Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Wednesday, February 21, 2007
Tahniah ayobkelubi
Tahniah diucapkan kepada Abdul Alip @ayobkelubi kerana selamat dikurniakan cahaya mata perempuan semalam. Perjalanan yang ditempuhi oleh kawan mamatinie seorang ini penuh dgn dugaan dan cabaran tapi berkat ketabahan dan kesabaran beliau tanpa kenal putus asa akhirnya berbalas jua oleh tuhan yang maha esa. Alhamdulillah.

posted by mama tinie @ 8:48 PM   0 comments
Wednesday, February 14, 2007
Perkara bodoh yang pernah kau buat
Sometimes kita buat sesuatu tanpa fikir. Ikut suka dan rasa. Hari berganti hari , kita makin dewasa dan mula fikir bodohnya aku buat benda ni .. pada aku ..perkara-perkara ini lah yang mendewasakan kita.. kalau elok bolehlah diamalkan ..mana yang negatif elok lah di tinggalkan .. dak gitu ? Antara perkara bangang yang aku pernah buat (pengakuan berani mati la ni hhehehe) dan aku regret sangat :

1.Mamatinie dulu chatters tegar .. waktu muda rumaja trang tang tang mamatinie ada kenal baik dengan 2-3 chatters from Pasir Gudang . Kenal in terms of kenal tapi tak pernah jumpa . Mereka ni satu office. Yang mamatinie kamcing sangat ni mamatinie anggap sister angkat in cyber lah (ada ke term ni). Lama sembang we all janji lah nak jumpa. Ajak pergi gigs katanya.(Arena ingat tak gigs kat Sunway?) Dulu memang lah minat this kind of genre. Minat koRN lagi hahah..Alaaa muda rumaja la katakan. So janji punya janji rupanya kakak yg mamatinie kenal selama ini adalah lelaki. Dari jauh memang la macam perempuan sbb rambut panjang.. rupanya jantan. Terpedaya jugak sebab dia minta kawan baik dia (perempuan )sembang dgn mamatinie dalam phone. Innocent sungguh mamatinie masa tu . Dan mamatinie setuju pergi gigs with this guy and friends (dlm 4-5 org).

Mistakes : Not supposed to go somewhere ALONE and with STRANGERS! Never ever ever ever! Nasib baik they all ok. Hantar pergi and balik . But bila fikirkan balik memang lah merbahaya. Too many possibilities. Kena rogol beramai-ramai ke.. kena bunuh ke apa kan? Nauzubillah! Hopefullu baby tinie tak buat mistakes macam mama dia.

2. I pernah buat remarks about someone status in the family to her best friend. Thankfully the friend tak ada pulak hebahkan benda tu pada kawan baiknya tu . Kadang-kadang aku rasa nak ketuk kepala sendiri sebab cakap without thinking. Eventhough benda tu betul and from the must trustworthy resource. Im not supposed to tell others about that because its family business. Mamatinie oi.. jaga mulut awak tu . And I have no guts to face that gal and minta maaf sbb nanti mesti dia tanya what its all about. Better keep it silence kot nanti kecoh pulak family ni but still ianya menganggu fikiran dan sanubari ku …adeh.

3. During my SBP era yonks ago, mamatinie kawan baik dgn seseorang sahabat ni, masa cuti dia bawa mamatinie balik rumah bagai, spend time with her family etc. kawan mamatinie ni budak baru masuk compared to mamatinie yg masuk since form one. Tapi this poor girl tidak disukai oleh kawan-kawan mamatinie yang lain just because dia dari keluarga yang berada. Sangat berada. Oleh kerana mamatinie ditempatkan dgn kawan-kawan yg lain (sama dorm) mamatinie terpaksa ikut rentak kawan-kawan ni “tak suka” dgn this girl jugak. Join kutuk bagai. Bila mamatinie fikirkan balik. Apa la aku ni. Just because takut dgn this ‘kawan-kawan’ mamatinie sanggup menjauhkan diri dari kawan yang sorang ni. Mamatinie harap sgt dapat masuk time machine and kawan mcm biasa dgn dia and terima dia seadanya and jadi best friend sampai sekarang. That’s my wish.

4. Dulu masa bujang mamatinie ramai “pakwe” , sebab dulu mamatinie frust dgn pakwe “chentha pertama” mamatinie. So as part of balas dendam , mamatinie layan lah semua sapa-sapa yang syok kat mamatinie. Entah le nak kata mamatinie lawa. Tidak. Seksi ? Tidak Tapi ada juga le yang meluahkan perasaaan nak jadi spesial . So zaman tak pikir panjang ni banyak juga le berjanji dan bagi harapan kat kawan-kawan mamatinie ni. Ada yang bagi macam-macam. Hadiah ambik tapi bila depa bagi hinting nak jadi special mamatinie buat tak paham. Jahat sungguh masa tu, Ajak tgk wayang pergi. Ajak teman gi shopping pergi. Sampaikan mamatinie nangis-nangis tepi longkang clash dgn pakwe lama pun ada kawan ni yg temankan (I hope he didn’t read my blog) . Tapi bila diorang ajak jumpa mak (diorang ) mamatinie lari. Memang kecewa sungguh mereka-mereka ini. Deep down dalam hati masih ada rasa uneasy sebab buat kawan-kawan mamatinie macam ni. Kalau lah mamatinie boleh minta maaf to each of them and depa maafkan mamatinie…

5. Dulu kawan opis mamatinie ada syok kat satu this guy ni satu opis jugak (yg terkenal sebagai playboy kat opis mamatinie ni). Kawan mamatinie tanya ok tak this guy. Based on judgement kawan-kawan opis yg lain yg lebih lama kenal this guy ni siap warned jgn kawan dgn mamat ni la, dia playboy, kuat main perempuan etc. so mamatinie pon nasihat lah kat kawan ni hati-hati dgn this boy, womeniser bagai walaupun mamatinie bukan kenal sgt this guy pon kenal gitu-gitu je sebab mamatinie pon baru start kerja kat situ..ends up depa kahwin jugak and bahagia dah dua anak dah . Moral of the story : tak payah la bg nasihat percuma kat kawan unless kau kenal and tau betul-betul fakta tu betul ke tidak. Kawan aku tu tak marah pon aku kutuk future husband dia. Im so lucky aku ada kawan-kawan yg sangat baik hati. Eheh


Hopefully mamatinie tak ulang benda-benda yg pernah mamatinie buat ni lagi..mamatinie ada hubby dan baby tinie yg tercinta….takut benda-benda ni patah balik kat kita.
posted by mama tinie @ 8:46 PM   0 comments
Tuesday, February 06, 2007
Jom Masak-Masak
Weekend lepas aku buat eksperimen. Aku ni bukannya pandai masak. Takat hantam saja lah ..dalam belek -belek buku scrap resepi yg aku kumpul (memang suka kumpul resepi tp masaknya tidak eheheh) . Terpandang pulak resepi orang utara nasi daging. Teringin laa pulak. So mamatinie pergi giant beli barang dapur dan sising lenganlah.. orang tak biasa masak . Pukul 1 ptg masuk dapur..pukul4 baru siap hahaha..si kecik pun sibuk nak masak tu yg lambat tu .. nak melayan dia lagi .. nasib baik hubby lambat sikit.. tp kena tunggu jugalah nasi masak .. sempat jugak snap-snap tu ..utk tatapan mata sendiri eheh




Ayam masak kicap rempah, resepi mak .. ala-ala rendang gitu

Mushroom celup telur.. ala-ala tempura la kononya..tp pakai tepung kentaki

Nasi Daging...bila dah masak macam nasik beriyani gam rupanya tp rasa lain sikit



Air asam.. yg selalu makan dengan ikan bakar tu

Tapi bukan makan dengan ikan bakar.. mamatinie buat cicah dgn daging rebus..daging direbus dgn halia dan garam sampai empuk then dipotong nipis..

Menu tu OK lah .. cuma perlu di ejas lagi (ejas?) bab nasi daging tu .. kena tambah air sikit lg bg lg lembut nasi ..itu lah yg mamatinie belajar weekend ni..

posted by mama tinie @ 12:23 AM   4 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER