kerosakan due to infection pada kaki and diabetis. So kena jaga makan.

Kenapa abah semput? Abah overweight. Sebab tu dia semput. Kena jaga makan. Bukan sebab paru-paru. Paru-paru abah ok tak berair. Kata doktor. Alhamdulillah. Tapi abah suka mandi malam. So sekarang kena pantau abah jgn bagi dia mandi malam kerap sgt.

Kesimpulan : Abah kena jaga makan . jaga makan dan jaga makan . Luka pada kaki kena sentiasa bersih. Hari ini adik ketip kuku abah . Mamatinie sapu ubat pada luka abah. Harap cepat lah kering.

Petang mamatinie balik sekejap untuk fetch mama, doktor sudah hantar abah ke OT untuk bersihkan luka kaki abah. Kaki abah berbalut.

Petang sapu ubat pada infection abah lagi. Cepatlah sembuh ! cepatlah sembuh !Tinie macam biasa lari-lari pusing keliling wad. Ayah tinie kejar tinie kesana ke mari. Macam rumah sendiri.

GH sekarang tak macam dulu. Kalau dulu silap sikit kena tengking. Kena marah. Sekarang tidak lagi. Abah boleh gurau senda dengan doktor, nurse dan ketua jururawat. Nurse sekarang muda-muda, comel –comel. Siapa yg bujang tu kalau sakit boleh cepat sembuh ehe.

Sebelum ke kelas 2 abah ditempatkan di kelas 3. Tapi nurse dan doktor di sana sangat prihatin . Bila abah ke kelas 2 diorang siap sedih-sedih lagi. Sebab diorang dah tak dapat jaga abah. Kontra betul daripada persepsi layanan kelas 3 dulu. Sister di wad kelas 2 siap pesan pada abah. Kalau nurse buat hal tak mahu layan abah report pada dia. Tau lah apa dia nak buat. Tapi diorang OK . Masa abah check jantung, abah tertidur di kerusi . Diorang tak kejut abah . Sorong terus kerusi abah duduk sampai masuk wad. Bagus betul lah staff wad N25 ni. Sabar jugak diorang layan karenah abah. Abah sejak sakit ni barannya makin menjadi. Jadi memang kena sabar banyak-banyak. Asyik nak marah saja. Mungkin sebab abah tak dapat terima hakikat dia diabetic.

Apa-apa pun semoga abah cepat sembuh.

Labels:

posted by mama tinie @ 7:28 PM   2 comments
Sunday, June 10, 2007
Minggu yg macam-macam
Minggu lepas macam –macam jadi pada mamatinie..

Hari Isnin mamatinie memang bercuti sebab adik ipar bertunang.. meriah sungguh ..(nanti upload gambar)

Hari Selasa pula ambil EL sebab cousin mamatinie meninggal. Sedih sebab dia meninggal bersalin , tinggal 3 anak 11 tahun, 9 tahun dan baby (baby tu selamat). And dia harapan keluarga, Dr Ir. And HOD of company. Tp itu lah Allah lebih menyayangi dia.

Hari Rabu , mamatinie pergi office macam biasa . So settlekan apa-apa yg patut.

Hari Khamis , mamatinie cirit –birit . Ambik MC. Siksa sungguh .

Hari Jumaat , ambik EL lagi ..abah mamatinie masuk hospital . Abah memang ada diabetic tp abah masuk ni sebab semput. Bila doktor periksa jantung abah lemah .. tp allhamdulillah sekarang abah dah stabil . tp masih di wad untuk rawatan lanjut.

So minggu ni mamatinie akan berkejar ke sana ke mari sebab nak ikutkan jadual lawatan abah . Baby tinie kan nenek yg jaga so bila nenek nak pergi hospital terpaksa lah mamatinie berkejar balik rumah jaga Tinie . Nasib baik office dekat dgn rumah . And mamatinie dah jumpa dgn boss explain dalam seminggu ni mamatinie akan hilang sekejap sekejap untuk balik rumah . Nasib baik boss understanding. So hopefully abah cepat sembuh dan keluar hospital.

Labels:

posted by mama tinie @ 6:55 PM   2 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER