Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Wednesday, January 25, 2006
Renjis-renjis di pilis












Picture taken from Pengantin.com.my

Keluarga aku pergi menghadiri majlis bertandang sepupu minggu lepas. Majlis belah pihak kami alhamdulillah, berjalan dengan lancar biarpun serba sederhana. Kini giliran belah pihak kami pula menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pihak yang lagi satu.
Seperti yang dijanjikan jam 12 tengahari sampailah kami walau jenuh mencari rumah berdasarkan alamat yang diberikan. Almaklumlah, kawasan kampung walaupun daerahnya masik lagi dalam KL. Jejak saja kaki ke sana terkejut kami kerana ramai sungguh yang hadir ke majlis perkahwinan sepupu kami ini. Mengalahkan karnival beli -belah atau karnival anjuran stesen tv terkenal di Malaysia. Bayangkanlah hendak mengambil makanan pun kami gerun memandangkan orang yang berbaris menjangkau sehingga ke jalan besar di kampung!
Hendak tahu sebabnya? rupa-rupanya bapa pengantin merupakan salah seorang ahli pertubuhan silat terkenal. Orang kuat pertubuhan agaknya kerana boleh dikatakan hampir seluruh zon, kawasan, wilayah pertubuhan silat itu hadir ke majlis perkahwinan ini. Bayangkan kalau satu pertubuhan ada 30 anak murid. Kalau 100 zon/daerah/kawasan/mukim?
Akibatnya kami tidak disambut seperti yang sepatutnya. Sebaliknya mereka lebih mendahulukan mahaguru-mahaguru silat utk mendapatkan hidangan yg istimewa, di beri keistimewaan utk menepung tawar lebih dari ibu& bapa pengantin dan sekadar beramah mesra sesama sendiri di kalangan ahli pertubuhan. Kami pihak keluarga pengantin terkontang-kanting di majlis. Makan pun berebut dgn anak murid pertubuhan silat yang hampir ribuan jumlahnya. Yang paling sadis, nasi pengantin pun lesap disambar orang! apatah lagi hendak menyediakan hidangan khas untuk pihak keluarga pengantin yang bertandang.
Paling aku kesian dengan si pengantin. Mahaguru silat utk setiap daerah hampir puluhan jumlahnya. Ahli keluarga ditambah dgn kawan silat yang lain. Yang hendak menepung tawar pun beratur seperti hendak mengambil makanan! Demonstrasi silat juga silih berganti. Hampir menangis sepupu kami dibuatnya di atas pelamin. Kami yang datang ni berebut makanan dgn jemputan yang lain. Majlis perkahwinan sudah bertukar menjadi majlis karnival silat kebangsaan/antarabangsa etc etc.
Aku harap perkara seperti ini tidak berlaku pada yang lain. Utamakan mana yang penting. Bukan tidak boleh menjemput kawan-kawan "sekelab" tapi berpada-padalah. Jemputlah yang paling rapat sahaja. Akibatnya yang hadir diluar jangkaan sehingga tidak terlayan dek tuan rumah. Ini merupakan peristiwa yang kedua dialami keluarga kami. Sebelum ini juga "terkena" dgn pertubuhan silat juga. Wahai mereka yang berkenaan. Bertimbang rasalah. Jangan di lupa keluarga juga penting.
Mengikut sepupu majlis berakhir selepas pukul 7. Maksudnya dia bersongket pengantin dari tengahari hingga ke lewat petang. Kesian sungguh!
posted by mama tinie @ 4:16 AM   2 comments
Tuesday, January 24, 2006
Benci
Dulu aku benci tengok saluran Teman Setia Anda TV1

Dulu ..aku benci hari Isnin

Dulu....aku benci matapejaran Matematik, Akaun, Statistik, Add Math, Applied Math etc etc

Sekarang tidak lagi ...


Sebab ada ini ..












Rob Morrow stars as FBI agent Don Eppes, who recruits his mathematical genius brother, Charlie (David Krumholtz), to help the Bureau solve a wide range of challenging crimes in Los Angeles. From two very different perspectives, the brothers take on the most confounding criminal cases, aided by Don's partner, Terry Lake (Sabrina Lloyd), and new FBI recruit David Sinclair (Alimi Ballard). Although their father, Alan (Judd Hirsch), is pleased to see his sons working together, he fears their competitive nature will lead to trouble. Charlie's colleague, physicist Dr. Larry Fleinhardt (Peter MacNicol), urges Charlie to focus more on his university studies than on FBI business. Inspired by actual events, NUMB3RS depicts how the confluence of police work and mathematics provides unexpected revelations and answers to the most perplexing criminal questions.

Untuk tahu lebih lanjut? Klik sini www.numb3rs.org


Malam Isnin , lepas berita Perdana aku akan tercongok di depan tv untuk tgk mereka-mereka ini .
posted by mama tinie @ 4:37 AM   2 comments
Satu entry pendek
Blog ini sudah berabukkk fuhh fuhhh ...
posted by mama tinie @ 4:29 AM   0 comments
Thursday, January 05, 2006
Love story mory?
Amaran: Entry ini sangat panjang dan membosankan. Pastikan anda bebas dari sebarang tugasan sebelum memulakan pembacaan yang boring ini.

Aku tidak mampu untuk membuat siri ACPM seperti ayobkelubi. Drama bersiri ala winter sonata itu membuatkan aku terkesima dan menyentuh perasaan jiwangku . Tidak kusangka dan kagum aku padanya kerana walaupun berdasarkan pada entrynya menyatakan bahawa walaupun giginya berterabur (maaf) tetapi dia masih mampu memikat gadis-gadis genit. Rugi juga rasanya kerana tidak mengambil tips dan petua menjual air liur daripada dia dahulu(keluar tanduk jahat saya yg terpendam ini)..

Kisahnya secara tidak langsung menggerakkan aku untuk ‘memflasback’ kisah cintan-cintunku. Aku tidak tahu adakah kisahku boleh dikategorikan sebagai kisah cinta atau kisah mencari cinta atau berfoya-foya kerana sepanjang ingatanku tiada pula sesi declare-mendeclare seperti orang lain.

Aku mulakan ya...

Aku mula menyukai kawan berlainan jenis sedari darjah 1 lagi (sungguh tak senonoh budak perempuan ini). Suka dalam erti kata dari kacamata budak perempuan berumur 7 tahun setakat manalah sangat. Aku kagum pada dia (yg aku panggil Naz) kerana dia berbeza dgn budak lain yg hingus masih terpalit di pipi , sangat pandai (sentiasa no.1 dlm kelas) dan ramai kawan. Tapi aku tidak berani tegur dia kerana dia ada ‘klik’ nya sendiri. Maka, dia dgn kawannya dan aku dgn kawanku (all girls). Dan dia memang disukai oleh student perempuan yg lain juga. Kira main topic kat school lah. Sehinggalah darjah 5 (kami masih satu kelas) aku dan Naz mula rapat kerana dia duduk berhadapan dgnku. Rapat dari erti kata belajar bersama, diskusi berkaitan pelajaran, sekolah, keluarga. Tidak lebih dari itu. Aku dicemburui pelajar perempuan yang lain kerana Naz jadi kegilaan pelajar perempuan yg sudah akhil baligh (baca: baru belajar menggedik). Ye lah dia Headboy, cemerlang gemilang terbilang..Selepas UPSR dan tamat darjah 6 kami still contact each other sehinggalah masing-masing ke sekolah berasrama penuh. Kami sekadar kawan baik kerana aku tak ada ‘guts’ nak bgtau feelings aku towards him takut bertepuk sebelah tangan. Akhirnya kami semakin sibuk dgn hidup masing –masing dan akhirnya hilang khabar berita.Apa khabar Naz sekarang ye?

Pada masa yang sama , semasa darjah 6 aku dingorat oleh atendan bas sekolah(dia di sekolah menengah) yang aku naiki saban hari. Setiap hari dia akan mengusikku sambil bergayut-gayut di pintu bas hinggakan aku fobia duduk di bahagian hadapan. Aku tak layan sbb dia selekeh, hitam dan banyak jerawat. Memandang rupa juga aku pada masa itu.

Mungkin akibat sumpahan dari budak atendan bas sekolah itu. Sewaktu di sekolah menengah aku menjadi gadis yang pendiam, pemalu, low self esteem kerana aku menghadapi masalah jerawat yang serius dan berat badan berlebihan (Hormon tak seimbang lagi agaknya) . Aku rasa aku manusia paling hodoh di di dunia. Ada juga budak lelaki yang mengejek paras rupaku. ‘Gemuk, banyak jerawat..eee geli’ (itu yg aku selalu dengar. Sedihkan?). Maka sememangnya tiadalah rakan berlainan gender yang ingin rapat denganku. Sekadar rakan sekelas sajalah yang ada. Maka fokus aku hanya pada pelajaran sahaja dan lepak dgn kawan perempuan yg gila-gila (Entah berapa kali aku kena panggil dgn prefect sbb buat hal ..budak lawa gedik lepas dr sebarang tindakan sbb ..sebab ape ek? Sebab mereka lawalah ) . Dan aku telah membuat hipotesis. Jika ingin bercinta kau harus cantik paras rupa kerana SEMUA lelaki memang memandang pada rupa.

Tapi..

Sementara menunggu keputusan SPM, tahun itu adalah tahun yang amat pelik bg aku seorang gadis yang biasa ini. Ini adalah kerana pada tahun itu jugalah aku berkawan dgn org yg dikira glamour la juga. Kawan aku yang kenalkan .Ramai juga orang glamer yang dia kenal.

Aku berkawan dgn seorang kartunis dlm magazine kartun terkenal satu waktu dulu (kalau aku sebut mesti kenal hehe) tapi aku tidak tahu dia anggap aku apa dan aku pun tiada rasa “sesuatu” bila dgn dia atau dalam bahasa Hindustannya Kuch Kuch Hota Hai . Lagipon dia baru sahaja putus cinta. Maka aku ini dikira mcm re-bound kot. Gayut di telefon, jumpa sekali dua . Ends up nothing. Aku layan for the sake of experience. Mcm ni ke bercinta? Tak best lah. At last dia kahwin. Dgn siapa? Aku tidak tahu. . Tp hairannya aku tidak ada rasa frust menonggeng pon. Mungkin kerana kurangnya unsur-unsur Kuch-Kuch Hota Hai itu.

Penyanyi band Malaysia. (rockers tau..nak hinting pon bahaya ni J) Aku kenal juga melalui kawan. Mula dgn sembang di telefon (Sebab mula-mula memang aku tak percaya langsung yg bercakap dalam telefon adalah artis itu, ingatkan kawan aku kelentong) Tp aku anggap kawan je. Seronok sbb kaki lawak. Aku takut. Kan dia artis. Ada rupa. Peminat ramai. Tahap kepercayaan aku sungguh rendah. Pada aku artis = buaya (Maaf jika ada yang terasa). Mama aku mesti tak approve punya. Ends up nothing juga.Aku tak nak keluar dgn dia. Tak mau la nanti masuk majalah buah tu hahahah. Dalam tak lawa aku ni ada jugak artis yg nak kawan (Abaikan : Ini ayat perasan).

Masuk universiti aku masih berkawan dgn kawan-kawan yang gila-gila yang bukan spesis tenet di perdu-perdu pokok atau di café-café di sekitar universiti.

Dan di universiti aku kenal dgn dunia chatting yang membolehkan aku berkawan dgn lebih ramai orang, pelbagai peringkat usia, latar belakang lelaki dan perempuan. Dan aku ada satu hobi baru. Blind date. Apa yang seronoknya blind date ni? Pada aku the excitement kau nak berjumpa dgn org yg kau tidak kenal itu seronok. Ada unsur-unsur suspen dan thriller gitu and aku akan fikirkan how to approach this kind of people? Dgn cara itu aku bole sharpen communication skills aku sesuai dgn field yg aku cebur dan aku blind date bukan dgn lelaki sahaja tp dgn perempuan juga. And mostly my blind date friends yg perempuan jadi kawan baik aku. Kadang-kadang aku pergi dgn kawan-kawan gila aku dan kadang-kadang aku pergi sendirian (tp kawan aku tahu aku dimana dgn siapa for percaution).

Selepas itu aku jumpa mereka-mereka ini.

M jurulatih silat. Comel orgnya. Kiut-miut gitu . Tapi semangatnya besar. Sangat besar. Sampaikan dia membahasakan dirinya “abang” pada masa first time kami jumpa. Di hadapan kawan-kawan gila aku , dia memanggil aku “sayang”. Kawan-kawan gila aku merah muka tahan gelak. Dan semasa perjumpaan yang lagi satu(bukan dating ye) Dia bagi bunga di hadapan kawan yang kenal dan tak kenal di gathering. Malu! Aku sorokkan bunga dlm beg. Bukan niat hendak menghina. Aku rasa malu sangat. Tidak pernah orang buat begini padaku di hadapan org ramai. Panik dibuatnya dan sekali lagi aku kena gelak rabak dgn kawan-kawan gila aku. Akhirnya M menjadi kawanku (tp tidak serapat dulu) setelah berkali-kali-kali aku kata “kawan je bole tak?” dan setelah dia karate meja sampai nak pecah dua dihadapanku. Guru silat lah katakan. M Sudah berkahwin dgn pilihan keluarga yg kiut miut ciut mcm dia juga.

B yang membawa aku ke T*ddy Tales dan berkata “sebagai penghargaan persahabatan kita, kau ambillah apa sahaja yg kau mahu di sini. Aku bayar” niat di hati ingin ku ambil teddy bear sebesar aku yang berharga ratusan RM tp selepas fikir the consequence of the action. Aku ambil mug RM10 sahaja. Takut terhutang? Itu pun aku rasa bersalah kerana ambil juga mug itu. Nasib baik lah dia tak mintak apa-apa yg mengarut dr aku. Mug itu jd kenangan padaku sekarag kerana dia sudah pon jadi arwah akibat satu penyakit. Innalillah.

K budak rock atau punk atau ska atau black metal aku pun tidak tahu. Dgn kasut boot ,jaket, tali pinggang paku-paku. Rambut panjang. Kadang-kadang bersubang dan bercelak. Kalau mamaku tgk memang tak approve. Tapi dia baik dan aku berkawan dgn dia seadanya. Tapi malangnya, aku nyaris mati tercekik bila pada suatu hari semasa kami makan di sebuah restoran makanan segera. Sedang elok aku sedang nganga mulut sebesar alam semesta untuk menikmati burger yg disukai ramai. Dia pun berkata sambil merenung tajam pada aku “ Bagi saya setahun dua, lepas tu kita kahwin nak?” Silap aku juga. Friendship aku disalah erti. Teruk juga aku mengahdapinya. Berkali-kali-kali katakan tidak (pada rokok?). Masih tidak terima kenyataan. Pernah juga dia merayu sampai pegang kaki di tempat awam!.siap nangis lagi. Kawan rock aku sudah tidak rock lagi, dia sudah jadi pop balada.. Dia cukur rambut tanda berkabung.


Aku pun tak tahu apa yang aku cari sebenarnya. Dan apa yang mereka nampak pada aku pun aku tidak tahu Aku tidak cantik seperti orang lain.Aku tidak pandai bergaya. Aku cuma jadi aku bila dgn kawan-kawan. Mana yang aku boleh tolong aku tolong sedaya mungkin. Itu kan caranya untuk menjadi kawan? Tapi cara aku itu selalu disalah erti.

Selepas itu baru aku jumpa Am, dia misterius. Lama berkawan tidak banyak aku tahu tentang dia. Entah lah pada aku lagi susah kau nak dekati dia lg bertambah excitement yg dirasa. Kemudian entah bagaimana akhirnya aku rapat dgn Am. Berjaya juga aku pecahkan benteng egonya. Kalau bergayut telefon jgn cerita lah sehinnga mencecah RM500 – 1k sebulan! Entah macamana kami rasa kami lebih dari kawan. Dia rasa begitu juga. Wah ! Aku sudah Kuch Kuch Hota Hai! Pada aku dia first love aku (kononnya). Tapi lama kelamaan aku rasa sesuatu tidak kena bila adik perempuannya bersikap dingin padaku. Terbukti kebenarannya bila tiba-tiba dia mengambil keputusan meletak jawatan dan melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Dan dia mengambil keputusan drastik. ‘Cukup sampai di sini , aku tidak mampu memberi komitmen padamu’ Demi cita-citanya aku terima dgn rela hati. Sedihnya tuhan sahaja yang tahu. Tapi aku rasa cinta aku sia-sia bila setahun kemudian aku terserempak dgn adiknya dan menceritakan padaku dengan bangga bahawa abang kesayangan sudah berkahwin dgn seorang doctor SEBELUM KE LUAR NEGERI. Bodohnya aku ketika itu. Rasa seperti mahu hantuk 10 kali di dinding rumah. Tipah tertipu bang. Tipah Tertipu.

Di pejabat , aku berjumpa pula dengan KA. Secara tidak sengaja terserempak di YM . Lama bersembang rupanya sepejabat. Mujurlah syarikatku besar jadi aku dapat mengelak dari dia.. Mampus aku tak mengaku identitilu. Aku takut mana tahu pegawai atasan menyamar dan ambil tindakan? Akhirnya dia tahu aku siapa sedangkan aku tidak tahu identitinya. Kantoi juga aku akhirnya bila dia menegurku di café office.Rupanya dialah staff yang paling glamer dipejabatku kerana paras rupanya yg sangat menarik.Sebijik sebijon seperti Amir Khan pelakon Hindustan tu. Hensem nak mampus. Memang ramai peminat lah. Rasa rendah diri aku datang kembali. Aku rasa serba tak kena bila dgn KA Dia jadi perhatian ramai. Aku rasa aku bukan aku bila bersama KA. Semua pergerakan harus dijaga. Itu bukan aku. Lalu aku buat keputusan buat sesuatu yang drastk. Silent is the best treatment. Aku cuba lari dari KA. Maaf KA. Sekarang KA sudah berkahwin dan beranak pinak dan kerja di tempat lain.

Sepanjang aku berkawan dgn mereka-mereka, aku bercerita dgn seseorang yang jauh nun di seberang sana. AZ. Dia jauh di Selat Inggeris. Bertahun sudah aku kenal dia tapi hanya secara maya. Apa sahaja aku boleh cerita padanya. He’s a listener. Dari masalah remeh-temeh hinggalah ke masalah keluarga. Aku tidak tahu kenapa aku rasa sangat selesa dengan dia. Kemudian semasa sesi mengadu domba padanya di mana aku melampiaskan kemarahanku pada sesuatu (bukan melampiaskan nafsu ye).Aku berkata tanpa berfikir “Kalau kau jadi kekasih aku mesti seronok. Aku boleh jadi aku bila dgn kau ”. Selepas satu senyap yang panjang dia pun berkata “ Apa salahnya”. Dan aku rasa sangat gembira kerana setelah sekian lama ‘rasa’ itu lenyap dia muncul kembali!

Pada masa yang sama Tuhan ingin menguji kesetiaan aku . Aku bertemu dgn Abg R. Sesungguhnya aku sangat seronok berkawan dgn Abg R. Dia sangat baik hati. Anything you want will be fulfilled. Memang dia pampered aku habis-habisan. Teddy bear besar , kain, baju, tudung, flowers apa sahaja yang kau mahu.. Bayangkanlah, semasa berbual kosong di telefon dengannya tanpa berfikir apa-apa aku nyatakan aku teringin hendak makan ini atau minum itu Dalam masa setengah jam, tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta dipagar rumah. Dia berdiri di pagar memegang barang yang aku inginkan bersama sejambak ros! Aku anggap dia seperti abang aku sendiri. Tapi tidak pada dia. Dan sekali lagi aku disalah anggap.Bila dia minta nak jadi lebih dari seorang abang, hati aku sudah ada org lain jauh di seberang. Maaf Abg R. Hati aku kuat pada AZ. Naluri aku berkata begitu. Maaf kerana menyusahkanmu. Alhamdulillah selepas ‘krisis’ itu akhirnya dia berkahwin dgn salah seorang rakanku juga.dan kami masih berkawan dan saling bertanya khabar hingga sekarang.

Setahun kemudian. AZ kembali di bumi Malaysia. Sudah sampai masa berjumpa si dia. Jantung mcm nak pecah. Berdebar-debar . Tidak pernah aku rasa sebegini. Dalam perjalanan mcm-mcm terlintas di fikiran.. Jika dia menyamar? Mafia ke? gangster ke? Atau bapak ayam? Macamana kalau dia tak suka dgn aku nanti? ..Aku kan tidak cantik.

Sampai di tempat yang dijanjikan, dr jauh aku sudah nampak dia. Org ramai bersesak sesak pada waktu itu tetapi aku tahu itulah dia! Dari dr jauh aku sengih seperti kerang busuk (sebab segalanya serba tidak kena) dan memberanikan diri menegurnya. Selepas itu segalanya berjalan dangan lancar . Aku rasa seperti sudah bertahun kenal AZ sedangkan itu kali yang pertama. Naluri aku berkata. dialah Kuh Kuch Hota Hai aku. . Dan ramalan aku benar belaka. Keajaiban benar-benar berlaku! Sehingga kini dialah Kuch Kuch Hota Hai aku dan hingga ke akhir hayat. Insyaallah.


Terima kasih abang kerana terima aku seadanya. Aku menjadi aku sampai bila-bila.
posted by mama tinie @ 5:50 AM   8 comments




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER