Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Sunday, May 28, 2006
Mari singgah Ganu - Vol. 2
HARI KELIMA

Duti mengikut shift yang disediakan . Bahagi kepada 2 kumpulan . Memandangkan tempoh waktu pameran sangat panjang. 10 pagi sehingga 10 malam. Takut ada yang mati keras kena berdiri 12 jam. Shift pagi . Layan warga Terengganu yang datang. Ramai juga memandangkan hari ini hari Jumaat. Di sini cuti hujung minggu pada hari jumaat dan sabtu. VIP yang datang hari ini SUK Terengganu. Ada lagi satu pelancaran produk tapi tidaklah sesibuk semalam. Lancarkan di booth sahaja. Sangat puas hati . Everything went smoothly. Sambil layan pengunjung sambil kenen-kenen dan bermesra dgn wartawan yang ada. Bukan apa senang bila saya nak buat event yg lain. Tak perlu susah-susah cari contact untuk buat coverage.

Saya berkesempatan bersarapan nasi dagang di kedai RM45 ( yang heboh fasal kepala ikan tongkol tu..sekarang memang orang panggil kedai tu KEDAI RM45 ) sebenranya ada hikmah kontroversi kepala tongkol . Kedai makcik ni sangat penuh. Kena beratur tunggu seat untuk makan di situ. Laku sungguh! Dan nasi dagangnya memang sedap . Dengan bau daun pisangnya. RM2 sebungkus.

Pemandangan pantai lagi (Photo courtesy of Azah)
Main entrance

HARI KEENAM

Jalankan tugas seperti biasa . Tiada VIP yang hadir. Saya shift petang. Jadi paginya saya lepak sahaja di hotel. Nak ke mana-mana transport tak ada . Nak jalan sendiri takut pulak tak tahu nak naik teksi di mana, bas di mana . Sebab tak familiar dengan area sana. Kalau dulu saya buat event di Kelantan sangat seronok. Pasar KB sepelaung sahaja dari tapak pameran. Tiap petang saya akan berjalan kaki ke Pasar KB. Masa itu “tudung bawal” baru popular. Setiap hari saya borong tudung sampai bangkrap hahaha..


Ramai bebudak sekolah yang datang



HARI KETUJUH

Shift pagi. Saya suka shift pagi sebab petangnya saya boleh melencong ke Pasar Payang (typical women hehehe) . Hari ini Wakil Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi datang melawat. Siapkan apa yang patut. Settle tugasan. Off we went to Pasar Payang. Borong lagi. Bangkrap lagi. Malamnya kami makan di Kuala Ibai berdekatan dengan Masjid Terapung. Saya paling suka makan keropok goreng di sini dan tempat ini sangat terkenal dengan jus durian belanda. Memang sedap!

HARI KELAPAN

Bertugas seperti biasa. Tiada apa yang menarik berlaku. Sekadar membeli produk jualan booth lain sebab selalunya masa ni harganya murah sedikit berbanding di kedai biasa. Hari –hari juga saya singgah di gerai yang tawarkan minuman free hehhehe.

Layang -layang ( Photo courtesy of Azah)



HARI KESEMBILAN

Hari ini Sultan Terengganu datang melawat. Kena buat persiapan kerana protokolnya berbeza. Perlu dapatkan persetujuan seketariat sebelum nak buat apa-apa. Di mana perlu di letak kain kuning. Apa yang patut apa yang tak patut. Perlu tahu. Yang lelaki bersongkok yang perempuan berbaju kurung. Bila persembah “souvenir” bila sultan sentuh sedikit sahaja maksudnya “diterima”. Ada pula ayat yang perlu di gunakan . Aduh banyaknya protokol. Sultan Terengganu sultan paling kacak pernah saya jumpa hehheheh..

Petang melepak di swimming pool. Tengok anak rakan sekerja main air. Rindunya pada baby tinie. Makin hari makin rindu. Saya bekalkan baju kaftan yang dah dipakai untuk baby tinie. Nenek tinie balutkan pada bantal peluk. Inilah pertama kali sejak lahirkan baby tinie berpisah lama begini. Rindunya!Last-last saya terjun juga dalam swimming pool. Lama tak berlatih berenang kekok di buatnya. Banyak kali juga saya “tenggelam” : )

Sultan yang hensem


HARI KESEPULUH

Menteri Besar Terangganu datang melawat. Seperti biasa saya perlu standby . Dato’ Seri rupanya kuat bergurau. Saya ambil gambar boss besar dgn MB tapi bergoyang-goyang sebab keras perut tahan gelak dgn gaya selamba dia. Sporting!

Hari ini bawa boss besar ke konti radio. Ada temuramah tentang syarikat di sana.

Eh sambung lagi lah nanti ...

posted by mama tinie @ 10:40 PM   0 comments
Tuesday, May 23, 2006
Mari singgah Ganu - Vol. 2
HARI PERTAMA

Selepas berhempas pulas menyiapkan tugasan, sudah sampai masanya kami berlepas ke Terengganu meninggalkan anak, isteri dan suami untuk ke perbatasan. Saya dan rakan sekerja bertolak agak lewat lebih kurang 3 petang memandangkan kami perlu memastikan segala peralatan dan barangan sudah di pindahkan dan bertolak dgn selamat. Kami mengambil keputusan untuk melalui lebuh raya pantai timur dan memintas di jalan jerangau-jabor utk mempercepatkan perjalanan.

Setibanya kami di laluan jerangau-jabor hari sudah senja dan fikiran saya yang bengong ini tiba-tiba teringat artikel di salah satu majalah tabloid yang menceritakan tentang gerai bunian yang selalu menggamit org luar yang melalui jalan itu. Geram sungguh hati saya , kenapalah saya boleh terfikir pada saat itu dan kami mengambil keputusan untuk tidak singgah di mana-mana gerai walaupun jika kami lapar tahap dewa sekalipun. Syukur pada tuhan kami selamat sampai di Kuala Terengganu jam 10 malam tanpa perlu singgah di mana-mana kedai makan sekalipun. Pencapaian yang mebanggakan bagi saya.hehe Selepas makan malam di restoran seafodd di Pantai Batu Buruk , kami pun terus ke hotel Permai Park Inn dan merehatkan badan.




Main entrance ke tapak pameran di area Pantai Batu buruk , di sini juga kami akan berkampung selama 15 hari (Photo courtesy of Azah)


HARI KEDUA

Memulakan tugasan yang perlu diselesaikan. Seawal pagi saya dan rakan sekerja sudah berada di tapak pameran menunggu ketibaan peralatan. Pada masa yang sama saya juga memeriksa booth yang di sediakan oleh kontraktor. Pada masa inilah saya menunjukkan keeksenan saya memastikan segala spesifikasi yang saya tetapkan dipenuhi. Saya akan memarahi mereka jika spesifikasi itu tidak dipenuhi kerana syarikat saya sudah membayarkan pada harga yang tingggi agar mereka untuk melaksanakan tugasan tersebut.

Selepas menyelesaikan segala tugasan barulah penat terasa. Tapi rasa lelah itu hilang serta merta bila saja terpandangkan pantai yg betul-betul bersebelahan dengan tapak pameran itu. seronok saya menikmati tiupan angin and bau air laut ..yang secara tidak langsung menunjukkan betapa “jakun” nye saya anak jati KL bila berjumpa pantai/laut/sungai dll. Namun begitu pantai ni tiada tempat mandi yang sesuai disebabkan bentuk pantai yg curam maka apa yang saya lakukan adalah duduk tepi pantai sambil makan sotong cucuk & ikan celup tepung dan mencuci atau kotorkan? mata melihat anak muda yang bertenet di situ.

Makan-makan sambil lepak menikmati pemandangan (Photo courtesy of Azah)

Syokkkk...cantikkan? (Photo courtesy of Azah)


HARI KETIGA

Suasana di tapak pameran masih sibuk utk buat final touch untuk booth masing-masing. Saya pula bagai pelari marathon berkejaran antara kawasan pameran dan kawasan pelancaran produk kerana pada keesokan harinya Perdana Menteri akan melancarkan produk syarikat saya. Memandangkan ramai boss besar akan muncul pada keesokan harinya saya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menjawab soalan –soalan yang patut dan tak patut dari mereka. Pukul 11 malam baru selesai segalanya. Malam itu kami makan malam di kawasan pantai juga. Ada bistro . Ada live performance . Seperti di jalan telawi bangsar layaknya dan kesekian kalinya saya makan sambil mencuci mata kerana yang datang makan di situ juga pakaiannya “canggih-canggih” belaka. Berubah sedikit persepsi saya tentang negeri Pantai Timur ini. Rupanya warga tempatan di sini “ moden” seperti di Kuala Lumpur juga.


Budak sekolah sedang berehat "ambil angin" (Photo courtesy of Azah)



HARI KEEMPAT ( HARI PEMBUKAAN)

Masanya sudah tiba ! Segala penat lelah saya dan rakan sekerja akan dibuktikan pada hari ini. Pagi-pagi kami dah tercongok di booth menantikan ketibaan boss-boss besar kami. Dan lagi sekali saya berlari-lari dari kawasan pameran dan pelancaran untuk memastika semuanya OK . Setelah memberi taklimat ringkas kepada boss besar tentang “flow” acara walaupon saya rasa saya tidak layak untuk memberi taklimat itu (saya telah meng overlap kuasa boss saya, tapi saya tidak mahu menjadi “scapegoat” jika apa-apa terjadi) maka boss besar pun berpuas hati ttg penjelasan saya.

PM sampai . Lancarkan produk. Dan Pak Lah mcm biasa mesra orangnya. Murah dgn senyuman. Alhamdulillah selesai walaupun ada problem masa Pak Lah tanda tangan pada smart display . Gabra juga . Tapi selepas tu segalanya berjalan dengan lancar. Petangnya lepas semua OK . Serahkan tugas pemantauan pada team mate.

Selepas itu apa lagi. Perempuan = Shopping. Huga- Huga dengan boss kecik ke pasar payang. Wah! Rambang mata saya. Semua kain batik saya nak beli. Harga sangatlah reasonable berbanding di KL . Adapon saya sudah membuat kajian harga semasa di Pesta Kraf di Jalan Conlay. Dan akhirnya setelah puas merayau di setiap kedai pasar paying saya sudah jatuh miskin RM 1k . Tapi hati belum puas. Ada hati nak singgah lagi! Petangnya rakan sekerja yang berkahwin dengan org Terengganu bawa singgah ke kedai jual kuih tempatan di Chendering. Banyak kuih Terengganu yang saya tak pernah jumpa ada di situ. Borong dan makan sambil duduk – duduk di tepi pantai sebelum kembali ke tapak pameran. Seronoknya! Penat jangan cerita tapi hati puas!

Pak Lah tgh sesi salam-salam . During another event , one of my collegue tersasul call "Pak Lah" instead of Dato Seri ... so during signing ceremony Pak Lah tulih besar-besar word " Pak Lah" bawah sign dia hehehhe sabo je la... .

Gambar pantai lagi. Apa la yang adik tu buat ye? Merenung pantai. (Photo courtesy of Azah)

posted by mama tinie @ 1:14 AM   2 comments
Monday, May 22, 2006
Mari singgah Ganu - Vol 1
Dalam entry kali ini mamatinie menggunakan ganti nama “saya”. Kenapa? Sukati aku lah blog aku muahahhaa...


Wah lamanya saya tidak meletakkan entry di dalam blog … sibuk sungguh saya ini , lebih sibuk dari perdana menteri lebih sibuk dari menteri jalan raya kita .. sebenrnya saya sibuk sangat dengan tugasan di terengganu .. tarikh acara tersebut pertengahan bulan april tapi persiapannya berbulan-bulan lamanya sebab melibatkan corporate event, press release, program susulan dan sebagainya sementelahan pula tempatnya jauh dari kuala lumpur maka banya perkara perlu diambil kira. ..memang pecah kepala dan demam-demam dibuatnya mengejarkan “garis mati” dan tugasan yang tak sudah .

Julung-julung kalinya pada tahun ini ketua saya menyerahkan bulat-bulat tugasan ini kepada saya. Maka saya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan 150% untuk memastikan tugasan selesai dan dapat mengkagumkan boss saya itu. Sebenarnya saya risau juga dengan tanggungjawab yang diberikan jika apa-apa yang terjadik bont** saya juga yang menerima padahnya maka saya berharap tiadalah kesilapan besar yang berlaku sepanjang tugasan ini di bawah tanggungjawab saya.


PRA – ACARA

Banyak perkara yang saya perlu selesaikan. Seawal tahun lepas (2005) saya sudah memulakan persediaan seperti tempahan penginapan, konsep booth dan sebagainya. Mana yang boleh diselesaikan saya usahakan kerana banyak tugasan yang akan menanti. Sebaik sahaja selesai taklimat rasmi daripada syarikat penaung, saya dan rakan sekerja akan selesaikan segala “requirement” yg diminta oleh “parent company”. Antara yang perlu diselesaikan ialah :

Menentukan MD, Chairman, CEO atau COO yang manakah yang patut menghadiri program yang disediakan oleh “parent company”. Memandangkan mereka berjawatan besar maka dengan rendah hati terpaksalah saya menyusun atur berdasarkan jadual mereka. Jika ikutkan hati saya hendak saja saya kerahkan mereka semua ke setiap acara , tak perlu saya rujuk setiap jadual mereka tapi apakan daya siapalah saya.

