Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Thursday, August 24, 2006
Cuti -cuti ke PD
Yay! Just back from PD. Spend 3d2n with family was awesome! Syokk siulll..Ringan je kepala otak ni cewah….

Memandangkan budget yg ada pun cenonet. After some researched & comparison here & there it was decided that we’ll spend our time at Glory Beach Resort. Adikku yg cerdik pandai itu telah mengambil cuti during school holiday therefore the rate was “upgraded” almost 30%. Duhh…

After packed all our things yg mcm nak pindah rumah. (Biasalah kalau dah mak ikut kan..siap periuk nasik bagai) Off we went to PD dgn berkobar-kobarnya. Arrived around 1 pm . Settled the check in matters since manusia punyalah ramai. Berangkut pulak barang-barang naik ke room. Nasib baik laa aku dgn eksyennya tanya room facing laut ke tak.. dgn segera diorang tukar room aku eventhough already remind them “ nak yg facing laut tau dik”masa aku booking dulu. .Kalau aku tak tanya sah diorang bg aku room yg tak best. Keji tau..

Lepaked and lunched (tapau punya laaa…) till 4 pm menu : nasi impit, sambal ikan bilis, fried chicken drummet & wings , apa lagi angkut tinie mandi kat swimming pool leee.. (mak yg sexcited sebenarnya hahahaha) . Baby tinie really enjoyed in the swimming pool. Ramai kawan-kawan sebaya. Baby tinie seronok mak pun tumpang seronok. Lepas puas mandi-manda ayah bawak baby tinie jalan-jalan dkt beach pulak. Unfortunately, kami tak dapat nak mandi di area situ sbb kotor dgn minyak dan sisa pembangunan (ada resort baru naik) di kawasan tu so we decided utk jalan-jalan & taking photos.

Malamnye pula after Baby Tinie tidur, me & hubby tgk “ Cowboy & Apachee Fire Show”di swimming pool area . Kira OK lah show tu. Sempena cuti sekolah the show will be held everyday, so memang meriah lah dgn aktiviti kat resort ni. Lepas tu me & hubby lepak di Kokomo Beach Bar tgk makcik2 masuk karaoke contest sambil minum teh tarik RM3 per cup . Mostly yg ada malam tu makcik2 gomen yg bercuti so paham-paham je laaa..

Besoknye pagi-pagi lg (sampai tak sempat mandi pg hehehe) me & family went to Teluk Kemang. Mandi di sana sajalah . Pantai pun bersih sikit compared to area resort tu. Baby tinie main pasir , me & hubby bercanda di pasiran pantai muahahaha. Acah je.. actually mak & ayah tukar-tukar shift jaga baby tinie main pasir hehehhe..tp frust jugak atuk tinie tak nak turun laut. Actually thats the objective kami ke PD ni. Untuk bawa atuk tinie ke pantai and cuci luka di kakinya itu (due to diabetes). Tapi nak buat macamana perangai org tua. Sabar je laaa.. Balik awal sbb hari pun nak hujan. Kami naik je pantai hujan pon turun. Petang nya lg sekali turun swimming pool. And as usual mak ayah tinie yg lebih-lebih berendam hahhaha..

Malam tu kami decide nak cari foods for dinner (tapau again) since baby tinie by 7.30pm dah tidur dgn lenanya. Hubby bawa ke Kemang again and singgah di Pee Dee Seafood. Main singgah je bukan tau sedap tak sedap. Malang bg kami masakkannya sedap tp bahan yg digunakan dah lama. Eg kueh tiau dah hapak, ayam tak fresh, sayur dah kecut haruslah sakit perut nanti. Kami bayar yg makan yg bungkus kami buat –buat terlupa. Tak payah leee jual kalau ayam pon dah nak busuk. Macamana laa dioarang meniaga ni. Ramai pulak yg makan. Hairan sungguh. Decide pergi tmpt lain & order baru. Nasib baik masakannya OK .

Besoknya just lepak-lepak di room sambil enjoy the scenery from balcony saja since sebelum tu hujan rebut petir bagai. Packed our things, having breakfast and check out dgn segera since hubby have to go to work that night (shift malam) .

Sekian saja cerita holiday saya.

Photos will upload later sebab server bangang sket
posted by mama tinie @ 1:50 AM   4 comments
Wednesday, August 16, 2006
Bunga

Jasmine/Melur

Kingdom: Plantae
Division: Magnoliophyta
Class:Magnoliopsida
Order:Lamiales
Family:Oleaceae
Genus:Jasminum
taken from :en.wikipedia.org

ylang-ylang/kenanga

Scientific classification
Kingdom:Plantae
Division: Magnoliophyta
Class: Magnoliopsida
Order: Magnoliales
Family: Annonaceae
Genus: Cananga
Species:C. odorata

Ini adalah 2 species bunga yang paling memberi makna mendalam pada aku. Kalau orang lain sibuk dengan roses, garbera dan carnation tp pada aku bunga yang paling cantik dalam hidup aku adalah melur dan kenanga.

Kenapa? kerana bila aku terpandang saja dua bunga ini aku akan teringat pada dua orang yang paling aku sayangi . Nenek (belah ibu ) dan nenek (belah abah). Bila aku tercium wangi melur, terus terbayang-bayang rambut panjang nenek (belah ibu) yang tak ada sehelai pun rambut putih di kepalanya walaupun sudah bercucu!.

Rumah kedua-dua nenek aku berdekatan hatta selang selorong sahaja. Masa itu aku dalam umur 5-6 tahun. Tiap minggu aku melawat rumah nenek (belah abah) memandangkan aku memang tinggal di rumah nenek (belah ibu) pada waktu itu.

Nenek (belah abah) memang tanam bunga melur dan kenanga. Dan setiap kali ke sana juga dia nenek (belah ibu) pasti tidak lupa memesan kutipkan bunga melur dan kenanga kegemarannya.

Bunga melur nenek akan semat di rambut . Bunga kenanga nenek tabur di katil besinya. Biar sampai kering. Kadangkala nenek racik daun pandan dan di campur dgn kenanga dan di percik air mawar. Nah, sudah siap potpurri nenek!. Aku paling suka duduk di tepi katil sambil tengok jam burung hantu (mata burung hantu ke kiri ke kanan) tunggu nenek bersiap. Nenek (belah ibu) manusia paling cermat pernah aku tengok. Balik kenduri seliparnya terus di ketuk-ketuk utk mengeluarkan kotoran sebelum di simpan di bawah katil. Baju terus di basuh, di jemur dan dilipat pada hari itu juga!. Bilik nenek wangi dgn bau melur dan kenanga.

Nenek (belah abah) suka mengait. Nenek sanggup kaitkan set cadar dan bantal utk setiap cucunya! "Kau pakai masa hari nikah, tambah manik kat cadar tu baru naik seri" pesan nenek. Masa itu aku tingkatan 3. Alhamdulillah hari nikah , aku pakai cadar kait yg nenek buatkan. Nenek (belah abah ) sentiasa ingatkan jgn lupa petik melur dan kenanga utk besannya. " Kau kutip kenanga yg kuning, barulah semerbak baunya"

Rindunyaaa aku pada mereka!

p/s nenek (belah ibu) meninggal waktu aku hendak mengambil UPSR, nenek (belah abah) meniggal waktu aku habis SPM.

posted by mama tinie @ 1:41 AM   4 comments
Thursday, August 10, 2006
Aku Jeles kat korang
Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia dapat. Aku ni mudah cemburu . Cemburu dgn kawan-kawan, orang sekeliling aku. Aku bagi contohlah ye betapa jelesnye aku kat korang-korang : -

1) Cemburu tengok org lain banyak duit nak beli rumah besar, kereta model terbaru, pakai baju cantik-cantik, beli barang semua branded gile. Mana dapat duit ye? Aku & family nak beli rumah flet pon terkial-kial nak bayar. Kereta nasional yg dok pakai sekarang nie pon merangkak nak bayar installment. Macamana mereka-mereka ini managed duit ye. Baju sehelai 3-4 ratus, lipstick sebatang almost RM200, kelengkapan rumah pon vas-vas u ols.. Jeles aku tau …Sentap!

2) Aku jeles tgk org badan slim melim, rajin work out, rajin gi Spa (duit lagi), rajin buat facial (pon duit) , rajin diet ( pon duit jugak Herba Life tu RM300++ for ½ mth isk ) , sanggup tak makan sebab nak jaga badan. Aku nak jugak tp factor kewangan dan kemalasan mengatasi segalanya. Tapi aku tetap jeles dgn korang!

3) Speak English fluently & full of confident siap ada accent bagai and write in English without grammar mistakes and ayat yg best-best belaka siap ada jargon bagai . Pada aku siapa yg paling bagus dpt biggest apportunity dlm pelbagai bidang especially dalam kerja ( career development) . Aku jeles!

4) For those yang boleh present and speak in public dgn penuh confident. Speak out loud dan meluahkan pendapat sendiri dan berhujah dgn penuh keyakinan. Aku jeles pada mereka-mereka ini!

5) Mereka yang pandai berniaga buat side business and kaut byk keuntungan dr pendapat sampingan ini. Jual insurans, MLM, jual susu awal lembu, jual baju bundle jual keropok. Etc Aku jual Avon pon tak lepas. Huwaaa…

6) Ada kemahiran macam menjahit, gubah bunga, tanam pokok bunga, buat artwork vast-vast yelah..benda yg creative – creative nie dan secara tak langsung dapat buat perkara no 5 . Jeless siak!

7) Orang yang paras rupa cantik , body cun sebabnya ada kajian mengatakan org yg cantik paras rupa ni ada kelebihan sebab berpotensi untuk berjaya dlm interview, menang pertandingan etc. Jeles nya!

8) Mereka-mereka yang cepat naik pangkat, dapat opportunity utk shows expertise, appreciate by boss/tokey, dipolish oleh superior kaw kaw , dapat keyakinan pegang big project. Uh jeles…

9) Berpeluang pergi oversea. tgk negeri orang , jalan-jalan etc. Caya tak korang aku tak pernah naik kapal torbang dah tua-tua bangka ni . Abis kuat gi Spore tu pon naik bas loncat. Sedih tau . Jeles gile kat korang.

10) Mereka yang terer bab technical eg engineers, orang-orang IT , mekanik kereta, tukang repair tv,peti ais, mesin basuh. Ni aku ni haaa..nak buat blog pon mintak tolong laki buat. Wahhh buta IT sungguh aku nih . Jeles tau !

11) Orang yang pandai bahasa asing eg bahasa jepun, perancis ke arab ke…bukan tak usaha , time skolah dulu jenuh belajar bahasa arab tp bangang jugak. Jeles kat korang lah!

12) Mereka yg pandai baca Quran dgn tajwid & makhraj yg sempurna siap tau bacaan halus , bacaan kasar/tegas? Ada special term dia la aku tak tau tu pon seb baik tgk Akedemik Al Quran (AQ) kat TV. Dan faham maksudnya sekali . Bukan baca translation laaa.. Kagum aku dgn mereka ini dan secara automatic aku jeles dgn mereka ini.

13) Menang peraduan juta-juta hengget, dapat pergi vacation best-best , dapat hadiah gila babas punya best., semua sponsored lah . Aku masuk peraduan jugak tp manjang tak dapat apa. Aku jeless gileee kat korang. Cisss.



Cukuplah banyak ni dulu . Nanti tahap kejelesan aku sampai tahap tepu kang masuk ICU pulak. Mesti org kata aku tak bersyukur. Aku bersyukur dgn apa yg aku ada. Alhamdulillah. Tapi aku tetap rasa jeles. Bila aku jeles aku akan cuba jd mcm mereka-mereka ini. Moga –moga masinnnnn laaaa jari aku yg taip benda jeles-meles ni aku jd cam mereka-mereka ini. Aminnnnn fuhh fuhhhhhh ….

Habis dah entry ngarut aku nih .
posted by mama tinie @ 2:19 AM   9 comments
Tuesday, August 08, 2006
WrappedUp
Apa nak update ye... I put it in point form lah senang ...(malas sebenarnya)

1) In process of buying an apartment . niat nak beli terrace, tp kat tgh bandar kolompo ni mane mampu. Yang termampu pun jauh dr rumah ma & abah , pikir punya pikir beli apartment dulu lah . sebab adik beradik dua org je kena lah pikir jugak siapa laaa yg nak jenguk-jenguk ma & abah kot sakit pening ke ape ke .. takper nanti rezeki lebih beli sebijik lagi (cewah). Hopefully the process goes smoothly. Pening jugak dibuatnya. Banyak procedures & documentation involved. Tak niat nak duduk cepat-cepat. Banyak benda yang perlu di selesaikan sebelum pindah ke rumah yg baru ni.

2) Bawak baby tinie ke aquaria . sebab dia suka sgt tgk fishes/sea creatures. Pergi weekdays sebab nak elakkan crowds. Ok laaa yg ramai budak-budak tadika buat rombongan. Went there with hubby, adik & ma. Adik dah janji nak belanja. Byk tempat dah renovate & species pon bertambah compared masa aku pergi masa baru bukak dulu. Ada kodok besar 2 tapak tangan. Macam tabung katak zaman dedulu je aku tengok kekekek. baby Tinie taknak turun jalan sendiri sebab takut tgk ikan besar nau . Aku dgn adik tengok ikan dok pikir buat masak masam manis la, stim laa, 3 rasa laaa kakakak.. and ada jugak kat area gelap-gelap )yg ada banyak seats) tu ada awek tudung and pakwe romen-romen kat situ ! (ya anak-anak mereka beromen di dalam aquaria..sungguh tidak senunuh. Hubby suruh budak guard dlm aquaria tegur depa . Bukan apa .. kan ramai nauuuu bebudak dalam ni .. ish malu laaa..belai sana belai sini ..ramai sana ramas sini .. gesel-gesel pp..pandang each other lovely sambil pegang pp cium bagai..IN Aquria.. ayoyooo...pakai tudung plak tu ..The trip kira ok laa .

3) Dapat mesej from member baik . Her family involved in horrified accident. Memandangkan masa dpt news tu on the way nak gi shopping. Gi melawat dulu . Alhamdulillah semuanya ok but the accident quite bad . Melibatkan pemandu mabuk . Kereta jgn cakaplah remuk teruk .Terpampang dlm semua papers sbb ada yg mati (not her family). Bila tgk benda mcm ni rasa seriau pula. Kita bawak kereta elok2 , org lain pulak hentam kita.

4) Memandang sekarang nie haze teruk juga kat area KL ni . Baby tinie kena batuk & selsema. Teruk juga . Taking EL sebab kesian sgt tgk dia. Kejap batuk, kejap muntah. Badan pun dah susut. Meragam je. Harap sgt baby tinie cepat baik .

Eh panjang jugak ye aku up date hehehhe...
posted by mama tinie @ 1:50 AM   2 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER