Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Sunday, December 30, 2007
Donut J.Co
Alang- kepalang tgh free ni baik aku buat entry banyak-banyak (as mentioned in my previous entry). Lepas ni tak sure bila pulak dapat update blog. Bayang kan lah kadang tu nak pergi wee- wee pon tak sempat sbb bz sgt. Lagi pon ramai yg cuti sempena tahun baru ni . A bit relax la ..mamatinie tak cuti sebab nak cuti the following week. Cheq nak pi Sg Petani ada wedding.


Hari ni mamatinie nak cerita pasal Donut J.Co. My boss yang kenalkan donut J.Co. nie.. masa tu my dept nak buat " Open House" hari Raya. Beriye-iye benor lah memujuk mamatinie pergi ke Pavilion beli donut nie.. half hearted mamatinie ke sana ( sebab malas noo nak pergi ke area sana ..dgn jem bagai) sampai -sampai je Masyaallah punyalah beratur panjang manusia nak membeli donut ni.. almost 2 hours nie beratur ... beli dua dozen ..sambil beratur tu nampak lah pekerjanya tgh buat donut tu .. memang rasa donut tu berbeza lah compared tu yg brand donut yg sebelum ni (yg biasa kita beli tu) ada cheese donut, al-capone, green tea yg pelik2 lah .. lembut benor donutnya dan yang penting sekali tak berapa manis. So makan tak muak. Bit pricey compared to the other one dan kalau nak beli kena datang pagi sikit (weekdays) kurang crowded dan taak da lah beratur panjang. And yg kelakornya by the time second time pergi workers kat situ dah kenal muka dah .Siap tanya khabar lg (kira service OK lah tu ) Cuma tang order counter kena perbaiki sikit.. better dia letak 3-4 person ambik order compared to 2 staff je ... tu yg lembap tu.. customers pon satu hall kejap nak yg tu kejap nak yg nie tak jadi amik tu ini.. decide lee awal-awal ..saboo je le..




Masa ni tak crowded sgt..sbb pukul 10 pg




And selepas mamatinie browse di internet baru mamatinie tau its from Indonesia. Kagum lah tgk macamana dia penetrate market Malaysia. I wish Malaysian pon boleh buat bisnes macam nie .. jutawan dah rasanya tokeh donut nie.






Photo from narrowband.org

Tapi my previous boss ada bgtau mamatinie ada lagi satu donut named Krispi Kreme Donut (from US) more fluffier and crunchier dr J. Co . and ada jugak issue yang menyatakan J.Co nie tiru idea from Krispe Kreme.

Yang itu tak kisah lah cuma yang mamatinie fikir bila lah Malaysian business boleh jadi sucess macam ni.. Bayangkanlah kedai tak bukak lagi customer dah berderet beratur.Kalau ada usahawan Malaysia yg boleh challenge Donut J. Co nie lagi best.
posted by mama tinie @ 7:42 PM   0 comments
Office

Kat Malaysia pun mesti ada this kind of office culture kan? Tapi... kalau office mostly Malay or govt (Sorry) or senang cakap kat office Mamatinie ada staff (boss) yang macam nie.. datang kat cubicle mamatinie...duduk atas my table lepas tu belek-belek dekat my tray ..atas table...baca document segala bagai ... irritating kan? manager tu .. tak ada etchic langsung.. boss mamatinie pon tak buat macam tu .. lagi satu kalau jenis yang datang kat table.. tgk kat my PC and tanya buat apa tu ? ..macam Cik Mah -Cik Mah betul ..I'd prefer kalau tgh free sangat tu Mamatinie akan sit silently in my cubicle browse internet ke, update blog ke , blog hopping ke lagi bagus..
Alhamdulillah my officemate semua OK walaupon kadang2 ada gaduh2 jugak tapi sebab kerja .. lepas tu boleh minum kat caffe sama2 ... cuma lately mamatinie ada little bit problem dgn previous and current boss. Dua-dua fomfuan kan ... so nak kena jaga hati dua-dua pihak ...macam competition gitu (bila dedua fomfuan jd boss in 1 dept) ahkakkkkkk jugak yg tersepit kt tengah2 (even badan ahkak semangat giteww). Tapi tak pe lah janji keje jalan..
posted by mama tinie @ 7:23 PM   1 comments
Khasiat Peluk Isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. ``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.


Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah. .




Tapi kan ... cik abe saya ehem suka jugak ehem peluk saya... tp mamatinie makin lama makin sihat jee badan nie...


Sindrom metabolisma terbalik nie heheheheheheheh


P/S nak minta Cik abe beli game lompat-lompat atas tikar (mat) hehehehehehe
posted by mama tinie @ 6:11 PM   0 comments
Saturday, December 29, 2007
Lega.....
Lama mamatinie tak update blog sbb bz bebeno. Nak sambut tahun baru ni banyak perkara yg mamatinie perlu settlekan .. dan baru semalam baru selesai corporate annual dinner company. Alhamdullillah segalanya berjalan dgn lancar ..small hiccups tu memang ada lah but thats beyond our control. Seronok mamatinie bila tengok staff really enjoy the nite. Memang jenuh bergelak ketawa malam semalam. Thanks Adibah Noor and Shamsul. You really did a superb job. Suspen juga sbb a day before Kak Dib demam panas. Mana pulak aku nak cari pengganti . Dan Cik Mah -Cik Mah kat office pun belum lg komen apa2. Tapi tak tau lah bila mamatinie masuk office nanti kot ada yg tak puas hati . Tp feedback mereka pun penting juga untuk jadi panduan for next year ...

There will be another corporate dinner untuk meraikan client plus re-branding matters (for company and 2 major products) plus company's nesw letter plus another our yearly corporate event. Itu semua berderet-deret dari January till April so.... wish me luck...for my personal matters pulak there will be my one and only sistah's wedding and adik ipar's wedding ... wahhhhhh banyaknya benda !


Harap semuanya berjalan dgn lancar. Insyaallah
posted by mama tinie @ 4:00 AM   0 comments
Monday, December 10, 2007
tiada apa


Dia tinggal jejak

Tapi aku sudah lupa rupanya

Buat aku senyum
posted by mama tinie @ 8:42 PM   0 comments
Tuesday, December 04, 2007
Tinie at McDonald

Kisah satu waktu dahulu ... tak ingat bilah tah ... belek2 digicam ..abadikan dalam blog lah ..

Pagi-pagi mamatinie & hubby dah menebeng kat McD . Sedap jugak pancake dia.. ke mamatinie tgh lapar ke tak tahu lah pulak.. ada pulak kid section kat situ ... so apa lagi seronok lah si cenonet tu ..



Laju jugak anak mak nie main gelongsor ... first time mamatinie biar dia main sendiri.. selalunya tak berani sebab tinggi.. tapi yg ada kat sini just nice utk ketinggian dia ... so tgk dr jauh lah ...bia dia jatuh tu buat-but tak nampak je lah hehehehe...



Dah nak dektat tghari tak nak balik-balik ... last-last kenaheret angkut dia balik .... sabooo je lahhhh ... lain kali datang sini bila mak free ok ... nak rush-rush jenuh pulak nak heret balik lagi ...
posted by mama tinie @ 7:52 PM   0 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER