Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Monday, November 27, 2006
Rumahtangga
1. Saya ada pakcik, pakcik saya sayang sangat dengan makcik saya. Mereka ni memang susah nak dipisahkan . Kalau seorang tidak bekerja seorang lagi pun begitu juga (Mereka ni meniaga makanan ) . Boleh di katakan dari muda sampailah sekarang macam belangkas lah . TIdak lama kemudian makcik saya sakit. Dipendekkan cerita lepas lama sakit , makcik saya pun pulang ke rahmatullah. Pakcik saya sedih . Tak sampai enam bulan makcik saya meninggal dunia dengar pula cerita pakcik saya sudah ada kekasih! Wah cepatnya. Malangnya kekasihnya adalah warga Indonesia yg tidak ada passport (PATI). Belum apa-apa sudah minta itu ini . Minta renovate rumahlah nak buat kedai (cik kak ni kerjanya menjahit) , bulan-bulan kena hantar duit ke kg lah (sebab katanya anaknya ada di Seberang) . Yang musykilnya bila anak-anak pakcik tanya anak ada berapa. Sekejap dua-sekejap tiga. Cakap belit-belit. Anak -anak tidak melarang kahwin lain tapi biarlah calonnya yang bersesuaian. Tapi yang paling saya sedih bila saya lawat kubur arwah makcik , kuburnya tidak berkepung, lalang tinggi pinggang. Mana pergi pakcik saya yang romantik dan bertanggungjawab itu ?

2. Saya ada kawan. Kawan saya baik. Tapi suami dia tidak baik. Anak sudah 3 tapi sampai sekarang tidak bekerja. Perah kedarat isteri saja. Keluar malam, balik pagi joget-joget. Lepas itu buat hal lagi . Kahwin seorang lagi . Tapi sebab tiada kerja bawak No.2 tinggal rumah No. 1 . Padahal air, api, sewa, susu anak etc. semua No. 1 yang bayar. Gilakan? Kerjanya bagi nafkah batin sahaja. Nasib tak baik kaki dan tangan naik di kepala. Tapi isteri sabar saja. Minta dilepaskan tak mahu pula. Ya lah duduk rumah makan pakai tanggung. Isteri terlewat hidang makan tengahari, di katakan si isteri tidak bertanggungjawab. Tanggungjawab engkau macamana pula?

3. Saya ada sepupu. Sepupu saya kahwin dengans eorang tentera. Pilihan sendiri. Dulu mereka susah. Anak ramai . Susah senang bersama. Sekejap sepupu jual nasi lemak. Petang pula meniaga kuih. Lama-lama hidup semakin selesa. Suami banyak kerja di luar. Sekarang sudah ada kereta. Kereta import. Second hand sahaja. Tapi dengar cerita bercinta dgn pramugari. Mampu ke kau ? Belanja make-up dah cukup sebulan gaji . Mana isteri tak sakit hati?


4. Saya ada makcik. Makcik saya career woman. Suka sangat bisnes itu ini. Sekejap MLM itu sekejap MLM ini. Suatu hari makcik hendak buka bisnes baru. Dia paksa pakcik saya keluarkan duit EPF RM100k. Nak buat modal katanya. Kalau tidak dia histeria. Siap ugut lagi. Pakcik susah hati . Hendak tak hendak bagi juga. Sekejap lah dia berlagak. Mana tidaknya dalam name card tertera jawatan "Director". Director taik kucing. Lepas 6 bulan duit lesap ke mana. Bisnes ke mana. Mana tidaknya . Orang nak meniaga kursus sana sini tuntut ilmu dulu. Ini meniaga membati buta. Kawan joli katak pun kau tak sedar. Habis duit usaha pakcik sejak dari muda. Lepas tu senyap sekejap. Sekarang ni bising lg. Nak meniaga lagi. Pakcik susah hati lagi. Mana nak cari duit lagi. Rumah ada 4. Anak ada 4. Pakcik rancang rumah utk anak-anak. Supaya senang kemudian hari. Dia boleh jawab macam ni. " Alah kita dulu pun susah , harta semua carik sendiri . Biarlah diorang carik sendiri. Rumah tu jual je" Kecik hati pakcik. Sampai hati buat anak sendiri macam ni. Anak-anak pon dah menjauhkan diri. Buat hal masing-masing. Sebab mak sibuk ke sana ke mari. Hasilnya tak nampak. Kesian pakcik susah hati.



SEKIAN
posted by mama tinie @ 9:06 PM   4 comments
Monday, November 20, 2006
Hari Raya Photos
At last dapat jugak laa upload photos ..here goes my raya pics...



Our last iftar, priority for us to savour the lemang & rendang..lepas tu baru boleh jamu tetamu esoknya dak gitu ..
tinie with cousins...dont know why..cik kak ni prefer playing with the boys..running around than playing masak-masak with cousin fomfuan ...
Pagi raya .. tinie watching baby irfan playing with his ayah (not in the pics) ... while hafiz tried to figure out whats in tinie's mind ...


After raya prayer, makan time ...

Tinie with her glamorous handbag & bahulu ...watching telletubies.. (pagi2 raya tinie paksa bukak cd telletubies..spoil betul hehehhe)

Tinie paksa ayah makan tat nenas
Tinie..while waiting ayah & mak bersiap..nak jalan beraya
posted by mama tinie @ 12:24 AM   0 comments
Tuesday, November 07, 2006
Eid ul Fitri
Lamanya tak update blog. In fact nak wish Hari Raya dalam blog pun tak sempat ( mcm laaa banyak no yg singgah kat blog ni kekekekek).

Btw..Aidilfitri tahun ini aku sambut di rumah mertua di Tanjung Malim. Ok la tu kan gilir-gilir …last year dah beraya di Keramat. Hari Ahad bertolak ke kampung.. kesian juga pada mama nak siapkan lauk-pauk bagai..nak kemaskan rumah lagi.. bibik yang selalu bersihkan rumah awal-awal dah bungkus balik kampung.. aku tolong lah mana yang sempat.. bersihkan bilik siap –siap .. kemas itu ini.. dah macam tongkang pecah.. nak balik almost seminggu la katekan.. berkemas ke kampung macam nak balik setahun.

Alhamdulillah perjalanan lancar.. tiada kesesakan sebab hubby ikut jalan lama.. pemanadangan cantik dan tak banyak kereta.. mamatinie dan baby tidur je lah heheheh tu yg hubby bengang tu …tp kalau dia join tido sekali jd lain pulakkan?

Sampai di kampung rupanya sepupu baby tinie dah berkumpul di kampung.. riuh jugalah rumah mak selalunya sunyi je..berdua je la katekan

Persiapan di Tanjung Malim meriah jugak.. mungkin sebab tahun ni almost semua adik-beradik hubby balik.. bakar lemang, nasi impit, rendang ayam , dan rendang rempah daging …aku apa lagi sinsing lengan tolong apa yang patut..tolong sibuk-sibuk hheheh .. nak tau kenapa? Sebab masa ni laaa nak belajar masak bagai .. kalau kat kampung cara masaknya lain sikit dr yg di rumah ..barulah aku tau rupanya ada juga jenis rendang yg masuk rempah kari …rendang ayamnya campak semua dalam kuali tenggek terus.. macam tu pulak caranya…lain benor dgn cara yg biasa aku masak kat rumah .. yang lelaki sibuk bakar lemang .. baby tinie jaga diri sendiri .. main dengan sepupu sepapat.. lega… tp kadang-kadang kena ke depan juga.. jenguk-jenguk..

Lepas Subuh masa pagi raya siapkan hubby dan baby tinie… siapkan diri dan dgn baju glamer terus ke dapur tolong mak mertua siapkan hidangan. Memang tradisi di kampung ni lepas sembahyang raya mereka akan beramai-ramai ziarah dr rumah ke rumah .. mcm takbir gitu .. so by tghari dah boleh lepak-lepak golek-golek tgk tv.. tp saudara-mara dr KL pula yg datang .. so memang tak kering tangan ni siapkan hidang dan basuh pinggan mangkuk bagai .. tapi tak kisah dah namanya raya kan ..

Second raya pun sama juga.. tunggu org datang sebab abg ipar nak balik dr kampung belah isteri … so memang duk rumah saja ..

Raya ketiga baru lah kami ziarah di rumah adik beradik belah metua.. pakcik tu pakcik makcik tu opah ni .. masa ni laa nak kenal sedara.. niat di hati nak balik ke keramat hari ini juga.. tapi sebab masing-masing dah pancit..hubby pun tak larat dah mabuk oren dan kuih raya.. kami decide balik keesokan harinya..bahaya whoa drive masa letih-letih ni

Jam 10 pagi kami bertolak ke Keramat.. sampai je rupanya nenek tinie bgtahu.. rumah keramat tak ada air dr malam raya sampai lah ke raya kedua!.. alahai kesiannya.. tak dapat bayangkan mana nak masak, basuh pinggan mangkuk bagai.. habis semua pinggan mangkuk kertas sold out do borong dek org keramat.. sabo je le …

2-3 hari lepas tu baby tinie mula demam panas.. mujur cuti kami masih panjang.. melayan karenahnya yang meragam .. yelah dgn demam , selsema , batuk lengkap lah packagenya.. selang 2-3 hari kemudian naik pula bintik-bintik di badan dan muka.. there goes our hari raya.. baby tinie kena demam campak rupanya… so dok diam-diam di rumah temankan tinie.. patah pinggang juga nak mendokongnya.. kejap merengek.. kejap muntah .. kesian tengok baby tinie.. rasa mcm nak ganti tmpt dgn anak yang sorang ni..makan pun tak nak .. terpaksalah masukkan air nasi masuk dlm susu nak elak perut kosong..

Alhamdulillah , sekarang dia beransur pulih.. campaknya pun dah kurang.. selain berubat cara moden…buat cara tradisional juga..air kelapa & daun semambu.. harap cepat la baiknya ..sempat lg ni nak pergi open house : )

p/s gambar raya nanti-nanti.. apesal tah tak boleh up load
posted by mama tinie @ 1:09 AM   4 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER