Adik : Kak...aku aku takut tengok perut kau .. bila kau tido perut kau terbonjol sana ..terbonjol
sini .. mesti baby ni lasak
Mak Bidan : eh eh....kecik-kecik baru 4 bulan dalam perut mak dah pandai main sorok2 ye..
takpe tu tanda baby cergas..
Doktor : Panjang kaki anak awak .. bila besar tinggi nie..
Atuk : Aku mimpi menang loteri .. aku rasa aku nak dapat cicit lagi sorang
Mama : Baiknya cucu nenek ni.. kembung perut pon tak nangis .. patut lah taknak tido
Abah : Cucu atuk putih.. mak ayah tak putih takper tp cucu kena putih heh heh heh
Opah Tjg Malim : Opah tak kira ..opah nak sayang jugak..nak nangis..nangis la ..opah nak cium jugak ..nangis lebih-lebih opah calit dgn bawang putih ..
Atuk Tjg Malim : Atuk dokong tinie sampai sakit pinggang pon takpe ..atuk tak kisah
Moga Fatini Aisyah jadi orang berguna bila dewasa nanti
Moga Fatini Aisyah menjadi anak yang salih yang tahu tanggungjawab pada ma dan ayah
Moga Fatini Aisyah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan hidup sentiasa diberkati
Moga Fatini Aisyah sentiasa dikelilingi mereka -mereka yang setiasa menyayangi diri seadanya
Moga Fatini Aisyah dipertemukan dengan suami mithali bila dewasa nanti
dan jadi isteri mithali juga!
Moga Fatini Aisyah sentiasa sihat, ceria dan gembira selalu..
Moga hidup Fatini Aisyah sentiasa terpelihara di dunia dan di akhirat
Selamat ...
Hari ....
Lahir ...
Yang Ke-2
...Fatini Aisyah Mohammad Azrul ...
Ma dan Ayah sayang Aisyah sangat-sangat ..
p/s Tahun ini majlis kecil-kecilan sahaja : )