Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Tuesday, March 27, 2007
Cakes & Wedding
This weekend mcm biasa mamatinie tidak ke mana ..spend time dgn babytinie saja. Bulan depan 2 minggu outstation so saja spend time main and gaduh-gaduh dgn dia for the whole day. Sambil2 tu cuba juga resepi baru. Sepanjang hidup tak pernah buat kek . Nie lah first time. Dulu time raya buat cupcakes comel tu pon pakai adunan yg dah memang siap tu. Tu pun mama yg buatkan kita tolong bakar saja.
Ini lah hasilnya. Mamatinie panggil kek ni kek coklat moist precint 9 . Sebab keknya jadi senget macam tanah runtuh kat putrajaya tu. Tak tau lah kenapa. Mungkin oven ni tak rata bakarnya. Untuk tutup kecacatan tu , aku letak coklat banyak hahahah main tipu sket.
Cupcakes. Tapi susahlah pakai cupcakes aluminium ni. Bila nak makan melekat pada kek kena kopek bit by bit.. leceh. Cupcakes kertas better.

Coklat kek precint 9 . Senget sebenarnya ni.

Hari Ahad , ada jemputan di Putrajaya, wedding cousin (jauh) so mamatinie bersesat barat dgn mama, abah and babytinie ke putrajaya since adik and hubby tak dapat nak attend. Lama tak drive jauh kekok juga lah awalnya. Tp on the way balik dah mcm pelesit dah heheheh..

Wedding then yang tgh fofular sekarang.. tradisional . Pelamin cantik ..macam rose petals.

Pengantin ..serba merah


Baby tinie yang moncong..

posted by mama tinie @ 5:36 PM   2 comments
Monday, March 19, 2007
Mari meminang si anak dara
Last week mamatinie ke Johor menyertai rombongan peminangan adik ipar yg bongsu. Alhamdulillah perjalanan sangat lah smooth sampai kami sampai terlalu awal daripada yang dijangka. Masa kami datang pihak perempuan baru nak tumis gulai . Kelam kabut dibuatnya heheh tapi dlm perbincangan pihak perempuan kata tak kisah pukul berapa pun nak datang...haa ambik ko .. sebelum subuh kitorang sampai .ahaks (tak lah we all sampai dkt tghari gitu acah je ) .

Barulah aku tau banyak noooo parit kt Johor ni ye.. macam nama jalan gitu .. parit bengkok parit lurus segala macam parit lah . Tak bawak baby tinie sebab kami plan nak balik hari je.. takut kepenatan dan meragam so bab tinie kena tinggal dgn nenek. So enjoy the pics.


Sebahagian daripada hantaran. Coklat ni hadiah utk adik ipar.. mak mamatinie yg buat ..kalau aku yg buat alamatnya coklat masuk dlm perut har har


Buah -buahan , selebihnya kakak ipar yg buatkan. Ibu mertua tak berapa sihat so kakak ipar tunggal yg uruskan hantaran. Konsep pihak lelaki , biru dan silver.


Kek fondane (betul ke?) sebab perjalanan jauh , tu pon dah saspen sebab renda pada kek tu krim biasa.. dah cair dah tu sebenarnya. Teringat peristiwa mamatinie bertunang dulu. Sadis sungguh, kek tunang dr pihak lelaki jatuh kelepek betul-betul depan rumah mamatinie. Masa tu tengah bersalaman dgn pihak mamatinie. Langsung mak metua takdak mood. Tapi lepas tu dapat kek ganti. Bila rombongan utk adik yg sorang ni semua orang berebut TAK NAK bawak kek. takut peristiwa lama berulang kembali hehee..

Ini anak buah mamatinie, Fahmie. Cik abang kita ni kena tinggal sebab kena chicken pox, tp sebenarnya adik beradiknya yg lain pun kena tinggal juga sebab nanti tak adil . Mak budak ni je ikut rombongan.


Sementara menunggu pihak perempuan bersiap sedia. Lama jugalah menunggu nye sampai dah tahap julur kaki bersenang lenang mengalahkan rumah sendiri hehehe..


Sesi perbincangan tentang hantaran, tempoh pertunangan etc. Susah jugak ye jadi jurucakap ni. Along (abg ipar sulung) dipertanggungjawabkan utk menjadi org tengah.
Sebahagian hantaran pihak perempuan. Yang ini unik sikit. Kuih cakar ayam dibentuk mcm sarang burung. Tulur puyuh rebus di tengah. First time tengok hantaran sebegini. Orang johor biasa buat macam ni eh?
Mamatinie dan kakak ipar berbisik sesama sendiri. Apsal pak su dapat duit hantaran ni? Rupanya kain pelikat dlm kotak. Ku ingatkan album duit har har har




Bunga rampai. Semua hantaran disediakan oleh bakal pengantin perempuan sendiri. Ok lah tu banding dgn mamatinie yang keras tangan ihihihihih...







Labels:

posted by mama tinie @ 10:12 PM   0 comments
Masak-Masak
Previous post ada mentioned yang niat nak cuba resepi baru tapi tak ada loyang bakar kan ? On the way ke rumah kakak ipar di Semenyih , sempat singgah pasaraya kat sana yang banyak sungguh barang murah-murah, sempat lah beli loyang kuih bagai tu. Berpatutan jugak lah harga nya . So ini lah projek aku .

Aku ni suka benor browse internet cari resepi yang mudah-mudah. So jumpa lah dalam forum .cari resepi ni. Kalau tak silap "Cracker Nisya" nama tokehnye Nisya if Im not mistaken. BIla cuba cari balik dah tak jumpa dah resepi nih tak tau kenapa. Oleh kerana oven cenonet yang pinjam dari mak aku ni dah rosak pulak "api atas" nya. So the cheese turned out to be not as expected. Patutnya jadi golden brown. Tapi nanti bakar banyak kali rentung pulak lah benda ni kan . Senang sangat membuatnya. Aku bagi resepi :

CRACKER NISYA (dari forum.cari)
Bahan :
Biskut lemak (4 segi tu laaa)
Susu Segar
Minced Meat
Bawang putih - 1 biji di mayang halus
Bawang Merah - 1 biji dimayang halus
Kentang - Optional
Carrot - Optional
Telur - 2 biji dipukul
Grated Cheese

Caranya :
Utk minced meat ada 2 cara . (Western style or Malaysian style)

Western Style
-Tumis bawang putih & bawang merah sampai wangi
-Masukkan minced meat dan kacau
- Masukkan air sedikit . Biar sampai daging empuk
-Dah empuk, masukkan sikit lada sulah or lada hitam (ikut suka) dan sayur (optional)
-Garam secukup rasa

Malaysian Style
- Buat mcm inti karipap (daging, kentang & rempah kari)

- Then, siapkan loyang bakar
- Susun biskut lemak pada loyang bakar, letak susu sedikit (setakat basahkan biskut tu
- Then lapiskan pula dgn daging yg dimasak tadi
-Selang selikan biskut dan daging sampai secukupnya, jgn penuh sgt nanti overflow pulak bila bakar
-Atas sekali (aku prefer atas sekali tu biskut , nmpk cantik), taburkan grated cheese secukupnya & telur yg telah dipukul
-Bakar 10 mins or sampai cheese jd golden brown.
-Siap, makan panas-panas..yummie....

Updates :
Terdapat juga version lain utk cracker ini. Boleh dirujuk pada resepidiana.blogspot.com .Resepi Murtabak Cracker. Selamat mencuba!




Cracker Nisya

Labels:

posted by mama tinie @ 6:07 PM   0 comments
Tuesday, March 06, 2007
Berangan
Pic taken from www.inmagine.com

Kenapa ye lately ni mamatinie selalu berangan lepak-lepak duduk rumah sambil buat cupcakes with babytinie. Sambil tambah pendapatan dgn jual cupcakes boleh spend more time dgn baby tinie sambil layan astro. Lepas tu cupcakes mamatinie laku sangat sampai dapat pendapatan juta-juta. Lepas tu mamatinie boleh beli BMW 5 series untuk diri sendiri, hubby, mak , abah mak metua, pak metua. Lepas tu boleh pegi SPA kuruskan badan , licinkan muka. Beli baju branded ke gi houte couture ke.. beli beli DVD siries CSI , CSI VEgas, CSI Miami segala mala CSI ..Prison Break, Grey Anatomi, satu kedailah mamatinie borong (Ori okayy) .. belikan baju babytinie yg lawa-lawa dan branded-branded .. beli rumah atas tanah kat area kolompo.. vacation satu donia..buat rumah org tua dan anak yatim .. alangkah indahnyaaa hehheheheheeh
posted by mama tinie @ 8:24 PM   0 comments
Sunday, March 04, 2007
Kisah Apam Balik
Jumaat lepas mamatinie pergi pasar malam .

Sibuk tengok itu ini

Beli itu ini

Sambil fikir nak makan apa hari ini

Nasi lemak ekonomi? Bihun Goreng? Soto? Ayam Percik? Oh...apam balik

Singgah di gerai apam balik

Tiga Seringgit harganya

Orang tua itu

Merenung penuh selera

Dengan mata bercahaya dia bertanya ..

"Nak...sedap nampaknya apam balik ini.."

"Berapa harganya"

"3 seringgit pakcik" , jawab budak jual kuih

"Seringgit?..huh..mahalnya..lantas berlalu pergi "

Aku baru perasan, dia manjinjit plastik berisi tin-tin kosong

Berapa agaknya tin kosong yg perlu dikutip untuk mendapat seringgit?

Hati sayu tiba-tiba

Aku tak ada selera hendak makan apam balik yg aku beli ini..
posted by mama tinie @ 9:54 PM   0 comments
Weekend
Nothing special this weekend. Bangun awal sebab hubby off hari sabtu . Siapkan sarapan. Today mau masak nasi lemak. Tenggek nasi. Sekali tengok cili kering dah habis. Aiseyyy potong stim betul. Udah mamatinie kena bersiap pergi ke pasar tani. Hubby dan baby tinie pon dah jaga. Udahnya si tinie dah bertenggek kat kaki nak ikut juga. Angkut dgn hubby dgn baby tinie ke pasar tani. Suruh hubby tunggu dlm kereta dgn tinie. Mamatinie berlari beli cili kering. Ye lah tu cili kering. Last-last terbeli udang, sayur, ikan etc. alang-alang baik beli utk lunch and besok punya breakfast and lunch hari ahad. Biasalah perempuan pikir ke hadapan gitu hehehe..

Bergegas masak nasik lemak sbb hari ni ada appointment dgn tukang rumah nak gantung gambar dan cermin kat rumah baru. Sementara tunggu cili utk sambal masak sambil mandikan tinie dan bacuh susu dan kemas beg . Ha ni baru multitasking. Cepat-cepat makan dan breakfast dan terus ke rumah baru. Jam, tempat kunci, cermin bilik air, door stopper, gambar hiasan, tmpt letak remote kipas suruh pak tukang pasang terus. Senang. Pukul 12.30 baru settle. Lunch nasi lemak pagi tadi masih byk lebih. Sambil tu masak utk dinner terus. Hari ini mamatinie masak ayam sambal siam. Resepi next entry.

Lepas tu layan si tinie tgk kartun sbb hubby dah selamat tido. Org kerja shift memang pantang cuti , kada' tidolah jawabnya.

Hari Ahad, hubby kerja. Siapkan breakfast. Hari ini masak kueh teow goreng. Tinie tak suka sebab lembik kot. Makan sikit sahaja. Niat nak masak resepi baru. Loyang bakar tak ada pulak. Kensel. Lunch tema seafood. Masak Sambal Udang dan kerang rebus. Dan hari ini marathon sepah-kemas-sepah kemas dgn tinie. Telur rebus tinie sudah sepah atas karpet nenek . Adeyy sabor je lah...kemas karpet dia bantai main beras pulak dalam bilik... isk lepas tu main badminton dgn tinie. Set mini je. yg mainan plastik tu ..umur tak sampai dua thn dah pandai main badminton gitu.. heheheh Gitu lah weekend saya.
posted by mama tinie @ 4:07 PM   1 comments
Thursday, March 01, 2007
Pening
mamatinie have to propose on types of gift/souvenirs for Pak Lah, Sultan, MB and Datuk Najib during one of the company's event will be held soon. We already participate this yearly event since 2000, aku dah pening apa nak bagi for this year. Need to find something grandeur but in reasonable price lah kan.

Pewter (mcm2 rupa dah tak ingat dah) - done

Chanting/Batik Drawing in frame - done ..(datin Rosnah sukee...)

Silver Keris - done ..(mamatinie dapat lima posen dr Paklah..tanya jugak kenapa.. Pak lah kata petua pendinding)

Silver Gong - done (chairman dah komplen...asik bg silver jer ..iskk)

Khat on glass -in frame - done. dah banyak kali dah

Wooden Khat - done . Dah

3D House (mcm miniature tu ) - dah

Rasa mcm nak cari : -

- Wooden rehal (nice one) , in glass box
- Lukisan - building? potrait kena check jugak sapa yg lukis..
- Pen ? Depa ni dah banyak pen kan .. one of the sultan ada pakai pen harga RM50k youuu...

Any idea. KEna thinking out of the box sikit..selain dr yg di atas...mcm laaa ramai yg visit blog ni ;p
posted by mama tinie @ 8:19 PM   0 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER