Story of me..just ordinary me...
Life of a mummy, wife ..and whats happening around mamatinie's world ..nothing much though but what the heck.. its my blog world...
Tuesday, August 14, 2007
Entry entah-apa-apa
Sekarang jam sudah menunjukkan jam 5 petang. 15 minit lagi baru boleh pulang ke rumah. Tapi hujan di luar masih belum reda. Masih lebat dengan guruh berdentum.Tunggu hujan reda dulu barulah boleh pulang. Tadi mengadap boss baru di office belakang pun basah lencun di buatnya walaupun ada bumbung di tempat berjalan kaki di bangunan baru pejabat. Bila mendengarkan detuman guruh di luar terus terbayang si kecil Tinie pasti sedang mendakap erat nenek tidak mahu lepas.

Sekadar melayar internet dari satu rumah ke satu rumah , menjenguk sana-sini memandangkan tugasan hari ini sudah pun selesai. Sebenarnya banyak lagi tugasan yang menanti tapi saya lebih selesa untuk selesaikan satu persatu. Tambahan pula buat masa ini belum ada tugasan segera yg perlu diselesaikan.

Alhamdulillah sepanjang peralihan saya ke boss baru belum ada lagi isu-lsu berbangkit yang diketengahkan. Saya malas untuk fikir tentang keserasian kerana pada saya tugasan dan tanggungjawab adalah lebih penting. Pada saya ketua yang boleh dibawa berbincang dan mudah menerima pendapat perkerja itu sudah mencukupi pada saya. Mesra dan tidak mengherdik pekerja sesuka hati adalah satu bonus pada saya. Buat masa ini, ketua baru saya ada semua ciri-ciri tersebut. Lagi sekali saya panjatkan kesyukuran pada yang esa.

Sambil mendengar deruan hujan yang belum reda fikiran saya melayang pula pada rumah baru kami. Banyak kerja yang perlu diselesaikan dan segera sementelahan kenduri pertunangan adik akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Tambahan pula ibu mertua akan singgah untuk menghadiri majlis tersebut. Bilik di rumah ibu perlu dikemaskan kerana bilik itu akan diguna adik untuk majlis tersebut. Rumah baru juga perlu dikemas memandangkan banyak kotak-kotak dan barang-barang yang belum disusun atur. Saya juga perlu membeli sedikit sebanyak barang dapur untuk memasak bila ibu mertua ada di rumah dan emua itu perlu diselesaikan dalam masa 2 minggu. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.


alamak rasa nak ter wee wee plak .. gi toilet sat ....

.....

....

....

....

...

...

...
...

...

...

...

...


err dah takda idea dah ..bye

heh

:p
posted by mama tinie @ 2:06 AM  
2 Comments:
  • At 9:20 AM, Blogger Arena said…

    Hopefully,
    Semuanya lancar babe.. u take it easy eh.. kang ko plak yang down..

     
  • At 5:42 PM, Blogger mama tinie said…

    harap-harapnya begitu lah..nak gi buat check list ni .. kerja yg nak kena settle ..heheh

     
Post a Comment
<< Home
 




Diri Saya

Name: mama tinie
Home: kolompo, muslim, Malaysia
About Me: a mother of a beloved daughter, a wife on an IT crazy, devoted daughter to a lovely parent, one crazy sistah, one sincere friend (trust me!)
See my complete profile

Sebelum Nie
Lama-Lama Nyer Citer
Sembang Sembang

BLOGGER

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Selalu Singgah
Tempat Selalu Lepak
Lenlain

BLOGGER

BLOGGER