Menyediakan artikel yang berkaitan dan “press release” untuk produk yang bakal dilancarkan. Disamping itu saya juga perlu menyusun atur jadual wartawan dan krew TV untuk menemuramah boss besar di syarikat saya. Rupanya ada juga wartawan yang eksen dan tidak mengikut protokol pejabat. Temuramah big boss saya dengan baju tidak berbutang sehingga menampakkan dada. Sungguh tidak koporat mereka itu. Tapi kebanyakan yang saya jumpa baik-baik belaka. Saya juga perlu menyediakan “corporate kit” kepada parent company untuk digunakan di bahagian media.

Membuat persediaan untuk rekabentuk booth dan pentas pelancaran produk. Menentukan konsep dan menyediakan spesifikasi berdasarkan permintaan anak syarikat. Memandangkan produk kami canggih belaka maka saya terpaksa mengambil kira pelbagai sudut seperti lokasi “work station”, pengkabelan dan sebagainya. Memandangkan saya ini buta IT maka pening lalat juga saya dibuatnya. Terdapat juga persediaan sampingan yang lain seperti poster, brochure produk, souvenirs dan macam-macam lagi yang saya tak larat nak fikir dan tulis dlm ni ehhehhe.

Maka berhempas pulas saya dan rakan sepasukan menyelesaikan tugasan serta memenuhi “garis mati” yang ditetapkan sebelum kami berbondong-bondong berangkat ke terengganu.
posted by mama tinie @ 12:10 AM   0 comments
Sunday, May 21, 2006
Wish List

Live-Jennifer Lopez Eau de Parfume

A truly original fruity floral fragrance. Energetic Top: Pineapple, Italian Orange, Sicilian LemonSexy Heart: Red Currant, Peony, Spicy Violet AccordTasty Base: Musk, Vanilla, Sandalwood Sexy and Alive as the body moving to the music. A Sparkling Energy. A Subtle Sensuality. A Sexy Delight.


The body shop face & body brush


hmmmmm kena mula menabung nie.. orang semekin nak buek camno kono lah menabung kalau tak.. tak mampu dibueknyo.. hehehhehe

posted by mama tinie @ 11:11 PM   0 comments
Friday, May 19, 2006
Happy Birthday Fatini Aisyah

Lama sungguh mamatinie tak update blog nie...reasonnya satu je..MALAS..so banyak lah cerita-cerita yg outdated akan jadi entry dalam ni.. tp peduli apa nie kan blog aku hahahah...

Anak mamatinie genap setahun pada 07/04 yang lepas rasanya baru je mamatinie keluar spital kena C-sect nak keluarkan si kecik nie...then lepas tu 27/04 birthhday ayahnya pula..so memandangkan nie laaaaa first time nak sambut birthday baby tinie buat meriah sikit.. lepas nie maybe buat yang simple-simple je and just among family terdekat.

Persiapannya dishes yang simple-simple. Antaranya laksa and bihun sup..dan tak lupa makanan ringan lain yg budak-budak suka makan. Tapi ends up jd macam-macam hidangan sebab ramai pulak yang bermurah hati bawakkan kuih bagai. Alhamdulillah murah rezeki baby tinie. And tak lupa juga saya siapkan juga goodies untuk bebudak yang datang, buat simple game and hias serba-sedikit rumah ni.

Paling penting sekali baby tinie enjoy the party..ye lah ada sepupu sepapat and kawan-kawan sebaya yang datang. Bila dah bebudak berkumpul faham-faham je lah. Memang kecoh dibuatnya. Jenuh juga nak kontrol. Ada yang nangis, ada yang lompat kerusi ada yang gaduh ..fuh meriah..

So yang banyak pun gambar baby tinie yg mamatinie nak abadikan dlm blog ni. Enjoy....


Birthday cake..dah balik baru perasan ..org tu salah eja nama baby tinie..ceh



Antara tetamu yang hadir..meriah ..kecoh pun ada

Game "letak poket doraemon" ..kesian bebudak kena buli ngan mak budak..tp takpe depa enjoy ..ada lah sikit saguhati untuk participants..


Birthday girl ...org nak start party dia bantai tido ..nasib baik lah tak lama ehheehe..hairband rambu ramba tu tak sangka nak jugak dia pakai..berbaloi beli hiks..mcm pengantin anak mak nie


Macam puteri hang li po kan ?

Baby tinie with sepupu ..aiman..pandai nyanyi budak nie.. anak tatak! anak tatak! (anak katak actually hehehhe)

Baby tinie main bubbles.. sampai meleleh air liur ..punya seronok..habis baju glamer

Pukul 1 pagi mamatinie lukis gambar doraemon nie untuk buat game..bole lahh even atuk tinie komplain doraemon nie kurus sgt hehehe

Hadiah yang baby tinie dapat..terima kasih daun keladi ...

posted by mama tinie @ 2:09 AM   1 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER